Friday, June 5, 2009

NAK PINDAH RUMAH...NAK PINDAH RUMAH

Rasa macam nak pindah rumah je. Lama dah dengan rumah yang ada ni. Bila lihat rumah-rumah orang lain...teringin jugak nak pindah...nak buat ubahsuai bagi lebih menarik lagi. Kadangkala serabut dengan yang ada ni...ruangnya kecil dan tak dapat nak buat susunatur yang cantik. Rasa macam sempit je nak lalu...
Bilalah nak jumpa rumah yang baru ni. Tapi sebelum pindah, banyak gak kerja...nak kena menyimpan sini sana, nak kena pilih mana yang nak dibawa pindah dan yang mana perlu ditinggalkan aje. Pernah dengar kengkawan yang pindah randah ni...banyak kerja...silap-silap ada aje benda yang tertinggal...lupa nak bawa.
Rumah baru tu pulak belum fikir nak cat warna apa...layout ruangnya bagaimana...2 bilik ke 3 bilik ke? Kalau pilih yang 2 bilik...mesti ruang lain besar dan luas. Kalau 3 bilik macam rumah yang lama ni...sempitla sikit laluannya..

InsyaAllah...purpleheart nak ambil sedikit masa nak buat sedikit perubahan rumah...pindah dan ubahsuai...tapi pembaca jangan terkejut atau silap faham...purpleheart nak pindah 'RUMAH' BLOG ni ha...bukan pindah rumah kat Mahdood ni! Lepas dapat 'rumah' yang cantik dan sesuai...baru boleh 'jemput' ramai orang datang baca dan jenguk....

Wednesday, June 3, 2009

MEMBUKUKAN APA YANG TERBUKU!!!

Nak cerita pasal buku. Lama dah tak cakap-cakap pasal buku ni. Bila baca blog kawan cik Puan Neeza tadi..dia pun sibuk dengan buku-bukunya...maklumlah beliau tengah exam...jadi bukulah peneman hidup cik Puan Neeza tatkala ini...(terima kasih neeza sbb bagi idea Norma nak tulis pasal buku ni)

Seingat Norma sejak di bangku sekolah hinggalah sekarang ni rasa rasanyala...dekat ribu-ribu buku jugakla yang norma pernah baca termasuk sekali buku-buku yang norma pernah sentuh...pernah belek...pernah miliki...rasanya ni la jumlah yang paling hampir kut sebab tak pernah la pulak buat 'banci' pun.

Kalau cerita dengan pelajar-pelajar norma kat Dungun tu...mesti mereka dah agak bosan bila Puan Norma sentuh pasal buku ni....asyik asyik kena baca buku, asyik asyik kena beli buku...sebab Puan Norma ni 'pantang' tengok pelajar yang buat salinan fotostat aje...handphone ribu-ribu ringgit boleh mereka miliki tetapi bila pasal nak beli buku teks...tunggu sampai duit poket dah nak habis baru beli...nak aje bagi 'buku lima' kat 'anak-anak' bertuah ni. Itu antara kenangan manis Norma dengan pelajar-pelajar remaja-dewasa ni. Ada juga yang sanggup pinjam dari kawan-kawan kelas lain setiap kali nak masuk kelas Puan Norma sebab kalau tak bawa buku rujukan atau teks...soal jawab panjang lebar...so sesapa yang nak jadi 'popular' dalam kelas Puan Norma ni, buatlah 'hal' banyak-banyak....

Macam-macam perihal sebenarnya buku ni.
Bila Norma ambil keputusan 'cuti' daripada kerja...yang dalam fikiran Norma ialah pastikan Norma bawa buku-buku bacaan ke Jubail sebab dengarnya susah nak dapatkan buku bacaan yang boleh dibaca....sebab semuanya dalam Arabic. Jadinya sebelum ke sini merata gak la ke kedai buku untuk bawa yang terbaik sahaja daripada banyaknya la dalam senarai Norma..

Tapi bila ke Jubail ni, Haswadi tahu kehendak Norma, so dia bawa ke Jarir Bookstore...Alhamdulillah banyak juga pilihan bahan bacaan yang boleh Norma miliki. Tak adalah sampai tak ada langsung. Kalau dulu asyik membeli dan membaca buku berasaskan ilmiah sahaja....tetapi sekarang ni Norma bebas untuk memilih bahan bacaan yang lain pula...dulu pun bukan tak boleh nak baca novel atau buku-buku fiksyen ni...tapi akak tak cukup masa nak baca...biasalah...alasan kerja!
Alhamdulillah minat membaca tu masih kuat lagi walaupun dah jadi surirumah sepenuh masa kala ini... tak sempat baca buku...'menelaah' secara online pun okay juga.
Paling Norma suka baca buku yang berkisar pengalaman orang, kisah benar, biografi pun boleh jugak, buku-buku agama, buku-buku masakan, buku-buku motivasi termasuklah majalah-majalah yang ada gossip orang-orang terkenal yang terkini!!! Kalau tak ada bosanlah hidup akak ni!
Ni kat rumah ni ada satu buku yang Norma bawa dari Malaysia..."Growing Up In Trengganu, by Awang Goneng" , belum habis baca lagi, jenuh nak perabih sebab baaaaanyak sungguh ceritanya...tapi seronok buku tu...bila Norma baca, rasa macam Norma ni lebih 'Trengganu' dari orang Terengganu sendiri! Mana-mana orang Terengganu yang terbaca blog Norma ni...you guys should get one...buku ni dah lama kat pasaran...tapi Norma baru jumpa bulan Mac lalu dan terus minat nak baca...
Antara buku-buku yang dibawa dari Malaysia...(buku Awang Goneng berada di bucu atas buku Jangan Bersedih tu!)

Awang Goneng menulis berdasarkan cerita-cerita kompilasi dari laman blog beliau sendiri...semuanya pasal Trengganu...ada satu yang menarik perhatian...zaman dulu...pedagang-pedagang Arab-Yemen berdagang sehingga menetap dan 'menakluk' Kuala Terengganu...so ramailah warga Terengganu berdarah kacukan Arab-Yemen...tapi yang pasti Haswadi bukan!...ahaksssss
Ada banyak lagi cerita menarik pasal Terengganu ni yang Haswadi sendiri tak tahu, contohnya di satu tanah perkuburan Tok Pelam di Kuala Terengganu tersimpan di dalam sebuah rumah lama, sebiji telur burung "BURAQ" ...burung eksotik!!! "alamak...sekarang baru tahu...camne nak pergi tengok? Duduk jauh dah le ni...dulu tak mboh caghi!"
InsyaAllah Norma akan perabih buku Awang Goneng ni dan share mana-mana yang menarik!

Monday, June 1, 2009

ANGIN?? SIAPA YANG BERANGIN??

Kenapa sejak 2 - 3 hari ni cuaca agak 'mesra' gitu di Jubail ni? Sejak seminggu angin begitu kuat terutama menjelang Subuh sehinggakan terdengar 'suara' angin mendayu-dayu di celah-celah tingkap. Kelmarin cuaca di sini agak boleh diterima..ala-ala musim panas kat Malaysia aje.
Hari ni pulak...okay juga tambahan air paip pun tak se panas biasa.
Nak terjadi sandstorm ke? Kalau musim panas kat Arab ni selalu ada sandstorm? Ke masa bila sandstorm ni wujud?
Sesekali hati berdebar-debar...ntah apa yang akan berlaku esok...lusa dan seterusnya...maklumlah tak mahir lagi nak ramal cuaca kat sini.
Tapi yang pasti takkan hujan musim-musim macam ni. Eh...ke pernah gak hujan di musim panas...lantar terjadinya 'hujan panas'??
Musykil! Musykil...harap-harapnya biarla cuaca 'mesra' ni berterusan hingga musim raya...dan terus masuk musim sejuk...alangkah enaknya....

Tapi ada ke bila musim panas ni tetiba ada udara sejuk kat Arab ni??
Kena la purpleheart buka 'buku' gaya cuaca di Arab Saudi ni....

Friday, May 29, 2009

MY 'LADIES NIGHT OUT'

Puas hati! Alhamdulillah...malam tadi akhirnya berlangsung la satu aktiviti yang dah lama purpleheart tak buat sejak datang sini...LADIES NIGHT OUT!! Alkisahnya dek kerana semangat nak ke Huwaylat Sport Center tu lagi...Norma sibuk le nak mencari kelengkapan sesuai macam baju, seluar dan kasut...maklumlah...datang sini luggage dah penuh ngan cili kering, rempah kari...jadinya, baju sukan dan kasut sukan tak dapek nak angkut sekali. Since hari Khamis, weekend kat sini, Norma request Haswadi hantarkan Norma ke Jubail City nak shopping le. Bila nak kena cari macam-macam tu, rancangnya tak boleh le nak bawa anak-anak, kalau tak jenuh mana nak memilih dengan ramai rombongan macam tu. Asalnya nak gi seorang diri je...berani ke?? Nak redah kat Ladies Street dan kawasan sekitarnya seorang diri?? Akhirnya Haswadi bagi idea menarik...
"Cuba ajak geng-geng perempuan yang mana nak jenjalan sekali, abang hantarla...2 atau 3 jam lepas tu abang ambik...anak-anak abang jaga kat rumah..." pelawa Haswadi.

"Betul ke ni bang?...bagus la abang ni...tapi ada ke mak mak yang nak ikut ni? Malam pulak tu. Mesti hubby mereka tak bagi" musykil di situ.
"Tanya gok dulu, ntah-ntah ada yang nak keluar sama-sama pompuan je...mana tahu" kata Haswadi.
Apa lagi ada dua nama je dalam kotak fikiran Norma ni, sebab mereka berdua ni pernahle merancang nak jenjalan ke Ladies Street tu tanpa anak-anak...tapi tak tahu bila nak pergi...

Akhirnya sms ke Cik Puan Nina dan Cik Puan Shikin (geng tangki air jugakle). Alhamdulillah, mereka berdua setuju selepas kedua-dua big bos bagi 'lampu hijau'.
Selepas Isya', seperti dijanjikan, kami pun berangkatle ke bandar tu. Seronok sesekali ada aktiviti macam ni.
Mula-mula ke Jubail Center mencari kasut...3 - 4 kedai la jugak masuk akhirnya patah balik ke kedai memula sekali. Dapat beli sepasang SKECHERS...


Lepas tu berjalan sikit ke Ladies Street tu...ramai jugak pengunjung malam tadi. Targetnya nak cari baju dan seluar sukan....tapi masuk kedai jual Abaya la pulak...dapatle mencari 3 helai...terima kasih kat Nina dan Shikin yang pandai betul berurusan tawar menawar dengan tukang-tukang jual ni...mereka semangat lebih lagi dari orang yang nak beli ni ha.
Di bawah ni ada la gambar design abaya yang dibeli bersama-sama kedua-dua 'konsultan' tu..
Jalan-jalan lagi, akhirnya dapat gak jumpa baju dan seluar sukan...sampai masuk 2 -3 kedai la jugak nak cari yang sesuai gitu!...puas la mereka berdua menggayakan si purpleheart ni dengan pakaian sukan tu....alamak akak tak pernah pakai le cam tu kat Malaysia!...kalau nak tahu camana rupanya...boleh tengok kat Huwaylat Sport Center je la, malu nak tunjuk kat blog ni, tapi kita tunjuk sikit je la ...hahahahahaaaaa kelakor! kelakor!

Since menjadi pengiring yang sangat dedikasi...belanja minum air ...tapi dalam tin je...kut le ada Starbucks ke atau Kopitiam ke kat Ladies Street tu untuk para wanita ni...nak aje menyinggah duduk dan minum kan...akhirnya minum air dalam tin je la akak akak ye.
Lepas meneguk air 'Delima' tu, menuju ke 'Mydin' @BigWorld la pulak...ramai pulak la orang kat dalam tu...so terus tuju dan beli barang yang nak dibeli je...cari 'rehal' untuk Quran sebab Sabtu ni dah nak mula kelas agama di rumah cik puan Shikin.

Keluar dari 'Mydin' tu..sempat masuk satu lagi kedai menjual Abaya lagi tu. Cantik banget Abaya nya pulak. Tak pe tak pe...sambung sesi jenjalan lain kali pulak ye...
Hampir ke jam 11.00 malam, sampai masa nak balik dah...dekat 2 jam lebih jenjalan kat situ...tak rasa penat sebab seronok ada 'saing' jenjalan.
Tapi tak ada gambar '3 mak dara' ni sebab kalau sibuk posing...tak sempat masuk banyak kedai...sesi lain kali, kita posing ye.
Bila la dapat lagi buat macam tu...bukan selalu, sesekali jer...terima kasih banyak le kat Nina dan Shikin tu...lain kali Norma ajak lagi ye. Terima kasih tak terhingga juga buat siapa lagi kalau bukan cik abang Haswadi yang bagi lampu hijau kat purpleheart ni 'jenjalan cari pasal'...sebab heheheee...tolong perabih duit dia...tapi baik hati siap berhantar dan berambik ke bandar tu...bulan depan kita buat lagi ye bang...

Tuesday, May 26, 2009

KRISIS AIR DI MAHDOOD...

Krisis Air? Kenapa?? Tak ada air??
Ya ...tak ada air. Kali ni dah masuk 5 kali apartment kami ni tak ada air sepanjang 2 bulan setengah di sini. Tapi tak lama. Biasanya air tak ada waktu maghrib atau selepas waktu maghrib tetapi sebelum subuh dah ada balik. Nak kata bil air tak bayar, semasa memula masuk rumah ni dah siap bayar bil untuk setahun pada Abu Ibrahim, landlord kami tu.
Setiap rumah, beliau collect SR200 untuk setahun penggunaan air...murah jer...kita ni pulak memang jenis yang menggunakan banyak air...sikit sikit air...sikit sikit air...tapi okayla tu settle satu tahun dah.
Tapi hari ni lain sikit jadualnya pulak...jam 10.30 pagi tadi dah tak ada air. Kebetulan Norma baru aje selesai memasak untuk tengahari...cuma tak sempat membasuh kelengkapan memasak tu...air dah tak ada..so sinki dapur semakin penuh la tu...menunggu masa ada air je tu nak basuh. Anak-anak hari ni makan dengan plastic plate jer...sebab nanti tak cukup air untuk basuh-membasuh.
Kebetulan di rumah ni dah memang ada tong air plastik untuk menyimpan air ketika waktu-waktu 'kering' begini. Sebab semasa mula kejadian tak ada air ni terus kami beli tong air tu...in case. Tapi lepas ni nak beli satu lagi la...macam tak cukup je se tong yang ada tu... Fikiran ni mula memikirkan yang agaknya musim panas ni acapkali tak ada air sebab shortage atau ada sebab-sebab lain macam construction atau kerja maintenance lain di sekitar Mahdood ni?? Tak tahu nak tanya siapa sebenarnya...
Tong yang awalnya penuh...dah tinggal tiga suku. Alhamdulillah anak-anak ni faham tak ada air so tak ada yang buat 'kecah' kat bilik air tu...kalau ada yang nak guna bilik air, siap ummi pesan...jimat guna air! Susah juga kalau tak ada air ni...biar tak ada elektrik jangan tak ada air...tapi kat Arab ni...nak nak pulak musim panas terik ni...tak ada elektrik pun susah...tak boleh pasang penghawa dingin...panaaasss! Harapnya air akan ada kembali la menjelang senja ni...kalau tak susah la..bekalan air pun makin sedikit.... Air! Air! Air!...

Monday, May 25, 2009

SEMBANG-SEMBANG PAGI PULAK...

Selain kisah-kisah jalan-jalan dan kisah tandas, dalam entri terdahulu rasanya dalam Mac atau April ada Norma coretkan pasal jalanraya dan kebersihan bandar Jubail ni.
Kali ni nak cerita perangai atau behavior orang sebelah sini. Bukan sekali atau dua berlakunya hal ni, tapi sudah beberapa kali. Tak rumit pun masalahnya tapi almaklum kita datang dari negara, budaya dan cara hidup yang berbeza kecuali satu, kita sesama Muslim di bumi ALLAH ni.

Perangai pelik yang Norma cukup tak berkenan ialah "POTONG BARISAN"!!! Baik si polan lelaki mahupun si polan perempuan. Walaupun kebanyakan shopping mall yang besar menyediakan dua lorong berbeza untuk wanita dan lelaki, tetapi di pasaraya besar PANDA, kedai-kedai kecil yang biasa tiada kemudahan itu. Jadinya Norma dah merasa beratur sesama wanita dan juga lelaki.

Mereka ini macam tak pernah tahu ada perkataan TUNGGU dan SABAR!!! Sekali tu di Home Centre, Khobar. Barisan punyalah panjang dan ada 2 lane untuk wanita dan satu lane untuk lelaki. Masa tu Haswadi menunggu di dalam kereta bersama anak-anak. Walaupun lane lelaki tak ramai mana, Norma still tak boleh pergi sebab Norma ni WANITA!!! so terpaksa juga berpusu-pusu di lane wanita sahaja. Kalauikut hati nak aje ke lane LELAKI sebab kita tak buat salah apa-apa dan tak ada maknanya sekadar beratur untuk membuat pembayaran...tapi oleh kerana inilah budaya pelik yang 'melampau' di sini, kita ikutkan aje la.

Dalam banyak-banyak wanita di situ, rata-rata adalah wanita Arab. MasyaAllah shopping sakan mereka ni...banyak sungguh la pitih mereka ni...beli ntah apa-apa...ada seorang tu beli tali pinggang sampai berurat-urat...macam-macam warna dan rupa...nak lilit apa la agaknya?? Kelakar pun ada kalau sesekali jenguk kat dalam troli mereka ni...YA!! mereka shopping baju siap bawak troli macam kat pasaraya tu...punyalah banyak barang.
Dalam pada beratur ni, Norma terasa semacam ada benda menjolok-jolok dari belakang dan meghimpit-himpit badan ni. Apahal la pulak ni? Toleh belakang rupanya ada seorang wanita Arab yang hanya nampak 2 biji mata sahaj betul-betul di belakang Norma. Kita pun senyum aje ingatkan dia terlanggar kita ni. Mereka ni seperti biasa buat dekk je.

Selang seminit...tolak lagi..ishh apahal la lagi mek belakang ni?? Toleh lagi....dia buat muka selamba je... Apahal??...nak berbual? cakap jela...atau nak berkenalan ke sebab kita ni ala ala pelik dari mereka, tak cantik, bulu mata pun tak panjang, kening pun tak lebat, dan hidung pun tak mancung...tapi janganle sampai tolak-tolak gitu...

Selang seminit lagi siap himpit kita lagi....hati Norma ni dah panas, nak beratur, beratur je la diam-diam...ni yang himpit-himpit ni apa halnya pulak. Elok sampai giliran Norma, nak tahu tak apa mek Arab ni buat??? Dia hulur tangan dia dengan baju yang dia nak bayar tu ke atas kaunter dengan gaya nak cuba potong Norma yang berdiri betul-betul di hadapan kaunter!!!! SABAR jela...mek Arab ni...nak aje Norma 'pelangkung' kat situ jugak...nasib baik cashier lelaki tu nampak siapa sebenarnya berada di hadapan dahulu dan terus mengambil barang Norma. Mek Arab tu dah siap berada di tepi Norma...ya... di tepi .. tuan-puan bukan di belakang yang sepatutnya dia berada...sakit hati gila, tak reti berbaris ke apa??...rupanya dia nak cuba potong kita yee!!! Jangan harap Norma nak bagi...kita ni memang baik hati tapi ada limit tau!!! Dahla dihimpitnya badan kita yang gebu ni...ditolak-tolak dengan bakul barang dia....nak minta belas kasihan bayar dulu??? Tak dapek den nak nolong ye...kau tunggu sampai den habis bayar!!!!

Sebelum Norma beredar...Norma sempat memberikan satu 'jelingan' tajam yang bermaksud "lain kali jangan nak mengada-ngada ye, beratur le elok-elok dan jangan potong barisan den!!!! den tak suka!!!" haaa gitula maksud 'jelingan' mata Norma hari tu.

Satu lagi insiden di Panda besar kat Jubail ni. Ni dengan lelaki Arab pulak. Kat Panda ni tak ada lane asing, semua pakat hentam aje mana nak beratur. Sekali lagi seperti biasa, Haswadi berada di dalam kereta....asyik Norma je yang pergi kedai ye... Ya tuan-puan, Norma ni suka kalau nak beli sesuatu tu terus aje beli sebab dah tahu kat mana dan apa yang nak dibeli. So kalau ramai-ramai turun kengkadang beli barang yang tak ada dalam list!

Dalam pada menolak troli tadi, Norma terus aje ke kaunter dan mencari-cari barisan mana yang pendek dan barang siapa yang paling sedikit. Biasa survey macam tu dulu...sebab kita ajar students kat UiTM tu pasal "Waiting Line" dalam topik Production Management, so teknik gitu memang ada dalam "Counter Service"...so praktik aje...kalau orang yang tak pernah tahu pun secara logik boleh fikir macamana nak cepat keluar dari kedai kan...tapi apasal la students ni tak leh nak score subjek tu...hishhh geram sungguh...sorry terkeluar topik...

Setelah jumpa lane yang sesuai untuk akak ni, kita terus tolak troli. Tetiba datang seorang jejaka Arab ni dengan bakul kecil ditangan. Dengan selamba terus berdiri dihadapan troli akak!!! HELLO...tak nampak ke den tengah beratur ni?? Dah la dia tak pandang kita (sebab konon pak pak Arab ni tak pandang pompuan!) Dia toleh sekali ke belakang tapi tak pandang pun muka kita...dengan harapan kita nak bagi laluan sebab barang dia sikit!!! Eh eh...banyak cantik kau punya serban...NO WAY!...I am not giving you a chance! Norma masih tak berganjak dan tak tarik pun troli tu, Norma tolak ke depan lagi troli tu biar dia tahu dia kena beratur di belakang akak. Dah le awak tu lelaki...gagah perkasa lagi...dengan pompuan pun kau nak berebut! Apa hal le lelaki Arab ni?? Norma beria-ia menolak troli sebab tak nak bagi dia masuk terus, akhirnya dia beralah dan pergi ke barisan sebelah...tak datang belakang kita pun...tengok le kesombongan mereka ni.

Yang best pulak tu...sebaik sahaja Norma berada kat kaunter...dan lelaki Arab tu berada di kaunter sebelah...kebetulan dapat memandang muka dia...akak pun bagi satu jelingan tajam akak yang berbisa ni...ingat apa? kita takut sangat nak pandang muka awak tu...ni perempuan bukan sebarang perempuan tau...ni perempuan Melayu berdarah Bugis dari Malaysia tau...kita tak takut la kat awak tu!...apa pandang-pandang?? ingat kita takut janggut awak yang tebal tu?? No way bro! Lain kali nak potong barisan akak, fikir dulu!...kalau berani potongla...akak hempuk dengan troli baru tau....Heee geram sungguh hati ni...

Satu yang menarik kalau beratur dengan yang bukan Arab, baik India, Filipina mahupun yang Egyptian...mereka tak ada pun aksi aksi sebegitu...in fact mereka berdiri jarak jauh sikit daripada kita...hormat sungguh...tak berani gamaknya. Lain kalau orang Arab sendiri..memang teruk perangai. Kalau setiap kali kat kaunter berbaris ni Norma memang akan observe cara dan gaya mereka ni...mostly macam tu...kalau boleh nak lompat giliran orang lain...dihimpit-himpitnya orang depan...apa yang nak dikejarkan pun tak tahu...kalau dah dapat spot tu...sabar jela...tunggu...sebab orang lain pun beratur jugak.

Di Malaysia pun ada juga gaya sebegini tapi pengalaman Norma tu tak la teruk mana atau tak kerap, biasa yang nak potong barisan ni mok cik mok cik kat Dungun tu ha...tapi kat sini setiap kali ada Pak Arab atau Minah Arab ni...kena jadi garang sikit dan buat mimik muka 'menyampah' sikit kat mereka ni. Kalau kita buat muka baik -manis ni...'dipijak-pijak'nya kita pulak. Ya la ...tak semua Arabs ni macam gitu, ada yang baik tu baik betul siap Ya Habibi! Ya Habibi! kat kita ni...peluk cium pipi kalau jumpa kat Masjid tu...tapi bila bab beratur ni akak tak boleh compromise la...Alahai...sabar je la ye.

Sunday, May 24, 2009

SEMBANG-SEMBANG PETANG...

Malam tadi penuhla hajat hati kami sekeluarga melawat baby Zahraa, puteri As dan Roy. Walaupun rumah dekat sepelaung (kalau suara Norma la), dah 25 hari baru boleh lawat. Dah duduk kat sini banyak perkara tak boleh buat sendiri, mesti tunggu Haswadi terutama kes nak keluar rumah. Kalau kat Malaysia, kita seorang diri je ke hulu ke hilir. Kalau tidak dah lama Norma redah aje Mahdood ni lawat Zahraa.

Seronok berkunjung ke rumah As dan Roy, pertama sebab tuan rumahnya sangatlah peramah, kedua sebab ada baby kecil (Norma memang tak boleh tengok baby ni, walaupun anak sendiri dah 3 orang, gerammm!!!, kalau yang dah besar-besar kat rumah ni pulak geram jugak...tapi gerammmm lain!) Yang ketiga sebab pertama kali jumpa Mr Tan dan Amy, pasangan Cina warga Malaysia yang kerja di Jubail. Tan aje dah almost 15 years kerja di Arab Saudi, manakala wifenya Amy dah 6 tahun tinggal di sini. Kagum betul Norma tengok kalau mereka boleh survive lama macam tu, kenapa Norma tak boleh kan?? Tak sangka seronok sakan kami berbual, nak ambil gambar dengan Zahraa pun tak ingat.

Kelakar dan ketawa berderai-derai kami berbual, apa taknya dah ada 3 orang wanita dan 3 orang lelaki, anak-anak buat hal sendiri, rancak sungguh perbualan alkisah hidup di Jubail ni. Banyak jugak info dapat dr orang lama mcm As dan Amy tu. Hinggala ke topik nak buat fish ball dan fish cake. Zahraa pulak asyik lelap mata, sesekali menangis nak susu aje.

Bila cerita life here in Jubail, Tan kata kalau wife dia, Amy tu nak keluar dan jalan di Jubail, satu benda dia nak bawak ialah TANDAS!!!....berdekah-dekah kami ketawa dengar ceritanya...
Norma setuju sangat, kalau Norma, nak bawak jugak tandas ke mana-mana Norma pergi kat sini.
Topik tandas ni sangat la relevan dengan isu yang Norma nak utarakan kat sini. Semasa trip ke HOFUF weekend baru ni, banyak jugak la keluar bebelan Norma pasal tandas kat Arab ni. Norma tak pasti the other parts of Saudi sama ke tidak sebab Saudi ni sangatlah besar.
Sakit mata!
Sakit hidung!
Sakit hati!
dengan keadaan tandas di sini. Bila kita travel ni of course one of the things that would be important ialah kemudahan tandas dan tempat rehat yang sesuai, tambahan lagi membawa ahli keluarga yang ada kanak-kanak. Tau ajela, mereka ni boleh ada 'urusan' pada bila-bila masa sahaja. Kalau orang dewasa ni lain, segala 'urusan' adalah terkawal kecuali kes-kes tertentu je. Norma memang 'bercinta' betul nak singgah di pump stations to look for the toilets. Even the Mussolah@Surau even the Mosque pun tak boleh jamin tahap kebersihannya. Ya Rabbi!!! kotor sangat,
tak terjaga
tak berberus
tak flush
tak ada air...haru
tak ada pintu...lagi haru
tak bersih langsung!!!
berkulat
berkerak
berbau...tak tahan ooo
bersampah
The only tempat so far yang Norma rasa 'selamat' kalau nak buat 'urusan' setakat yang Norma dah pernah pergi ialah tandas di Masjid Al Rasheed Mall, 'heaven'!! Bersih! Di dalam mall tu pun belum tentu bersih sebab memang akan jumpa juga tandas-tandas antara yang banyak tu, kotor, lecah dan yang se'pesen' dengannya.
Sepanjang jalan 'kenangan' kami ke Hofuf tu, kalau dah betul sesangat hajat tu baru Haswadi akan cari Masjid atau Surau yang perlu kami 'screen' dulu untuk lihat tahap cleanliness.

Dah pergi 2 -3 masjid atau pump stations baru boleh nak jumpa yang boleh digunakan, itu pun sebenarnya tak berapa nak berkenan jugak tapi kalau seorang, dua orang dah merengek nak ke tandas, terpaksa jugak. Mangsanya, Ummi mereka ni jugak...sebelum bawa anak-anak masuk tandas, Ummi bersihkan dulu tandas tu mana yang mampu, spray sana...spray sini, bekal tisu berhelai-helai masuk tandas...nasib baik tak bawak sekotak gitu...kesnya...anak-anak ni pun masalah juga...kalau tak berkenan dek mata mereka jangan harap dia nak masuk...terutama Nadhrah, anak dara tu...sanggup tahan sampai lewat petang jumpa Al Othmani Mall tu baru boleh buat 'urusan'...sabar je la.

Lain kali Norma kena bekal sekali pencuci tandas dan freshners dalam 'but' kereta...gerammm betul dengan tuan-tuan pam minyak dan pekerja-pekerja pam minyak yang tak ambil berat tahap kebersihan.

Banyak isu juga sebab musabab kebersihan tak terjaga ni. Jauh 1000 kali baik Malaysia daripada sini. Kalau di Malaysia, paling Norma suka kat Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tu...rasanya siap boleh baring lagi dalam tandas....tip top! Cleaners atau pekerja-pekerja tu memang buat kerja sesungguh hati. Jaga premis tu macam jaga rumah sendiri.

Kenapa tak begitu di sini?? Tu pun isu jugak kata Haswadi. Di sini mana ada tokey-tokey Arab yang sama-sama berada di premis mereka...everything is contracted out dan serah bulat-bulat pada pekerja-pekerja buruh asing mereka...yang semestinya couldn't be bothered to take care things appropriately. Patutnya setiap kali 'solat time' tu, boleh curi masa sikit bersihkan tandas tu daripada lepak-lepak hisap rokok depan kedai atau stesen minyak tu. Ini tidak dibiarkan aje begitu rupa....heeee geram aje nengokkannya.

Satu lagi mungkin juga semua stesen minyak sepanjang jalanraya yang ada kat sini milik peribadi dan bukan macam PETRONAS atau SHELL..atau bukan ada pun PLUS, LPT, LINK, KESAS dan yang seumpamanya...sebab tu la kita tak boleh jamin segala kemudahan disediakan sebaik mungkin untuk semua. The other reason is Saudi Arabia ni bukan negara nya yang ada Tahun Melawat gitu-gitu dan juga bukan tempat untuk pelancong atau untuk bercuti!!!

Atau mungkin harga minyak kat sini tersangat murah berbanding di Malaysia, jadi tak berbaloi sedia tandas awam yang canggih canggih untuk 38 sen seliter gas sahaja???!!! Patutla si Amy nak angkut TANDAS kalau jenjalan kat sini!