Tuesday, April 28, 2009

KISAH SI LESUNG BATU...

Tengahari ni nak berkongsi satu pengalaman 'misi mencari lesung batu' kat Jubail ni. Pada sesiapa yang memang suka ke dapur dan suka memasak kalau bercakap pasal lesung batu ni dah jadi semacam important 'gadget' yang MESTI ada di dapur. Pada Norma tak terkecuali. Pernah sebelum ke Jubail ni berbincang dengan Haswadi, samada nak bawa tak lesung batu kesayangan Norma dari Dungun tu...tapi memandangkan baggage semasa ke sini sudah mencecah 134 kilogram!!! hasrat membawa sekali lesung batu terpaksa dibatalkan.

Kata Haswadi, "kat Jubail tu ada abang nampak lesung ...jenis kayu ada, jenis tembaga ada, tapi yang jenis batu macam kat rumah Dungun tu tak nampak lagi." Tak mengapalah kalau kena tumbuk sambal belacan dengan lesung tembaga pun kira oraitla.... asal ada. Bukan tak boleh pakai blender, tapi setakat cili 4-5 tangkai takkan nak blend juga ye...
So setiba kat Jubail awal Mac hari tu banyak juga tempat membeli-belah baik kedai kecil mahu kedai besar sudah Haswadi bawa...sebab dia tahu...isteri kesayangan dia ni kalau nak membeli takkan hanya puas hati pada satu kedai sahaja...untuk satu satu barang...si Normawati ni akan ke 2-3 kedai baru boleh buat decision...dah memang macam tu...sebab kat Dungun tu kawasan kecil setakat nak beli barangan dapur dah tahu dah kat mana cili kering elok, kat mana bawang yang elok dan murah, kat mana sayur dan buah-buahan segar dan sebagainya la. Maknanya untuk memenuhi senarai barangan dapur terutamanya...Norma akan ke 2 -3 kedai atau pasaraya...
Dalam pada survey kedai-kedai di Jubail ni, memang nampaklah ada menjual lesung-lesung batu yang pelbagai bahan buatannya...yang best lesung tembaga...seingat Norma...tak pernah lihat lagi lesung tembaga...setakat alat tembaga untuk makan sireh orang tua-tua tu...ntah apa ke namanya tak ingat dah...biasalah tengok zaman kecik kecik dulu. Di International Market, Jubail City ada satu kedai barangan rumah tak silap Al-Manar ada jual pelagai jenis lesung ni. Cantik dan besar lesung tembaga ni...kalau buat hiasan kat ruang tamu memanglah sesuaaaiii gitu. Tapi kalau nak menumbuk sambal belacan ...ish ish ish....mahu gegak gempita jadinya...bunyinya punyala kuat...sebab dah cuba pegang dan tumbuk kat kedai tu...tak boleh jadi...

So dalam minggu kedua sampai baru Haswadi sempat membawa Norma ke SACO...sebuah kedai ala-ala HOME CENTRE atau IKEA tapi tak lah besar mana kat Fanateer tu. Kalau yang di Dammam atau Khobar tu ada outlet SACO yang besar dan 2 tingkat bangunannya. Pusing punya pusing dalam kedai tu...terjumpalah di bahagian cutlery dan pinggan mangkuk...rak paling bawah sekali lesung batu yang sebijik macam yang ada terjual di Malaysia...belek-belek punya belek...buatannya sangatlah kemas dan canggih sikit dari yang ada kat rumah Dungun tu...padanla harganya pun canggih juga....sepasang lesung dan alu lesung tu SR109.00...mak aaaiiii mahaaaalnyaaaa. Masa tengok first time ada 6 set batu lesung termasuk yang dibuat display tu. Dalam hati ni punyalah gembira ...sebab misi menumbuk belacan akan dapat dilakukan...tapi nak cakap dengan Haswadi tak sampai hati...sebab harganya mahal tu! Nak merengek suruh beli memang kita ni jenis tak pandai nak merengek, nak beli sendiri..heheheee...masa tu tak pegang duit...purse pun tak bawak...so tengok ajela. Bila nak balik tu masa dalam kereta baru cakap dengan Haswadi..."abang saya jumpa dah lesung batu kat SACO tadi." Haswadi terkejut.."ye ke? apasal tak ambik?" "Tak apa la bang...biar dulu..nanti bila2 pergi SACO lagi,kita beli." kata saya. "Harganya mahal la bang SR109 tau..." "Ambik je tadi," kata Haswadi.
So okayla..Haswadi dah benarkan untuk beli, walaupun pada harga yang mahal gitu. Satu malam, dua malam selepas tu memang mata tak berapa nak lelap tidur...sebab terbayangkan lesung batu tu...tak silap masa tu hujung Mac...dengar pulak ramai lagi keluarga Malaysia nak datang dalam April dan Mei nanti...alamak kalau 6 set kat SACO tu habis...habisla...tak merasa la menumbuk sambal kat Jubail ni. Haswadi pun perasan apasal la isteri dia ni serba tak kena dalam rumah..ni mesti kes lesung batu. Tapi misi membeli lesung hanya berjaya selepas beberapa kali ke SACO tu sebabnya setiap kali ke SACO sebab nak beli barang keperluan rumah yang lebih penting macam water filter, bathroom gadgets, pinggan mangkuk...so lesung batu tu macam tak tergamak lagi nak beli lagipun masa tu tak sampai sebulan lagi duduk Jubail takle kempunan sangat nak makan sambal belacan...
Akhirnya satu weekend tu...saya cakap kat Haswadi, "bang...abang kena belikan saya lesung tu la...kalau abang tak belikan handbag 'COACH' pun tak mengapa, saya tak kisah...abang belikan lesung batu SACO tu ye..."

Inilah dia lesung batu 'bertuah' tu kengkawan.... Tarikh beli 8 April 2009...siap berkotak lagi...sekarang ni apa sahaja nak dimasak...memang pakai lesung batu ni...blender dah duduk diam kat dapur tu..sesekali je pakai.

9 comments:

:: Leeza Joe :: said...

heheh...
fuyooo....tu diaaa lesung batu kak norma...lps ni leh g ketuk pin2 mintak sambal belacan ckikt...kat saudi ni rege lesung batu = rege segram emas...kiikiki

nj said...

leeza...
bukan setakat sambal belacan...tok nenek sambal pun kak norma boleh bagi...kata orang 'alah membeli menang memakai' .. tumbuk jangan tak tumbuk!!

Neeza Shahril said...

lesung batu tu guna marble kan norma.. ke bukan?
selamat menumbuk ye.. hehehe..
lepas ni ada la orang tu nak bawak sambal belacan pergi kelas agama.. hehe..

Fetty said...

Salam...made in ?
malaysia punya ke?
hehehe...

nj said...

neeza...
mmg kalau tengok dlm gambar mcm yag biasa ada kat Malaysia...tapi Haswadi kata dia memang 'cast' lesung dengan 'fine' nya... Kalau marble tu biasa warna putih kan...dan kecil..

fety...
apa khabar awak? busy marking la tu! Lesung tu made in Thailand. Kak norma beli lesung kat Dungun tu kat Wai Ekonomi je...RM30 tak silap...tapi mcm menggerutu kan..yang ini licinnya...letak kat pipi pun takkan calar you!

Fetty said...

Paper tak masuk lagi. Berderet2 hujung waktu nanti haa.
Keje lain tak yah cakap...
Mau sakit jiwa kalau pikir.
Pendekatan terbaik, buat je setakat boleh.
Balik umah tak yah pikir. Dok sibuk men'cara' pokok bunga je petang2 sekarang ni. Dah dekat 33 pasu dah ha. Pas ni nak tanam daun sup pulak. Inspired la pulak pas baca blog k.norma. hehehe

Zahraa George said...

kat KIKA pun ada jual.
tapi kalu beli yg kat kika sure sayang nak guna sebab cunnnn sangat..hehe
harga pun cun..
kami siap import dari malaysia tuuuu..hehe

Anonymous said...

teringat kegunaan lain lesung batu ittewww.. ekeke

nj said...

Fety...
Daun sup ni kalau naik kembang serumpun tu seronok tengok tau...siram air basuh ikan atau air basuh beras...gemuk la dia.

As...
Awat kak norma tak jumpa lesung kat KIKA tu pulak ye?? Mahal? Yang kat SACO tu pun 10x pikir nak beli tu.

en_me...
jangan main-main lesung batu Arab ni en_me oii!!!