Monday, September 7, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MALAYSIAN KITCHEN

Khamis yang baru lalu, kumpulan pelajar Kelas Agama rakyat Malaysia daerah Mahdood di Jubail telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Malaysian Kitchen, Al Khobar. Walaupun tidak semua pelajar dapat menyertainya bersama keluarga masing-masing, seramai 8 buah keluarga berjaya memenuhi penyertaan.

Sesekali berubah selera berbuka selain yang disediakan sendiri di rumah. Juadah yang disediakan tak dapat diambil gambarnya kerana restoran MK tersebut dipenuhi dengan ramai sungguh pengunjung yang kebanyakannya rakyat Malaysia di Eastern Province of Saudi.

Pelbagai hidangan sprti sup tulang, ayam goreng, kari ayam, ikan masak lemak, mee goreng, kuey teow goreng, popia, kuih udang, roti jala dan beberapa jenis minuman dihidangkan kepada pelanggan.
Gambar terkini kami sekeluarga sebelum bertolak ke MK...semua dah dressed-up so ambillah gambar buat kenangan.
Aksi tersendiri, tak larat nak tegur...suka hati je la...
Suasana menanti kesemua tetamu majlis tiba...
Beriadah di luar sebentar...lagipun tempat sudah ditempah awal...
Kaum ibu dan sebahagian anak-anak yang memeriahkan suasana...
Masing-masing sibuk mengambil tempat...
Meja kanak-kanak lelaki...yang perempuan tak leh duduk sini...
Kaum bapa yang tak sudah-sudah makan dan sembang...
Kaum ibu yang semasa menanti waktu berbuka...
Makan dan sembang lagi...
All you can eat....so eat!!!
"Apa kita nak buat dengan budak-budak ni? Mak-mak dah serah kat kita suruh jaga lepas ni!"
"Kik..kik..kik...biar rasakan mereka!...kita jalan kali ni puas-puas, anak-anak biar bapak mereka yang jaga....asyik kita je dok heret ke hulu ke hilir kan!"
Sebelum berangkat untuk jalan-jalan cuci mata...ambil gambar dulu...

13 comments:

myQza said...

wah!! berjanji ke pakai jubah hitam kak? sedondon gituw..


makanan semua ala- malaysia ya?

zalynn said...

Seronok betul malam tuh! Lepas nih, kemana plak plan kita yek?

nj said...

sitedi...
jubah hitam tu pakaian WAJIB kaum wanita kat Arab Saudi ni...Sesiapa yang tidak memakainya harus masuk lokap!!! Sabar je la kan...

Nina...
Kita carile tempat best-best...kita cuba Indonesian Restaurant, Chinese, Indian...dan sewaktu dengannya... :)

en_me said...

ammmvoiii, sonoknyerr akak akak ittewww

nj said...

en_me...
sesekali dapat ke dunia luar...tu yang happy tu...

RedAnna said...

salam, sukanya baca blog ni. selamat berpuasa...

nj said...

redanna...
selamat datang ke Purpleheart!!! Awak bisness cake ye...sedapppnyer.Ha ppy reading okay.

Neeza Shahril said...

bestnya makan beramai-ramai... takpe, lain kali kami join.. InsyaAllah.. :)

nj said...

neeza...
Jangan nangis pulak x dapat join..hehehee...kita organize lagi lain kali okay...

eiyda said...

Amboi kak norma seronoknyer berbuka puasa kt luar..yg paling seronok tu mesti time dpt tinggalkan anak2 suruh bapak2 lak yg jagakan kan..heheh..

Alimaz-Kembara Terasing said...

pakai jubah wajib yer...tak pa jubah kan mmg pakai wanita islam...

nj said...

eiyda...
peluang keemasan yang jarang-jarang dapat tu...

alimaz...
WAJIB di Arab Saudi ni...walau cuaca panas sekali pun tak rasa panas...tapi kalau kat Malaysia tak tahula ye...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Kita baru dekat jubail ni, lebih kurang 2 bulan. Kerja dekat Sahara Plant.Nak tanya ni, terbaca dekat blog ni ada nampak restoran Malaysian Kitchen. dekat area mana ek? ada no phone restoran tu tak? Kitorang dah rindu masakan Malaysia..asik2 kabsa jer..huhu..(yousree_4@yahoo.com / azam_727@yahoo.com.my)