Sunday, August 16, 2009

RAMADHAN TIBA LAGI...OH KENANGAN ITU!

Puasa bakal tiba...sangat hampir...kurang dari 10 hari lagi. Masa berlalu sangat pantas sekarang ni. Pejam celik nanti muncul pula Syawal.

"Balik Malaysia ke raya nanti?"... Itu pertanyaan biasa daripada rakan-rakan di Malaysia.
Jawapannya sentiasa "Tidak!"...
Bukan tak nak balik kampung. Sebelum tiba di sini sudah dibincangkan bersama kami suami isteri, apabila genap setahun berada di Jubail, barulah kami rancang untuk balik. Setiap ahli keluarga juga telah kami khabarkan dan mereka amat mengetahui perancangan kami itu.

Mungkin ramai kawan yang sudah rindu dengan kami ni....terima kasihlah kerana mengingati kami yang jauh ini.

Dulu semasa zaman muda, pernah rasa hidup merantau...2 tahun tak balik kampung...2 tahun beraya dalam salji dan pagi raya berbaju kurung ke kuliah...raya tetap raya...kuliah tidak tinggal.

Bulan puasa di Oklahoma, memang mencabar!...dalam kesejukan kami berpuasa...bayangkanlah....bila sejuk perut sentiasa lapar, tapi itu semua cabaran dan dugaan yang berjaya ditempuhi.

Tapi di musim sejuk siang pendek, so cepatlah waktu berbukanya.
Ingat lagi, bila pulang dari kuliah...hari dah gelap...perut hanya dialas dengan coffee panas 'capuccino' dan snack bar aje...sementara nak tunggu sampai rumah ....masak dulu dan baru makan...lepas makan...terlentang masing-masing depan TV kekenyangan dan kepenatan...itu dulu....lebih 10 tahun dulu.

Sekarang ni...di Jubail pula...bersama keluarga...musim panas pulak tu...mesti ada perbezaannya.

Kalau di Malaysia...mesti best...sebab dah biasa kat 'kampung' sendiri...tak panas tak sejuk...nak makan apa aje...semua ada...'tunjuk' aje dan dapat rasa semuanya. Semasa Norma kerja...selalu bulan puasa Norma akan cuba 'cepatkan' balik rumah untuk masak berbuka...sebab kalau dah kat kerja...memang sampai ingat tak balik...kalau tak cecah jam 6.30petang...tak balik rumah lagi.
Tapi. di bulan puasa...paling lewat Norma akan cuba balik jam 5.30petang.

Ada juga dan biasa terkena jadual kuliah sampai jam 6 petang...bayangkan le ...kuliah jam 4.00 petang hingga 6.00 petang di bulan Ramadhan....gila ke apa??? Tidak!!!! itulah hakikatnya menjadi pensyarah ini. Apa-apa pun boleh...tu belum cerita perlu buat kelas ganti atau tambahan waktu malam...sabar je lah.

Pelajar tok sah cakap lah...bila masuk kelas tu muka monyok semacam...konon nak minta simpati Puan Norma untuk batal kuliah ke atau balik cepat ke....tapi 'anak-anakku' sekelian...anda perlu faham, tanggungjawab tetap tanggunjawab...silibus perlu disempurnakan sebaik mungkin, mana kan boleh 'ponteng' kuliah atau mengajar 'ala kadar' di bulan puasa ni.
"Nak pahala lebih ke nak tanggung dosa...bila tidak amanah!??"....

Pernah satu semester tu...ada satu kelas Norma tu jadualnya waktu malam sepanjang satu semester, kena pulak bulan Ramadhan...nak tak nak perlu dijalankan juga kalau tidak, skema kerja dan jadual mengajar akan 'lari'.

Ada seorang pelajar ketika itu, Khairul namanya ... budak Negeri Sembilan...kami panggil beliau Ustaz sebab beliau ni memang layak digelar Ustaz.

Bila tiba Ramadhan, beliau biasa mengimamkan Solat Tarawikh di surau kawasan rumah sewa beliau, Perumahan Tanjung...
Satu hari, dalam keadaan gementar dan takut, Khairul meminta izin daripada saya untuk masuk lewat ke kuliah malam bila tiba bulan puasa tu...sebab beliau perlu mengimamkan jemaah solat tarawikh.

Tapi kuliah Norma bukan setiap malam pun, sekali seminggu aje. Kesian nengokkan mukanya ... takut Puan Norma tak benarkan...tapi Puan Norma tak kejamlah Khairul..."mana pahala yang awak boleh dapat yang baik untuk awak...tambahan tanggungjawab besar awak kat surau tu," Orang kampung bagi kepercayaan pada dia.. "Awak, saya benarkan masuk lewat, lagipun menghadiri kuliah saya juga peroleh pahala...pahala sebagai seorang pelajar kan?" Makanya dua-dua tanggungjawab tersebut beliau sempurnakan...

Pernah juga satu hari di hujung minggu, Norma ajak beliau dan seorang rakannya, berbuka puasa di rumah. Tu pun kebetulan terserempak ustaz Khairul tu di kedai runcit, terus ajak datang berbuka nanti.
Seronok beliau dapat jemputan Puan Norma...bila makan, nampak takut-takut juga bila semeja dengan Haswadi, tapi Haswadi orangnya sempoi...pelajar-pelajar memanggilnya 'abang!'...ewww...kalau Norma di panggil Puan...ada ke Haswadi mereka panggil 'abang!'? perasan muda eh?? Nak buat macamana memang Norma kahwin suami yang muda dari Norma...Apa-apa aje lah dik nuun oiii...

Ustaz! Ustaz!...Puan Norma tetiba rindu pulak kat awak!...buat apa lah agaknya sekarang ni? Mungkin membesarkan empayar ternakan cacing ayahandanya di Negeri Sembilan tu tak?... Cacing ternakan keluarganya itu di eksport sampai ke luar negara....semoga berjaya ye Khairul!!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...

5 comments:

Mother of Two said...

takpe.. tua or muda.. yg penting sihat dan gembirakan..kak.. anyway selamat berpuasa..

nj said...

shiela...
dah ada di Dubai semula ye? Selamat Berpuasa!

Fatin Baharum said...

mcm pnh dgr @ knal nama khairul, dipanggil ustaz tu..
nway, selamat berpuasa ea.
awal wish ni mayb..
kira dpt jgk pn merasa puasa ditempat org.. :)

nj said...

fatin...
dia pelajar OM221...mungkin sbb awk duduk Tanjung gak dulu kut...mungkin kenal juga dia tu...

:: Leeza Joe :: said...

slamt pose...
pasti terkenang2 memori semalam....;)