Saturday, November 10, 2012

GUNTING RAMBUT

Malam kelmarin pergi menggunting rambut.

Sejak Norma di Saudi ni, ada lah beberapa kali menggunting rambut di kedai gunting rambut.  Di sini, biasa di gelar sebagai 'salon' atau 'saloon'.  Khusus untuk an-nisaa (wanita) sahaja.  Satu kelebihan yang susah kita nak jumpa di tanahair sendiri.  Di sini WAJIB kedai mendandan wanita ini tertutup dan khusus untuk kaum wanita sahaja, Alhamdulillah.  Aurat InsyaAllah terjaga.

Semasa tinggal di Jubail balad dulu, beberapa kali jugalah ke saloon sebegini.  Bila menyebut 'saloon'...ianya bukan sekadar ada perkhidmatan menggunting rambut.  Di sini 'saloon' memang kedai mendandan diri, a beauty saloon.  Melalui pengalaman Norma, jika setiap kali ke saloon ini, pastinya terserempak dengan wanita-wanita Arab yang sibuk menghiaskan diri.  Di rumah lama dulu, Norma biasa ke Orchid Saloon...tukang gunting dan mendandan warga Filipina, tetapi selepas 2 tahun, beliau dah pulang ke negara asal dan digantikan dengan warga Jordan...kurang sikit skill dan expertise...hihihi.

Saloon La Rose yang Norma kunjungi malam kelmarin terletak di Sudayer Sector...sejak berpindah ke Royal Commission ini, ini kunjungan kedua kalinya.  Pertama dulu, bawakan Nadhrah, kai ini giliran ummi lah pula..

Caj menggunting rambut di sini sekitar SAR50 untuk dewasa dan SAR25-30 untuk kanak-kanak.  Dan ianya juga bergantung kepada berapa panjang rambut atau berapa lebat rambut yang kita ada...sabar je la.  Kalau di Malaysia macam pukul rata je kan, sini siap melihat dulu jenis rambut kita baru mereka letakkan harga sebenar....kelakar lak rasa.  Tetapi mungkin kedai lain, lain caranya...kena merayau-rayau cuba perkhidmatan di kedai lain pula.

Di La Rose ada pekerja Morocco dan Filipina.  Sebaik masuk ke saloon ni, memang teruja melihatnya.  Di sini kalau bab hiasan dalaman kediaman-kediaman Arab...memang the 'vast' orang putih kata..  Tak kalah!
Norma rasa lah standard saloon artis-artis je kat sini...huhuhu, macam lah pernah masuk saloon retis-retis ni kat Malaysia tu kaaann.  Norma gunting rambut kat kedai Mek Jepun je di Kuala Dungun tu...kikikikkk.

Setelah membayar caj prkhidmatan, Norma terus memilih stail potongan...wahhh macam best je dengar, padahal kut mana potong pun...serupa tu jekkk...kikikikkk. 

Yang best nya bila part 'blow' rambut...alahh yang hair-dryer tu...bayarannya berasingan.  Oleh kerana rambut Norma ni ala-ala lebat macam mak-mak Arab....so caj yang dikenakan SAR70!!  Aduhaiii....potong lagi murah dari 'blowing' rupanya.  Tapi boleh je lakan...sesekali berdandan kat saloon. 

Semasa didandan, pekerja tu bertanya, "you are going to a party??"

"No, I'm going back home to sleep after this," jawab Norma selamba...waktu tu sekitar 7 malam.  Memang mata dah mengantuk pun..

"Why you add 70 riyal for blowing ... just cut only just now 50 riyal??" tanya beliau..

"I want to sleep prettily tonight..." sabar je la jawapan tu kan...well, every night I sleep prettily as well...tonight, I want to be extraordinary pretty...hihihi

Maka terkekek-kekek la dua orang pekerja Filipina kat situ tu dengar jawapan Norma.  Ada 2 orang pelanggan Saudi juga di situ...memang tak faham kut apa yang kami sembang...cuma hairan melihatkan pendandan mereka ketawa...harap janganlah mereka salah faham...Norma hanya berjenaka dengan pekerja-pekerja di situ.  Sesekali menceriakan hati orang...  Kan bagus kalau kakak-kakak dan mak-mak Arab tu faham Bahasa Inggeris...mesti boleh ketawa bersama-sama kami.

Usually, the locals here make-up themselves purposely going for a party or such.  Ada yang trim kening, ada yang sedang remove 'facial hair', ada yang sedang ber'make-up' kaler-kaler.  

Hasil malam tadi agak memuaskan sebab si Nadhrah tak berkelip menatap muka umminya yang sudah bertukar macam gaya mak-mak Arab, dengan rambut kembang berdandan semacam, ...sabar je la. 

Mana taknya, bila rambut didandan dengan harga SAR120 kan!!!  memang boleh masuk party lah akak malam tadi...kikikikikkk.

1 comments:

Al-Atiff said...

Aslmkm kak norma.. Wah.. Ada rupanya saloon kt jubail ni.. Teringin jugak nk pergi ni..hehe.. Spa takde ke? Hihi