Monday, November 26, 2012

2012 ALHUSSAN SCHOOL INTERNATIONAL DAY

 Haikal with a few of his classmates...kecilnya lah Haikal..  Hadeed pun menyelit nak ambil gambar.
 Finally, 'OUR' piece of an ancient Egypt landmark...
 The 'Pharaohs', Haikal's classmates...
 Some of the teachers' art pieces for the exhibition.
 Hadeed was attracted to the wooden horse...
 Pakistani boys preparing for the 'Banghra' dance..."DIL DIL PAKISTAN,JAN JAN PAKISTAN"
 The only one that got my attention...the money tree.  Try to spot the RM note...!
 The Eiffel Tower sculpture,by the Arts teacher,Mr Hindawi...MasyaAllah, superb.
 Luthfil Hasif and his classmates, representing the country of India.
 the other friends...
 Lutfhil with the Spice Chart.  Unfortunately, someone else was assigned to explain to the visitors...duhhh.  Why larr teacher???
So Ummi requested that Luthfil presented it just for me.
One of the charts at the Malaysia's booth.

Sunday, November 18, 2012

THIS n THAT...

Last Wednesday I was at the airport for the second time within 3 weeks.  Kebetulan hari Rabu malam and the next day is weekend...so dapatlah menghantar Kak Eina Moris pulang ke tanahair.  Kak Eina rakan mengaji kami.  Ma sha ALLAH, banyak berkongsi ilmu dengan kami.  Kak Eina suka kongsi bacaan-bacaan doa dan amalan-amalan sunat ...pendek kata...kalau time mengaji tu, ada aja perkara baru yang beliau suka kongsi.  
Bersama Kak Eina di Dammam Airport, Jazakillahu khairan katsiran ya Ukhti.  In sha ALLAH berjumpa lagi.
Ini pula, hadiah istimewa di hari lahir Nadhrah.  A gift from a friend here.  Should recommend every home with kids to have this.  Mungkin ada terjual di Jarir Bookstore atau kedai buku di Dakwah Center, Jubail.  Yet to look for it, In sha ALLAH.
Topic like Tahajjud, an easy way to explain to our children...to make them understand, using simple words, hadis and sunnahs are also included.
 The Jannah explanation and details.  Drawings and colors that interest small children. 
Tak habis lagi kisah International Day.  Longgokan barangan pameran yang diterbangkan khas dari Malaysia.  Terima kasih kepada sahabat yang sudi mencarikan 'harta karun' untuk Nadhrah ni.  Comel-comel je...teruja ummi nengokkannya.  Ummi suka sangat Songket purse tu.

 
Weekend 'gathering' with a friend from 'oversea'.  Ihsan Baihaqi, Luthfil's 'partner in crime' datang ke Jubail bercuti sejak pulang ke Malaysia beberapa bulan lalu.  At times..."absence makes the hearts grow fonder".  Hadeed manjanya dengan abang Ihsan.

Thursday, November 15, 2012

WE LOVE BAKER BOOKS!

'Pak Cik Baker' datang lagi...kali ni dengan bekalan yang sangat menarik.  Ummi kalau dengar je Pak Cik Baker dah datang, teruja dan berdebar-debar...apa lah agaknya 'bekalan' yang dia akan bawa kali ini.

Pak Cik Baker ni gelaran Norma bagi pada the Baker's Book...sebuah syarikat yang juga penerbit dan pengeluar buku yang secara langsung menjual kepada pelajar-pelajar sekolah di Al Hussan International School.  Hampir setiap tahun Pak Cik Baker pasti 'menjengah'. Baker Book is from UK and most books are published in the country.

Kalau ummi jadi excited...anak-anak apa lagi.  Jika hari yang mereka dapat membawa pulang katalog Baker's Book...sampai 3 buah katalog sekaligus disua pada ummi.  Selepas dapat green-light daripada ummi (walaupun bukan ummi yang membayarnya...hihihi) masing-masing sibuk membelek-belek dan membuat pilihan.

Tetapi setiap pilihan anak-anak, ummi akan 'tapis' dulu..  kerapkali sesi berdebat akan berlangsung...kenapa tak boleh? kenapa yang ini, bukan yang itu?...bla bla bla...
Norma biasanya akan seimbangkan pilihan-pilihan buku anak-anak.  Kalau tahun sebelumnya dah membeli fun and activity books, tahun seterusnya must be reading book or educational book! Ini adalah antara cara Norma nak dekatkan anak-anak kepada buku dan  membaca.

Tatkala ummi bermurah hati hari tu, dapatlah banyak pilihan lagi.  Selain meletakkan price limit harga buku yang akan dipilih.  Contohnya, mungkin tahun lepas dah membeli sekitar SAR100 seorang, tahun ini mungkin sekitar SAR70 seorang...kecuali kes-kes tertentu seperti educational books or academic books.  These books are expensive indeed.  A book that discusses about Math Theories may reach more than 100 riyal each.    Science lagi, encyclopedias of this and that lagi.  As long as it offers knowledge and information vital to the kids, we are definitely willing to spend.

Parents perlu pandai ambil hati anak-anak untuk cinta dan sayangkan buku-buku bacaan.  Norma akui, anak-anak Norma bukannya ulat buku...mungkin belum sampai masa lagi sebab sekarang ini, ada juga yang sangat malas membaca, ada yang rajin membaca dan ada juga yang suka-suka hati nak baca atau tak baca...macam-macam kan??  

Selalu Norma beri contoh zaman persekolahan Norma sendiri dulu.  Oleh kerana tidak mempunyai peluang yang banyak untuk membeli buku-buku bacaan, ummi selalu habiskan masa di dalam library sekolah.  Setiap kali waktu rehat, berkejar dan berebut dalam library meminjam buku-buku.  

Kalau tiba hujung minggu pula, arwah abah Norma selalu bawa kami ke Perpustakaan Negara untuk meminjam buku-buku.  Pada kami, tu adalah aktiviti yang paling menyeronokkan masa dulu.  Norma membesar di Kuala Lumpur, perpustakaan negara dulu jauh sekali bezanya dengan yang ada sekarang.  Dulunya di Jalan Raja Laut, bangunan 2 tingkat sederet berdekatan dengan Wisma Sime Darby. Sekarang ni bangunan Perpustakaan Negara gah tersergam di Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya tu.

Lihatlah betapa sukar nya dulu-dulu kami nak dapatkan buku-buku (walaupun ummi suka gak exaggerate cerita...hihihi).  Sekarang ni buku berlambak-lambak di hadapan mata anak-anak sendiri.  You guys are lucky...so lucky.  Kalau ke Jarir Bookstore di Huwaylatt Mall tu, mesti setiap orang ada peruntukan khas membeli buku...mengikut pilihan masing-masing dan bajet tertentu. 

Walaubagaimanapun, teringin sekali nak ke perpustakaan awam di sini.  Sejak hampir 4 tahun, kami tak pernah jumpa perpustakaan awam di Jubail ini.  Tak pernah pula kami bertanya dengan orang tempatan di sini.  InsyaAllah nak cari juga nanti, harapnya ada dan kami dibenarkan masuk dan menggunakan perpustakaan tu nanti.

Jika boleh, tak nak lah sampai tabiat membaca anak-anak akhirnya menjadi satu halangan daripada mereka untuk menikmati apa yang ada di luar sana. Kita pandai-pandailah seimbangkan kegiatan anak-anak kita sendiri, InsyaAllah, pesanan khusus untuk diri Norma sendiri ni...hihihi.
                                 This year's Baker books we got for our children. 

Tapi ibubapa mana yang tak risau jika membaca bukan menjadi minat anak-anak.  Alhamdulillah, setakat ini...walaupun bukan setiap hari tetapi, anak-anak di rumah ini pantang ada buku baru 'masuk' ...mesti masing-masing akan membacanya.  Tambahan pula, mengaji atau membaca Al Quran adalah salah satu cabang terbesar amalan membaca bagi anak-anak kami, Alhamdulillah.  Biar terkadang terpaksa 'berhambat' sekali pun dalam rumah ni...hikkksss.  Terkini, Norma galakkan anak-anak 'membaca' English dictionaries.  Ianya antara cara atau galakan anak-anak mengenal seberapa banyak vocabularies, mentelah menggunakan bahasa tersebut setiap hari di sekolah kan. 

Apa pun, sebagai ibubapa, Norma tak mahu putus asa untuk mempertingkatkan lagi budaya membaca dan mencintai amalan membaca di kalangan anak-anak, InsyaAllah.

Tuesday, November 13, 2012

OUR 'VACATION' THIS YEAR...THE BEST EVER!

In one-week time, the kids' school will be having its International Day.  Like every year, I believed that the International Day is the busiest event for the school, other than the Sports Day and the Science Fair.  Since Al Hussan International has separated sections for both its girls and boys ...every event has to be organized twice!  Hectic!

Anak-anak Norma berada di kedua-dua sections, two in boy's and Nadhrah in the girl's section.  The condition is different though, mothers can attend all events at both sections unlike fathers, can only present at events in the boys' section.

Since two-weeks ago, ummi and abah were the busiest bees in the house.  We had 'meetings' almost everyday with the kids on the event preparation with three different countries, Luthfil is 'touring' India, Haikal will be 'going' to Egypt, and Nadhrah is in a 'balik kampung' mood...Malaysia!

Jangan tak tahu... Kalau anak-anak perlu siapkan negara lain, senang sikit kerja kami kerana those students originate from that particular country will have to do more I supposed.  When it comes to Nadhrah's turn...kalau bukan kami sendiri yang prepare...siapa pulak nak prepare pasal negara kami ya?? huhuhu.  Luckily, we have two more Malaysian students in her class.  Their mothers are so helpful and supportive. 

We have brainstormed some ideas and have made several visits to shops especially JARIR Bookstores and a few stationary shops looking for materials needed for all the countries.  So far, abah is helping Haikal with his pyramid model...ada kat luar rumah tu, sedang dikeringkan selepas beberapa kali abah paint-sprayed the styrofoam.  Tinggal sedikit touch-up on the outer layer of the pyramid, Haikal's preparation is done.  And as usual, ummi has to prepare the write-ups about it.

For India, we are  going to display the Indian-originated Spices!  And the posters will be using the real spices packed in small transparent plastic bag and glued on the posters, with details.  How cool is that? 

Actually ummi yang punya idea sebab dah agak bosan menyediakan benda-benda yang sama setiap kali ada tugasan International Day...  This time, I strongly pointed my desire to do something different...no more maps, interesting places, Taj Mahal and stuffs.  I want Luthfil to talk about the spices!  So minggu ni Luthfil kena kenal dan hafal all the spices; cardamom, clove, fenugreek etc., in case ada visitors during the event yang bertanya details about the spices.

Bunga raya daripada 'gold-dust'...glued on the board..cantik gak buat hiasan dinding rumah ni...hihihi.
Pyramid separa siap, actual pyramid is reaching to 140 meters of height or at least 400 feet high!...dan details about Indian spices...bersepah atas meja...sabar je la.
 Kerja-kerja menyiapkan sedang berlangsung...
Fenugreek...atau halba.  Sedap buat nasi dagang ni.  Rupanya, India merupakan negara pengeluar terbesar halba di dunia!


Saturday, November 10, 2012

GUNTING RAMBUT

Malam kelmarin pergi menggunting rambut.

Sejak Norma di Saudi ni, ada lah beberapa kali menggunting rambut di kedai gunting rambut.  Di sini, biasa di gelar sebagai 'salon' atau 'saloon'.  Khusus untuk an-nisaa (wanita) sahaja.  Satu kelebihan yang susah kita nak jumpa di tanahair sendiri.  Di sini WAJIB kedai mendandan wanita ini tertutup dan khusus untuk kaum wanita sahaja, Alhamdulillah.  Aurat InsyaAllah terjaga.

Semasa tinggal di Jubail balad dulu, beberapa kali jugalah ke saloon sebegini.  Bila menyebut 'saloon'...ianya bukan sekadar ada perkhidmatan menggunting rambut.  Di sini 'saloon' memang kedai mendandan diri, a beauty saloon.  Melalui pengalaman Norma, jika setiap kali ke saloon ini, pastinya terserempak dengan wanita-wanita Arab yang sibuk menghiaskan diri.  Di rumah lama dulu, Norma biasa ke Orchid Saloon...tukang gunting dan mendandan warga Filipina, tetapi selepas 2 tahun, beliau dah pulang ke negara asal dan digantikan dengan warga Jordan...kurang sikit skill dan expertise...hihihi.

Saloon La Rose yang Norma kunjungi malam kelmarin terletak di Sudayer Sector...sejak berpindah ke Royal Commission ini, ini kunjungan kedua kalinya.  Pertama dulu, bawakan Nadhrah, kai ini giliran ummi lah pula..

Caj menggunting rambut di sini sekitar SAR50 untuk dewasa dan SAR25-30 untuk kanak-kanak.  Dan ianya juga bergantung kepada berapa panjang rambut atau berapa lebat rambut yang kita ada...sabar je la.  Kalau di Malaysia macam pukul rata je kan, sini siap melihat dulu jenis rambut kita baru mereka letakkan harga sebenar....kelakar lak rasa.  Tetapi mungkin kedai lain, lain caranya...kena merayau-rayau cuba perkhidmatan di kedai lain pula.

Di La Rose ada pekerja Morocco dan Filipina.  Sebaik masuk ke saloon ni, memang teruja melihatnya.  Di sini kalau bab hiasan dalaman kediaman-kediaman Arab...memang the 'vast' orang putih kata..  Tak kalah!
Norma rasa lah standard saloon artis-artis je kat sini...huhuhu, macam lah pernah masuk saloon retis-retis ni kat Malaysia tu kaaann.  Norma gunting rambut kat kedai Mek Jepun je di Kuala Dungun tu...kikikikkk.

Setelah membayar caj prkhidmatan, Norma terus memilih stail potongan...wahhh macam best je dengar, padahal kut mana potong pun...serupa tu jekkk...kikikikkk. 

Yang best nya bila part 'blow' rambut...alahh yang hair-dryer tu...bayarannya berasingan.  Oleh kerana rambut Norma ni ala-ala lebat macam mak-mak Arab....so caj yang dikenakan SAR70!!  Aduhaiii....potong lagi murah dari 'blowing' rupanya.  Tapi boleh je lakan...sesekali berdandan kat saloon. 

Semasa didandan, pekerja tu bertanya, "you are going to a party??"

"No, I'm going back home to sleep after this," jawab Norma selamba...waktu tu sekitar 7 malam.  Memang mata dah mengantuk pun..

"Why you add 70 riyal for blowing ... just cut only just now 50 riyal??" tanya beliau..

"I want to sleep prettily tonight..." sabar je la jawapan tu kan...well, every night I sleep prettily as well...tonight, I want to be extraordinary pretty...hihihi

Maka terkekek-kekek la dua orang pekerja Filipina kat situ tu dengar jawapan Norma.  Ada 2 orang pelanggan Saudi juga di situ...memang tak faham kut apa yang kami sembang...cuma hairan melihatkan pendandan mereka ketawa...harap janganlah mereka salah faham...Norma hanya berjenaka dengan pekerja-pekerja di situ.  Sesekali menceriakan hati orang...  Kan bagus kalau kakak-kakak dan mak-mak Arab tu faham Bahasa Inggeris...mesti boleh ketawa bersama-sama kami.

Usually, the locals here make-up themselves purposely going for a party or such.  Ada yang trim kening, ada yang sedang remove 'facial hair', ada yang sedang ber'make-up' kaler-kaler.  

Hasil malam tadi agak memuaskan sebab si Nadhrah tak berkelip menatap muka umminya yang sudah bertukar macam gaya mak-mak Arab, dengan rambut kembang berdandan semacam, ...sabar je la. 

Mana taknya, bila rambut didandan dengan harga SAR120 kan!!!  memang boleh masuk party lah akak malam tadi...kikikikikkk.

Wednesday, November 7, 2012

TIME PASSES...PEOPLE COME AND GO...

It is hard to say goodbyes...but I always remind myself...goodbye means you are temporarily not seeing a person, surely one day you will meet again....here or in the hereafter...

A week ago we bid farewell to a sweet and a dearie soul to many of us here in Jubail.  Kak Jah has left us temporarily...InsyaAllah we will meet again.  Sahabat yang kami dah anggap macam kakak dan mak untuk kebanyakan kami di sini.

Tak pe, Kak Jah balik Dungun je...next year kita jumpa di Dungun ya...

Semasa di airport, berkesempatan menghantar beliau sekeluarga.  Kak Jah yang duduk di kiri Norma tu.  Yang duduk di kanan Norma tu...Kak Na...dia tak balik ...nak duduk sepanjang hayat di Saudi ni katanya...hikkksss

 Haji Saba, suami Kak Jah...yang sentiasa mencuit hati kami...setiap patah kata beliau penuh makna walaupun disampaikan dengan penuh jenaka.  Yang lain semua tu Haji belaka...yang dah lama haji dan yang baru balik haji...

Seriously, I don't know this person named Cassandra Clare...but his/her words do inspires me...

“Whatever you are physically...male or female, strong or weak, ill or healthy--all those things matter less than what your heart contains. If you have the soul of a warrior, you are a warrior. All those other things, they are the glass that contains the lamp, but you are the light inside.”
Cassandra Clare


Tuesday, November 6, 2012

CLOSE TO WEEKEND RAMBLINGS...

What a peaceful Tuesday morning.

Anak-anak masih tidur...yang abang kakak sudah ke sekolah.  Pakaian-pakaian sedang menari-nari di dalam mesin basuh.  Ummi?  Alhamdulillah, barulah dapat memegang laptop untuk menaip sepatah dua.

Khamis ni ada program KRMJ...most probably the last for this year.  2012 will soon end in a couple of months.  It also means that Haswadi and myself will finally off the hook of being the committee members.  Alhamdulillah, the Malaysians here have been very supportive towards the club that made our tasks easier.  No doubt there were also ups and downs in helping to manage the club of more than 200 members.  Alhamdulillah, Norma dah 2 kali jadi committee members ni sejak hampir 4 tahun di sini.  Jawatannya pun tak berubah....duk jadi 'setiausaha' dulu kini dan selamanya....hikks.  Realistically...not as easy as managing 200 students amongst the teenagers.  Adults and grown ups need to be attended other ways...with different needs, wants, opinion, preferences, views, and what not.  But again...I live up to challenges...I was brought up that way...I teach myself to uphold the responsibilities, come rain or shine. Kadang-kadang tu ada gak rasa nak give-up...but thinking again of what I can contribute to my friends here...I sustained...  Tapi cukuplah kan...after this kalau ada rezeki panjang umur di sini lagi...jadi ahli biasa pula lah...akak fennattt dah dik nun....hikkkss

Hopefully the coming event will be smooth sailing and that our friends could enjoy with family and friends.  InsyaAllah, program akan  berlangsung di Aarak Istirehat.  A farm camp located somewhere 25km from Jubail City.  KRMJ used to hold programs at the beach camps near Jubail, unfortunately not this time.  Kat sini farm camp...bukan ada pokok durian atau rambutan pun...KURMA farm je.  Hopefully dapatlah sepetik dua makan kurma segar dari ladang nanti, kalau ada lagilah since winter is already knocking at the door...the dates will most probably gone by now.

Kalau ada kesempatan nanti akan ambil gambar suasana di farm camp tu.  Kalau Norma 'cukup tangan' nak petik kamera lah....heeee.  Macam manalah keadaan Norma nanti di sana?? Ni duk tengah feninnn memikir, nak jaga Noorah lagi...Hadeed lagi... yang besar-besar tu dah serah kat abah...ummi tak kan sempat nak monitor semua.  Ada kolam renang pula di situ.  Jika ada anak kecil ni, risau tak sudah bila anak-anak mandi kolam. Dah pesan pada abah, Hadeed, my two-year old boy, will not be going into the pool this time, takut abah tak terjaga...later on fikir kesian pulak kat dia.  Tengoklah cemana nanti di sana.

Pada masa yang sama nak tolong juga apa yang patut hal-hal Jumanisaa terutama penyediaan makanan dan nak beraktiviti juga...uwaaaaa...  Harap-harap adalah sahabat-sahabat lain yang ringan tulang nak bantu kami nanti, InsyaAllah.

Challenge Norma!  Challenge Norma!

Ya Allah berilah kemudahan kepada hambaMU ini, amin.