Seronok berkunjung ke rumah As dan Roy, pertama sebab tuan rumahnya sangatlah peramah, kedua sebab ada baby kecil (Norma memang tak boleh tengok baby ni, walaupun anak sendiri dah 3 orang, gerammm!!!, kalau yang dah besar-besar kat rumah ni pulak geram jugak...tapi gerammmm lain!) Yang ketiga sebab pertama kali jumpa Mr Tan dan Amy, pasangan Cina warga Malaysia yang kerja di Jubail. Tan aje dah almost 15 years kerja di Arab Saudi, manakala wifenya Amy dah 6 tahun tinggal di sini. Kagum betul Norma tengok kalau mereka boleh survive lama macam tu, kenapa Norma tak boleh kan?? Tak sangka seronok sakan kami berbual, nak ambil gambar dengan Zahraa pun tak ingat.
Kelakar dan ketawa berderai-derai kami berbual, apa taknya dah ada 3 orang wanita dan 3 orang lelaki, anak-anak buat hal sendiri, rancak sungguh perbualan alkisah hidup di Jubail ni. Banyak jugak info dapat dr orang lama mcm As dan Amy tu. Hinggala ke topik nak buat fish ball dan fish cake. Zahraa pulak asyik lelap mata, sesekali menangis nak susu aje.
Bila cerita life here in Jubail, Tan kata kalau wife dia, Amy tu nak keluar dan jalan di Jubail, satu benda dia nak bawak ialah TANDAS!!!....berdekah-dekah kami ketawa dengar ceritanya...
Norma setuju sangat, kalau Norma, nak bawak jugak tandas ke mana-mana Norma pergi kat sini.
Topik tandas ni sangat la relevan dengan isu yang Norma nak utarakan kat sini. Semasa trip ke HOFUF weekend baru ni, banyak jugak la keluar bebelan Norma pasal tandas kat Arab ni. Norma tak pasti the other parts of Saudi sama ke tidak sebab Saudi ni sangatlah besar.
Sakit mata!
Sakit hidung!
Sakit hati!
dengan keadaan tandas di sini. Bila kita travel ni of course one of the things that would be important ialah kemudahan tandas dan tempat rehat yang sesuai, tambahan lagi membawa ahli keluarga yang ada kanak-kanak. Tau ajela, mereka ni boleh ada 'urusan' pada bila-bila masa sahaja. Kalau orang dewasa ni lain, segala 'urusan' adalah terkawal kecuali kes-kes tertentu je. Norma memang 'bercinta' betul nak singgah di pump stations to look for the toilets. Even the Mussolah@Surau even the Mosque pun tak boleh jamin tahap kebersihannya. Ya Rabbi!!! kotor sangat,
tak terjaga
tak berberus
tak flush
tak ada air...haru
tak ada pintu...lagi haru
tak bersih langsung!!!
berkulat
berkerak
berbau...tak tahan ooo
bersampah
The only tempat so far yang Norma rasa 'selamat' kalau nak buat 'urusan' setakat yang Norma dah pernah pergi ialah tandas di Masjid Al Rasheed Mall, 'heaven'!! Bersih! Di dalam mall tu pun belum tentu bersih sebab memang akan jumpa juga tandas-tandas antara yang banyak tu, kotor, lecah dan yang se'pesen' dengannya.
Sepanjang jalan 'kenangan' kami ke Hofuf tu, kalau dah betul sesangat hajat tu baru Haswadi akan cari Masjid atau Surau yang perlu kami 'screen' dulu untuk lihat tahap cleanliness.
Dah pergi 2 -3 masjid atau pump stations baru boleh nak jumpa yang boleh digunakan, itu pun sebenarnya tak berapa nak berkenan jugak tapi kalau seorang, dua orang dah merengek nak ke tandas, terpaksa jugak. Mangsanya, Ummi mereka ni jugak...sebelum bawa anak-anak masuk tandas, Ummi bersihkan dulu tandas tu mana yang mampu, spray sana...spray sini, bekal tisu berhelai-helai masuk tandas...nasib baik tak bawak sekotak gitu...kesnya...anak-anak ni pun masalah juga...kalau tak berkenan dek mata mereka jangan harap dia nak masuk...terutama Nadhrah, anak dara tu...sanggup tahan sampai lewat petang jumpa Al Othmani Mall tu baru boleh buat 'urusan'...sabar je la.
Lain kali Norma kena bekal sekali pencuci tandas dan freshners dalam 'but' kereta...gerammm betul dengan tuan-tuan pam minyak dan pekerja-pekerja pam minyak yang tak ambil berat tahap kebersihan.
Banyak isu juga sebab musabab kebersihan tak terjaga ni. Jauh 1000 kali baik Malaysia daripada sini. Kalau di Malaysia, paling Norma suka kat Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tu...rasanya siap boleh baring lagi dalam tandas....tip top! Cleaners atau pekerja-pekerja tu memang buat kerja sesungguh hati. Jaga premis tu macam jaga rumah sendiri.
Kenapa tak begitu di sini?? Tu pun isu jugak kata Haswadi. Di sini mana ada tokey-tokey Arab yang sama-sama berada di premis mereka...everything is contracted out dan serah bulat-bulat pada pekerja-pekerja buruh asing mereka...yang semestinya couldn't be bothered to take care things appropriately. Patutnya setiap kali 'solat time' tu, boleh curi masa sikit bersihkan tandas tu daripada lepak-lepak hisap rokok depan kedai atau stesen minyak tu. Ini tidak dibiarkan aje begitu rupa....heeee geram aje nengokkannya.
Satu lagi mungkin juga semua stesen minyak sepanjang jalanraya yang ada kat sini milik peribadi dan bukan macam PETRONAS atau SHELL..atau bukan ada pun PLUS, LPT, LINK, KESAS dan yang seumpamanya...sebab tu la kita tak boleh jamin segala kemudahan disediakan sebaik mungkin untuk semua. The other reason is Saudi Arabia ni bukan negara nya yang ada Tahun Melawat gitu-gitu dan juga bukan tempat untuk pelancong atau untuk bercuti!!!
Atau mungkin harga minyak kat sini tersangat murah berbanding di Malaysia, jadi tak berbaloi sedia tandas awam yang canggih canggih untuk 38 sen seliter gas sahaja???!!! Patutla si Amy nak angkut TANDAS kalau jenjalan kat sini!
8 comments:
i'm 1st...
hehhe..yaa itu die penangan tandas di saudi...
nanti klu ade kesempatan kak norma ke mekah n madinah berkereta..akak akn jumpe toilet yg tiptopppp kotorrr tahap dewa lagiiii.adoiii
tp sepanjng highway madinah riyadh..kebyakan stesen myk besor2..so tandas kategori B la..blh guna.. kami slalu g tandas kat mall jer...pueh hati...geli woooo...
salam.
truk jgk penangan toilet kt arab ea.
i thought, negara arab, ramai org islam, jaga kebersihan, tp xea.
mcm lg teruk dr toilet malaysia je.
sini, kt stesen minyak, at least, ada jgk la yg bersih.
tp, mmg patot bwk perfume memane pon.
bwli yg murah2, mcm cologne, nk masuk spray, afta nk kuar pon spray jgk.
segan la kn bila kuar toilet, toilet tu berbau, sy segan.
takot org ngate kita dlm atie.
maybe, org sana xkesah kot psl tu.
xpon, btol la, xde org jaga, tu susah kan.
em, nk tny, nape kt sana nk kuar umah xleh sorang diri?
leeza...
akak serik dik nun...rasanya kalau buat 'bisness' dalam semak atau hutan lagi bersih la...tapi tak ada la pulak...takkan nak 'bisness' tengah padang pasir tu! adoiiii unta pun boleh pengsan wo!
fatin...
kalau kita kata tandas kat SHELL yang kecik tu kotor...fatin kena tengok tandas kat sini....mak aiii macam akak kat atas tu komen..."tahap dewa" kotornya!
Kenapa tak leh keluar? Tak tahu sebab utama...haram ke? safety ke? berdebu ke? Tapi saya akan redah juga bila dah dah jadi 'otai' kat sini...heheheheee
perghh.. sembang petang betull.. panjang lebar komen komen tewww.. tak dapek me nak layann one uoolss.. uhuhu
en_me...
tu baru 'part une' en_me, ada lagi cerita orang Arab ni...
ewwww! jijiks aku mendengarnya!
Agaknya tu le pasal org boleh kaya raya kat Arab tu .. sbb dek pemalehnya mereka ...
hazabullah aku mendengarnya ....
Ko rasa nak baring kat tandas LPT tu? ewwww!! idak le mak nak, noks ...
well, you'll never miss the water till it's gone ...
p/s:aku insap dgn tandas di mesia ... bila kubanding kan ceritamu ... insapppp!!!
Tq sebab sudi mai rumah kami..hiks..
nanti mai la lagi..
pasal toilet as sokong 200%.memang lah diaorang nih x der kesedarn lansung..huhuu.........
perghhhhhhhh,yes,kalau boleh as pun nak bawak toilet..hehe..kotor giler..
sanggup kengkadang tahan sampai balik rumah..
paling mencabar masa last2 pregnant,siap cakap ngan roy,tak nak keluar sebab nanti susah nak jumpa toilet yang bekenan di hati..hehe..
kengkadang kat mall pun toilet macam hampessss..pelik betul..
yang tak tahan siap bleh nampak 'harta karun' tuh..diaorang nih tak basuh ker bila melepas..geliiiiii
dah la pakai abaya meleret2..habis segala harta karun dicuci....yukssssssss..geli geli..
yikes! talk about cleanliness... nama aje negara Islam.. kononnya pentingkan kebersihan.. tapi, ish.. tak larat nak cerita..
Post a Comment