Friday, July 15, 2011

AGENDA UTAMA CUTI KALI INI!!!

Tahun lepas...semasa merancang percutian ke Malaysia adalah untuk mengkhatankan Luthfil Hasif.  Memang merancang cuti 3 minggu pada Disember lalu untuk menyempurnakan hajat kami itu.  Siap berkenduri-kendara nenek Manja di Sentul apabila cucu ingin berkhatan. 

Namun, ditakdirkan ALLAH...anak-anak kesemuanya diserang 'chicken pox'.  Luthfil Hasif paling 'seronok' apabila diserang chicken pox...kerana 'terlepas' berkhatan...aduhai...'gagal' lah misi ummi dan abah ketika itu.

Jadi, kali ini...percutian panjang kami untuk menyelesaikan misi itu kembali.  Kali ini, Luthfil dan Haikal akan berkhatan....sebab abah kata, Haikal dah besar dah...dan boleh dikhatankan sekali dengan abang Luthfil.

Selasa baru lalu, 12 Julai 2011, tertunailah hasrat ummi dan abah untuk Luthfil dan Haikal.  Bermulalah satu peringkat baru buat mereka berdua.  Kalau nak diceritakan kisah di pagi hari Selasa tu, tak cukup ruang rasanya ummi nak cerita kat sini, mula-mula berani, kemudian takut, kemudian mahu, kemudian tak mahu...gitulah kesimpulan proses berkhatan hari tu, bermula 8.30 pagi...dan berakhir jam 10 pagi.  'Berkejaran' jugalah abah dan Pak Cik Azhar, jiran sebelah rumah nak memujuk Luthfil Hasif...adoiii...sabar aje lah anakku. 

Alhamdulillah segalanya selamat disempurnakan, semuanya dilakukan di rumah kami di Dungun kerana ketika ini bukan musim cuti sekolah.  Agak sukar nak dapatkan doktor untuk melakukannya di klinik-klinik.  Encik Mad Din, Hospital Attendant di Hospital Dungun telah melaksanakan tugas itu, syukur Alhamdulillah.

 Luthfil dan Haikal sebelum dan selepas...  Haikal 'hero' pagi tu, paling cool 'menyerah diri' ... Luthfil?  Adoiii, ummi tak nak ceritalah...apa pun, selesai semuanya Alhamdulillah.

0 comments: