Thursday, April 23, 2009

KEMALANGAN KECIL ....Alhamdulillah kami okay!

Di samping cerita gembira kami...nak selit sedikit ‘musibah’ yang menimpa...pada tanggal 17 April lalu (Jumaat) petang lebih kurang jam 4.30 petang kereta yang kami naiki ditimpa kemalangan kecil.. Alhamdulillah kami anak beranak tidak apa-apa cuma terkejut sedikit...kereta je yang kemek.
Beberapa minit sebelum kemalangan berlaku...perhatikan betul-betul si Luthfil Hasif tu...amboi! sukanya nak gi Fanateer...picnic dan main scooter!

Ketika memasuki sebuah jalan ke arah King Abd Aziz Street...tidak semena-mena dari arah bertentangan datang sebuah kereta yang sebenarnya salah lane ...dalam sekelip mata ‘berdegummmmm’...ummi hanya sempat cakap...abang! kereta tu!...abah sempat brek...tapi kereta itu terus meluncur dengan laju dan terus hentam kereta kami tu...gambar di atas diambil 3 minit sebaik sahaja kena langgar...
Abah sedikit panik...mana taknya kereta Toyota Corolla yang kami naik tu AVIS-rental car punya. Tapi beberapa minit abah dah calm down dan terus call police. Dengan mamat Arab yang langgar kami tu pun abah tak nak cakap...lagipun bukannya tau cakap English lak tu...habis kan borehh je nak marah pun...call police terus lagi baik! Macho la abah time tu...relax jerrr.

Emm...perhatikan Nadhrah tu...dia je yang sibuk marahkan mamat Arab tu! “Apa la lu?? Tak reti drive ke?? Habis program we all nak picnic kat Fanateer tu!” gamaknya itu la yang Nadhrah ‘bisingkan’...siap naik tangan lagi bengang dengan orang tu! (actually ni dialog yg ummi reka...tangan dia naik sebab rambut yang dia ikat tu dah senget sebab 'bergegar' sekejap masa hentaman tu, so nak betulkan balik agaknya)

Since ummi duduk depan...hentaman tu menyengalkan sedikit kaki kiri ummi yang pernah patah tu...sekejap je rasa sengal...beberapa minit dah okay...nak cerita betapa kuatnya hentaman tu. Alhamdulillah anak-anak duduk elok di belakang, cuma Haikal yg seperti biasa suka berdiri kat tengah .. masa tu berdiri di belakang pemandu...sambil peluk ‘head-rest’ abah...so okay...kalau tidak, mau terperosok kat dashboard depan tu... Antara yang bergegas keluar cepat dari kereta...abah, ummi dan nadhrah sahaja nak tengok kesan hentaman...Luthfil dan Haikal tak bergerak ...panik sekejap...bila tanya luthfil apasal tak keluar tu?, cepat-cepat dia paling muka dan kata “luthfil tak nak tau apa yang berlaku dan tak nak tengok...luthfil debor ni!” Nak tergelak ummi dengar...dia yang paling besar rupanya yang paling penakut!!!


Ni la kereta Chevrolet yang langgar kami...sedikit je ‘luka’ nya...sebab dia yang hentam kaaann. Bila polis sampai baru tahu yang kereta ni tidak ada dokumen sah mahupun insurans!..Rasanya driver tu pun tak ada lesen gak kut...sebab teruk kena ‘lecture’ dek polis Arab yang sama gak tak tahu English, “mafi English!” katanya ...maksudnya “den tak tahu bahaso Inggeris yo!” Poning kepala abah sekojap...
Ni pulak our ‘wreck’...what a mess $??? Dan lihat kesan tayar yang abah sempat brek sebagai bukti, according to the law...abah has taken first emergency caution...still the other car hit us! So salah kereta satu lagi...sebab dia tak brek pun! Nasib baik kereta ni memang diinsuranskan oleh AVIS...so debor sikit je la...AVIS akan settle. Kereta ni adalah kereta kedua yang kami sewa...first car Mazda 3...pakai sebulan, masuk bulan kedua, abah sewa Corola ni, ‘sedap’ gak kereta ni...bawa laju tak rasa apa-apa...tapi sayang... ‘jodoh’ tak panjang ngan kami...kena pulangkan balik la jawabnya dan digantikan dengan Corola warna putih lak.

Seingat ummi...abah memang ‘super driver’... kalau memandu memang hebat!..bawak kereta macam a big and a serious ‘business’ for him!!! He drives religiously I can say, passionately, lovingly sometimes...and he has always been so careful when he drives fast!!! Tapi sejak ummi kenal abah since 1997 dulu sehingga 2009...he has been involved with 4 different accidents with 4 different cars!! Tak kisah la dia langgar orang atau orang langgar dia atau dia langgar tebing Bukit Bauk kat Dungun tu ke...tapi orang kata “alah bisa...tegal biasa!” sekali kena memang sakit la...kalau dah 2 – 3 kali kena...selamba je!! Hero kan...mesti ‘dugaan’ banyak...kalau tidak mana boleh jadi ‘super driver’.

Ummi ingat lagi baru-baru kahwin dulu...abah pernah kata, “kalau abang ni kaye...lama doh abang jadi pelumba kereta F'wang'! (FI...kena sebut loghat trengganu), tapi ayoh abang je yang kaye...abang dok...so dok leh hah.”
Honey! ...more careful next time please.

Nak menutup kisah kemalangan ni...ummi sempat gak la snap gambar luthfil yang akhirnya keluar gak dari kereta...debor tapi masih nak jugak buat aksi menarik...Cuma lihat je la muka orang tengah panic tu...berkerut semacam...senyum pun tak ikhlas dan separuh je...kemudian bandingkan la muka luthfil kat gambar mula-mula sebelum keluar rumah tu...kelakar betul melihatnya...sabar je la anak ummi sorang ni!

5 comments:

yginsaf.com said...

alhamdulillah, yg penting sumernyerr selamat..

yginsaf.com said...

beso beso kete pak arab kannns..

Neeza Shahril said...

Astaghfirullah.. Alhamdulillah semuanya selamat. Kat sini memang cam tu Norma. Kita kena baca fikiran driver.. dia tak bagi signal kadang2 tu tapi selamba aje tukar lane.. kalau kat highway tu selalu ada 2 3 series of accident.. sebab bila orang belakang nampak kat depan ada accident, diorang brake mengejut.. then accident happen.. it continue macam tu.. Nauzubillah..

kelakar pulak dengan luthfil tu.. memang lah.. boleh jadi penyejuk marah dia tu.. :)

MommYaLif said...

Alhamdulillah, all of you are ok. Kelakar yr eldest tu.. well for 'some of them' makna tekan "Break" tu not in their dictionary langsung! This is our 5halalahs observation(of course the real reason is to upgrade the road systems he..he) they are building the fly-overs so as they dont have to stop at every traffic lights and some exit roads/corners are widened esp our area..ha.ha.hha,masuk corner je tak yah susah2 tekan break semua nak speed(knowlah the fact that they have big-powered cars kan);)..

nj said...

en_me...
alhamdulillah semua okay..dah le kereta mereka tu besar ... pandu pulak macam orang hilang akal...sesuka hati je...kalau setakat masuk lane bertentangan ni dah biasa sangat rupanyer kat sini...tu belum lagi himpit meenghimpit kat roundabout...bukan takat kaki cik abang je yg menekan brek...kaki maam sebelah dia pun tekan brek sama...

neeza...
perkara yang paling norma tak suka kat sini...kereta di atas jalanraya. Sekarang ni bukan Haswadi saja yg akan hon...norma duduk sebelah pun tolong tekan hon kalau ada yg tak kena sebab gerammm sangat...

sis khadijah...
At my area ni especially the town kan...there are always many cars on the road. Sekarang ni everytime nampak junction...norma akan ingatkan Haswadi...dah tak tahan rasanya melihat mereka2 ni keluar masuk simpang tanpa brek kereta langsung...mereka akan brek bila dah betul2 2-3 inci dari kita...boleh jadi 'sasau' la duduk sini when on the road. How proud I am to think that in our home country we do still have drivers who are well-behaved on road...