Tuesday, October 11, 2011

MAK DI SAUDI

Alhamdulillah, sudah genap sebulan mak ada di Saudi ni.  Norma bawa mak Norma ke Jubail semasa pulang dari beraya di Malaysia September yang lalu.  Tak tahu lah mak suka ke tidak duduk di sini ye...kalau ditanya, jawabnya..."bolehlah..." jawapan yang biasa keluar dari mulut mak...waemah ditanya apa soalan sekali pun...hehehe. 

InsyaAllah ada sebulan lagi tempoh mak berada di sini.  Minggu yang baru lalu kami bawa mak ke Mekah untuk menunaikan umrah...sungguh gembira beliau sebab dapat mengimbau kembali kenangan mak menunaikan haji pada tahun lalu.  Sibuk lah menunjukkan arah tempat tinggal beliau semasa tinggal di Mekah tu pada anak cucu...macam-macam cerita dan pengalaman beliau dikongsi...sahih...mak memang teruja dapat kembali semula ke Masjidil Haram...Alhamdulillah. 

Terima kasih dan syukur Norma pada suami tercinta sebab banyak berkorban untuk Norma, mak dan anak-anak...it was indeed a priceless experience.  Last year Haswadi sudah pun membawa Mie (mak mertua Norma) dan adik ipar ke Jubail...dan membawa mereka ke Mekah, Madinah dan Madain Saleh...Alhamdulillah.  Sedikit banyak, he has successfully fulfilled his hopes and dreams.  Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan Haswadi dan sebagai isteri, Norma  mendoakan agar segala usaha dan pengorbanannya itu dilimpahi berkat dan rahmat olehNYA.  Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik, panjang umur dan dilimpahi rezeki buat suami tercinta...serta mendoakan agar hubungan kami berkekalan bahagia sejahtera hingga ke Jannah...AMIN.


Gambar kami outing ke Pizza Company di Khobar, sukanyeeee Hadeed jenjalan ngan nenek.

 Nenek dan cucu-cucu di rumah di Jubail, sedang bersiap ke Majlis Hari Raya KRMJ 29 Sept. yang lalu.




1 comments:

G-JaH said...

Salam..

Wah, dah sebulan mak dok sana ye..sekejap je rasa..dapat rasakan keseronokan mak di sana..lagi2 dapat buat ibadat Umrah..seronokkknyee...

Selamat menunaikan ibadat Haji utk Angah n Abg Haswadi..semoga mendapat Haji Mabrur n sentiasa diberi kesihatan n dipermudahkan segalanya olehNya.
Doakan Jah smoga sihat, murah rezeki n bahagia b'sama keluarga baru nanti ye..kirim salam pada Mak.. :)