Monday, October 17, 2011

LABBAIKALLAH HUMMAUMRATAN...

2 minggu yang lalu, kami diberi rezeki dan kesempatan daripada ALLAH untuk menjadi tetamuNYA sekali lagi, Alhamdulillah.

Kali terakhir Norma menjejakkan kaki ke Baitullah adalah ketika Hadeed berusia 6 bulan...dan sekarang Hadeed sudahpun berusia 1 tahun 6 bulan, maknanya sudah setahun Norma tidak ke sana.

Kalau yang lepas itu, kami bersama-sama Mie Paka (mak mertua Norma) dan adik ipar, kali ini kami membawa Mak Manja (mak Norma) pula.  Alhamdulillah kedua-duanya merupakan kenangan dan pengalaman menarik bagi kami...kerana dapat bersama-sama menunaikan ibadat umrah, rezeki dari ALLAH serta nikmat daripada ALLAH yang tidak terhingga...

Walaupun sekarang ini sudah tiba musim haji di Mekah dan Madinah, tetapi kami berusaha juga untuk ke sana walaupun mendapat nasihat daripada rakan-rakan di Jubail akan kesukaran untuk 'masuk' ke Mekah, dikhuatiri terdapat sekatan dan tidak dibenarkan masuk.

Alhamdulillah, niat dan nekad suci kami tadi dipermudahkan oleh ALLAH SWT.  Haswadi mencadangkan agar perjalanan masuk nanti pada waktu bekerja, kerana jika di hujung minggu...Mekah akan sesak dan berkemungkinan sukar untuk ziarah dan Umrah.  Jadi, kami bertolak pada hari Selasa petang dan masuk ke Mekah pada tengahari Rabu nya. 

Sejak daripada Taif (tempat kami bermiqat) perjalanan sangat lancar...tidak banyak kenderaan menuju masuk ke Mekah...mungkin kerana waktu bekerja.  Perjalanan masuk ke Mekah juga lancar, cuma ada satu check point dan kami ditanyakan tujuan kami ke Mekah sahaja.  Alhamdulillah.  Pegawai polis itu juga meminta kami mendoakan beliau apabila tiba di Kaabah nanti :-)

Kesian juga dekat mak...sebab terpaksa mengikuti perjalanan menggunakan kereta paling panjang buat beliau....hampir 12 jam di dalam kereta, walaupun singgah di Quwaiwiyah (2 jam selepas Riyadh dan 6 jam sebelum Taif) untuk tidur dan rehat.  Namun ianya perjalanan yang menyeronokkan kerana kami tidak terkejar-kejar atau terpaksa bersibuk-sibuk di atas jalanraya :-)

Umrah kali ni juga memberi seribu pengertian buat Norma secara peribadi.  Dalam keadaan mengandung 5 bulan, Norma mengumpul segala kekuatan dan semangat yang ada untuk menyempurnakannya, al maklumlah....jika tiada aral dan diizinkan ALLAH, Norma dan Haswadi bakal menunaikan rukun Islam ke-5 pada tahun ini.  Ianya berupa satu 'latihan' fizikal buat Norma dalam keadaan mengandung ini.  InsyaAllah, Norma sentiasa berdoa agar ALLAH memelihara kesihatan dan kekuatan Norma untuk menjalani ibadah haji kali ini.

Sebagai kenangan di tanah suci bersama mak...

 Sarapan pagi di tepi highway dari Quwaiwiyah ke Taif.  Sedap 'roti canai' Arab tu.
Bergambar bersama mak di Miqat Saif Al Kaber, Taif.
SubhanAllah!!  Panasnya ummiii....Hadeed dah merah padam dah ni...kikikkkikk
 Nenek, Haikal dan Hadeed di hadapan Masjidil Haram
Hadeed mengejar burung-burung merpati, suka sangat dia dapat lihat burung yang banyak tu...
Kami...
 Pengalaman pertama Hadeed di dalam Masjidil Haram, Alhamdulillah tak meragam bila kami solat jemaah...good boy Hadeed!
Di perkarangan Masjid...waktu panas terik...anak-anak happy jerr...
Luthfil berusaha sungguh mendukung Hadeed untuk ambil gambar berlatarbelakangkan Kaabah...merah padam muka masing-masing...
Kami menginap di Hotel Dar Al Ghufran di Safwa Towers, dalam 5 minit sahaja berjalan ke Masjid...sukalah mak tak penat berulang alik ke Masjidil Haram...
Hadeed dan burung-burung merpati lagi...geram agaknyaaaa...
On the way pulang ke Jubail, singgah makan malam di SEEFA SEAFOOD, Riyadh... sedap makanannya bila dimakan kami yang sedang lapar...Alhamdulillah.

5 comments:

en_me said...

ammvoiii akak norma x ping ping me pown.. uhuhu

Mother of Two said...

salam kak norma,
alhamdullilah..rezeki dinegeri orang. hubby sy pun insyaallah akan menunaikan haji tahun nie. sy jika diizin Allah bulan 2 nak buat umrah.

Peesha said...

Ya Allah, I'm soooo green with envy right now!

So jealous!
So jealous!

Why? Why? Whyyyyyy?

nj said...

en_me...
MasyaAllah...en_me ada di Mekah rupanya...betapa lama Norma tak 'jenjalan' blog itu...hukhukhuk. Yg pasti gambar2 en_me lagi cantik dr gambar Norma...huhuhu. InsyaAllah jika diberi kesempatan dan peluang, dapatkah bertemu muka dengan en_me yang fofular itewwww??....
Semoga en_me dipermudahkan urusan dan memperolehi haji mabrur, amin.

Shiela...
Mabrook buat suami Shiela, semoga dipermudahkan urusan di sana dan memperolehi haji mabrur, amin.

Peesha...
Alhamdulillah, hanya sedikit rezeki ALLAH beri pada kami...InsyaAllah masa itu kan sampai jua buat dirimu itu. Silalah senaraikan doa-doa dan impian mu itu agar bisa ku panjatkan di sana nanti...InsyaAllah...amin.

Anonymous said...

I wish i can do this with my parents..rezeki masing-masing kan norm...alhamdulillah..