Sunday, April 26, 2009

BACK TO SCHOOL!

Kali ni nak cerita pasal persekolahan anak-anak. Di Jubail ni terdapat pelbagai jenis sekolah dan antaranya Sekolah Arab dan Sekolah Antarabangsa. Sekolah Arab ni biasanya dipenuhi dengan anak-anak orang Arab Saudi...kira macam government school di Malaysia atau Sekolah Kebangsaan. Sekolah Antarabangsa pula adalah sekolah swasta atau private yang dipenuhi dengan anak-anak orang luar, dan ada juga orang Arab yang menghantar anak mereka ke sekolah sebegini.

Ketika kami meronda sekitar Jubail...kerapkali terjumpa bangunan-bangunan yang tertulis MADRASAH di dalam Bahasa Arab...kalau di Malaysia MADRASAH ni macam sekolah agama anak-anak, tapi kat sini MADRASAH ni adalah sekolah mereka. Tak pasti subjek apa yang diajar di sini...yang pasti Bahasa Arab memang wajib kut. Antara Sekolah ‘International’ yang saya tahu setakat ini ialah ISG (American-based School), JIS (Jubail International School), Mariya International School dan Iqra International School..sekolah ni...dengarnya bagus jugak. Mungkin ada lagi tetapi ini antara yang kami fikirkan untuk menghantar anak-anak.

JIS also known as Al Hussan International School is the most popular one since most Malaysian children are sent to this school. It is located outside of the Jubail City area which is in the Jubail Industrial City area...a little bit far from home. Initially, we have decided to send our kids to JIS...even when we were still in Dungun, we have chosen JIS. Here, most International schools require that children upon registration to sit for a placement test especially those from outside of Saudi Arabia...the foreigners. A SR500 placement test fee is required and would also be the registration fee if the child is admitted. The school requires monthly, term (3-4 months) and also yearly payment so that parents could decide the most convenient mode of payment. It ranges from SR15K per year to as high as SR25K per year. As for ISG school...it is said to be the most expensive one...somewhere SR25K per year, per children! JIS is SR15K a year or we can also pay by term which is SR5000 for 3-4 months. Mariya International School is also almost the same as JIS where currently we are sending our three beloved children there and since the current school term is ending in 2-mths time, we...I mean the company would be paying monthly for SR500 per child. Here in Saudi, the school year is different from Malaysia. If our school year starts in the beginning of each year, in Saudi the school year starts every August/September...but it also depends on the school itself. An each school year consists of three-terms.

Kenapa hantar Mariya dan bukan JIS seperti yang dirancang??? Ini yang memeningkan kepala kami berdua sebenarnya. Semasa ke JIS sebaik sampai di sini, kelas untuk tahap umur Luthfil which is either Grade 1 or 2 masih ada kekosongan tetapi tidak untuk Nadhrah yang akan masuk ke Kindergarden (KG) since Nadhrah baru berumur 5 setengah tahun (kalau ikut school calendar year di sini). Abah kata tak apala...Luthfil je akan sekolah di JIS, Nadhrah dan Haikal akan masuk ke sekolah lain...alahai kesiannya kena berpisah. Ummi tak sedap hati dah masa tu. Setelah mendapatkan dokumen berkenaan, dan memaklumkan kepada pihak sekolah JIS tu yang Family Iqamah (dokumen sah untuk ahli keluarga aka Kad Pengenalan kami anak beranak di sini) masih di dalam proses oleh Saudi Kayan (majikan abah), staf di situ menyatakan boleh datang 3 hari lagi selepas itu untuk menduduki placement test dan dikenakan bayaran SR500. Selang 2 hari selepas itu, seorang rakan Malaysia yang juga ingin menghantar anak-anak ke JIS juga membuat perkara yang sama, tetapi malangnya diberitahu oleh pihak JIS bahawa selagi tiada Family Iqama, placement test tidak boleh diambil lagi....la pulak!!! Abah apabila mendapat tahu kisah rakannya tadi terus tak jadi untuk membawa Luthfil for the placement test esoknya....takut tak lepas macam rakannya itu.

Akhirnya anak-anak duduk di rumah semula dan akhirmya hampir 4 minggu ‘holiday’ sakan kat rumah....since Family Iqama tidak siap-siap lagi!! Ada seorang rakan memberitahu yang Mariya International School tidak memerlukan Family Iqama untuk test dan register...sehingga siap baru serahkan ke sekolah, ummi pun menggesa abah untuk ke Mariya Intl School sebab kasihankan anak-anak yang tak sabar nak ke sekolah dan jumpa kengkawan baru...lagipun ummi dah ketandusan ‘idea’ nak melayan budak-budak ni kat rumah...pelbagai ‘aktiviti’ dah dilakukan oleh budak-budak ni...antaranya bergaduh, menyakat, menangis, melalak, mengacau ummi dan yang seumpamanya la...sehingga ke tahap bosan ‘impak maksima’...Cuma abah je yang tak ‘rasa’ sangat semua tu sebab abah pergi kerja!

Akhirnya keputusan dibuat untuk menghantar ketiga-tiga mereka ke Mariya International School...mungkin untuk 2 bulan terakhir term ni sahaja. InsyaAllah Mei ni nak mendaftar mereka semula ke JIS untuk term hadapan (September, lepas Aidilfitri). Bermulalah ‘adventure’ yang dinantikan....

Hari pertama nak ke sekolah...14 April 2009
Depan pagar sekolah...baru turun dari kereta menuju gate sekolah.
Practice ambil air kat water dispenser depan pejabat sekolah...nadhrah!...air tak ada lagi la...
Di pejabat sekolah sebelum sesi penyerahan kepada teacher!

Biasanya...lepas breakfast sementara tunggu jam 7.05pg, anak-anak akan menonton TV dulu. Haikal 'lenggok' habis...kartun la tu!
Luthfil Hasif...tak sah kalau tak ada makanan kat tangan tu...dah makan kat dapur sambung pulak depan TV...kejap lagi 7.05pg ummi akan jerit suruh tutup TV...bas nak datang...
Setia menunggu 'Uncle Murad, orang Pakistan...luthfil kata, "Ummi...handsome driver bas kitorang!"
Nadhrah sempat pusing pusing main scooter dulu...Uncle Murad akan tiba selalunya jam 7.20pg, by 7.05pg semua dah keluar dari rumah menunggu bas.
Since beberapa hari lalu ada pekerja buat construction kat luar rumah...Haikal seronok sangat melihat excavator...his favorite vehicle...tak sabar-sabar nak tunggu bas kononnya.
Aikk...abah pun tunggu bas ke? Tak...kalau abah ada masa sebelum ke tempat kerja...sama-sama gak tunggu bas...main bola kejap ngan Luthfil...

2 comments:

Neeza Shahril said...

Alhamdulillah, dah sekolah diorang ya. Semua sekali sekolah ke Norma? Anak2 neeza dulu pernah sekolah situ tapi 1 year aje. Then tukar ISG tu. Uniform dah tukar nampak. Dulu color hijau..

nj said...

neeza...
semua ketiga sekali norma hantar. Mariya je yang mahu terima tanpa Iqama hari tu. JIS mcm 'sombong' dan cerewet sikit. Next year baru nak hantar JIS...INsyaAllah.