Monday, May 25, 2009

SEMBANG-SEMBANG PAGI PULAK...

Selain kisah-kisah jalan-jalan dan kisah tandas, dalam entri terdahulu rasanya dalam Mac atau April ada Norma coretkan pasal jalanraya dan kebersihan bandar Jubail ni.
Kali ni nak cerita perangai atau behavior orang sebelah sini. Bukan sekali atau dua berlakunya hal ni, tapi sudah beberapa kali. Tak rumit pun masalahnya tapi almaklum kita datang dari negara, budaya dan cara hidup yang berbeza kecuali satu, kita sesama Muslim di bumi ALLAH ni.

Perangai pelik yang Norma cukup tak berkenan ialah "POTONG BARISAN"!!! Baik si polan lelaki mahupun si polan perempuan. Walaupun kebanyakan shopping mall yang besar menyediakan dua lorong berbeza untuk wanita dan lelaki, tetapi di pasaraya besar PANDA, kedai-kedai kecil yang biasa tiada kemudahan itu. Jadinya Norma dah merasa beratur sesama wanita dan juga lelaki.

Mereka ini macam tak pernah tahu ada perkataan TUNGGU dan SABAR!!! Sekali tu di Home Centre, Khobar. Barisan punyalah panjang dan ada 2 lane untuk wanita dan satu lane untuk lelaki. Masa tu Haswadi menunggu di dalam kereta bersama anak-anak. Walaupun lane lelaki tak ramai mana, Norma still tak boleh pergi sebab Norma ni WANITA!!! so terpaksa juga berpusu-pusu di lane wanita sahaja. Kalauikut hati nak aje ke lane LELAKI sebab kita tak buat salah apa-apa dan tak ada maknanya sekadar beratur untuk membuat pembayaran...tapi oleh kerana inilah budaya pelik yang 'melampau' di sini, kita ikutkan aje la.

Dalam banyak-banyak wanita di situ, rata-rata adalah wanita Arab. MasyaAllah shopping sakan mereka ni...banyak sungguh la pitih mereka ni...beli ntah apa-apa...ada seorang tu beli tali pinggang sampai berurat-urat...macam-macam warna dan rupa...nak lilit apa la agaknya?? Kelakar pun ada kalau sesekali jenguk kat dalam troli mereka ni...YA!! mereka shopping baju siap bawak troli macam kat pasaraya tu...punyalah banyak barang.
Dalam pada beratur ni, Norma terasa semacam ada benda menjolok-jolok dari belakang dan meghimpit-himpit badan ni. Apahal la pulak ni? Toleh belakang rupanya ada seorang wanita Arab yang hanya nampak 2 biji mata sahaj betul-betul di belakang Norma. Kita pun senyum aje ingatkan dia terlanggar kita ni. Mereka ni seperti biasa buat dekk je.

Selang seminit...tolak lagi..ishh apahal la lagi mek belakang ni?? Toleh lagi....dia buat muka selamba je... Apahal??...nak berbual? cakap jela...atau nak berkenalan ke sebab kita ni ala ala pelik dari mereka, tak cantik, bulu mata pun tak panjang, kening pun tak lebat, dan hidung pun tak mancung...tapi janganle sampai tolak-tolak gitu...

Selang seminit lagi siap himpit kita lagi....hati Norma ni dah panas, nak beratur, beratur je la diam-diam...ni yang himpit-himpit ni apa halnya pulak. Elok sampai giliran Norma, nak tahu tak apa mek Arab ni buat??? Dia hulur tangan dia dengan baju yang dia nak bayar tu ke atas kaunter dengan gaya nak cuba potong Norma yang berdiri betul-betul di hadapan kaunter!!!! SABAR jela...mek Arab ni...nak aje Norma 'pelangkung' kat situ jugak...nasib baik cashier lelaki tu nampak siapa sebenarnya berada di hadapan dahulu dan terus mengambil barang Norma. Mek Arab tu dah siap berada di tepi Norma...ya... di tepi .. tuan-puan bukan di belakang yang sepatutnya dia berada...sakit hati gila, tak reti berbaris ke apa??...rupanya dia nak cuba potong kita yee!!! Jangan harap Norma nak bagi...kita ni memang baik hati tapi ada limit tau!!! Dahla dihimpitnya badan kita yang gebu ni...ditolak-tolak dengan bakul barang dia....nak minta belas kasihan bayar dulu??? Tak dapek den nak nolong ye...kau tunggu sampai den habis bayar!!!!

Sebelum Norma beredar...Norma sempat memberikan satu 'jelingan' tajam yang bermaksud "lain kali jangan nak mengada-ngada ye, beratur le elok-elok dan jangan potong barisan den!!!! den tak suka!!!" haaa gitula maksud 'jelingan' mata Norma hari tu.

Satu lagi insiden di Panda besar kat Jubail ni. Ni dengan lelaki Arab pulak. Kat Panda ni tak ada lane asing, semua pakat hentam aje mana nak beratur. Sekali lagi seperti biasa, Haswadi berada di dalam kereta....asyik Norma je yang pergi kedai ye... Ya tuan-puan, Norma ni suka kalau nak beli sesuatu tu terus aje beli sebab dah tahu kat mana dan apa yang nak dibeli. So kalau ramai-ramai turun kengkadang beli barang yang tak ada dalam list!

Dalam pada menolak troli tadi, Norma terus aje ke kaunter dan mencari-cari barisan mana yang pendek dan barang siapa yang paling sedikit. Biasa survey macam tu dulu...sebab kita ajar students kat UiTM tu pasal "Waiting Line" dalam topik Production Management, so teknik gitu memang ada dalam "Counter Service"...so praktik aje...kalau orang yang tak pernah tahu pun secara logik boleh fikir macamana nak cepat keluar dari kedai kan...tapi apasal la students ni tak leh nak score subjek tu...hishhh geram sungguh...sorry terkeluar topik...

Setelah jumpa lane yang sesuai untuk akak ni, kita terus tolak troli. Tetiba datang seorang jejaka Arab ni dengan bakul kecil ditangan. Dengan selamba terus berdiri dihadapan troli akak!!! HELLO...tak nampak ke den tengah beratur ni?? Dah la dia tak pandang kita (sebab konon pak pak Arab ni tak pandang pompuan!) Dia toleh sekali ke belakang tapi tak pandang pun muka kita...dengan harapan kita nak bagi laluan sebab barang dia sikit!!! Eh eh...banyak cantik kau punya serban...NO WAY!...I am not giving you a chance! Norma masih tak berganjak dan tak tarik pun troli tu, Norma tolak ke depan lagi troli tu biar dia tahu dia kena beratur di belakang akak. Dah le awak tu lelaki...gagah perkasa lagi...dengan pompuan pun kau nak berebut! Apa hal le lelaki Arab ni?? Norma beria-ia menolak troli sebab tak nak bagi dia masuk terus, akhirnya dia beralah dan pergi ke barisan sebelah...tak datang belakang kita pun...tengok le kesombongan mereka ni.

Yang best pulak tu...sebaik sahaja Norma berada kat kaunter...dan lelaki Arab tu berada di kaunter sebelah...kebetulan dapat memandang muka dia...akak pun bagi satu jelingan tajam akak yang berbisa ni...ingat apa? kita takut sangat nak pandang muka awak tu...ni perempuan bukan sebarang perempuan tau...ni perempuan Melayu berdarah Bugis dari Malaysia tau...kita tak takut la kat awak tu!...apa pandang-pandang?? ingat kita takut janggut awak yang tebal tu?? No way bro! Lain kali nak potong barisan akak, fikir dulu!...kalau berani potongla...akak hempuk dengan troli baru tau....Heee geram sungguh hati ni...

Satu yang menarik kalau beratur dengan yang bukan Arab, baik India, Filipina mahupun yang Egyptian...mereka tak ada pun aksi aksi sebegitu...in fact mereka berdiri jarak jauh sikit daripada kita...hormat sungguh...tak berani gamaknya. Lain kalau orang Arab sendiri..memang teruk perangai. Kalau setiap kali kat kaunter berbaris ni Norma memang akan observe cara dan gaya mereka ni...mostly macam tu...kalau boleh nak lompat giliran orang lain...dihimpit-himpitnya orang depan...apa yang nak dikejarkan pun tak tahu...kalau dah dapat spot tu...sabar jela...tunggu...sebab orang lain pun beratur jugak.

Di Malaysia pun ada juga gaya sebegini tapi pengalaman Norma tu tak la teruk mana atau tak kerap, biasa yang nak potong barisan ni mok cik mok cik kat Dungun tu ha...tapi kat sini setiap kali ada Pak Arab atau Minah Arab ni...kena jadi garang sikit dan buat mimik muka 'menyampah' sikit kat mereka ni. Kalau kita buat muka baik -manis ni...'dipijak-pijak'nya kita pulak. Ya la ...tak semua Arabs ni macam gitu, ada yang baik tu baik betul siap Ya Habibi! Ya Habibi! kat kita ni...peluk cium pipi kalau jumpa kat Masjid tu...tapi bila bab beratur ni akak tak boleh compromise la...Alahai...sabar je la ye.

9 comments:

Neeza Shahril said...

satu benda yang neeza tak pernah experience ialah benda ni... sebabnya yang selalu membeli barang bukan neeza.. hehee.. kalau neeza yang masuk kedai, jawabnya, kalau list tu ada 2 barang, dia akan jadi 12 barang!! hahaha!!!

oleh itu, janganlah suruh neeza pergi kedai.. nanti daripada 10 minit, akan jadi 100 minit heheheh..

nj said...

neeza...
Nampaknya kita dah terbalik...kalau cik abang ni beli barang....yang tak suruh beli pun dia beli dan yang kita nak tu dia tak jumpa cari...sabar bebanyak...adoiii

Pijat-Pijat said...

Ayoh, so sick la Arab2 ni ...

I remembered masa kat UIA dulu pon ada gak mak2 Arab yg lorat ni .. tp OK la sbb kat tempat kita ... tp, bila dah dgr ceritamu ini ... tak kuasa lah ...

Memang patut kau tunjukkan ke'BUGISAN' kau tu ... silap2 ... tunjukkan ke'MELAYUAN' sekali ... i.e. ran AMOK .. hehehe ... orang Melayu dia tak melawan, tapi dia boleh mengamok ... don play2 ...

Patutla tak aman kan Middle East tu kalau ginilah perangainya ...

Astaghfirullah!

Fetty said...

Haaaaa...dalam Al-Quran dan Hadis sendiri ada sebut, "Asyaddu kufran arabiyyan"... 'yg paling kufur itu sendiri adalah orang Arab'. Bukan setakat kufur Agama, tapi kufur nikmat, sikap and mcm2. Tu pasal Nabi Muhammad SAW ditempatkan di kalangan orang Arab.
Hehehe.. rasa cam ustajah la pulak.

nj said...

peesha...
they are so arrogant and proud of themselves for nothing actually...haiyaaa dah la kita ni bekas pengawas sekolah...pantang nengok orang potong barisan dan x ada disiplin ni...heeheehee...

fathy...
apa khabar ustazah? Mungkin sebab itu mereka sangat bangga dengan diri mereka dan sangka orang lain tidak sebagus mereka terutama kaum wanita...sabarje la ye fathy...wallahuallam...

:: Leeza Joe :: said...

kalau sy mau jer langgor je bontot depa tu(yg xxxxxl)heheheh...
bese gak xperience cam ni...cr nye kt bt dekkk jer...jgn kasi muke...static kt que kt jer...bior padan muke depaaa!!!!ade hati nak skip2 org!

Zahraa George said...

selalu kena..tapi kan,kalau shoping berdua,cik abang saya tu akan kata,biar la diaorang gi dulu..serabut jer..boleh??walhal kita punyalah lama tunggu..huuhu

kalau as sorang-sorang jangan harap nak kasi laluan..hehe..

nj said...

leeza...
ok ok...org lain pun ada pengalaman juga ya...maknanya tak le kak norma ni 'pelik dan ajaib' di mata mereka sampai nak ditolak-tolak gitu kan..emmm gerammmm

as...
hati-hati kalau nak buat 'gaya' kak norma ni, awak tu kecik je...lainla kak norma ni...memang 'lawannya'..heheheee

lemongrass said...

Noorma,
memang lah kebanyakan perangai diaorang tu mcm tu, kat sini pun terbawak2 gak perangai tak senonoh tolak2 diaorang tu. Kdg2 geram aje tengok! They think they are so superior compared to us, tu yg menyampah sgt2 nya. Macam lah tak tau sabar tu separuh dr iman, hehehe. Sian you, memang patut pun u bagi aje jeling tu kat diaorang, bagi diaorang tau sikit :-).