Wednesday, September 23, 2009

KEDUTAAN MALAYSIA AMMAN, JORDAN---1 SYAWAL

Alhamdulillah...Syawal sudahpun muncul dan hari ini sudahpun 4 Syawal di Jordan. Tahun ni pertama kami sekeluarga beraya di perantauan...dan yang paling istimewa sekali kali ini merayakan Aidilfitri di Amman, Jordan.

Syukur alhamdulillah pada 1 Syawal kami dapat meraikan Aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan...sebagaimana yang telah dirancang. Norma secara peribadi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia Amman, Jordan terutama Datuk Malek dan isteri serta Cik Fariyal, PA beliau yang telah menerima kedatangan kami dua keluarga dari Jubail, Arab Saudi.
Dari kiri; Norma, Gie, Puan Nik Suria, Datuk Abdul Malek (Duta Malaysia), Kolonel Adnan (Military Attache ke Jordan), Muslisham, anak lelaki Kolonel dan Haswadi.

Gambar kenangan bersama Duta Besar Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz bersama-sama rombongan kami dari Jubail...memang rasa bangga sungguh sebab Datuk Malek yang sangat baik melayan kami macam VVIP...itu lah istimewanya menjadi rakyat Malaysia di mana sahaja anda berada...
Khusyuk menikmati jamuan raya yang istimewa di Jordan...
Lemang...

Nasi himpit dan kuah lontong...
Datuk Abdul Malek yang sporting...ada 2-3 lagu raya yang beliau dendangkan untuk tetamu di Kedutaan tersebut...suara beliau pun sedap...ala ala Mat Jais tu...
Suasana rakyat Malaysia di Amman, Jordan beraya jauh dari keluarga tersayang dan tanahair tercinta...
Kolonel Adnan melayan keletah Haikal bercerita tentang Luthfil yang terseliuh kaki...
Meraikan ketibaan Duta Brunei ke Jordan, gambar Datuk Malek bersama Duta Brunei...
Isteri Kolonel Adnan, Puan Nik Suria yang tidak jemu-jemu melayan kehadiran kami...ramah dan sungguh mesra sekali...tidak henti-henti bercerita kisah kehidupan beliau buat pertama kali di Jordan...
Bersama-sama Cik Fariyal (kanan) dan Miss Chia (Ketua Canseleri di Kedutaan Malaysia, Amman)

The VVIP with the VIPs from Jubail, Saudi Arabia...kelassss lah u all!!!

Datuk Malek yang sangat sporting dan baik hati...lama sungguh bersembang mendengar kisah hidup Malaysian di Saudi...
Nadhrah dan Humairah...si dara cilik yang sibuk posing dekat pokok bunga...special for Raya celebration...

Thursday, September 17, 2009

KAD RAYA DITERIMA...SYUKRAN

Terima kasih kepada yang sudi memberikan kad raya cyber ni...

Terima kasih daun keladi,
tetiap tahun bagi lagi!!!

Dari Nureez...

Dari sitedi...Melaka

Tuesday, September 15, 2009

E-RAYA CARD ...

Kepada semua blogger yang singgah-singgah dan jenguk-jenguk blog PURPLEHEART ini, sudilah kiranya mengambil kad raya yang Norma sediakan ini "SALAM AIDILFITRI..." (maafle memang tak teringat nak pesan agar mengambil kad tersebut sebelum ni, bila Kak Ina KL menepekkkan kad Norma di blog beliau....suka sesangat ... bagus lah kak Ina ni...semangat Raya betul!)

Terimalah kad ini sebagai tanda ingatan dari Norma di Aidilfitri kali ini....

Di bawah ini Norma letak 2 kad raya yang Norma terima dari rakan blogger Norma...
Ni dari Kak Ina KL yang proaktif tu dan yang selalu bagi resipi best best kat blog beliau....
Dari Alimaz-Kembara Terasing...baru je kenal dengan beliau...

TERIMA KASIH YE...

Monday, September 14, 2009

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI


Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kaum keluarga di Kuala Lumpur dan Paka, Terengganu, Melaka, sahabat handai, rakan taulan, rakan-rakan blogger, pelajar-pelajar UiTM Terengganu dan semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada.

Kami memohon ampun dan maaf untuk segalanya. Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan dan kesejahteraan buat semua.

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN...

Sunday, September 13, 2009

KISAH BENAR...tak tipu punya...

Pejam Celik...dah penghujung Ramadhan. Rasa macam baru je buat entri pasal menyambut Ramadhan di Jubail...tup tup nak habis dah. Mungkin entri kali ini juga entri terakhir berkenaan juadah Ramadhan keluarga kami. Sekadar berkongsi minat dan kesukaan Norma dengan pembaca blog PURPLEHEART ni (macam ramai sangat.... ;-)...

Entri kali ni juga nak memenuhi permintaan seorang reader Norma yang nak tahu sangat makanan orang Arab atau makanan stail Arab kat Jubail ni...
Bab makanan di Arab Saudi Norma belum mahir lagi...tapi memang teringin nak 'study' asal usul dan apakah makanan tradisional mereka sebenarnya.

Jika diamati, di sini kebanyakan makanan yang ada dipengaruhi oleh makanan tradisional negara-negara Arab yang lain...yang betul-betul Saudi punya...Norma tak pasti selain buah tamar!!
Ni...nasi 'KHABSA' Chicken Beriyani...dari Restoran Al Manak...Beriyani favorite family kami di Jubail ni. Kedai belakang Pasaraya Sameway di bandar Jubail tu...ada Kambing Beriyani dan Fish Khabsa juga... Di makan bersama ulam bawang, cili hijau/cili api, hirisan limau/lemon... Tak ada kuah, tak ada lauk lain...hanya nasi dan ayam tu sahaja... Nampak macam tak lalu nak makan memula...tapi sekali rasa...tak boleh tidur malam teringat kan Beriyani ni...

Di sini mereka mengisikannya di dalam bekas alumunium tu sahaja untuk versi 'tapau'...kalau dine-in atau makan di kedai....dihidang atas 'saperah' plastik je...tak ada pinggan bagai...


Tapi...lauk kat bawah ni memang boleh kalahkan kehebatan Beriyani Khabsa tu...heheheee Singgang!!! lagi best!! Lauk favorite Haswadi ... as a true Terengganuer!!!...no doubt. Di bawah ni pula, Norma nak buat pengakuan...pertama kali dalam sejarah hidup...berjaya membuat kuih raya seorang diri!!! sampai 3 jenis sekaligus...haaa amik!! Masa kecik kecik dahulu biasa buat juga dengan mak dan kak long Norma...pernah sekali tu buat sarang semut sampai naik pitam kami dibuatnya...buat dah le banyak...lepas tu tak larat nak parut adunan sarang semut tu....dari pagi sampai ke petang 'mengerjakannya'...kelakor...lepas tu taubat tak mahu dah buat kuih raya lagi...

Sejak bekeluarga pula...kuih raya sokmo tempah dan tunjuk....selagi ada yang paling best tu memang tak pernah tinggal menempahnya...memang kuih raya antara barang wish-list raya Norma... Tapi....tahun ni macamana??? Mana nak order dan tunjuk kan...so kena buat sendiri le jawabnya...tak boleh dah nak 'wish' apa-apa...

Tapi ada trick juga...nak yang resipinya paaaaaaling senang nak buat dan tak renyah sangat...maklumlah beginner level bab-bab buat kuih raya ni...
Hari ni sepanjang hari diperuntukkan untuk sesi membuat kuih raya...tapi Cornflakes Madu tu macam tak berapa nak jadi...rasa okay...tapi rupa...hishhh tak tahu nak kata.

Kisahnya Norma menggunakan paper cup yang paling kecil...bukan kedekut....tapi itu aje yang Norma jumpa .. dek tak sabar nak buat jugak kuih...beli le juga....
Biskut no. 1: Cornflakes Madu (konon paling senang tapi tak puas hati nengokkan rupanya...) Alhamdulillah bolehlah makan.

Biskut no. 2: Biskut Dahlia (paling tragis sebab selepas menekan acuan bunga dahlia 6 keping....acuan tekan dah patah (beli kat Carrefour jenama GONDOL...memang dah gondol pun acuan tu!!! ....akhirnya kenalah gelek dan terap dengan acuan biasa...memang sahih orang tak pernah buat kuih raya...lesson learned...don't take life too easy lah dear!!)


Biskut no. 3: Biskut Arab (paling menjadi...ikut selera Norma lah...mentang-mentang duduk di Arab, nak buat biskut Arab...padahal orang Arab pun tak tahu wujudnya biskut ni dan Norma tak pernah lagi jumpa kat Saeddidin Pastry...kedai kek kat Jubail ni...) sampai buat 2 adunan...sebab separuh jalan...anak-anak siap bawak mangkuk ambil biskut tu...nasib baik biskut tu senangnyeee nak buat...siap kaler-kaler pink dan hijau lagi...


Setakat ni aje catatan terkini...ni ucapan Raya belum buat lagi...InsyaAllah very soon...

Wednesday, September 9, 2009

IKLAN PERCUMA....

**GAMBAR DI ATAS TIADA KENA MENGENA DENGAN ARTIKEL DI BAWAH...SAJE JE SUKA...

Ada seorang pembaca blog dan juga bekas pelajar Norma email kelmarin...blog puan ni cerita cuisine je ke?

"Abu (bukan nama sebenar)...saya buat entri cuisine special di Ramadhan sahaja. Lepas ni sibuk pulak cerita Raya dan hal lain pula. Nak tengok puas-puas makanan tu masa ni aje...lepas ni mungkin kuranglah cuisine tu."

Si Abu ni dulu sama kelas dengan si Awang (dalam cerita Tragedi Bulan Ramadhan tu)...dan kelas mereka ni biasa juga datang ke rumah berbuka puasa dan jamuan hari raya....kalau datang bukan seorang dua, satu kelas sekali....kenduri kendaralah si Puan Normawati mereka.

Masa Norma cedera patah kaki dulu...Haswadi belanja mereka ni KFC je....tak silap masa tu Raya tahun lepas...Puan Norma terpaksa 'gantung' periuk belanga time tu....dengan separuh bertongkat...mana nak boleh kenduri. Tapi students ni okay je...janji dapat datang rumah dan berjumpa dengan pensyarah 'kesayangan' mereka ni.

Satu perkara yang Norma amalkan kepada para pelajar dan 'subjek' ni memang tak masuk dalam silibus atau skema kerja peperiksaan ialah "hubungan baik sesama manusia" atau "the human factor". Pengalaman Norma mengajar yang tak seberapa tu, Norma biasa amalkan sentuhan kemanusiaan bila mendidik pelajar.

Bukan semata-mata mengajar yang di buku-buku sahaja tetapi membuka minda pelajar supaya menghargai orang sekeliling kita. Menghormati sesama insan, empathy, budi pekerti, berbuat baik sesama manusia, menjadi insan berguna kepada keluarga, bangsa dan agama.

Pelajar-pelajar harus juga tahu bahawa belajar dan menuntut ilmu sudah disediakan ganjaran pahala yang sangat besar kerana kelak diri anda mampu menggunakan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki untuk kebaikan diri, dan orang di sekeliling anda.

Jangan pula ilmu yang ada itu dipersiakan, sekadar menuntut ilmu tetapi tidak mampu menggunapakai di masa depan kelak. Apabila membuat sesuatu perlu ada komitmen tinggi, semangat juang yang tinggi dan sentiasa di fikiran "aku mampu melakukannya". Berfikiran positif juga mengelakkan kita berfikiran sempit dan sentiasa ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri.

Sebab tu saya selalu cakap dalam kuliah, memang kita ni belajar di universiti, bila keluar ada ijazah atau diploma....tetapi sejauh mana kualiti ijazah atau diploma yang kita miliki itu. Kalau sekadar mendapat CGPA kurang dari 2.0...jangan harap nak rasa duduk kerusi empuk di syarikat besar...cukup sekadar duduk di kerusi kayu tepi pintu atau paling teruk depan tangga!!...
Jangan pula ada yang salah faham maksud saya, kalau pelajar saya mereka memang 'mangli' dah dengan sindiran Puan Norma.

Maksudnya, bila belajar...kena buat sungguh-sungguh, maknanya jangan malas, usaha kena lebih. Susah payah ibubapa menghantar kita belajar, habis beribu-ribu ringgit, susah payah Kementerian memberi tempat dan peluang kepada anda, takkan nak belajar seperti "melepaskan 'batuk' di tangga" sahaja.

Pasti rugi kan??
Pasti menyesal tak sudah kan?

Jika anda sudah berjaya mendapat tempat untuk menuntut ilmu lebih tinggi di Universiti, pastinya anda orang yang cerdik pandai...kenapa mahu dipersiakan perjuangan itu??

Tuntut ilmu sebaik mungkin, yang susah disenangkan dan yang payah dimudahkan...kenapa perlu fikir atau buat sesuatu yang tiada kena mengena dengan menuntut ilmu seperti...berfoya-foya, berjalan sana-sini menghabiskan duit PTPTN, duduk melepak kat bilik karaoke, tak pergi kuliah, ke library jauh sekali, pensyarah pun tak pernah jumpa, malas!...makan aje kerjanya, ponteng kuliah, tidak berdisiplin dan menyusahkan orang di sekeliling!!!....sapa nak jawab???

Norma selalu pesan pada pelajar, "Jangan harap orang lain akan beritahu kita apa yang perlu dibuat, kita perlu tanya diri kita apa yang boleh kita lakukan atau sumbangkan".

Kebanyakan pelajar gentar dan keliru dengan kehidupan masa depan mereka...bila dah habis belajar...nak kerja yang bagus-bagus sahaja...mana mungkin begitu, ALLAH memang telah menjanjikan rezeki dan bahagian masing-masing tetapi selagi tangan kita tidak berusaha untuk mencapai sesuatu itu...pastinya rezeki dan imbuhan itu bukan milik kita....

Selalu dikhabarkan juga kepada pelajar-pelajar ini yang mana walau setinggi mana pendidikan yang kita miliki, ianya belum pasti menjamin kehidupan yang pasti....maksudnya bukan untuk kesenangan semata-mata, namun pendidikan tinggi itulah yang bakal kita jadikan sandaran untuk kehidupan yang lebih baik....faham maksud saya?

Tak faham?...telefon atau email saya ye!

Tuesday, September 8, 2009

KUIH LOPIS SEMPOI...

Oleh kerana permintaan beberapa orang rakan akan resipi KUIH LOPIS...di sini Norma ulang tayangle KUIH LOPIS tu...
Norma surf beberapa website yang memberikan resipi KUIH LOPIS ni...ada yang SEGERA dan ada yang TAK SEGERA...bila Norma 'study' resipi tu...Norma hasilkan version Norma sendiri...
Ni dia:

Kalau nengokkan bentuk yang Norma buat ni tak standard sebab lopis tu agak lembut...letak dalam peti ais sekejap sangat...bila potong lembut lagi...tapi dah boleh makan...

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut (direndam bersama pewarna atau air daun pandan selama 5-6 jam)
2 cawan santan (Norma guna santan dlm tin)
2 cawan air
1 sudu teh garam
Beberapa helai daun pandan untuk wangikan pulut
Kelapa parut yang digaul sedikit garam untuk salut lopis tu

Caranya:
  1. Beras pulut yang sudah direndam, dicuci bersih dan ditos sekejap.
  2. Masukkan beras pulut, santan, air, garam dan daun pandan ke dalam periuk, kalau boleh periuk yang non-stick sebab kita akan mengacau beras pulut tu apabila ianya mula mendidih sehingga masak...kalau tak melekat.
  3. Bila santan dah agak kering dalam periuk tu, kecilkan api...tutup tudung periuk dan biarkan dalam 8-10 minit supaya ianya masak sepenuhnya...boleh juga nak kacau sedikit supaya tak hangit...
  4. Bila dah masak, biarkan sejuk sebentar dan bolehlah kepal-kepal pulut tu (lebih baik sarung tangan dengan plastik, lebih mudah dan tak melekat) atau nak buat bentuk apa sekalipun. Kalau nak lebih keras letak dalam peti ais sehingga sejuk...ianya akan keras...tapi Norma suka yang lembut sedikit. Ada resipi yang suruh gulung dalam 'cling film' atau plastik makanan tu atau boleh juga tekan dalam tupperware macam buat nasi himpit tu...sejukkan.
  5. Sampai masa nak makan atau sehingga sejuk...potong-potong dan gaulkan dengan kelapa parut terus hidangkan bersama air gula Melaka/merah yang dibuat likat sedikit...
SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, September 7, 2009

ALHAMDULILLAH...REZEKI DARI ALLAH...

Salam Ramadhan buat semua. Kurang dari 2 minggu lagi tempoh Ramadhan yang tinggal buat kita.
Seperti biasa, menu berbuka kami sekeluarga hari ni yang simple-simple aje.
Salad sayuran
Telur Goreng Kicap
Daging Bakar Air Asam

Alhamdulillah percubaan pertama yang menjadi...maklumlah pertama kali buat...resipinya diolah sendiri dari pelbagai resipi yang ada di alam cyber nih...dan menggunakan kemahiran dan pengalaman yang ada.

Daging bakar ini dipotong besar-besar, basuh dan tos kering dan diperap dengan garam, jintan manis dan ketumbar, serbuk kunyit dan sedikit meat tenderizer (serbuk perasa untuk melembutkan daging) semalaman. Kemudian di grill atas kuali tanpa minyak...Bila dah masak, dihiris nipis-nipis sebelum dihidang.

Air asam tu pulak dapat resipi dari rakan di Jubail ni...memang sedap...sebab Norma belum pernah buat air asam sesedap macam ni. Makan dengan ikan bakar lagi terangkat:

Air Asam (Ayaq Asam..loghat Utara)
Belacan (ditumbuk)
Cili Api (ditumbuk)
Cili Merah (ditumbuk)
Cili Hijau (ditumbuk)
Bawang besar diracik halus
Tomato diracik halus
Kerisik (sesudu dua aje)
Air asam jawa (kena buat pekat...baru terasa masamnya)
Sedikit cream (Norma guna Bonny Cream...dalam sesudu dua aje)
Garam dan Gula sesedap rasa...
Kuih Lopis...percubaan pertama juga. Dari kecil lagi memang suka makan kuih ni. Mak selalu belikan dari si 'Ajai'...bukan pencipta lagu tu, tapi Ajai budak Sentul yang memang terkenal dengan jualan kuih muih ibunya Mak Cik Nora... entah mana lah agaknya mereka ni sekarang.

Ajai ni muda setahun dari Norma, satu kelas mengaji di Kampung Chubadak, Sentul dulu. Setiap kali beliau balik sekolah, dia akan menjual kuih muih ibunya yang terkenal sedapnya. Kalau si Ajai ni demam atau ada kelas tambahan kat sekolah...tak dapat lah kami membelinya...

Kalau tengok kuih muih yang Norma buat pun tu semua kuih muih ala ala Mak Cik Nora tu...keria, buah melaka, dan kuih lopis ni....bila buat kuih-kuih tu mesti teringat zaman kecik-kecik. Tapi tak boleh lawan kuih muih dialah. Ye lah...20 atau 25 tahun dulu mana pandai makan puding karamel, puff, puding koktel dan sebagainya. Kuih muih tradisional inilah yang menjadi juadah kami.

Ada satu lagi kuih yang ramai orang memang pandai dan mahir membuatnya...tetapi bukan Norma...kuih karipap...ehmmm entah bilalah nak belajar buat...bab nak melipat tu yang surrender awal tu...den tak pandai!!!

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MALAYSIAN KITCHEN

Khamis yang baru lalu, kumpulan pelajar Kelas Agama rakyat Malaysia daerah Mahdood di Jubail telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Malaysian Kitchen, Al Khobar. Walaupun tidak semua pelajar dapat menyertainya bersama keluarga masing-masing, seramai 8 buah keluarga berjaya memenuhi penyertaan.

Sesekali berubah selera berbuka selain yang disediakan sendiri di rumah. Juadah yang disediakan tak dapat diambil gambarnya kerana restoran MK tersebut dipenuhi dengan ramai sungguh pengunjung yang kebanyakannya rakyat Malaysia di Eastern Province of Saudi.

Pelbagai hidangan sprti sup tulang, ayam goreng, kari ayam, ikan masak lemak, mee goreng, kuey teow goreng, popia, kuih udang, roti jala dan beberapa jenis minuman dihidangkan kepada pelanggan.
Gambar terkini kami sekeluarga sebelum bertolak ke MK...semua dah dressed-up so ambillah gambar buat kenangan.
Aksi tersendiri, tak larat nak tegur...suka hati je la...
Suasana menanti kesemua tetamu majlis tiba...
Beriadah di luar sebentar...lagipun tempat sudah ditempah awal...
Kaum ibu dan sebahagian anak-anak yang memeriahkan suasana...
Masing-masing sibuk mengambil tempat...
Meja kanak-kanak lelaki...yang perempuan tak leh duduk sini...
Kaum bapa yang tak sudah-sudah makan dan sembang...
Kaum ibu yang semasa menanti waktu berbuka...
Makan dan sembang lagi...
All you can eat....so eat!!!
"Apa kita nak buat dengan budak-budak ni? Mak-mak dah serah kat kita suruh jaga lepas ni!"
"Kik..kik..kik...biar rasakan mereka!...kita jalan kali ni puas-puas, anak-anak biar bapak mereka yang jaga....asyik kita je dok heret ke hulu ke hilir kan!"
Sebelum berangkat untuk jalan-jalan cuci mata...ambil gambar dulu...

Wednesday, September 2, 2009

MY PIECE OF WORKS...

Masih lagi berkisar entri juadah di bulan puasa. Norma anggap ini sesuatu yang positif kerana dengan secara tidak langsung, kemahiran menyediakan makanan dan memasak Norma dapat diperbaiki dari masa ke masa.

Seumpama seseorang membuat buku atau menulis buku. Apa yang dicatat atau diderafkan mungkin akan diperbaiki dan ditingkatkan mutunya dari masa ke masa....akhirnya terhasil sebuah 'material' yang boleh memuaskan hati....dan dapat dikongsikan bersama...

Pada Norma dalam apa jua yang kita lakukan, kita perlu memandangnya dari sudut positif, kalau dulu Norma sibuk dengan timbunan kertas, buku, ujian, mesyuarat dan apa-apa lagi yang telah dilalui, mungkin ada hikmahnya keputusan yang Norma ambil tatkala ini.

Dulu masak aje apa yang boleh...dan bersyukur Haswadi tak pernah mengadu kekurangan setiap yang Norma sediakan untuk beliau...dan akhirnya Norma ambil mudah....main hentam aje... Alhamdulillah sekarang Haswadi boleh berpuas hati kerana dia tak perlu risau lagi yang Norma sediakan telur dadar sahaja bila berbuka puasa...alahai kelakar teringat kisah dulu.

Kiranya juadah yang dipaparkan ini membuktikan yang sesuatu yang Norma usahakan itu berhasil...ianya satu 'perjuangan' juga kan?

InsyaAllah selepas ini akan timbul pula hobi baru...yang setakat ini Norma baru jenguk-jenguk aje...kalau ada rezeki akan usahakan secara serius. Itupun sebab semasa kecil dan kanak-kanak dulu, ianya merupakan satu kemahiran yang Norma ada, tetapi sayang tidak dapat diperjuangkan....entahle tak tahu mengapa...???

So layan ajelah 'piece-works' dari Norma ni ye...menu untuk beberapa hari yang lalu...
Udang Tempoyak bersama Nenas
Tenggiri Asam Pedas
Kurma Ayam
Sup Sayur Bebola (fish ball di beli di Kedai Oriental, Al Khobar...ada fish ball dan squid ball)
Kobis Goreng Kunyit

Nasi Goreng Kangkung Bilis
Meehoon Goreng Jubail
Puteri Mandi