Tuesday, May 26, 2009

KRISIS AIR DI MAHDOOD...

Krisis Air? Kenapa?? Tak ada air??
Ya ...tak ada air. Kali ni dah masuk 5 kali apartment kami ni tak ada air sepanjang 2 bulan setengah di sini. Tapi tak lama. Biasanya air tak ada waktu maghrib atau selepas waktu maghrib tetapi sebelum subuh dah ada balik. Nak kata bil air tak bayar, semasa memula masuk rumah ni dah siap bayar bil untuk setahun pada Abu Ibrahim, landlord kami tu.
Setiap rumah, beliau collect SR200 untuk setahun penggunaan air...murah jer...kita ni pulak memang jenis yang menggunakan banyak air...sikit sikit air...sikit sikit air...tapi okayla tu settle satu tahun dah.
Tapi hari ni lain sikit jadualnya pulak...jam 10.30 pagi tadi dah tak ada air. Kebetulan Norma baru aje selesai memasak untuk tengahari...cuma tak sempat membasuh kelengkapan memasak tu...air dah tak ada..so sinki dapur semakin penuh la tu...menunggu masa ada air je tu nak basuh. Anak-anak hari ni makan dengan plastic plate jer...sebab nanti tak cukup air untuk basuh-membasuh.
Kebetulan di rumah ni dah memang ada tong air plastik untuk menyimpan air ketika waktu-waktu 'kering' begini. Sebab semasa mula kejadian tak ada air ni terus kami beli tong air tu...in case. Tapi lepas ni nak beli satu lagi la...macam tak cukup je se tong yang ada tu... Fikiran ni mula memikirkan yang agaknya musim panas ni acapkali tak ada air sebab shortage atau ada sebab-sebab lain macam construction atau kerja maintenance lain di sekitar Mahdood ni?? Tak tahu nak tanya siapa sebenarnya...
Tong yang awalnya penuh...dah tinggal tiga suku. Alhamdulillah anak-anak ni faham tak ada air so tak ada yang buat 'kecah' kat bilik air tu...kalau ada yang nak guna bilik air, siap ummi pesan...jimat guna air! Susah juga kalau tak ada air ni...biar tak ada elektrik jangan tak ada air...tapi kat Arab ni...nak nak pulak musim panas terik ni...tak ada elektrik pun susah...tak boleh pasang penghawa dingin...panaaasss! Harapnya air akan ada kembali la menjelang senja ni...kalau tak susah la..bekalan air pun makin sedikit.... Air! Air! Air!...

8 comments:

Mrs Rafiuddin said...

laa,selalu ker takder air?
kami so far sekali jer x der air..tu pun sebab pam yang rosak.
nnti klu x der air,meh jer rumah kami ambik air n mandi manda :)

nj said...

As...
petang tadi landlord dah dtg...dia kata problem kat main supply, pam ok...tak tahu rumah dekat2 sini ada air ke tak. Katanya malam ni dia nak pam air masuk apartment...harap ada la air by malam ni gak. Thanks for the offer As.

memanglumayan said...

air zam zam kan aderr.. ekeke, me gurau gurau jer one uollls.. salammm akak norm ittewww

Neeza Shahril said...

kalau takde air, datang aje sini. Kami banyak air setakat ni la.. dulu ada jugak time takde air.. sebab pam air rosak..
kami tak bayar duit air norma sebab landlord dah cover dalam annual rent tu :)

nj said...

en_me...
air zam-zam ye en_me....gurau sokmo tu!

neeza...
3 hari dah air on n off ni...kat luar tu org tgh baiki pam gamaknye...sabarje la...

::ADleez:: said...

huhuh...summer mmg slalu x air!!
flet umah kami ni pon g2...tp dah siap takung awal2....;)

.fatin nabila. said...

susah idup xde air.
xpe letrik, oke lagi.
ada chy matahari jgk. [waktu siang la, or bukan time ujan, hehe]
tp, xde air, mmg susah.
kt umah pon, if xde air, tong cmtu mmg xcukup.
berbaldi².
better beli 1 lg tong.
in case, kot, kita perempuan ni, tgh time dia. susah tu.

nj said...

leeza...
kak norma nak cari 1 tong lagi...akak ramai dik nun...se tong tu x cukup..

fatin...
Betul...saya memang tak boleh tahan kalau tak ada air ni. Kalau boleh nak gali telaga kat sebelah rumah ni...mana tahu kut keluar air zam-zam..heheheee