Saturday, May 29, 2010

SAMBUNG BELAJAR ATAU KERJA???


Sekarang ini musim cuti semester bagi pelajar-pelajar di UiTM seluruh sistem. Bagi yang sudah tamat, Alhamdulillah...lega lah rasanya. Namun, akan mula risau dan sibuk untuk mencari peluang-peluang pekerjaan.

Bagi yang ada lagi 2 -3 semester...cuti ini umpama merehatkan minda seketika sebelum kembali 'beraksi' di kampus apabila semester baru bermula.
Apa yang amat merisaukan pelajar-pelajar ini secara khususnya setiap kali cuti semester ialah menantikan keputusan peperiksaan akhir yang telah diduduki. Menunggu hari dan masa dengan berdebar-debar tatkala sistem komputer UiTM mengumumkan keputusan peperiksaan akhir semester yang baru berlalu.

Bagi yang tamat...kiranya keputusan ini bakal penentu...samada akan terus mencari pekerjaan atau terpaksa pulang semula ke kampus mendaftar untuk menduduki semula kursus yang gagal. Ini fenomena biasa pelajar-pelajar di UiTM... apa pun, sebagai seorang pensyarah, saya sentiasa mendoakan kalian berjaya dengan cemerlang setiap kali peperiksaan...biarlah semuanya "smooth sailing"...and "no hiccups" throughout. InsyaAllah.


Saya terpanggil untuk mengalih pandangan terutama bagi para pelajar atau bekas pelajar UiTM khususnya yang sekarang ini dalam dilema untuk membuat keputusan...yang pasti saya bukan orang yang sesuai untuk membantu anda membuat keputusan untuk memilih pasangan hidup ya...tetapi dilema membuat keputusan samada "SAMBUNG BELAJAR atau BEKERJA"???


Kalau ditanya kepada saya....beberapa pendapat akan keluar dari mulut saya bergantung kepada situasi setiap individu itu. Saya tak boleh "pukul rata" bila menjawab pertanyaan sebegini...there are many factors to be considered when concluding the type of decisions you are making.
Bolehlah saya berikan sedikit garis panduan apabila memikirkan perancangan yang bakal dibuat. Saya akan fokus kepada "SAMBUNG BELAJAR" kerana inilah yang menjadi dilema kebanyakan pelajar-pelajar sekarang ini:

KENAPA SAMBUNG BELAJAR??:
  1. MEMENUHI MATLAMAT @ MEETING GOAL(S)--apakah matlamat kerjaya anda?? Ada pelbagai matlamat yang boleh anda fikirkan, tetapi yang nyatanya jika anda ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah kerana anda ingin menjadi seorang ahli akademik atau nama amnya...pensyarah!!! (khusus bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda yang ingin menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana atau Masters)
  2. MEMPERTINGKATKAN ILMU DI DALAM JURUSAN YANG DIIKUTI--salah satu faedah apabila anda sambung belajar adalah untuk melebarkan sayap pengetahuan anda ke arah jurusan yang anda ikuti ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya macam tengok sequel drama ADAMAYA atau HARRY PORTER la... kalau ada sambungan atau sequel seterusnya, cerita akan jadi lebih menarik, anda akan lebih memahami cerita keseluruhan dengan lebih baik, dan anda akan tahu segala-galanya. Sama juga jika dari peringkat ijazah sarjana muda ke peringkat sarjana di dalam jurusan yang sama, anda akan dapat lebih pengetahuan, pengalaman dan mengikuti kerja kursus yang mungkin lebih berat lagi???....
  3. MEMENUHI KEPUASAN HATI SENDIRI--ini saya boleh kaitkan dengan kepuasan diri anda sebenarnya. Tetapi anda perlu tanya diri anda, "Adakah ini yang saya mahu?", "Adakah ini yang akan melengkapkan hidup saya?"...jika ianya tidak menjawab soalan-soalan tersebut, so sorry la dear...may be there are other things that could satisfy you...so look out for other alternatives okay!....
  4. PEER PRESSURE--ini boleh jadi salah satu sebab juga. Bila ramai kawan-kawan pakat dapat peluang untuk belajar, anda pula rasa tertekan...nak ikut juga...usaha lah juga cari borang dan isi borang permohonan. JANGAN!!!...jangan jadikan peer pressure pressuring you!... Rakan-rakan yang lain mungkin mempunyai matlamat atau goals yang berbeza...tak sama dengan anda...mengapa perlu ikut mereka?? Adakah mengikut mereka mendatangkan kepuasan hati anda? Fikir-fikirkanlah ye...
  5. MAMPU BIAYA--ini maksudnya, anda ada rezeki lebih atau ibubapa anda sanggup untuk menaja anda setahun dua lagi untuk sambung belajar. Alhamdulillah jika wang bukan masalah utama anda dan anda boleh mengikuti mana-mana pengajian dengan dibiaya sepenuhnya oleh keluarga atau mungkin anda mempunyai simpanan duit sendiri dalam RM10,000 hingga RM20,000 untuk biaya yuran pengajian peringkat Masters (bergantung kepada universiti dan jurusan yang anda pilih).
  6. SELF-ESTEEM--ada juga kaitan dengan faktor untuk memuaskan hati tetapi self-esteem ini lebih kepada perasaan kepuasan yang membolehkan anda berasa yakin dengan kebolehan diri anda sendiri. Macam slogan MALAYSIA BOLEH! tu... Bila sambung belajar ni, anda seperti berada di tahap yang lebih tinggi sedikit berbanding mereka yang tidak mempunyai kelayakan seperti anda. TETAPI....ingat!!!! bukan bertujuan untuk memandang rendah atas kebolehan orang lain...tetapi untuk meningkatkan self-esteem anda sahaja. Anda dan orang lain sama sahaja okay...tidak lebih dan tidak kurang sebagai hamba ALLAH yang kerdil dan masih memerlukan petunjuk dari ALLAH SWT...
  7. GAJI LEBIH TINGGI--chop! chop! chop!....ini yang mudah disalahertikan... ada dua kemungkinan gaji lebih tinggi ni...bergantung. Pertama, ya! gaji anda akan lebih tinggi mengikut kelayakan anda hanya jika anda memohon jawatan yang memang mengiklankan kelayakan Masters atau PhD...contoh yang paling baik ialah di bidang akademik...sebagai pensyarah!!... Kelayakan minima di kebanyakan universiti di Malaysia adalah Masters @ Ijazah Sarjana. Tetapi sudah banyak juga universiti yang memerlukan PhD sebagai kelayakan sebagai pensyarah ... ini menunjukkan betapa pantasnya bidang akademik boleh berubah dari tahun ke tahun dan dari masa ke masa. Anda perlu peka tentang itu. Kedua, jika kelayakan yang diiklankan adalah Ijazah Sarjana Muda sahaja, sedangkan anda sudahpun memiliki Masters....oooh mana bisa terima gaji lebih sih!!! Situasi sebegini wujud rata-ratanya di pelbagai sektor korporat awam atau swasta yang ada di Malaysia...kecuali untuk kes-kes tertentu contohnya, syarikat koprorat memerlukan kelayakan Masters untuk penyelidikan, pembangunan, konsultan dan sebagainya. Setakat pegawai atau eksekutif muda....jangan haraplah nak dibayar mengikut gaji Masters...masa ni memanglah rasa kelayakan yang anda ada tu tak laku...bukan salah mereka, salah anda sendiri yang tak kaji betul-betul kelayakan yang ditawarkan.
Rumusan yang boleh saya buat dengan garis panduan di atas adalah keputusan sambung belajar ke peringkat Masters berdasarkan apa yang anda ingin capai sebenarnya... Yang pasti jika anda berminat menceburi bidang akademik...YA!! ianya keputusan yang paling tepat...tetapi jika anda tidak minat bidang akademik, adalah lebih baik jika anda terus mencari pekerjaan lain dan menimba pengalaman dengan lebih banyak lagi bersesuaian dengan jurusan dan bidang anda...InsyaAllah.

Nyatanya, rezeki ALLAH ada di mana-mana sahaja, jika anda pandai berusaha untuk mencapainya. Anda lah yang boleh merubah nasib anda...tiada orang lain...jadi keputusan di tangan anda sendiri. Yang penting, anda perlu yakin dengan kemampuan diri, jelas dengan matlamat yang mahu dicapai, mendapat sepenuh sokongan dari pelbagai pihak dan pelbagai segi samada kewangan dan sebagainya.
Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi, dan pengetahuan saya sebagai seorang pensyarah. Seringkali ditanya persoalan sebegini dan InsyaAllah ini yang mampu saya ulaskan. Jika ada pendapat berbeza daripada ini, saya sedia menerima pandangan lain dan komen agar kita sama-sama dapat mendapat faedahnya.

Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan bagi membantu meringankan dilema yang ada di kalangan pelajar-pelajar dan bekas pelajar-pelajar saya di luar sana. Semoga apa sahaja keputusan yang anda buat atau bakal lakukan, saya mendoakan yang terbaik untuk kalian. InsyaAllah.

12 comments:

Pak Man laksam said...

Ada bakat sebagai kaunselor.

Anonymous said...

salam puan, saya sangat setuju dengan pandangan puan, ianya juga berlaku kepada saya....ketika praktikal dahulu saya terus dapat kerja di tempat saya bekerja sekarang dalam skim tetap..alhamdulillah dah hampir 2 tahun..mula2 rasa rugi juga..yer lah...kawan2 sambung degree saya dah start keje, n skg dorang dah habis degree n nak sambung master pulak...rasa rugi, menyesal n pelbagai perkara menerjah dipikiran pada mulanya...tapi kini, saya sedar, semua tuh adalah perasaan kita semata2..mungkin ada hikmah di sebalik apa yg telah ditetapkan kepada saya..alhamdulillah.kini saya dalam proses untuk menyambung semula belajar ke peringkat ijazah secara separuh masa di UKM, pada saya, walaupun lambat..tak perlah..yg penting saya sambung juga kan...n..saya juga bersyukur bekerja si tempat skg, banyak kemudahan yg diberi...insyallah, bila dah tamat belajar boleh naik pangkat sebagai pegawai..di sini saya nak ucapkan terima kasih atas pandangan puan, mula2 saya rasa menyesal dan rugi...tapi bila baca pandangan puan nih..saya rasa lega,,sesungguhnya setiap apa keputusan yg kita buat ada hikmah disebaliknya dan rezeki Allah ada dimana..aminn..thanks puan..

nj said...

Pak Man...
...terima kasih... tengah training nih... :)

nj said...

Anonymous...

Alhamdulillah...walau apa pun yang kita buat...kita perlu lihat kemampuan kita dahulu...jangan buat sesuatu kerana ikutan. Nak berjaya...bila-bila masa sahaja boleh jika kita lakukan dengan bersungguh-sungguh. All the best dengan kerjaya dan sambung belajar tu...semoga anda sukses selalu!!

**bekas pelajar saya ke??

♥S@R@♥ said...

akk lecturer rupanya..

kena panggil puan ni..hehe

puan mengajar kat mana ea?

sara skang wat part time study kat uitm s.alam..

nj said...

sara...
tak perlu panggil puan la... panggil kak norma je tak pe...

saya ngajar uitm dungun...skrg ni bercuti panjang.

So good luck...result exam nak keluar dah ni...

~ForEver In LOve~ said...

salam puan,

saya tertarik dengan topic puan.hee..
tepuk dada tanya selera.masing2 ada pandangan dan pilihan masing2.
bagi saya, pengalaman itu penting..Sekarang kalau nak mintak kerja, mesti berdasarkan pada pengalaman seseorang. Segala gaji, pangkat, status(contract or pemanent) kebanyakkan ye bergantung pada pengalaman.
Belajar boleh di lakukan secara part time dan apabila sudah memperolehi ijazah , master etc...ianya boleh digunakan sebagai Career Development saya.

* ini adalah pendapat saya*

Bila puan akan pulang ke malaysia?
Teringin nak jumpa Puan kat dungun.

-Fara Adlin-
UTMDungun -2003-2006
Om114/ OB part 4(puan ngaja saya)

Anonymous said...

salam, ya puan...saya bekas pelajar puan...

pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih atas coretan puan kat blog puan ni..ianya banyak membantu saya dalam membuat keputusan...

alhamdulillah, saya semakin yakin dgn diri sendiri dalam membuat keputusan saya..seperti yg saya ckp pada mulanya rasa menyesal dan sebagainya..tapi setelah baca pendapat puan saya bersetju sememangnya pengaruh persekitaran kita yg banyak mempengaruhi setipa keputusan kita...

apa yg penting...usaha dan semangat yg kental dalam menjadikan diri kita berjaya di masa hadapan...syukur..walaupun saya tak sambung degree tapi dgn kerja yg ada ini banyak pengalaman yg ditimba..yerlah puan, jadi PA jaga bos kan..jadi mcm2 perkara yg kita belajar..semua sy belajar sendiri...tambah2 pulak di sektor swasta dan pendidikan...hal pentadbiran nak kene tahu dan juga akademik..tambah2 bos saya adalah pengarah di bahagian kualiti dan juga pensyarah perakaunan..pada mulanya sukar nak buat..tapi dgn ilmu yg dpelajari semasa diploma dan juga berkat kesabaran dalam belajar perkara2 baru alhamdulillah sya semakin cekap dalam menjalankan tugas...

untuk pengerahuan puan juga...dgn pengalaman kerja saya ini, banyak tawaran yg saya dapat...di sektor swasta dan juga kerajaan...tapi memandangkan saya masih lagi nak menimba ilmu di bahagian kualiti ini saya teruskan bekerja di sini, walaupun gaji tidaklah sebesar di tempat2 yg pernah offer...

tak perlah puan, biarpun gaji kecik, tapi kalo nak dibandingkan ilmu yg kita dapat tuh dah berbaloi kan...insyaallah..nanti ada rezei lepas sambong blaja..lagik besar gaji kan..n yg penting dah banyak pengalaman kita dapat..

thanks puan..thanks sgt2 atas pandangan puan yer..

proxy said...

assalamualaikum puan..saya pun bekas pelajar UiTM dalam bidang pengurusan hotel di peringkat ijazah...saya sekarang bekerja sebagai pembantu tadbir kontrak dan di dalam dilema apabila mendapat tawaran belajar di UiTM. Mungkin apa yang saya buat dipandang pelik sebab saya Mendapat tawaran untuk program Dip. Perakaunan untuk kemasukan Disember ini.Saya memang memohon program ini di atas kesedaran bertapa ceteknya ilmu di dada yang disangka setinggi gunung semasa belajar diperingkat Ijazah...saya sekarang di dalam di lema samaada untuk menyambung pelajaran atau teruskan bekerja..harap pun dapa memberi pandangan

Anonymous said...

salam kak,sy confius jgk ni.nk sambg phd o x.skg insyaallah dh thn akhir master.akk ada idea x, kalu bleh sy nk sambg blaja dsamping ada side income.mcm mn ye nk dptkn tpm utk phd?

oNe_nIe said...

salam puan.
saya ni lagi la masalah dalam dilema sekarang. saya hanya minta pendapat puan sahaja ini. untuk makluman puan saya ini adelah pekerja sektor awam di jps malaysia dan sebelum saya masuk menjadi orang gomen saya menyambung master dalam bidang awam di UiTM shah alam. sebelum ini saya kerja swasta sekali saya dapat pulak masuk government.alhamdulilllah la apa2 pon saya bersyukur.
masalah saya sekarang, kerja saya bnyk memerlukan komitmen saya untuk outstation. sebab sambung master di uitm ini adalah pada hari biasa, jadi lecturer saya xnk amik alasan kadang2 saya xdapat datang ke class.saya bukan sengaja xnk datang cuma bila sy outstation sy xdapat nk datang la.huhu.
macam 10hb ini saya ade test tp, surat untuk meeting dah di keluarkan lec dengan senang jer terus xbg amik test sbb xdapat datang. xde consider langsung. kawan2 dan bf saya menasihatkan suruh saya berhenti kalo master itu membebankan saya sebabnya lec uitm agak kejam bagi saya dengan xpernah nk consider kami yang menyambung separuh masa. ikut hati saya berhenti jelah tp saya fikir jugak sebabnya sekarang saya sudah semester 2.lgpon result semester lepas boleh dikatakan agak cemerlang la untuk melainkan orang lain. Lagi satu, saya ini master saya ini ditaja sebab masa sy kerja swasta saya meminta tajaan dan diluluskan. pada pandangan puan atau orang lain adekah saya terus berhenti atau teruskan ke cmana..saya xtahu dah nk cakap cmana.benda ini btul2 buat sy stress..
harap puan dapat reply secepat mungkin.

kisahdiriku.. said...

assalam , saya syahirah. tq puan kerana banyak memberi motivasi terhadap diri kami yang membaca blog ini. cuma saya nak tanya pendapat . saya sudah berumur 22 dan sekarang menunggu keputusan kemasukan degree dan kebetulan pula saya dapat kerja di sebuah syarikat terkemuka di malaysia , walaupun mereka menawarkan gaji standart dip. tapi saya tahu kalau saya sambung di peringkat degree saya akan dapat gaji yang jauh lagi beza dari diploma, sekarang saya tak tahu saya nak pentingkan gaji atau pekerjaan tuh .. tolong beri pendapat yang baik puan. . saya takut saya melepaskan peluang yang baik ni.
tq