Seperti yang dijanjikan...nak sambung cerita pasal beras... gambar di atas (kiri) adalah beras pulut pek 2 kg dengan harga SR14. Manakala di sebelahnya pula beras Royal Umbrella, pilihan kami sekeluarga di sini.
Ni berkenaan makanan ruji rakyat Malaysia iaitu beras. Jika di Malaysia kita memang biasa beli dan makan beras 'Siam' iaitu jenis beras 'berkanji' yang memang ditanam di sawah-sawah padi di Malaysia. Jika beras dari Malaysia, kita tak panggil lah beras "siam" kan...lebih selesa kita namakan beras sahaja atau yang agak popular, orang kita gelar ikut jenama beras yang dimakan tu. Beras Jati, Beras Jasmin, Beras Flora, Beras Faiza, Beras Cap Rambutan dan pelbagai lagi jenama yang digunakan oleh pengedar-pengedar beras di Malaysia. Setahu Norma, Beras JATI memang keluaran tempatan manakala beras-beras lain, ada yang diimport dari Thailand.
Kalau Norma balik kampung di Melaka, selalu sangat dapat merasa makan 'beras baru'...beras yang baru dituai dari sawah di sekitar negeri Melaka, rasanya memang lain daripada beras berjenama yang dibeli di kedai. Mak Tam Norma selalu juga dapatkan beras ni dan dimasak untuk kami. Bila di masak, beras baru berwarna agak 'comot'...bukan putih bersih macam Beras Jasmin Jalaluddin Hassan atau Beras Faiza tu dan sedikit halus butirnya, tetapi kalau makan dengan asam pedas ikan parang dan sambal belacan...MasyaALLAH...susah nak cakap la enaknya...
Di Jubail, yang popular beras Basmathi, beras Basmathi ini enak dimasak nasi beriyani, nasi minyak, nasi Bukhari, Khabsa dan sewaktu dengannya. Jika di masak sebagai nasi putih, memang 'tak kena' dengan lauk-pauk Melayu kita (citarasa Norma lah ye). Pernah lah juga semasa awal sampai di Jubail dulu, Haswadi belikan 5kg Beras Basmathi...cuba juga kami gunakan...akhirnya 'tewas' dan terpaksa juga mencari beras Siam.
Jika ingin mendapatkan beras Siam pelbagai jenama di Jubail, bolehlah ke kedai FARM di pasar Jubail, kedai KALDIWA (di bandar Jubail), kedai KABAYAN (juga di bandar Jubail). Di PANDA bukan tidak ada, tetapi hanya menjual satu atau dua jenama sahaja iaitu MILAGROSA (sangat berkanji) dan SMART CHEF (beras okay, jarang dah jumpa jenama ni, sekali sekala sahaja ada di PANDA). Jika ke kedai-kedai yang Norma sebutkan di atas tadi, InsyaALLAH terdapat banyak jenama beras Siam yang terjual...seperti LIGO (SR65-69 untuk 10kg), WAG WAG (SR47 - 49 untuk 10kg) atau Royal Umbrella yang Norma suka makan sekarang ini (SR51-SR53 untuk 10kg). Dalam tempoh 2 tahun sahaja perbezaan harga beras-beras Siam ini sangat ketara, manakan tidaknya...beras jenama LIGO yang kami selalu gunakan sejak tiba di sini 2 tahun lalu (SR58/10kg) sudah naik harga menjadi SR69/10kg!!! Oleh kerana terlampau 'melampau' sangat harganya, kami mencuba jenama lain yang berpatutan.
Beras pulut juga mengalami 'nasib' yang sama, jika dahulu...beras pulut untuk 2kg hanyalah SR9-SR10 sahaja, kini di kedai yang sama di mana beras Siam banyak terjual, ianya sudah naik harga menjadi SR14/2kg...cepat sangat naiknya...mungkin tiada kawalan terhadap barangan sebegini di Saudi ini, entahlah ...kurang arif dengan ekonomi di Saudi. Rasanya perlu cenderung ke arah pengetahuan itu sekarang ini jika harga barangan runcit makin mendadak dari masa ke semasa di sini.
0 comments:
Post a Comment