Wednesday, June 29, 2011

MACAM-MACAM ADAAA...

Bila cuti sekolah dah mula...sibuklah dalam rumah ni.  4 orang kanak-kanak yang berselang umur purata 2 tahun seorang...kecuali si kecil Hadeed..beza 5 tahun dengan abang sebelum dia, Haikal....bayangkan dengan seorang ummi....boleh fengsan dibuatnya.  Tapi Norma sangat bersyukur dikurniakan empat orang anak-anak yang comel dan sangat keletah...dengan personaliti yang amat berbeza antara satu dengan yang lain. Yang paling Norma bersyukur, bila abang dan kakak yang dah besar boleh menjaga dan melayan Hadeed.  Terkekek-kekek dan menjerit-jerit semuanya kalau bermain...apa-apa ajelah anak-anakku...asal kamu bahagia...

Sejak menjadi ummi dan surirumah sepenuh masa 2 tahun yang lalu...ianya banyak mengubah diri Norma.  Kalau dulu, anak-anak dijaga 'half-time'...manakala kerja di kampus juga 'half-time'....sekarang ni tidak lagi...di rumah 'full-time'!!!  Eh..eh..abah punya 'time' mana yekk??  He has me ALL the time, dari dulu sampai sekarang... :-)

Yang paling sibuk dan hiruk pikuk apabila anak-anak berada di rumah ni apabila tiba waktu makan...tak kiralah sarapan, lunch, dinner or even during snack time...SubhanALLAH...tak terkejar juga kadangkala.  Seorang dengan permintaan A, seorang lagi permintaan B, seorang lagi mahukan C dan yang pasti si kecil Hadeed juga lain citarasanya...  Ummi punya camana??  Ummi santap aje apa yang ada...Alhamdulillah.  Selalu juga menasihati mereka supaya jangan banyak 'kerenah' bila tiba waktu makan...kita makan apa yang ALLAH rezekikan pada kita.  Jika ada yang merungut itu ini, Norma selalu keluarkan tagline ini, "Tak bersyukur dengan rezeki ALLAH bagi ke?"  dan ditokok tambah oleh abang, kakak dan adik nya sendiri...  Cukup ingatan itu, maka selesai lah masalah.  Tapi bukanlah selalu begitu...Norma sudah 'masak' dengan citarasa mereka, cuma sekali sekala...bila sediakan sesuatu yang lain dan pelbagai...muncullah kerenah-kerenah tu.  Alhamdulillah, Nadhrah dan Haikal antara yang paling mudah ... suka mencuba...kerabu pegaga, ulam kacang botol, sup sayur mahupun budu atau cencaluk...tiada masalah.

Marilah Norma kongsi menu tengahari dan petang kami hari ni...bila anak-anak cuti sekolah, macam-macamlah 'program' masakannya...ummi suka je. 
Nasi minyak Jubail...hehehe, ubah selera sikit.  Pastinya, menu tengahari tadi menambat selera semua.  Alhamdulillah.  Nasi minyak dipadankan dengan ayam bakar berempah, hati ayam kicap, sos tomato buah dan salad sayuran...

Dah meleret pada kisah makan pulak ye... entri ni nak share menu kami hari ini...sibuknya lah ummi di dapur dari pagi sampai ke petang...layannnn...
Muffin 3 rasa...(adunan sama je, ubahsuai letak itu ini...) tapi tak berapa moist, Norma suka muffin yang lembap sedikit, kena cuba resepi lain pulak ni.  Semangat nak rasmikan muffin pan yang Norma beli di SACO beberapa minggu lepas, hari ni baru dapat guna...

  *InsyaALLAH, resepi nya akan diletakkan di blog Yummilicious nanti ye...


Saturday, June 25, 2011

BERAS OH BERAS...

Seperti yang dijanjikan...nak sambung cerita pasal beras... gambar di atas (kiri) adalah beras pulut pek 2 kg dengan harga SR14.  Manakala di sebelahnya pula beras Royal Umbrella, pilihan kami sekeluarga di sini.

Ni berkenaan makanan ruji rakyat Malaysia iaitu beras.  Jika di Malaysia kita memang biasa beli dan makan beras 'Siam' iaitu jenis beras 'berkanji' yang memang ditanam di sawah-sawah padi di Malaysia.  Jika beras dari Malaysia, kita tak panggil lah beras "siam" kan...lebih selesa kita namakan beras sahaja atau yang agak popular, orang kita gelar ikut jenama beras yang dimakan tu.  Beras Jati, Beras Jasmin, Beras Flora, Beras Faiza, Beras Cap Rambutan dan pelbagai lagi jenama yang digunakan oleh pengedar-pengedar beras di Malaysia.  Setahu Norma, Beras JATI memang keluaran tempatan manakala beras-beras lain, ada yang diimport dari Thailand. 

Kalau Norma balik kampung di Melaka, selalu sangat dapat merasa makan 'beras baru'...beras yang baru dituai dari sawah di sekitar negeri Melaka, rasanya memang lain daripada beras berjenama yang dibeli di kedai.  Mak Tam Norma selalu juga dapatkan beras ni dan dimasak untuk kami.  Bila di masak, beras baru berwarna agak 'comot'...bukan putih bersih macam Beras Jasmin Jalaluddin Hassan atau Beras Faiza tu dan sedikit halus butirnya, tetapi kalau makan dengan asam pedas ikan parang dan sambal belacan...MasyaALLAH...susah nak cakap la enaknya...

Di Jubail, yang popular beras Basmathi, beras Basmathi ini enak dimasak nasi beriyani, nasi minyak, nasi Bukhari, Khabsa dan sewaktu dengannya.  Jika di masak sebagai nasi putih, memang 'tak kena' dengan lauk-pauk Melayu kita (citarasa Norma lah ye). Pernah lah juga semasa awal sampai di Jubail dulu, Haswadi belikan 5kg Beras Basmathi...cuba juga kami gunakan...akhirnya 'tewas' dan terpaksa juga mencari beras Siam.   

Jika ingin mendapatkan beras Siam pelbagai jenama di Jubail, bolehlah ke kedai FARM di pasar Jubail, kedai KALDIWA (di bandar Jubail), kedai KABAYAN (juga di bandar Jubail).  Di PANDA bukan tidak ada, tetapi hanya menjual satu atau dua jenama sahaja iaitu MILAGROSA (sangat berkanji) dan SMART CHEF (beras okay, jarang dah jumpa jenama ni, sekali sekala sahaja ada di PANDA).  Jika ke kedai-kedai yang Norma sebutkan di atas tadi, InsyaALLAH terdapat banyak jenama beras Siam yang terjual...seperti LIGO (SR65-69 untuk 10kg), WAG WAG (SR47 - 49 untuk 10kg) atau Royal Umbrella yang Norma suka makan sekarang ini (SR51-SR53 untuk 10kg).  Dalam tempoh 2 tahun sahaja perbezaan harga beras-beras Siam ini sangat ketara, manakan tidaknya...beras jenama LIGO yang kami selalu gunakan sejak tiba di sini 2 tahun lalu (SR58/10kg) sudah naik harga menjadi SR69/10kg!!!  Oleh kerana terlampau 'melampau' sangat harganya, kami mencuba jenama lain yang berpatutan. 

Beras pulut juga mengalami 'nasib' yang sama, jika dahulu...beras pulut untuk 2kg hanyalah SR9-SR10 sahaja, kini di kedai yang sama di mana beras Siam banyak terjual,  ianya sudah naik harga menjadi SR14/2kg...cepat sangat naiknya...mungkin tiada kawalan terhadap barangan sebegini di Saudi ini, entahlah ...kurang arif dengan ekonomi di Saudi.  Rasanya perlu cenderung ke arah pengetahuan itu sekarang ini jika harga barangan runcit makin mendadak dari masa ke semasa di sini. 

Monday, June 20, 2011

JOM SHOPPING...

Kali ni, Norma nak kongsi sedikit maklumat berkenaan perihal kehidupan di Jubail, Saudi ni.  Sejak Norma tiba di sini pada tahun 2009, perkara utama yang menjadi tumpuan Norma dari aspek 'living in Jubail' ialah berkenaan barangan keperluan harian.  Even before Haswadi ke sini lagi kami di Malaysia sudah sibuk mencari-cari maklumat barangan keperluan ini @groceries items...kerana merasakan ianya faktor penting yang boleh mempengaruhi perjalanan kehidupan di sini...teringat ungkapan, "makan untuk hidup atau hidup untuk makan??"  Mana-mana pun boleh je kut ye... :-)

Di entri yang awal-awal pada tahun 2009 dulu, ada juga Norma selitkan sedikit maklumat pasal senarai groceries yang boleh didapati di Jubail ini...tetapi kali ini, ada approach lain pula...Norma ambilkan pamphlet/brosur daripada supermarket/hypermarket utama di Eastern Province ini dan seluruh Saudi rasanya, iaitu PANDA (orang ARAB sebutannya...BANDA, sebab tiada huruf 'pa' dalam tulisan jawi, digantikan dengan huruf 'ba').  Kebetulan PANDA ni setiap minggu ada sahaja "tawaran hebat" atau "promosi" berlangsung...so kita boleh rujuk harga-harga yang berubah dan diskaun yang menarik untuk beberapa jenis barangan.  

Norma harap, sedikit maklumat ini boleh dijadikan rujukan bagi mereka-mereka yang berkira-kira untuk datang ke sini ;-)  atau kalau yang tak ada terfikir langsung nak 'kerja' atau 'menetap' di sini, layan atau cuci mata aje la...sekurang-kurangnya boleh juga melihat perbezaan harga di Saudi dan di Malaysia...(but have to bear in mind the currency exchange sekarang ni, at current; SR1 = RM0.81...bolehlah tekan-tekan calculator tu sambil-sambil baca entri Norma kali ni ye...)








Oleh kerana dah panjang sangat entri ni dengan gambar-gambar tu...dah macam kedai runcit blog si Purple Heart ni...kikikkkikkkikkk, InsyaALLAH Norma akan cuba buat ulasan atau rumusan di entri selepas ini ya. 
Tambahan, Norma nak cerita pasal beras (BASMATHI ke BERAS SIAM??)...kedai-kedai dan supermarket selain si "BANDA" ni, dan kisah dan suasana "PASAR IKAN"...tak sabar nak baca ye?? 

Semoga ada sedikit ruang waktu untuk Norma terus berkongsi cerita dan maklumat dengan pembaca...agar bermanfaat bersama...amin.

Sunday, June 19, 2011

ILMU KAN TIADA PENGHUJUNGNYA...

Lama dah tercari-cari berkenaan amalan zikir dan doa ini, banyak pendapat dan banyak yang pernah didengar...namun tiada yang menyakinkan...sehinggalah bertemu dengan artikel di bawah.  

Diharap dengan tersimpannya di dalam blog sendiri, boleh dirujuk dan dijadikan panduan pada bila-bila masa...juga boleh dikongsi kepada yang lain.  Tapi kalau ada sesiapa yang ada dalil dan penjelasan yang sebaliknya, sudilah kiranya berkongsi dengan Norma ya... :-)

Semoga amalan berterusan dan diberkati ALLAH SWT...amin.
Bagaimanakah cara berzikir dan berwirid selepas solat menurut as-Sunnah? 

Kebiasaannya, masyarakat kita hari ini hanya mengikut amalan yang kita warisi dari orang-orang terdahulu dan kita tidak pernah bertanya dari mana sumbernya. Masyarakat kita juga sering berfikir bahawa asalkan amalan tersebut nampak baik maka tidak ada salah ianya dilakukan. Namun begitu, elok juga kita melihat beberapa dalil dan pandangan para ulama’ mengenai isu ini bagi tujuan menilai semula amalan kita sama ada ia benar-benar menepati maksud al-Qur’an dan hadis Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam).
Firman Allah (subhanahu wata’ala) yang maksudnya;

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.”
(Surah al-A’raaf, ayat 205)

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.”
(Surah al-A’raaf, ayat 55)

“Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah engkau menyeru kepada Zat (Tuhan) yang pekak lagi jauh. Sesungguhnya engkau sedang menyeru kepada Zat yang Maha Mendengar lagi dekat bersama kamu”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah)

Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam) ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul. Imam as-Syafi’i (rahimahullah) ada menyebut perkara ini yang di antara lain menyatakan bahawa:

“Saya (Imam Shafi’i) memandang baik bagi imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah selesai daripada solat. Kedua-duanya menyembunyikan zikir, kecuali jika dia (imam) mahu mengajar orang lain. Maka imam mengeraskan suaranya, sehingga dia melihat orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian dia merendah (memperlahankan) suaranya.”
(Kitab al-Umm, Jilid 1)

Imam an-Nawawi (rahimahullah), ketika mengulas kaedah-kaedah berzikir selepas solat berjemaah, juga bersetuju dengan kesimpulan Imam as-Syafi’i (rahimahullah). Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhadzab.

Imam al-Baihaqi (rahimahullah) ada menyebut bahawa:
“Bahawa zikir dan doa’ sesudah solat harus disirrkan (perlahankan) kecuali jika imam ingin mengajarkan zikir itu kepada manusia, maka dijaharkan (dikuatkan) supaya dapat dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui, maka zikir dan doa’ itu harus disirrkan (diperlahankan).”

(Kitab Zikir dan Doa’-Doa’ Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam), Sunan al-Kubra)
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (rahimahullah) juga menyebut perkara yang sama bahawa:
“Tidak disukai mengeraskan suara waktu berzikir dan berdoa’. Demikianlah juga pendapat golongan salaf dari para sahabat dan tabi’en (orang selepas sahabat).”
(Kitab Fath ul-Baari, syarah Sahih Bukhari)

Kesimpulannya, para ulama’ bersetuju bahawa berzikir/berwirid selepas solat adalah secara bersendirian dan dilakukan secara perlahan-lahan. Berzikir secara beramai-ramai dengan suara yang kuat boleh menimbulkan gangguan kepada jemaah lain yang sedang bersolat iaitu bagi mereka yang masih meneruskan solat kerana terlewat (makmum masbuq) dan juga bagi mereka yang sedang solat sunat selepas itu (sunat ba’diah).
  
*Sumber artikel: laman NasbunNuraini 

Saturday, June 18, 2011

INSYAALLAH, SAMA-SAMA PERBAIKI...

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki 


 Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

*Sumber artikel: 1001 Kisah Teladan

Thursday, June 16, 2011

WEEKEND RAMBLINGS...


More than two-years ago, when we first came here in Jubail, there were less than 20 Malaysian families residing in Jubail Balad and Royal Commission (Fanateer).  At present, I guess the number has reached to more than 100 Malaysian families who come from different parts of Malaysia.  We have come to know more and more Malaysians and happy to have more members of the 'family'...Alhamdulillah. 

In spite of the large number of people, they are here for several reasons.  Some are here to stay long enough, some are just for a temporary basis, some are just for a very short vacation and some are even here just to see how things go on and they left...  For whatever it is, life still goes on...wherever or whenever.  

Just recently, I attended a farewell event at one of our friends here in Jubail...actually there were several farewells that I have attended, organized by different groups and individuals for different individuals and even for the same persons..do we love farewells?? Definitely NOT!...I guess there were the only times and opportunities to meet up and to get together...be it at a farewell party!  But, this is just us...we love to seeing each other, meeting up...chit-chatting...laughing all the way, sharing stories about life, foods, kids, families and stuffs, because other times most of us are at home, 'grounded'.  In several occasions,  Ustazah Asmah (an Indonesian Mu'allimah) was invited to deliver  her talk on various topics.  Just yesterday, we had another farewell.  Ustazah Asmah was invited and she talked on Being a Good Muslim Wife.  

Despite the difficulties to go out ourselves here, not being able to drive ourselves, Alhamdulillah we managed to move around.  Luckily, we have established network with a group of drivers who can provide us, Malaysian ladies the transportation every time we needed to.  But, transportation charges is quite expensive here...comparing to the cheap fuel price here in Saudi!  I wished I could drive myself!

Sunday, June 12, 2011

DEMI MASA...

Tempohari dapat hadiah istimewa daripada seorang rakan di Jubail ini.  Sebuah jam meja...sangat cantik...berbekas kristal.  Tak pernah lagi ada jam sebegini.  Norma jarang sekali membeli jam meja kecuali jam meja berloceng (untuk set alarm bangun pagi...hehehe).  Di rumah Dungun ada lah beberapa biji jam loceng meja.  Di Saudi ni ada satu abah beli untuk bilik anak-anak...tapi rasa macam dah rosak lah...sebab dah tak dengar bunyinya...apa taknya...dijadikan bahan mainan @ toy, tamatlah riwayat jam tu.  Bateri ke mana, jam pun dah lama tak nampak.  

Tapi jam hadiah pemberian rakan ni tak ada loceng, so yang ni hanya ummi aje yang guna tau. Anak-anak pun tahu, jam kali ni bukan 'toy' sebab bekas kaca kristal...bukan mainan kanak-kanak... :-)

Betapa pentingnya jam pada kita kerana memberitahu kita waktu-waktu yang perlu kita lalui; waktu solat, temujanji, rancangan TV, dan di dapur juga bila membakar kek atau membuat kuih yang memang memerlukan tempoh masa tertentu...mesti nak lihat jam atau lebih mudah guna 'timer' lah kan.

Kalau orang dahulu berpandukan kepada matahari, waktu siang dan malam...kita ada jam...tapi pastikan yang ada bateri la kan...kalau tak, jarum jam tak berputar, duduk kat situ je la dari pagi sampai malam... :-D


 "Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
Surah Al Asr'

Thursday, June 9, 2011

DINNER @ MERLIN n ARVIND'S

We had a great dinner yesterday at a friend's house.  We really enjoyed the authentic Southern Indian foods prepared and all of us had a great time.  I ate and ate without realizing that I am on a diet...diet eh?  No lahhh...never had 'diet' word in my personal dictionary...hahaha.

Merlin and her husband Arvind, invited us to her lovely home in Jubail town yesterday.  She is my Indian friend I know from the kid's school.  We've known each other since I joined the Parent-Student Council team more than a year ago.  Since then we do keep in touch and she came to my house once when we invited them for Hari Raya Feast last year, just to  share some Malaysian culture and foods with her and her family.  

Let us enjoy the photos taken last night at her place....
 

Tuesday, June 7, 2011

LAJU LA PLAK 'MESIN MENAIP' NI...

Macam tak ada kerja la pulak kan...padahal banyaknya lah urusan-urusan yang perlu dibereskan.  Menulis tetap menulis...apa nak buat, dah jadi hobi.  InsyaAllah ini jika ada masa terluang, jika kesibukan itu tiba...bersawang juga blog ni...sabar aje lah ye.

Bila ada kemahuan di situ ada jalan...Norma setuju dengan pepatah itu.  Tapi sebelum nak tulis topik-topik berat, kena ada selingan topik-topik santai...macam topik Al Hadeed kat bawah tadi tu kan...cian anak ummi.  Kalau diperhati, Norma tiada paksaan dalam memilih topik menulis dan topik perkongsian.  Apa sahaja yang rasa mahu dikongsi, Norma kongsi...aduhhh teringin pulak nak tengok cerita KONGSI..."lu langsi lu mati"...antara dialog popular dalam cerita tu ye?  entah!  tak tahu...tak pernah tengok...membaca je pasal cerita itu... :-)

Lepas dah melihat perkembangan Al Hadeed, nak menjamu mata pembaca budiman dengan makanan pulak la ye.  Layan ajelah menu makanan kami sekeluarga sejak dua menjak ni.  Tapi blog Norma bukan blog masakan ye kengkawan...blog "orang yang tugas memasak setiap hari" je...pandai tu tidaklah...citarasa sendiri aje... :-D
  1. Atas kiri tu, pecal sayur-sayuran...resipi??  Maaf le, kuahnya Norma guna yang ready-made lerrr...bancuh air dan panaskan atas api je tuan-puan...
  2. Jeruk mangga berlada@cili....resipi di sini.
  3. Ketupat sotong...sejak dilahirkan sehingga berumur 37 tahun ini, inilah kali ke-2 Norma menyediakan ketupat sotong Terengganu stail, sendiri...aduhhhh....sabar je la...selalu aje makan, buatnya idakkk...resipinya belum dah ready, di sini...InsyaAllah nanti ada masa, Norma 'roger-roger' lah ye, tak pun tanya Cik Google okay..
  4. Jerger goreng (sayur Arugula)..resipi dan ceritanya di sini.
Tu je nak kongsi kan malam ni...dah almost pagi juga di Jubail ni...okay nak lelap sejam dua sebelum bangun kembali...InsyaAllah.

Monday, June 6, 2011

IT IS ALWAYS ABOUT ME :-)

Sedar tak sedar, sudah 1 tahun 1 bulan usia Hadeed.  Lama dah ummi tak masukkan cerita Hadeed dalam diari ummi ni. Cerita birthday Hadeed genap usia setahun pada 27 April yang lalu pun ummi tak sempat catatkan...kesian kat Hadeed...

So ummi nak masukkan gambar aksi-aksi Hadeed yang semakin membesar dan cerdik ni. 



  • waktu-waktu santai Hadeed...kalau tenang dan mendamaikan sebegini, maknanya sedang melayan rancangan lagu Arab kanak-kanak di TV...suka sangatlah walaupun berulang-ulang beribu-ribu kali sudahhh...sebenarnya waktu bosan Hadeed apabila semua sudah keluar ke sekolah, dan abah sedang ready nak ke kerja...ummi??  kat dapur sambil-sambil intai tuuu...
  • Hadiah istimewa daripada ummi dan abah untuk Hadeed, gelungsur@slide.  Pengalaman ummi dan abah, abang-abang dan kakak dulu, tak pernah ada hadiah sebegini...nak main slide, kami bawa gi playground jerr...hehehe.
  • Buggy ni bukan hadiah tau!  Ni gambar Hadeed shopping groceries dengan ummi dan abah.  Suasana nampak damai tanpa ada 'gangguan' di kiri dan kanan...hmmm...heran pulak kan..ni kes sebab abang-abang dan kakak kena tinggal kat rumah sekejap, so Hadeed je dapat ikut, so "this buggy is MINE!!!" sukanyaaaa diaaaa...

Sunday, June 5, 2011

ETIKA MEMUJI


Memberikan pujian kepada orang lain adalah termasuk di dalam komunikasi. Saya ingin menyentuh mengenai cara memberi pujian kepada orang. Ini kerana kadang-kadang, dengan pujian kita itu mampu menaikkan semangat orang dan kadang-kadang boleh merosakkan hidup mereka juga.
Dalam Islam, sesungguhnya pujian semata-mata kerana Allah, dan untuk Allah jua.

Islam melarang kita memberi pujian yang melampau kepada manusia kerana bimbang akan timbulnya perasaan riak dan takbur. Bahayanya memberi pujian ada dinyatakan di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Diriwayatkan, Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda s.a.w menambah: "Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah." [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Ini menunjukkan sekiranya kita mahu memberi pujian kepada seseorang, kita kena dahulukan dengan pujian kepada Allah. Kerana segala pujian itu, kita tujukan kepada Allah dan sesungguhnya segala kelebihan yang ada pada seseorang itu diberi oleh Allah s.w.t. 

Dengan itu, teman atau orang yang mendengar pujian itu akan sedar bahawa dia tidak memiliki apa-apa sekiranya tidak dikurniakan Allah dengan segala kebaikan atau kelebihan tersebut.

Pujian yang diberi itu kadang-kadang membuatkan orang yang mendengarnya mempunyai dua keadaan. Samada senang dengan jawapan itu atau terkadang tidak tahu apa nak dijawab/ serba salah.

Contoh selalu yang kita dengar:
"Awak ni cantiklah."
Jawapan yang selalu kita dengar:
"Eh, ye ke?" dan sebagainya.

Bagi mereka yang memang menanti untuk dipuji akan merasa gembira dan kegembiraan itu akan ditakuti membawa kepada dosa. Ia mampu untuk menjadikan orang tersebut berbangga diri dan merasakan dirinya saja yang terbaik. 

Mafhum hadis Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli Syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka." [Hadis riwayat Ibn Marduwaih]

Namun begitu, kita perlu membezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang.

Niat perlu dijaga sepanjang waktu. Contoh pujian atau penghargaan kepada isteri/ suami dan anak-anak, teman-teman atau sesiapa sahaja.

Dan seeloknya kita mengucapkan ucapan tahniah sekiranya sesuatu kebaikan yang dia terima sebagai penghargaan.
Oleh itu, mulai sekarang mari kita sama-sama melakukan perubahan. Kita memberi pujian secara ikhlas kepada anak-anak kita, pasangan, teman-teman atau sesiapa saja dengan pujian terhadap Allah dahulu dan seterusnya memberikan penghargaan kepada mereka.

Cara beri pujian. "Masya-Allah, cara awak menyampaikan ucapan tadi sangat berkesan, tahniah."

Dan sekiranya kita yang menerima pujian, teruskan lah memuji Alllah, kembalikan pujian itu kepada Allah, kerana kita tiada punya apa-apa kerana semua yang kita miliki adalah pinjaman daripada Allah jua.

Cara menjawab: "Alhamdulillah. Milik Allah jua. Saya cuma menyampaikan yang terbaik."

Oleh itu, sama-samalah kita menjaga lisan kita agar peribadi kita sentiasa dalam keadaan baik dan mendapat berkat Allah, walaupun perkara itu jarang kita perasan dan tidak pernah terfikir dengan perkara-perkara kecil, mungkin akan menjadi bonus untuk timbangan kita di Padang Mahsyar nanti, Ameen.

Saya akhiri dengan terjemahan ayat:
"Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam." [Surah al-Fatihah, ayat 2]

*Sumber artikel: iLuvIslam.com*

Saturday, June 4, 2011

DON'T STOP!


HARAP MAAF...
SIARAN TERGENDALA BUAT SEKETIKA...ERRR...
NORMA TUKAR TEMPLATE BARU...
MUJUR SAVE TEMPLATE LAMA...TAPI


STILL UNDER CONSTRUCTION DAAAAA.......hikkkssss....