Friday, May 22, 2009

HOFUF TRIP....

Hujung minggu berlalu lagi. Kali ni keluarga purpleheart ni betul-betul habiskan sehari di hujung minggu jenjalan 'sepenuh hati'. Setelah beberapa minggu yang biasa-biasa aje, kali ini Haswadi ajak kami semua travel ke satu tempat yang tak jauh dari Jubail...lebih kurang 200km ke arah selatan Jubail. Nama tempat tu HOFUF...the biggest agricultural area in the Kingdom. Sedikit deskripsi pasal HOFUF ni...
Al-Hofuf also Hofuf or Al-Hufuf (Arabic: الهفوف‎) is the major urban center in the huge Al-Ahsa Oasis in the Eastern Province of Saudi Arabia. (source wikipedia) It is where the burial place of Laila and Majnoon, the pair of the most popular love story in the Arab and Muslim world.There are a few interesting places to visit such as the Tamar Farm and the Camel Farm. It is also make known that there are plenty of Peach fruit farms at Hofuf. The land looking from the Google Map is mostly covered with trees, lakes, rivers and of course housing and building areas.
Kalau tengok dalam saudi.net disenaraikan lebih kurang 7 tempat menarik sekitar HOFUF dan ABQAIQ. Antaranya Istana King Ibrahim (tempat sejarah ni), lombong garam terbesar kat Arab Saudi (Abqaiq) dan juga Gua Batu Kapur (Jabal Al Qara). Satu lagi tempat untuk para wanita pun ada juga, Souq Sweiq. Souq Sweiq ni adalah bazaar menjual pelbagai jenis barangan yang menjadi tarikan pengunjung wanita....ish...ish...ish...syoknya ni!
Walaubagaimanapun, kami sekeluarga tidak dapat berkunjung ke semua tempat disebabkan trip hanya sehari sahaja...di musim panas pulak tu...tahu tahu ajela nak jenjalan ni. Kami berjaya sampai ke Jabal Al Gara sahaja. Jabal Al Gara ni adalah bukit batu kapur yang terdapat gua di dalamnya yang menjadi satu tempat tarikan pengunjung. Difahamkan gua ni akan berasa sejuk di musim panas dan akan berasa panas di musim sejuk...so oleh kerana Haswadi teringin sangat nak rasa gua ketika ia sejuk, maka berangkatlah kami anak beranak melawatnya Khamis lalu. ...walaupun ketika itu cuaca kat HOFUF tu 44 darjah celsius!!
So layan la beberapa petikan lawatan kami tu...dengan cerita ceriti nya...
Kami bertolak dari Jubail jam 7.35 pagi Khamis. Haswadi cruise at 170km/hr....dia kata nak cuba sampai dlm masa 2 jam berbanding jangkaan 3 jam perjalanan kalau tengok dalam google map tu la...perghhhh....cerahla bijik mata si Norma ni sepanjang jalan...gerenti takkan tido punya...debor!!!

Papan tanda ke HOFUF...
Sepanjang jalan nampak gerombolan kambing biri-biri hitam...mesti liat daging dia kan??
Lepas tu nampak unta pulak...kali ni Haswadi terpaksa berhentikan kereta di tepi jalan nak tengok unta-unta tu...sebab anak-anak dah tak sabar nak lihat unta kat Arab ni...sejak datang sini merengek nak tengok unta hidup...tu belum lagi nak tengok kala jengking la, kuda pun nak tengok jugak. Orang Arab kata unta hitam ni murah sikit harga dari unta cerah. Daging keras tak pun liat gamaknya.
Ni pulak si pengembala unta tu. Terjelepok atas tanah aje tengah-tengah panas terik tu menjaga ternakannya. Tak toleh pun kat kami...malu kut gambar kena ambil...sori ye tokki...kami nak masuk dalam blog je..
Perjalanan menjadi bertambah menarik sebab pemandangan semakin 'real' dengan bukit pasir, padang pasir, batu pasir dan pasir lagi....rasa macam jalan kat Grand Canyon pun ada jugak...kagum dengan kejadian ALLAH ni...cantik dan menarik!
The only check point yang polisnya memang betul-betul check driving licence...tak macam check point kat Dammam tu ... asyik suruh jalan je. Tak jadi amik gambar polis tu sebab misai dia tebal dan menggerunkan.
Dah masuk bandar Al Abqaiq, kecil je bandar nya. Kami tiba dalam jam 9.45 pagi, so lebih kurang 2 jam lebih sikit la sampainya. Berhenti sekali nak google map. Al Abqaiq ni industrial town sebab sepanjang jalan nak masuk ke Abqaiq ni bermacam-macam industri, plants, factories yang kami jumpa...besar dan luas belaka.
Sebelum masuk tu Haswadi google map dulu nak lihat jalan yang betul ke Hofuf tu...masa ni baru terasa betapa susahnya nak travel sebab all signboards di bandar ni dalam Bahasa Arab. Haswadi kata kena cari GPS la macam ni...asyik-asyik stop tepi jalan nak tengok map. Kalau tak pandai baca peta atau tak ada peta memang tak sampai la ke gua tu.
Selepas Al Abqaiq kami masuk ke Al Hasaa, satu-satunya bandar yang besar sebelum nak ke Hofuf. Canggih bandar ni...macam-macam ada, dek sebab tergamam tengok bandarnya...tak dapat nak snap gambar...
Dah masuk area Hofuf...penuh dengan pohon tamar dan ladang-ladang tamar. Tapi sayang tamar belum masak lagi dan masih berbungkus. Tinggi pokok tamar macam pokok kelapa. Memang berbela sungguh pohon-pohon tu. So kami tak jadi singgah, kalau dekat-dekat puasa nanti baru masak ranum kut.Di sepanjang perjalanan menuju ke Jabal Al Gara ni akan ternampak macam aliran sungai, tapi sebenarnya terusan yang dibina untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan ladang ni. So jalanraya pun kebanyakan di sepanjang terusan ni. Bayangkan la menyusur tepi terusan tu....dengan jalan yang kurang cantik dan berdebu.
Sesampai ke kawasan berbukit bukau batu dan pasir tu barula lega hati si pemandu sebelah ni...Alhamdulillah sampai jugak. Panasnya ya Rabbi...'menggigit' dan 'mencakar' kulit pipi.
Ni la batu tergantung yang kami pernah lihat dalam salah satu gambar di GoogleEarth. Nampak semacam sebahagian bukit yang terhakis dek angin atau ribut. Lama kelamaan, struktur bukit terlerai dan tinggal bentuk sebegitu. Nak kata 'man-made' pun boleh jugak...wallahuallam, namun ianya amat menarik. Sampai jugak kami ke situ. Anak-anak, pantang berhenti kereta...meluru keluar and enjoying themselves...Haikal macam udang kena bakar...tapi tetap happy semacam...meluru semua masuk dalam gua.Ni baru gua kecil...belum sampai lagi ke gua yang besar tu. Tapi sejuk juga. Rasa macam taknak keluar...nak lepak je dalam tu...sejuk!Dalam 500 meter selepas batu tergantung nak menuju ke Jabal Al Gara tu, terjumpa satu deretan kedai menjual barangan tanah dari bukit Al Gara tu. First impression memang nampak sungguh klasik dan natural. Pandai mereka menghias kawasan tu. Antik gitu!Barangan yang dipamer untuk dijual. Teringat labu sayong kat Perak dan bahan tembikar yang banyak kat Ayer Hitam, Johor tu. Kat sini sikit je tak banyak tapi unik rekaan tu.Ni pemilik kedai dan juga pembuat barangan pottery tu. "Mafi English..." Tak apa la tokki, kita nak beli sikit je buat buah tangan. 1 riyal?? 2 riyal??

Dah sampai ke gua besar. Dalam saudi.net, Jabal Al Gara ini juga digelar 'Pottery Cave'. Kereta boleh diletak di kaki bukit atau boleh naik ke atas tapi tempat tak banyak. Kebetulan kami sampai waktu nak masuk Zohor, so banyak kereta dah turun, so Haswadi pun ke atas...kalau tak, jenuh gak nak naik tangga tinggi yang ada kat situ.
Deskripsi Jabal Al Gara yang digelar 'mountain'...tapi tak setinggi gunung pun.Berjalan masuk ke kawasan luar gua...MasyaAllah cantik sungguh...so pure. Tapi panas bukan main. Makin tinggi makin panas jadinya. Kena jalan dalam 200 meter sebelum tiba ke pintu gua.
Luthfil dah tak sabar, sibuk nak panjat bukit. Naik punya terror...turun takut. Pulakkk. Abah pun cuba panjat...tapi tak sampai atas pun...takut nak turun jugak macam Luthfil kut.Dah sampai...dan dah mula rasa sejukkk!!!! Sejuk betul siap dengan angin sekali dari dalam gua tu keluar. Tu yang sebelah kiri tu salah seorang pelawat gua juga...datang satu family...sikit punya ramai!Agak tinggi jarak antara bawah dan dinding gua paling atas.Di dalam gua tu turut disediakan kemudahan lampu elektrik hingga ke dalam. Rasanya dekat 500 meter jugala kami berjalan menyusur ke dalam gua tu. Di dalam pun ada banyak lorong...BAHAYA kalau sesat so pastikan yang bawa anak kecil, pegang kuat anak-anak tu...tak boleh main lari-lari...takut tersilap masuk lorong...salah jalan tak jumpa la mak dan ayah. Di dalam gua tiada apa yang menarik, cuma suasananya memang macam berada dalam movies yang biasa kita tengok...rasa macam dalam Indiana Jones gitu. Tercari-cari juga 'batman'...hampa tak de seekor pun...bukan tempatnya kut. Binatang lain seperti burung pun tak nampak atau kedengaran. Tapi makin ke dalam makin sejuk macam duduk dalam penghawa dingin kat bangunan Putrajaya yang power gilerrrr tu!

Difahamkan juga di kawasan bukit-bukau batu tu juga ada Gua Laila dan Majnun di mana terdapat makam mereka di situ. Asalnya nak cari jugak sebab konon nak tunjuk bukti lambang cinta Haswadi pada Normawati...hemmmm tak dapek den nak nolong....tak larat nak cari, jauh lagi tengok dalam google map tu, tak apalah lain kali ya, tapi cinta Haswadi tetap utuh macam Jabal Al Gara tu!
Selesai di bukit dan gua, hajat hati nak cari King Ibrahim Palace di bandar Hofuf....google lagi map. Alangkah sedihnya sebab hampir sejam pusing keliling Hofuf...pagar istana pun tak nampak. Nak cari King Ibrahim Mosque pun tak ada jugak. Diketahui ada Hofuf Museum....semuanya tak dapat nak cari, satu...sebab semua dah penat jelajah gua dan ronda kawasan bukit tengah panas mentari...tuan pemandu pun dah hampir tak larat nak google map...tak dapat nak tuju tempat yang betul sebab exact location of the palace tu tak tahu. Serius!...mesti ada GPS ni. Jam dah hampir pukul 2 petang. Makan time!...carila kami tempat untuk picnic bekalan yang dibawa dari rumah. Menu nasi lemak aje. Jumpa satu park di Hofuf, so terusla beristirehat sambil makan-makan. Sejam lebih jugala merehatkan diri di situ.

Nasi lemak purpleheart.
Selesai makan kami pun meninggalkan Hofuf dan menuju ke Al Hasaa semula.
Al Hasaa ni bandar besar dan terdapat beberapa Mall, children's park (Luna Park), ada juga Toy Town, tapi tutup masa kami lalu di situ. Akhirnya kami decide ke Al Othmani Mall....kebetulan Haikal nak 'poo-poo'...so the best place is dalam mall yang sejuk berhawa dingin. Sambil-sambil ummi nak cuci mata sikit. Nampak mall tu macam biasa je, bila masuk ke dalam...ala-ala Rasheed Mall kat Khobar tu, tapi tidak seluas Rasheed Mall. Ada designers' fashion outlets like MNG, XOXO, SFERA, GUESS, ESPRIT, ada juga PARIS GALLERY, dan jenama-jenama EUROPE yang purpleheart tak berapa mahir. Memang tak mahir pun bab-bab designers' fashion and style ni. Okay jugakla nak jenguk-jenguk daripada keluar dengan cuaca panas tu.

Last activity, apa lagi Playground SAFARIWORLD di tingkat 3 mall tu, apa lagi dekat 2 jam abah spent layan anak-anak. Haikal asyik cakap, "adik sukala duduk Arab ni!"...ya la kat Dungun tu ha, mana la ummi nak cari Indoor playground canggih macam tu ye dik. Asyik asyik gi tepi pantai...ke Kuantan Megamall pun sekali sebulan. Duduk kat sini kalau ke Khobar atau Dammam tu asyik-asyik games, asyik-asyik playground....syok sangat ye...
Akhir sekali setelah shopping sikit-sikit kat Al Othmani Mall (tapi terkilan tak dapat ke Souq Sweiq tu! next time InsyaAllah, shopping musim sejuk pulak, gerenti lagi best kan!), makan-makan dan sebagainya, jam dah 9.30 malam. Masa untuk pulang ke Jubail.
Alhamdulillah, walaupun tak banyak tempat yang kami lawati, still trip tu menarik sebab sampai juga ke gua yang sejuk tu. Kalau betul nak melawat semua tempat rasanya perlu menginap sehari dua di situ. Hotel-hotel juga banyak di situ, tiada masalah. Since kami tak rancang untuk menginap, kami perlu pulang juga malam tu. Tiba di Jubail lebih kurang jam 12 malam. Terima kasih banyak pada Haswadi sebab bawa kami jalan-jalan. InsyaAllah ada peluang kami nak pergi sekali lagi nak cari juga makam Laila dan Majnun tu!
Fuhh! penat tuan driver...kesian...zzzzzzzz!

Tuesday, May 19, 2009

WANNA BE A MILLIONAIRE??

There was an interesting topic that my hubby and I have discussed in the car this morning on the way to and back from the hospital. Since we've hardly had the 'actual' time doing the serious 'talking', it just occurred to us that it was indeed an interesting issue that would be just too good to be debated about. How is it like to become a millionaire? Have we ever thought of becoming a Millionaire??? Oh wow!
When we first decided to move here...actually Haswadi was the one who made the decision..I am just his follower, we've considered many things we'll face as soon as we start our 'new' life, to the extend of thinking what will be our future ahead?? The kids were the most of our concern and then comes our family, our properties (like we have that many??), and my job. Considering a few obvious reasons and a few promises made ahead by dear Haswadi, fine!...I'll go with him and gradually letting go off all the mixed feelings that have been haunting me personally about this moving to the Saudi thing!
Now, the best part of the migration issue we had talked and discussed with a few of our friends was that about the 'myth' of those who have worked or are working abroad especially in the Saudi or any country in the middle east will come back home as a 'millionaire'??!!! (but still it depends on what type of job(s) that you are involved in? What level of occupation you are engaged with? and other compensation-related issue). Is that so? Too hard to believe, let alone to have faith in it. Where do they get that sort of a conclusion?? Unless they've been in that situation themselves....unfortunately, none of them had or even have experienced what they've proclaimed. So cynical of them!
With that claim in mind, it turns out to be quite difficult for us to prove that the claim by dearly friends may not be true or may be impossible to materialize. The reason being is because we want to live life to the fullest. There is no way we'll become the next millionaire! But, we could!
There and then the issue of being stingy versus thrifty arise. Are we stingy or just being thrifty??
Truly I do not mind being thrifty...it helps secure your pocket! But not an 'overdose', or else life gets to be miserable. You are forgiven also if you are not a big-spender. You are not being stingy, but you just do not like to spend!
There are people who are really concern of what they spend, what they pay for, how they spend their money, how much do they get to save, what is the portion set aside for social activities?...especially like us who have brought along our family members. People tend to become stingy about spending and also frugal in spending. Just because money is everything in life. These people really want to be the next millionaire. We might have different views on that matter. We have promised ourselves that whatever life it is going to be, we would live comfortably or even better than before. There is no use of becoming too miserly on what you spend or even become too thrifty on things you've used to before. Life should be at its best and of course live with a considering mind.
Obviously we could always discard those myths about becoming the next millionaire. Too good to be true I supposed. But life can get too complex and too complicated. We pray hard that ALLAH beatify the journey of our life.

JUST WRITE...

Lama dah tak menulis since the Mother's Day. Nothing much to share of late since I was quite busy going thru n fro home and hospital these couple of weeks. Just this morning we visited Mouwasat Hospital again for I guess the fourth time. Alhamdulillah kesihatan si purpleheart ni dah beransur pulih. Doktor Eman Fawzy tu kata, "you are clear, no more problem!" Alhamdulillah, syukran doktor! Haswadi pun ada purpose visit this morning...getting his root canal done partially. He needs to come again next Sunday for a follow-up.
The previous visits were so tiring because we had to wait till 11.30 to get all the check-ups done. Luckily this morning, both of us get it all done by 10.15!...so we've got like 1 hour and 45 minutes to 'berfoya-foya' together before the kids are back home from school...hahahaa. We spent our 'foya-foya' hour at KADIWA MARKET jerr.. sebab Haswadi kata waktu before tengahari ni mesti senang nak park kereta. So we went there...my first time actually. Before he was so reluctant to bring me there because there is no way we get to park so near to the shop...with the three kiddos tagging along...it will going to be a long-tiring-walk to the shop.
There I bought a packet of 'beansprouts'@taugeh!! SR3 only for a fresh packet...banyak sayur segar baru sampai...
And also bought a bag of 'morning glory'@kangkung... SR2 only... Ok la KADIWA tu..but the store is quite cramp with lots of stuffs.
On the way home from KADIWA, we decided to take away Khabsa for lunch since I've got only like half an hour left before the kids get home. Once in a while ummi is off from preparing lunch...seronok gak rasanya. Normally by 11 o'clock in the morning lunch is all ready at home. I have to make sure they eat their lunch before continuing with other activities like doing their homeworks, watching TV, playing computer games and what not.
It is a routine for Luthfil asking what am I going to cook for lunch before he is off to school in the morning. My usual answer will be "don't worry, you'll like it!" mana tahu kan dah janji nak buat ayam masak kurma (his favorite) tetiba tukar menu....mengamuk pulak si Luthfil Hasif tu.

So this afternoon we had our lunch together with abah as well. Haikal pulak buat hal tak nak makan. Mungkin kenyang makan cekodok pisang yang ummi bekalkan ke sekolah pagi tadi kut. Haikal really likes cekodok pisang...and whatever food yang berasaskan pisang.

Haikal khusyuk depan lappy...main game...
By 12.45 mid afternoon tadi abah went off to work. He is only on a half-day off. And the kids are back at their usual activities.
Ummi pulak...dah macam mengantuk mata. Masa menaip entry ni pun dah rasa nak terlelap...but anything could happen after this that will make my eyes stay wide open...know what I mean...

Monday, May 11, 2009

NGOMEL SI IBU...di Hari Ibu

So kelmarin, 10 May 2009...Hari Ibu. Pada saya...setiap hari adalah Hari Ibu sebab kalau si Ibu tak ada...porak peranda rumah jadinya.
Kejap-kejap "Ummi! sini..." kejap-kejap "Ummi! sana..."
Kejap-kejap "Ummi! tengok ni..." kejap-kejap "Ummi! tengok tu..."

Balik dari sekolah kelmarin, anak-anak bawa balik Mother's Day card...wow! terharunya Ummi...kat Malaysia biasa juga cikgu-cikgu suruh anak2 buat kat sekolah...tapi seingatnya semasa Tadika je...dah masuk sekolah rendah dah tak ada dah kad ni...
Warna oren tu daripada Nadhrah dan yang merah-putih tu daripada Luthfil...thanks dears
Ni la tulisan Nadhrah....
Apasal gambar lelaki ni Luthfil? Hari Ibu ke Hari Bapa awak ni?
"Ummi ni...tu kan Luthfil tu...Luthfil cakap I Love You kat Ummi."
"Eh...apasal muka Luthfil jadi kurus lak ni?" Thank you... Thank you

Menjadi ibu ni tugas yang pendapat saya tugas PALING SUKAR di dunia ni.
Biar la dulu pernah kerja hingga 12 - 14 jam sehari, bergegas ke sana ke sini, turun naik kapalterbang KLIA-KT dalam sehari sahaja, meeting berlambak-lambak, berdiri semasa di kuliah berjam-jam sehari, melayan kerenah pelajar 'remaja-dewasa' ni tok sah cakap la, melayan kawan-kawan di kampus, menghadap PC berjam-jam di pejabat dan di rumah nak siapkan soalan-soalan exam, kuiz dan ujian bulanan. Belum masuk bab menganjur aktiviti pelajar, aktiviti pensyarah, mengejar masa untuk lengkapkan dokumen dan kerja-kerja requested by the authorized party(ies) di Kampus, sesekali melayan aduan ibubapa pelajar atau keluarga mereka, kerja di hujung minggu hari Jumaat atau Sabtu kat Dungun tu dah jadi routine biasa si purpleheart ni....TAPI...

Menjadi surirumah sepenuh masa 24-7 macam yang saya alami sekarang ni betul-betul mencabar fizikal dan minda. Sesekali treat anak-anak macam treat students kat UiTM tu ha...treat En Haswadi pun macam treat member-member kat ofis....alahai....si purpleheart ni memang 'obsess' dengan kerjanya. Eh..nanti jap, bukan 'obsess'..tapi passion!!!

Kat rumah lain cerita pulak, "passion" dah jadi "patience"...perlu apply tahap sabar yang optimum!!!
Kerenah anak-anak, kerenah bapa si anak-anak, hal rumah, bab kebersihan, bab kekemasan ... semuanya perlu diambil kira. Kalau menyemak tugasan pelajar, perlu perhati setiap isi, fakta, rumusan, grammar, contoh, appendix (bahan rujukan) dan sebagainya...so bila urus rumah pun terbawa-bawa nak kena check se'detail' mungkin. Semua faktor dan unsur dalam rumah MESTI diambil kira. Pernah terdengar seorang ibu yang mempunyai anak yang ramai di rumah, bekerja pulak..."tutup je mata tu Norma!" kalau tak "gila" jadinya. MasyaAllah...Allah dah kurnia sepasang mata yang cantik dan sempurna...macam mana la nak 'ditutupkan' kecuali sedang tidur. 'Mata' ni la yang perlu digunakan sebaik mungkin memerhati keadaan sekeliling, baiki mana yang tak kena, "tu tuala lap tangan dan lap meja kat dapur tu perlu ditukar sokmo...kalau tak, kotor le..., tuala mandi anak-anak perlu dicuci seminggu sekali...nak kutip masuk dalam mesin pun boleh jadi isu si purpleheart ni, belum masuk housekeeping peti ais setiap minggu, (ini sebahagian contoh aje) selain melihat tingkah laku anak-anak, so bila la masanya purpleheart nak 'tutup' mata untuk segala yang berlaku di sekeliling ni??
Ni bukan komplen...saja je nak 'ngomel'! Lagi pun agak sesuai jugak di sebalik Hari Ibu yang invaluable ni...ada jugak side stories nya...hidup kena fair and square, balance, equal, looking at different angles, justice and pride!!! Aduhhh!!!
Anyhow, kalau ada yang risau keadaan saya atau menanya..."Ok tak life u sekarang ni?" atau "How's life dear?" atau "Puan!..tak rindu kat kitorang ke?" atau "Eh... u tak boring ke duduk rumah?" atau "Norma, kaki patah u tu dah okay ke?"
....well this is my answer... (norma kalau serious selalu cakap omputih!):

"I like what I am doing now, fine with it...
but really need a helping hand once in a while...
I'm not a SuperWoman or even a SuperMom...
I am just a lady that had blessings in disguise!"
I am destined to the current path of my life...
SUBHANALLAH...
ALLAH works in HIS own mysterious ways...
And am still waiting for that miracle(s) to appear...
I'm kind of okay with it but it's just too early to tell.
No more dues to abide, no more papers to be looked at...
No more meetings to attend and not even a babbling of a good friend...
It is just me, myself and I...and of course a husband and kids whom I love all my life!
Just Do with it, and calm I remain...
Life will be better ahead...INSYAALLAH"

HAPPY LIFE to EVERYONE...
BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA...

Sunday, May 10, 2009

WHEREABOUTS...

Hari ini dah genap 2 bulan saya dan anak-anak di Jubail ni. Nak kata travel..belum lagi ke mana-mana destinasi yang jauh atau luar dari Jubail, Dammam atau Khobar. Perancangan tu ada tapi Mr Planner takes his own sweet time planning and strategizing the plans!!! Nampak gayanya dalam masa terdekat ni tak ke mana-mana lagi kut.
Jumaat baru lalu, Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) telah menganjurkan 'gathering' di Safeef Beach Camp. Temanya 'SATAY PARTY'. Sedap sataynya. Alhamdulillah...dapat bertemu ramai rakyat Malaysia yang berada di sini. Ada yang baru sampai seminggu ...ada yang dah 10 tahun tinggal di sini...dan yang baru beberapa bulan kat sini pun ramai juga. Tapi menurut our 'first lady' kak Mala...ramai lagi tak hadir ni! Ada yang travel dan ada urusan lain. Mungkin juga sebab musim panas sangat...'bercinta' nak keluar rumah kut.
Hanya ini gambar yang diambil semasa gathering tu. Sebab apa gambar ni special dapat masuk entry?? Seorang rakan baru, Puan C'kin kata, "Purpleheart kena ambik gambar kat purple dinosour tu!" Nah! nak penuhi permintaan beliau ni le gambar si purpleheart dengan si purpleDino!
Sehari sebelum gathering, kami jalan-jalan cari makan ke Dammam...tapi destinasi totally berbeza...semata-mata nak gi makan lunch dan ke Tamimi Market Dammam...
Untuk makluman kengkawan kat Jubail ni...TAMIMI MARKET KHOBAR lagi best daripada TAMIMI DAMMAM ni. Tapi setakat makanan proses dan bahan-bahan membuat cake punyalah banyak kat sini. Ikan talapia hidup pun ada kat sini.
Menyinggah la pulak Haswadi kat tempat ni...actually dia mencari bangsal 'spare-parts' kereta....
"Abang! kereta pun tak beli lagi, dah cari spare-parts ke?"....
"Preparation...senang kekgi kalau dah ada kete...tahu mana nak cari."
So, we all ended up to this quite nice place. Pernah cakap kat Haswadi...teringin nak tengok the 'real' padang pasir dan pasir yang cantik. So kebetulan terjumpa tempat ni...nak bagi tahu nama tempat pun tak tahu sebab memang tak ada nama jalan atau kampung atau apa-apa kat area tu. Cuma banyak bangsal kereta je on the way nak masuk ke area kami singgah ni. This location was like 30km from Jubail City heading towards Dammam...melalui highway.
Luthfil sibuk nak cari unta...mana le ada unta kat sini. Si Nadhrah nak cari Scorpion...pun haru jugak...ni banyak sangat tengok Discovery Channel la ni. "Adik nak tengok kuda!"...si Haikal pulak menyampuk!!!...KUDA!!??...mana ada kuda kat sini dik!"
To all moms out there, terutama buat mak kat Sentul dan Mie di Paka, Happy Mothers' Day!!!

Tuesday, May 5, 2009

CERITA LAGI...asyik asyik cerita!

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga ke Al Khobar...jalan-jalan je. Waktu lunch anak-anak ajak makan KFC...dah bosan makan nasi Khabsa kut. Lepas survey TAMIMI MARKET terus ke KFC. Sedikit nak kongsi pasal TAMIMI MARKET NI, kedai ni ala PANDA tapi sebelum ni memang tak pernah kami jengah pun...sebab selesa dengan PANDA. Tak pasti kalau ada kengkawan dah pergi kedai ni ke tak. Outlet yang di Corniche, Khobar ni agak besar jugak. Biasa kalau masuk supermarket atau hypermarket ni mesti nak tuju terus bahagian 'vegetables' sebab suka tengok segar dan pelbagai jenis sayuran yang orang sini makan. MasyaAllah...luas sungguh dan memang 'canggih' le dari PANDA rasanya. Kenapa saya kata macam tu? International food items TAMIMI ni punyalah banyak...setakat ni tak nampak lagi mana-mana PANDA macam tu. Bila ke bahagian sayur ada dijual SERAI, JANTUNG PISANG, DAUN KUCAI(chives) (local SR1.25/seikat, imported mcm kucai kat Malaysia tu SR10!!!! mak ooii mahalnya...yang local tu okay jugak...rasa daun kucai juga), SALAD (daun kerinting lembut yg makan dgn laksa tu...SR73 sekilo kak!!!), BAWANG MERAH KECIL (memang cantik bawang kecilnya...merah bukan main...sebeg dalam 1/2 kilo tu SR25.00....mahal tu), BENDI, CILI API, DAUN SUP, PERIA pun ada juga!! Serta pelbagai lagi sayur-sayuran yang orang kita tak makan....ntah apa-apa sayur dan daun terjual...kena belajar jenis sayur dan masakan yang sesuai baru syok membeli. Bahagian makanan proses (ditin atau dipek) memang banyak pilihan...dari segi jenama...kalau nak cari pelbagai jenis kicap Asia terutama dari Indonesia...gi la kat TAMIMI ni...macam-macam ada...apasal la KICAP KIPAS UDANG tak menembusi pasaran Arab Saudi ni...sesapa kenal dengan tauke KICAP KIPAS UDANG...kasi hello sikit dan suruh hantar kicap kat PANDA atau TAMIMI ni...baru ye kan! So agak puas hati la kalau nak buat weekly or monthly shopping kat TAMIMI...but of course ada barang yang harganya murah dari PANDA dan kedai lain dan ada barangan yang mahal sedikit...so kena survey dulu kalau nak puas hati la ye... Kat DAMMAM pun ada TAMIMI MARKET ni kalau perasan kat tepi Highway tu je...InsyaAllah nak gi survey gak tu...mana tahu kut-kut ada jual mee kuning basah, kuey teow basah ke, sayur bayam atau sayur sawi ke, pucuk paku ke...ish...ish...ngarut dah ni.

Berbalik cerita makan kat KFC tu...terjumpa pula kami dengan rakan sekelas Luthfil Hasif...Haidar namanya, bersama keluarganya di KFC tu, Haidar warga Pakistan yang dah tinggal 3 tahun kat Jubail ni...seronok bukan main le bebudak ni main sampai berpeluh-peluh.

Yang mengusik hati bila dengar mereka ni berkomunikasi..maklumlah Luthfil Hasif dibesarkan di Dungun tu ha...pekat dengan bahasa Melayu Terengganu nya...bila ke sini berhabuk le cakap Bahasa Inggeris. Surprisingly...he managed to speak and communicate with...I could say...fairly English language. Kejap-kejap datang kat ummi dan abah dan tanya camana nak cakap itu dan nak cakap ini? Kami layan aje sebab memang tu antara cara dia nak belajar...selain daripada theory sahaja. Let him be...let him use whatever 'style' he wishes...eventually he'll improve...we hope! Ummi cakap kat abah..."boleh jugak Luthfil ni berkomunikasi dengan Haidar tu!" Okay la tu...ada kemajuan 2 bulan kat sini...
Layan ajela gambar kawan baru Luthfil ni. Buat kawan-kawan Luthfil kat Dungun dan Kuala Lumpur tu...jangan risau Luthfil tetap ingat semua orang kat sana....
Kanak-kanak 'Ribena'...yang comel baju kembang bunga tu adik Haidar..Nuba
Baik tak baik si Haidar tu dengan Luthfil...manjanyaaaaa! siap pegang tangan lagi nak ambik gambar.

Monday, May 4, 2009

NAK HIDUP KE NAK MAKAN???

Antara perkara yang utama yang perlu diberi perhatian apabila merantau ke negara orang ni adalah bab makanan, selain cuaca, cara hidup, undang-undang negara tersebut, pergaulan sosial dan sebagainya. Kalau tak ada makanan macam mana nak hidup kan. Kalau ada pun makanan...adakah makanan tersebut boleh kita makan atau telan. Tekak orang Melayu tulin macam saya ni walaupun boleh aje makan makanan dari seluruh pelusuk dunia, tekak Melayu tu masih kekal. Sebab tu...lesung batu antara peralatan wajib dalam hidup saya. Di Jubail ni kalau nak cerita pasal kedai runcit, pasaraya, hyper market, semuanya ada. Setiap jalan atau lorong yang dilalui akan sentiasa kita nampak kedai-kedai yang menjual barang makanan seperti kedai runcit di Malaysia tu...berlambak-lambak. Bila kelompok Melayu Malaysia ni semakin bertambah dari hari sehari di tanah Jubail ni, bertambah jugala maklumat berkenaan kedai-kedai menjual barangan makanan yang boleh dikunjungi oleh orang-orang Asia semacam saya ni...atau lebih tepat lagi orang Malaysia la. Nasib baik di Jubail ni warga Filipina dan Indonesia ramai juga, jadi kedai-kedai runcit yang menjual barangan makanan khusus orang untuk orang Asia ni pun ada juga. Terima kasih kepada kawan-kawan yang dah lama tinggal di Jubail ni kerana memberikan maklumat yang berguna.

Semasa ke Khobar, Khamis lalu...terserempak seorang warga Malaysia, Kak Zaharah yang sudah 10 tahun menetap di Arab Saudi....fuiyyyoooo lamaaaaa tuu! Bila ditanya "okay ke tinggal di sini?"..."Okay tak okay...akak dah 10 tahun, anak-anak pun semua dah habis school!" jawab beliau. Alhamdulillah!! itu yang keluar dari mulut saya... Saya pulak macamana? Boleh tahan ke nak tinggal 5 tahun, 10 tahun...atau bertahun-tahun di bumi orang ni??? Menurut kak Zaharah...beliau akan menetap di sini sehingga suami beliau 'pencen'!!! pehhh...


Seorang lagi kenalan baru yang Norma temui Rabu lalu semasa program Usrah di Fanateer, Kak Siti dari Kedah. Seorang jururawat senior yang hampir 7 tahun di bumi Arab ni...seorang diri di sini... ya seorang wanita Melayu Malaysia...."anak-anak dah besar, setahun sekali kak Siti balik la Malaysia"....tabah dan sabarnya wanita berusia ini. Pernah berkhidmat di Makkah setahun dan di Jubail ni hampir 6 tahun.


Norma?? Haswadi?? dan anak-anak???...nak tinggal berapa lama?? takkan berkorban segalanya di Malaysia untuk hanya 2 tahun sahaja di sini??? Haswadi kata, "tinggal aje berapa lama yang boleh...jika Allah bagi rezeki kat sini..." "Eh ye ke bang?"...tanya saya lagi. "Dah...kerja saya macamana??" tanya saya lagi... "Cuti je selama mana yang UiTM bagi..." kuang...kuang...kuang....harapnya boleh la gitu ye...UiTM DIHATIKU!!!

Di bawah ni layanla beberapa gambar sebahagian makanan yang ada dan yang kami sekeluarga gunakan...tak seperti di Malaysia...tetapi nak hidup di perantauan ni...hati kena cekal...jiwa kena tabah...survive! survive!survive!

Awal-awal sampai, Haswadi kata beras Siam susah nak dapat...so dia belikan kami beras BASMATHI ni di PANDA Supermarket. Beg 5 kilo ni harganya dalam lingkungan SR33...
Tapi seperti biasa, Puan Norma ni tak puas hati...diajaknya Haswadi survey dan cari Beras Siam...so ada sebenarnya...berlambak-lambak...dan pelbagai jenama pulak tu. Yang beg biru tu jenama LIGO adalah yang paling best...rasa nasinya kalah semua beras yang ada kat Malaysia...tak sama langsung dengan Jati, Jati Batik, Siam Super, Jasmine atau yang lain-lain kat Malaysia tu. Harganya kalau di SAMEWAY (setakat ni yg kami survey paling murah) SR60 untuk beg 10 kilo tu...so sekilo SR6!!! Kalau kedai lain macam di CASH & CARRY dan KADIWA antara SR62 - 65 untuk 10 kilo. Setakat ni mana-mana PANDA tak ada jual jenama LIGO ni...tak tahula kenapa. Di PANDA, ada dijual beras yang begnya warna hijau sebelah tu...jenama SMART CHEF. Rasa beras SMART CHEF ni tidak se'kaw' dan sewangi LIGO...so pada sesapa yang tidak suka beras yang berkanji sangat, yang kurang wangi tetapi sedap...boleh cuba SMART CHEF ni, harga SR55 untuk 10 kilo. Di PANDA ada juga beg 5 kilo dijual. Di pasar basah Jubail, ada sebuah kedai runcit 'FILIPINA' kami gelarnya...sebab banyak barangan orang Filipina ni...ada pelbagai jenama beras siam ni...semuanya nama Jasmine tapi macam-macam jenis Jasmine Rice la...dari harga SR45/10 kilo sehingga SR62/10 kilo beras yang dijual...boleh pilih ikut citarasa masing-masing.
Ni udang 'bela' maknanya udang dalam sangkar la...sama yang di pasar Dungun tu jugak...saling tak tumpah, cuma di Jubail ni...udangnya besor..takdok yang kecik. Harga sekarang ni antara SR25 - SR30 sekilo!!! mahalkan?....harga ikut musim katanya...musim sejuk boleh jatuh sampai SR10 sekilo. Di Dungun antara RM14 - RM16 sekilo...tu harga kat pasar...
Ikan kembung kat atas ni masa beli SR5/sekilo. Murah sangat. Ada hari-hari ikan kembung ni segar bugar dan rasa manis macam yang kat atas tu...FRESHHH!!! tapi ada hari-hari tak jumpa langsung yang FRESH ni. Even ikan besar seperti tenggiri, ikan merah, bawal, asoh...susah sebenarnya nak jumpa yang betul-betul FRESH macam kat Dungun tu....tapi tidaklah seteruk mana...bolehlah nak makan. Maklumlah...bila Norma duduk Dungun...tekak ni dah biasa dengan ikan segar bugar sahaja...sesekali balik KL...makan ikan tak berapa nak FRESH ni...lain rasanya...so sama gakla dengan kat Jubail ni ...macam makan ikan beli kat KL je. Alhamdulillah dapat gak makan ikan...itu yang penting. Bila agak kurang segar ni...kena modify le cara memasaknya...contoh...kalau nak masak kari...rebus la dulu ikan tu dengan asam keping, garam dan hirisan kunyit hidup...hilang hanyir dan bau. Kalau digoreng...tambahkan rempah kari, bawang putih dan bawang merah ditumbuk...sedap la jadinya...Alhamdulillah...

Ni pulak cik Garam...jenama Kingsway...macam Hasway (nickname Haswadi) la pulok... Garam kat sini pun jangan terlebih jangan terkurang guna...haru jadinya!!! Tak macam garam kat Malaysia. Kena pakai 'psycho' nak masak guna garam kat sini!!!
Ni santan krim. Harga setin SR3.95 (di SAMEWAY), SR3.75 di PANDA (besar). Di CASH&CARRY setin SR4. Jenama SAVOY tin biru tu wangi dan lemak lagi dari jenama AROY tu. Buat nasi lemak mesti guna SAVOY....sedaaap!!!
Ni sos cili (jenama RANA) yang hampir sama rasa dengan sos cili MAGGI...tak caya cuba. Sos tomato, HEINZ paling sedapla. Fresh Milk...jenama ALMARAI...betul kata Neeza (kawan blogger norma) memang sedap ALMARAI ni. Botol 2 litre baru SR7. Kalau di Malaysia, satu litre fresh milk DUTCH LADY dah RM5.50. Strawberry Jem yang kami gemari tu jenama
HALWANI....sedap sesangat.
Ni pula, roti pilihan kami sekeluarga...jenama LUSINE. Ala-ala GARDENIA gitu tapi GARDENIA lagi best!!! LUSINE juga mempunyai pelbagai produk berasaskan roti dan kek yang lain yang sedap belaka. Kat rumah ni roti macam air....sokmo-sokmo beli...sokmo-sokmo habis...kena pulak makan dengan strawberry jem dan butter ALMARAI....tu la pasal!

Makan...jangan tak makan!