Monday, May 4, 2009

NAK HIDUP KE NAK MAKAN???

Antara perkara yang utama yang perlu diberi perhatian apabila merantau ke negara orang ni adalah bab makanan, selain cuaca, cara hidup, undang-undang negara tersebut, pergaulan sosial dan sebagainya. Kalau tak ada makanan macam mana nak hidup kan. Kalau ada pun makanan...adakah makanan tersebut boleh kita makan atau telan. Tekak orang Melayu tulin macam saya ni walaupun boleh aje makan makanan dari seluruh pelusuk dunia, tekak Melayu tu masih kekal. Sebab tu...lesung batu antara peralatan wajib dalam hidup saya. Di Jubail ni kalau nak cerita pasal kedai runcit, pasaraya, hyper market, semuanya ada. Setiap jalan atau lorong yang dilalui akan sentiasa kita nampak kedai-kedai yang menjual barang makanan seperti kedai runcit di Malaysia tu...berlambak-lambak. Bila kelompok Melayu Malaysia ni semakin bertambah dari hari sehari di tanah Jubail ni, bertambah jugala maklumat berkenaan kedai-kedai menjual barangan makanan yang boleh dikunjungi oleh orang-orang Asia semacam saya ni...atau lebih tepat lagi orang Malaysia la. Nasib baik di Jubail ni warga Filipina dan Indonesia ramai juga, jadi kedai-kedai runcit yang menjual barangan makanan khusus orang untuk orang Asia ni pun ada juga. Terima kasih kepada kawan-kawan yang dah lama tinggal di Jubail ni kerana memberikan maklumat yang berguna.

Semasa ke Khobar, Khamis lalu...terserempak seorang warga Malaysia, Kak Zaharah yang sudah 10 tahun menetap di Arab Saudi....fuiyyyoooo lamaaaaa tuu! Bila ditanya "okay ke tinggal di sini?"..."Okay tak okay...akak dah 10 tahun, anak-anak pun semua dah habis school!" jawab beliau. Alhamdulillah!! itu yang keluar dari mulut saya... Saya pulak macamana? Boleh tahan ke nak tinggal 5 tahun, 10 tahun...atau bertahun-tahun di bumi orang ni??? Menurut kak Zaharah...beliau akan menetap di sini sehingga suami beliau 'pencen'!!! pehhh...


Seorang lagi kenalan baru yang Norma temui Rabu lalu semasa program Usrah di Fanateer, Kak Siti dari Kedah. Seorang jururawat senior yang hampir 7 tahun di bumi Arab ni...seorang diri di sini... ya seorang wanita Melayu Malaysia...."anak-anak dah besar, setahun sekali kak Siti balik la Malaysia"....tabah dan sabarnya wanita berusia ini. Pernah berkhidmat di Makkah setahun dan di Jubail ni hampir 6 tahun.


Norma?? Haswadi?? dan anak-anak???...nak tinggal berapa lama?? takkan berkorban segalanya di Malaysia untuk hanya 2 tahun sahaja di sini??? Haswadi kata, "tinggal aje berapa lama yang boleh...jika Allah bagi rezeki kat sini..." "Eh ye ke bang?"...tanya saya lagi. "Dah...kerja saya macamana??" tanya saya lagi... "Cuti je selama mana yang UiTM bagi..." kuang...kuang...kuang....harapnya boleh la gitu ye...UiTM DIHATIKU!!!

Di bawah ni layanla beberapa gambar sebahagian makanan yang ada dan yang kami sekeluarga gunakan...tak seperti di Malaysia...tetapi nak hidup di perantauan ni...hati kena cekal...jiwa kena tabah...survive! survive!survive!

Awal-awal sampai, Haswadi kata beras Siam susah nak dapat...so dia belikan kami beras BASMATHI ni di PANDA Supermarket. Beg 5 kilo ni harganya dalam lingkungan SR33...
Tapi seperti biasa, Puan Norma ni tak puas hati...diajaknya Haswadi survey dan cari Beras Siam...so ada sebenarnya...berlambak-lambak...dan pelbagai jenama pulak tu. Yang beg biru tu jenama LIGO adalah yang paling best...rasa nasinya kalah semua beras yang ada kat Malaysia...tak sama langsung dengan Jati, Jati Batik, Siam Super, Jasmine atau yang lain-lain kat Malaysia tu. Harganya kalau di SAMEWAY (setakat ni yg kami survey paling murah) SR60 untuk beg 10 kilo tu...so sekilo SR6!!! Kalau kedai lain macam di CASH & CARRY dan KADIWA antara SR62 - 65 untuk 10 kilo. Setakat ni mana-mana PANDA tak ada jual jenama LIGO ni...tak tahula kenapa. Di PANDA, ada dijual beras yang begnya warna hijau sebelah tu...jenama SMART CHEF. Rasa beras SMART CHEF ni tidak se'kaw' dan sewangi LIGO...so pada sesapa yang tidak suka beras yang berkanji sangat, yang kurang wangi tetapi sedap...boleh cuba SMART CHEF ni, harga SR55 untuk 10 kilo. Di PANDA ada juga beg 5 kilo dijual. Di pasar basah Jubail, ada sebuah kedai runcit 'FILIPINA' kami gelarnya...sebab banyak barangan orang Filipina ni...ada pelbagai jenama beras siam ni...semuanya nama Jasmine tapi macam-macam jenis Jasmine Rice la...dari harga SR45/10 kilo sehingga SR62/10 kilo beras yang dijual...boleh pilih ikut citarasa masing-masing.
Ni udang 'bela' maknanya udang dalam sangkar la...sama yang di pasar Dungun tu jugak...saling tak tumpah, cuma di Jubail ni...udangnya besor..takdok yang kecik. Harga sekarang ni antara SR25 - SR30 sekilo!!! mahalkan?....harga ikut musim katanya...musim sejuk boleh jatuh sampai SR10 sekilo. Di Dungun antara RM14 - RM16 sekilo...tu harga kat pasar...
Ikan kembung kat atas ni masa beli SR5/sekilo. Murah sangat. Ada hari-hari ikan kembung ni segar bugar dan rasa manis macam yang kat atas tu...FRESHHH!!! tapi ada hari-hari tak jumpa langsung yang FRESH ni. Even ikan besar seperti tenggiri, ikan merah, bawal, asoh...susah sebenarnya nak jumpa yang betul-betul FRESH macam kat Dungun tu....tapi tidaklah seteruk mana...bolehlah nak makan. Maklumlah...bila Norma duduk Dungun...tekak ni dah biasa dengan ikan segar bugar sahaja...sesekali balik KL...makan ikan tak berapa nak FRESH ni...lain rasanya...so sama gakla dengan kat Jubail ni ...macam makan ikan beli kat KL je. Alhamdulillah dapat gak makan ikan...itu yang penting. Bila agak kurang segar ni...kena modify le cara memasaknya...contoh...kalau nak masak kari...rebus la dulu ikan tu dengan asam keping, garam dan hirisan kunyit hidup...hilang hanyir dan bau. Kalau digoreng...tambahkan rempah kari, bawang putih dan bawang merah ditumbuk...sedap la jadinya...Alhamdulillah...

Ni pulak cik Garam...jenama Kingsway...macam Hasway (nickname Haswadi) la pulok... Garam kat sini pun jangan terlebih jangan terkurang guna...haru jadinya!!! Tak macam garam kat Malaysia. Kena pakai 'psycho' nak masak guna garam kat sini!!!
Ni santan krim. Harga setin SR3.95 (di SAMEWAY), SR3.75 di PANDA (besar). Di CASH&CARRY setin SR4. Jenama SAVOY tin biru tu wangi dan lemak lagi dari jenama AROY tu. Buat nasi lemak mesti guna SAVOY....sedaaap!!!
Ni sos cili (jenama RANA) yang hampir sama rasa dengan sos cili MAGGI...tak caya cuba. Sos tomato, HEINZ paling sedapla. Fresh Milk...jenama ALMARAI...betul kata Neeza (kawan blogger norma) memang sedap ALMARAI ni. Botol 2 litre baru SR7. Kalau di Malaysia, satu litre fresh milk DUTCH LADY dah RM5.50. Strawberry Jem yang kami gemari tu jenama
HALWANI....sedap sesangat.
Ni pula, roti pilihan kami sekeluarga...jenama LUSINE. Ala-ala GARDENIA gitu tapi GARDENIA lagi best!!! LUSINE juga mempunyai pelbagai produk berasaskan roti dan kek yang lain yang sedap belaka. Kat rumah ni roti macam air....sokmo-sokmo beli...sokmo-sokmo habis...kena pulak makan dengan strawberry jem dan butter ALMARAI....tu la pasal!

Makan...jangan tak makan!

5 comments:

Fetty said...

Hah! Bila nak masak mee udang? hehehe

Neeza Shahril said...

baru neeza nak cakap, hah?? beras siam takde??? sib baik norma dah jumpa hehee.. kami ni tak makan sangat basmati.. tak kenyang. Kalau buat beryani baru guna basmati..

kat rumah neeza ni kan.. rasanya ada 4 jenis santan tin tu.. semua neeza try sampai neeza tak sure yang mana sedap yang mana tak? boleh gitu.. tapi kalau yang murah, memang best beli huhuuu...

norma, sardin takde ke?? stock sardin rumah neeza selalu ada.. time2 dah tak tahu nak masak apa, sardin ajeeee.. hehehh...

:: Leeza Joe :: said...

salam..
bravooo kak norma!!!
siap dgn harge sekali...sy pon makan beras siam kat cni...brand milagrosa..thai fragrance rice...best beras ni...bese beli 5 kg/SR23 kat sameway ade...panda ade..kabayan pon ade...pas2 mmg lambat basi dan nasi nye best!!!!

Pijat-Pijat said...

i tau pasai apa santan AROY tu sedap daripada SAVOY ...

Sbb ... AROY tu .. maksudnya dalam bahasa Siam ... SEDAP! :p

Malaysian ni pi mana2 pon still Malaysian jugak kan ... kau stay la kat Arab tu barang seploh tahun lagi ... pastu kau bukak food court cam kat bangsar tu ke ... jual all Malaysian food. Apart from that, boleh le Malaysianize the Jubail ... hehehe

nj said...

fetty...
sekarang ni tgh nak belajar buat mee kuning la pulak...tapi mesin belum beli lagi. mesti kak neeza tu duk menunggu makan mee udang kak norma ... hehehe..

neeza...
betul...kena makan beras mcm kat malaysia jugak. Sardin beli jugak...tak berapa laju la kat rumah ni. Norma pernah beli sardin LIGO kat Sameway.

Leez...
Biasa jugak jumpa milagrosa tu. Mungkin akan cuba pulak nanti ye. Nasi best ni...alamak laju la pulak makan nanti..

Pijat-pijat...
Salam Perkenalan, memang Melayu tetap Melayu kan...setuju. Bagus idea tu...bukak restoran MALAYSIAN KITCHEN kat Jubail ni ye...