Friday, July 29, 2011

FEEL LIKE A 'STAR'!!



Kalau bab makan buah...kami anak beranak memang suka sangat.  Alhamdulillah, anak-anak sekecil Hadeed hingga kakaknya Nadhrah suka sangat makan buah-buahan.  Abang Luthfil aje yang 'kurang selera' ...hehehe.

Buah-buahan yang menjadi kesukaan antaranya, epal merah, epal hijau, nenas DOLE (Nadhrah's favorite), oranges, grapes, strawberries (ALL's favorite), rock melon, honeydew, watermelon, mangoes (Haikal's favorite!), banana (Hadeed's favorite) dan tidak ketinggalan buah DURIAN...hahaha.  Yang ni Luthfil's favorite...suka makan durian aje katanya.

Tapi semasa baru sampai di Dungun 3 minggu lalu, buah yang Norma teringin sangat nak makan adalah belimbing besi. Sejak kecil memang biasa makan dah.  Kesian kat anak-anak Norma sekarang sebab tak kenal lagi buah belimbing besi ni.  Kebetulan ke Pasaraya You Hoe di Dungun ni, punyalah banyak dijual belimbing besi.  Alhamdulillah, agak manis rasanya...tidak masam.  Dek kerana 'kecur' melihat buah belimbing dan terbayang makan dengan kuah rojak...tanpa berfikir panjang, Norma terus menyumbat beberapa biji belimbing besi ke dalam plastik, murah pulak tu ... sekilo hanya RM4.00 sahaja.

Bila balik rumah...macam-macam soalan anak-anak tanya pasal buah belimbing tu...jenuh juga lah nak menjawab, sebab di Jubail, kami tak pernah jumpa lagi terjual di mana-mana.  Selepas dicuci dan dihiris buah tu, lagi teruja anak-anak sebab...bentuk buah tu apabila dihiris melintang...STAR FRUIT!!! jerit mereka...eh eh...tahu pulak nama buah tu dalam English...hehehe...tak payah ajar pun...they say it out spontaneously...  Norma tersenyum sinis juga sebenarnya...if only I cut the fruit the other way around, potong memanjang aje, kemungkinan besar mereka tak akan tersebut nama buah tu dalam  English...  Kesimpulannya, moments like these can make me smile to myself...and kids can get very creative most times. 
And later, kami semua menikmatilah belimbing besi yang dicicah dengan kuah rojak itu, berebut-rebut dan terpaksalah nenek Manja memotong lagi belimbing besi tu...kecuali Luthfil, "Luthfil suka durian je kat Malaysia ni..."  hmmmppphhh...aduhai lerrr

0 comments: