Friday, March 18, 2011

MAMPUKAH SAYA??

"Kak Siti dah wasiatkan kepada 4 orang anak-anak lelaki untuk mengusung jenazah Kak Siti bila kak Siti meninggal nanti"

"6 orang anak-anak perempuan Kak Siti pula akan ada yang mandikan, kapankan Kak Siti nanti"

"Sebab tu pelajaran agama paling utama pada anak-anak Kak Siti, mereka kena pandai mengaji Quran"

"Kalau ada pelajaran agama, Kak Siti akan longgarkan tali layang-layang...dan biar mereka nak ke mana, tetapi hujung talinya masih Kak Siti pegang"

"Kak Siti dah pesan pada anak-anak lelaki Kak Siti, bila ummi mati... Abdul Rahman kena talkinkan ummi, imamkan solat jenazah ummi"

MasyaAllah. Begitu cekal dan hebat sungguh seorang ibu tunggal yang menyara 10 orang anak-anaknya sendiri.

2 orang anak perempuannya sudah pun memegang ijazah, 2 orang lagi masih menuntut di Jordan, seorang akan menduduki SPM dan 4 orang lelaki lagi masih bersekolah!

Begitulah antara kata-kata beliau di dalam temuramah sebuah rancangan di TV. Norma tonton dalam Facebook sahaja. Hebat sungguh seorang ummi ini!

Adakah Norma dan suami mampu melakukan dan menyempurnakan sedemikian kepada anak-anak kami? Memang menjadi impian jika dilihat pada apa yang dicapai dan dilakukan oleh Kak Siti dan anak-anaknya. Namun, bukan semudah itu...ALLAH menjanjikan sesuatu itu sesuai dengan kemampuan setiap hambaNYA sendiri.

Kak Siti juga ada menyebut,

"Ada 2 ujian yang ALLAh beri di muka bumi ini...ujian susah dan ujian senang. Kak Siti dah lalui ujian susah...susah membesarkan anak-anak, namun bahagia melihat mereka sudah berjaya...yang Kak Siti risau sekarang ialah ujian senang yang ALLAH berikan kepada Kak Siti..."

2 comments:

kookaburra said...

salam,

I came across your blog thru google. Nak tanya tentang keadaan di Jubail. Suami saya dapat offer & plan nak bawa keluarga. Would really appreciate jika dapat bagi info:
-Average price utk apartment 3 bilik.
-Cost living. Belanja groceries utk family dgn 2 anak kecil.

Tq so much:)

nj said...

aaf...
Thanks for dropping by at my blog. InsyaAllah Norma akan cuba buat entri pasal Jubail in my next writing ya...keep on reading. Atau boleh cari a few info dalam entri Norma di bawah label "Saudi Life" Or kalau nak cepat lagi boleh email norma at norm707@gmail.com
Tq