Monday, March 28, 2011

DAY 2: ARRIVAL AT DUBAI


Hari kedua perjalanan, kami bertolak dari Al Ruwais lebih kurang jam 9 pagi...cuaca okay cuma berangin kuat.

Destinasi ialah menuju ke hotel penginapan yang ditempah lebih awal lagi. Jalan agak sibuk dengan kenderaan berat pada awal perjalanan dari Ruwais.

Setelah hampir 3 jam, baru lah kami mula tiba di pinggiran kota Dubai. Dari jauh sudah boleh melihat bayangan bangunan-bangunan pencakar langit yang tertumpu di satu kawasan.

Pada trip kami tahun lepas, kami hanya menginap selama 2 malam sahaja tetapi bukan di town center Dubai tetapi di Sharjah...daerah pinggir Dubai. Kalau di Sharjah, kadar hotel lebih rendah daripada di Dubai town center.
Itu pun dalam perjalanan kami ke Oman pada Aidiladha yang lalu. Nak pulak masa tu Norma di serang demam teruk, memang tak dapat ke mana-mana.

Tetapi kali ini, kami menyewa apartment betul-betul di tengah bandar Dubai untuk memudahkan pergerakan kami ke tempat-tempat tumpuan di Dubai. Antaranya, DUBAI CREEK, BURJ KHALIFA, SKI DUBAI, PALM JUMEIRAH, GOLD SOUK, ATLANTIS dan beberapa tempat lagi.
Di kawasan hotel yang kami tinggal ini terdapat banyak lagi hotel-hotel lain...boleh kata ianya seumpama 'hotel complex' di sepanjang Zayed Road di bandar ini. Antara nama-nama hotel dan apartment yang ada di sekitar London Crown ini ialah, Golden Sand, Four Point, Winchester, Savoy, Manhattan, Concord dan beberapa nama lagi.

Alhamdulillah, apartment yang disewa lengkap kemudahan yang disediakan. Ada 2 bilik tidur yang luas dan selesa. Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak. 2 buah bilik air, laundry room, balkoni, 2 buah TV, dapur masak, microwave, jug kettle, toaster, periuk, kuali, pinggan mangkuk, pendek kata memang sesuai untuk sesiapa yang ingin menginap lama dan ramai bilangan ahli keluarga.
Kadar satu malam sewa adalah AED350.00
Tarikan utama bila kami ingin menyewa mana-mana hotel penginapan ialah kemudahan kolam mandi. Bila ada anak-anak yang masih kecil macam Norma ni, apa lagi 'hiburan' yang paling disukai kalau bukan mandi-manda...walaupun setiap hari mandi 2-3 kali sehari....mandi kolam tetap menjadi keutamaan.

Masa kami tiba di hotel tersebut, lepas sahaja menyimpan barang-barang...anak-anak dah siap bertukar pakaian mandi. Siap dengan pelampung dan 'sandboard' sekali abah bawa....bagus betul lah 'board' biru tu...2 dalam 1, atas pasir pun boleh guna, dalam kolam pun berguna.

Dapatlah ummi dan abah berehat tepi kolam hampir 2 jam lebih melayan anak-anak bermandi-manda. Hadeed je tak boleh mandi....tunggu besar sikit ya!



2 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Selamat bercuti.

nj said...

Pak Man...
Terima kasih.