Wednesday, October 29, 2008

A CUP OF TEA WITH THE KP!...dedicated to all my B. OSM students of UiTM Terengganu

Salam
A cup of tea anyone? What a refreshing feeling to enjoy a cup of tea on an evening so peaceful and calm...Okay what is this "A Cup of Tea with The KP" story... It begins like this:

A Cup of Tea with The KP is a program which has started one and a half year ago...the first activity was organized somewhere in Mac 2007, and the second was on September 2007, the third was organized last April 2008. The program was first initiated for the purpose of students-KP (Koordinator Program) gathering, a get-together at the end of the semester just before final examinations. It is a platform given to the students to evaluate and re-evaluate their academic performance in the faculty as a whole. The idea was to have a direct two-way communication amongst students and the coordinator in all academic performance like GPA, CGPA achievements, activities organized throughout the semester, some tips for examination, some motivating and inspiring advice from the coordinator and of course plans for the coming semester. At the end of the session...a cup of tea for everyone....tea time!

Yes, only the Bachelor on Office System Management program has its "A Cup of Tea with The KP" in UiTM Dungun...so far.

Pengalaman menganjurkan program sebegini memberikan manfaat kepada para pelajar secara keseluruhan. Ramai yang bertanyakan A Cup of Tea... setiap kali tiba penghujung semester, unfortunately semester ini, saya memohon banyak maaf kepada semua 'anak-anak' B. OSM saya kerana tidak mengadakannya seperti biasa. Sebabnya tersangatlah nyata...ketiadaan saya di kampus sejak 1 Ogos lalu kerana bercuti sakit (patah kaki) sedikit menjejaskan perancangan saya....walaupun dah hujung2 ni ramai bertanyakan, sms, telefon dan sampai yang datang rumah tanya..."Puan, ada tak A Cup of Tea?," huhuhhhh sedihnya dan tak sampai hati nak jawab tak ada! So baca lah cerita kali ini utk sesi A Cup of Tea semester ini....online gitu!

Ini menunjukkan program yg pada awalnya nampak 'gitu-gitu' aje sudah menunjukkan hasilnya kerana pelajar-pelajar dah tahu manfaat gathering tersebut dan semua menanti-nanti akan kehadiran A Cup of Tea setiap hujung semester (wow!)...harapan saya agar Koordinator Program baru nanti akan menyambung usaha yang pada saya dan kepada pelajar amat bermakna ini.

So apa yang ada dalam program ni? Let me list down here:

1. Program 1 - 2 jam sahaja, bergantung kpd KP nak spend lama mana, tapi kalau tea-time ni biasanya sekejap...1 jam pun memadai jika maklumat dan mesej sampai kpd pelajar.

2. Buat di mana? Mana-mana dewan kat kampus yg muat utk 2oo org pelajar B. OSM.

3. Bila? Seminggu sebelum minggu ulangkaji atau sehari sebelum minggu ulangkaji...jangan buat sehari sebelum exam pulak.

4. Susah ke nak rancang? TIDAK SUSAH! Tetapi satu kali tu September 2007, sedikit kecewa, sebabnya salah saya terlewat sedikit inform pelajar...nak-nak pulak bulan puasa....yg datang dalam 20 org aje...ramai dah balik kampung buat kuih raya dan raya sakan.....ni masalah logistik bukan masalah program tu sebenarnya...satu lagi alasan mereka.."Puan...bulan pose la...mesti tak ada tea and food kan??" Ohhhhhh itu rupanya...

5. Refreshment? MESTI ADA! terutama Tea! Pelajar memang suka makan free ni...tapi semasa kali pertama program dianjurkan oleh saya, saya belanja pelajar2 sebab pelajar B. OSM ketika itu hanya 89 org. Tapi masuk kali ketiga buat, pelajar dah cecah 180 org...apa lagi mohon bajet TPP (Tabung Pembangunan Pelajar)...bukan apa first time tu nak ambil berkat agar idea dan usaha saya tu berhasil dan membawa kebaikan ... Alhamdulillah..

6. Bajet? Bajet sangat rendah sebab minum petang je .. kita pun tak suka 'makan' duit organisasi... kalau caterer kata minum petang RM1.50...RM1.50 lah yang kita mohon drp TPP...kalau sekarang ni naik sikit RM2.00 so , RM2.00 x 200 org pelajar, dan kita jemput juga para pensyarah (15 org yang ada tu) kalau datang boleh jumpa pelajar dengan dekat lagi dan boleh dapat maklumat pencapaian pelajar...dan boleh minum teh dengan pelajar2. So far Cik Yau'mee, PM Ismail Hassan dan Encik Ahmad Suffian pernah sudi menghadirinya, saya ucap terima kasih banyak-banyak kerana sudi spent sepetang bersama kami, tapi maaf saya tak sempat lagi bertanya feedback dan pandangan.

7. Apa nak cakap? Haaa yang ni memang KP kena menggunakan kredibiliti, tanggungjawab dan amanah yang dipikul... kreativiti, homework sikit, kerja sikit! Saya akan sediakan hand-out A Cup of Tea... basically kandungannya:

a. Objektif Akademik UiTM Terengganu...kena highlight pada pelajar sebab kalau mereka tak tahu hala tuju pencapaian akademik mereka...bagaimana UiTM Terengganu sendiri ingin mencapai objektif ini...so maklumat kena sampai kepada semua terutama pelajar2 yang bertungkus lumus ingin berjaya dalam akademik mereka. Jangan terkejut... ada juga pensyarah yg tak tahu pasal objektif akademik ini...serupa membawa kereta tanpa destinasi ... ataupun menanam sepohon pokok tetapi 'tak siram' dan 'baja'...harap 'air hujan' dan 'matahari' je..bagaimana tu??

b. Pencapaian GPA dan CGPA semester yang lepas (buat perbandingan utk 2 semester lagi bagus) secara keselruhan mengikut selang GPA/CGPA yang ditetapkan oleh UiTM secara statistik dan graf....pelajar suka lihat graf sebab pictorial information lasts longer than verbal information! Tujuannya supaya setiap pelajar tahu mereka berada di takuk yang mana? Adakah GPA mereka melepasi 3.00 dan CGPA mereka masih berada di antara 2.8 - 2.99...contohnya. Sertakan sekali % setiap selang gred tu dan jumlah pelajar (bukan nama pelajar tau!) yang berada di setiap selang gred tu... masa ni gerenti riuh rendah dewan tu...sebab sibuk menanya rakan-rakan itu ini...jadi macam BSKL la sekejap...takpe...KP jangan naik angin biarkan mereka....itu bermakna mesej you sampai dan pelajar tahu apa yang dibentangkan ... lepas tu selitkan dengan nasihat, tips, motivasi, dan sembang-sembang petang bagaimana nak menaikkan pencapaian mereka... jangan lupa ADD HUMOR! saya tak pandai melawak tetapi keseriusan saya kadangkala jadi bahan tawa pelajar...tak pe enjoy je! Budak-budak ni tak reti bila masa saya marah dan bila masa saya serius sebab mereka mesra sokmo dengan saya....tapi alhamdulillah they know their limits...I make sure I put the 'line' when with them!

c. Antara sebab A Cup of Tea ini dibuat hujung semester ialah untuk memudahkan tugas KP dalam mengingatkan pelajar berkenaan hal Pra-Pendaftaran kursus semester akan datang (WAJIB!)...masa ni pelajar akan bersoal jawab pasal status kursus dsbnya...so KP kena prepare pelan pengajian sekali dalam handout (walaupun setiap semester baru diberikan....biasalahkan...pelajar ni...hilang la, lupalah dsbnya) no harm!, just prepare the info and again highlight to the students.. One thing important regarding the Minor and Elective courses...KP must be well-versed with the codes and the subjects as well as a little sinopsis of every code if possible (normally I just prepare those courses offered at Terengganu only...)

d. Recall semula aktiviti sepanjang semester dan kalau boleh highlight pasal penyertaan dan kerjasama yg pelajar telah tunjukkan...kalau tak puas hati...sampaikan kpd mereka...kalau puas hati, ucap tahniah dan terima kasih kpd mereka... Paling penting highlight setiap tujuan dan objektif aktiviti yg dijalankan...dan jelaskan peri pentingnya penyertaan semua pelajar di dalam aktiviti demi kemajuan fakulti dan semua. Masa ni kekadang tu tangkap 'syahdu' sikit especially KP mereka ni...sebab ikhlas saya beritahu di sini, pelajar2 B. OSM saya antara pelajar-pelajar paling hebat saya jumpa di UiTM Terengganu. Kerjasama dan penyertaan mereka memang tidak mengecewakan walaupun ada juga satu dua program yg kurang sambutan...so masa ni KP kena kempen para pelajar. Sedarkan para pelajar peri pentingnya penglibatan mereka dan tujuan mereka berada di universiti ini. So hopefully you guys teruskan semangat ini ye...walaupun KP bersilih ganti begitu juga pelajar, namun semangat dan perjuangan demi fakulti perlu diteruskan!!

e. Apa lagi ye? Oh ya...akhir sekali perancangan semester akan datang. B. OSM mudah aje:

i. Setiap kumpulan pelajar yg berada di bahagian 4 (part 4) perlu anjurkan Lawatan Akademik...pergi la mana-mana pun...bincang dengan pensyarah yang anda selesa dan boleh bekerjasama. Guna tabung TPP..pelajar bahagian 4 sahaja (kuota fakulti FPTP)

ii. Family Day/Sukaneka semasa semester Julai - November...

iii. Seminar/Forum/Ceramah yang academic based only oleh pelajar bahagian 5 atau 6...pakat-pakat la ramai-ramai ye...

iv. Kalau ada additional...(biasanya saya ada aje additionalnya setiap sem....bila buat sesuatu tu saya suka tambahbaik apa yang kurang atau buat sesuatu yang baru utk variation, agar tanggungjawab sebagai KP yg saya pikul tu 'happening'.... memang 'pening' sungguh la...tapi Alhamdulillah puas hati. Org kata "belum cuba belum tahu", "tak kenal maka tak cinta", "belajar dari kesilapan" dan "penambahbaikan berterusan"
f. Program diakhiri dengan jamuan petang...apa-apa aje yang ada ikut bajet....tak payah susah sangat, sebab saya pasti selepas setiap sesi A Cup of Tea ni pelajar akan berfikiran positif dan semangat berkobar-kobar....pengalaman saya, saya selalu tak dapat makan sebab memang mereka makan beria-ia sehingga licin bekas makanan tu, ada sekali tu, seorang pelajar siap asingkan sepinggan mihun utk saya....maklumlah tuan rumah....layan tetamu sampai tak sempat makan... Seronok lihat gelagat mereka ni... hati pun puas.
Wahh! panjang betul entry kali ni...penuh space saya ni...whatever it is, this is only a very small part of what a KP does (my version of course)....there are tons of others that need to be accomplished....
Sincerely, I am very happy with my achievement (personally...to others ... I do not know) so far as the KP of the B.OSM program since July 2006 till August 2008. There were so many 'bittersweet' memories that I've experienced, the ups and downs of the "roller-coaster rides" that I've been through, "standing at the top of the hill" feeling and lots of others...
I'll share more later, InsyaAllah...

0 comments: