Monday, May 11, 2009

NGOMEL SI IBU...di Hari Ibu

So kelmarin, 10 May 2009...Hari Ibu. Pada saya...setiap hari adalah Hari Ibu sebab kalau si Ibu tak ada...porak peranda rumah jadinya.
Kejap-kejap "Ummi! sini..." kejap-kejap "Ummi! sana..."
Kejap-kejap "Ummi! tengok ni..." kejap-kejap "Ummi! tengok tu..."

Balik dari sekolah kelmarin, anak-anak bawa balik Mother's Day card...wow! terharunya Ummi...kat Malaysia biasa juga cikgu-cikgu suruh anak2 buat kat sekolah...tapi seingatnya semasa Tadika je...dah masuk sekolah rendah dah tak ada dah kad ni...
Warna oren tu daripada Nadhrah dan yang merah-putih tu daripada Luthfil...thanks dears
Ni la tulisan Nadhrah....
Apasal gambar lelaki ni Luthfil? Hari Ibu ke Hari Bapa awak ni?
"Ummi ni...tu kan Luthfil tu...Luthfil cakap I Love You kat Ummi."
"Eh...apasal muka Luthfil jadi kurus lak ni?" Thank you... Thank you

Menjadi ibu ni tugas yang pendapat saya tugas PALING SUKAR di dunia ni.
Biar la dulu pernah kerja hingga 12 - 14 jam sehari, bergegas ke sana ke sini, turun naik kapalterbang KLIA-KT dalam sehari sahaja, meeting berlambak-lambak, berdiri semasa di kuliah berjam-jam sehari, melayan kerenah pelajar 'remaja-dewasa' ni tok sah cakap la, melayan kawan-kawan di kampus, menghadap PC berjam-jam di pejabat dan di rumah nak siapkan soalan-soalan exam, kuiz dan ujian bulanan. Belum masuk bab menganjur aktiviti pelajar, aktiviti pensyarah, mengejar masa untuk lengkapkan dokumen dan kerja-kerja requested by the authorized party(ies) di Kampus, sesekali melayan aduan ibubapa pelajar atau keluarga mereka, kerja di hujung minggu hari Jumaat atau Sabtu kat Dungun tu dah jadi routine biasa si purpleheart ni....TAPI...

Menjadi surirumah sepenuh masa 24-7 macam yang saya alami sekarang ni betul-betul mencabar fizikal dan minda. Sesekali treat anak-anak macam treat students kat UiTM tu ha...treat En Haswadi pun macam treat member-member kat ofis....alahai....si purpleheart ni memang 'obsess' dengan kerjanya. Eh..nanti jap, bukan 'obsess'..tapi passion!!!

Kat rumah lain cerita pulak, "passion" dah jadi "patience"...perlu apply tahap sabar yang optimum!!!
Kerenah anak-anak, kerenah bapa si anak-anak, hal rumah, bab kebersihan, bab kekemasan ... semuanya perlu diambil kira. Kalau menyemak tugasan pelajar, perlu perhati setiap isi, fakta, rumusan, grammar, contoh, appendix (bahan rujukan) dan sebagainya...so bila urus rumah pun terbawa-bawa nak kena check se'detail' mungkin. Semua faktor dan unsur dalam rumah MESTI diambil kira. Pernah terdengar seorang ibu yang mempunyai anak yang ramai di rumah, bekerja pulak..."tutup je mata tu Norma!" kalau tak "gila" jadinya. MasyaAllah...Allah dah kurnia sepasang mata yang cantik dan sempurna...macam mana la nak 'ditutupkan' kecuali sedang tidur. 'Mata' ni la yang perlu digunakan sebaik mungkin memerhati keadaan sekeliling, baiki mana yang tak kena, "tu tuala lap tangan dan lap meja kat dapur tu perlu ditukar sokmo...kalau tak, kotor le..., tuala mandi anak-anak perlu dicuci seminggu sekali...nak kutip masuk dalam mesin pun boleh jadi isu si purpleheart ni, belum masuk housekeeping peti ais setiap minggu, (ini sebahagian contoh aje) selain melihat tingkah laku anak-anak, so bila la masanya purpleheart nak 'tutup' mata untuk segala yang berlaku di sekeliling ni??
Ni bukan komplen...saja je nak 'ngomel'! Lagi pun agak sesuai jugak di sebalik Hari Ibu yang invaluable ni...ada jugak side stories nya...hidup kena fair and square, balance, equal, looking at different angles, justice and pride!!! Aduhhh!!!
Anyhow, kalau ada yang risau keadaan saya atau menanya..."Ok tak life u sekarang ni?" atau "How's life dear?" atau "Puan!..tak rindu kat kitorang ke?" atau "Eh... u tak boring ke duduk rumah?" atau "Norma, kaki patah u tu dah okay ke?"
....well this is my answer... (norma kalau serious selalu cakap omputih!):

"I like what I am doing now, fine with it...
but really need a helping hand once in a while...
I'm not a SuperWoman or even a SuperMom...
I am just a lady that had blessings in disguise!"
I am destined to the current path of my life...
SUBHANALLAH...
ALLAH works in HIS own mysterious ways...
And am still waiting for that miracle(s) to appear...
I'm kind of okay with it but it's just too early to tell.
No more dues to abide, no more papers to be looked at...
No more meetings to attend and not even a babbling of a good friend...
It is just me, myself and I...and of course a husband and kids whom I love all my life!
Just Do with it, and calm I remain...
Life will be better ahead...INSYAALLAH"

HAPPY LIFE to EVERYONE...
BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA...

8 comments:

Neeza Shahril said...

Happy Mother's Day Norma..

dealing dengan anak-anak ni lebih mencabar dari students kan.. kalau students, kita marah 3 4 kali, kita tak risau dia nak merajuk.. Kalau merajuk, lantak je lah.. nak pandai ke tak nak.. suka hati dia lah..
tapi, kalau anak-anak, perasaan mereka kena jaga sebab kita nak tengok dia 24/7. Wohooo... letih betul...

macam mana? belum ada black and white ke? *wink*

:: Leeza Joe :: said...

salam..
adoiiii..naik lelah jugak saye baca n3 kak norma kali ni...macam saya berada dlm suasana tu jerr....
semoga kite (ibu2) semua diberi kudrat oleh Allah agar sentiasa jadi ibu yg sabar..tabah..sihat sokmo dan maintain vogue!!!!!..^_*

HAPPY MOTHER's DAY!!!

Fatin Baharum said...

happy mother's day puan.
sy sampai silap hb wish kt my mom.
hari ni br wish.
ingatkan hari ni, hehe.`
tp, td dh blanja mkn dh.
nway, chantek kad mother's day luthfil & nadhrah buat tu.
sy pon, seingat sy, berapa kali je time kecik buat sendiri, then beli yang dh siap je..

nj said...

neeza...
kids are 'a never ending story!' sabar je la kan.
**tak ada rezeki kali ni neeza, sedih gak ni.

leeza...
awk tu mmg vogue sokmo! kak norma ni dah 'lunyai'...4 orang lawan kita sorang huaaaa...pusing kepala ku ini..

fatin...
sedapnyerr dpt belanja...tak sabar tunggu anak2 saya ni besar...kut kut mereka ingat nak belanja ummi nya ni.

Anonymous said...

kasih ibu membawa kesyurga,
kasih bapa takdok tolok bandingnyerrr.. salammms akak norm yg jauh dimater tewww..

Anonymous said...

akak norm kena register email kat gravatar.com.. cuberlarr


you wrote in my blog:
en_me…
apasal gambar norm707 tak kuar kat komen tu? gambar akak neeza tu kuar pulak…hehehe…nak gak tepek muka den ni ha kat blog en_me yang ala ala !fofular’! Boleh tak??

nj said...

en_me...
tak pe en_me...jauh di mata...dekat di 'PC'...huahuahaaa

InsyaAllah nanti 'akak' tepek ye...TQ

Anonymous said...

kak norm, i thinks its very easy, just register n upload your pic.. trylarr.. thanx