Saturday, October 22, 2011

RAYA DAH LEPAS DAAAAAA.... ;-)

Lama dah berlalu Syawal...tapi kenangan masih terpahat.  Ingin juga Norma abadikan sambutan Majlis Raya KRMJ yang berlangsung pada 29 September lalu...

Setiap tahun, KRMJ tidak pernah gagal mengadakan sambutan Raya rakyat Malaysia di Jubail ini.  Lokasinya kadang-kadang tu sama juga dengan majlis yang lepas...cuma rupa dan suasana aje yang mungkin berbeza...hehehe.  Kali ini di IBN ZAHR Beach Camp...sama seperti tahun yang lalu...cuma tahun ni Dato' Duta kita tak dapat hadir, dengarnya sibuk...tak mengapa di majlis lain, jika ada kesempatan Dato' boleh datang ke Jubail.

Tahun ni agak lewat sambutannya, dah penghujung Syawal.  Maklumlah ramai warga KRMJ pulang ke Malaysia beraya...bukan sehari dua...tetapi berbulan-bulan pun ada...

Sesuatu yang istimewa, kali ni Norma berkesempatan bertemu rakan-rakan baru di Jubail....termasuk salah seorang pembaca Purpleheart ni...uishhh malu plak rasa...dah le blog serupa |hidup segan, mati tak mahu| hehehe...  Tapi alhamdulillah, dapat bersua muka dengan |Dilla| si cantik manis dari Chendering....selamat datang ke Jubail dan semoga gembira berada di Jubail ini :-D

Okay...tak yah cerita panjang la ye...kita layan gambar-gambar yang tidak seberapanya ini, buat tatapan semua...ada gambar sendiri dan ada juga Norma |copy-paste| dari album sahabat-sahabat di sini.  Mohon dipamer dengan izin buat |empunya| gambar ye, terima kasih dari hati ini... :-)

*Bersama |Dilla| yang baru di Jubail
*Bersama |Kak Eina dan Jun|
*Bersama sahabat-sahabat Jumanisaa yang aktif di Jubail
*Hadeed dan Batrisyia...rakan sebaya...sokmo tenung muka comel Batrisyia tu yeee..
*Kain sampin Hadeed dah boleh jadi 'skirt' ...kikikkkikk
*Terasa muda kembali bergambar kenangan dengan anak-anak dara remaja di Jubail ini, cantik dengan baju raya masing-masing...terima kasih sudi bergambar denagn Aunty Norma ye...





Monday, October 17, 2011

LABBAIKALLAH HUMMAUMRATAN...

2 minggu yang lalu, kami diberi rezeki dan kesempatan daripada ALLAH untuk menjadi tetamuNYA sekali lagi, Alhamdulillah.

Kali terakhir Norma menjejakkan kaki ke Baitullah adalah ketika Hadeed berusia 6 bulan...dan sekarang Hadeed sudahpun berusia 1 tahun 6 bulan, maknanya sudah setahun Norma tidak ke sana.

Kalau yang lepas itu, kami bersama-sama Mie Paka (mak mertua Norma) dan adik ipar, kali ini kami membawa Mak Manja (mak Norma) pula.  Alhamdulillah kedua-duanya merupakan kenangan dan pengalaman menarik bagi kami...kerana dapat bersama-sama menunaikan ibadat umrah, rezeki dari ALLAH serta nikmat daripada ALLAH yang tidak terhingga...

Walaupun sekarang ini sudah tiba musim haji di Mekah dan Madinah, tetapi kami berusaha juga untuk ke sana walaupun mendapat nasihat daripada rakan-rakan di Jubail akan kesukaran untuk 'masuk' ke Mekah, dikhuatiri terdapat sekatan dan tidak dibenarkan masuk.

Alhamdulillah, niat dan nekad suci kami tadi dipermudahkan oleh ALLAH SWT.  Haswadi mencadangkan agar perjalanan masuk nanti pada waktu bekerja, kerana jika di hujung minggu...Mekah akan sesak dan berkemungkinan sukar untuk ziarah dan Umrah.  Jadi, kami bertolak pada hari Selasa petang dan masuk ke Mekah pada tengahari Rabu nya. 

Sejak daripada Taif (tempat kami bermiqat) perjalanan sangat lancar...tidak banyak kenderaan menuju masuk ke Mekah...mungkin kerana waktu bekerja.  Perjalanan masuk ke Mekah juga lancar, cuma ada satu check point dan kami ditanyakan tujuan kami ke Mekah sahaja.  Alhamdulillah.  Pegawai polis itu juga meminta kami mendoakan beliau apabila tiba di Kaabah nanti :-)

Kesian juga dekat mak...sebab terpaksa mengikuti perjalanan menggunakan kereta paling panjang buat beliau....hampir 12 jam di dalam kereta, walaupun singgah di Quwaiwiyah (2 jam selepas Riyadh dan 6 jam sebelum Taif) untuk tidur dan rehat.  Namun ianya perjalanan yang menyeronokkan kerana kami tidak terkejar-kejar atau terpaksa bersibuk-sibuk di atas jalanraya :-)

Umrah kali ni juga memberi seribu pengertian buat Norma secara peribadi.  Dalam keadaan mengandung 5 bulan, Norma mengumpul segala kekuatan dan semangat yang ada untuk menyempurnakannya, al maklumlah....jika tiada aral dan diizinkan ALLAH, Norma dan Haswadi bakal menunaikan rukun Islam ke-5 pada tahun ini.  Ianya berupa satu 'latihan' fizikal buat Norma dalam keadaan mengandung ini.  InsyaAllah, Norma sentiasa berdoa agar ALLAH memelihara kesihatan dan kekuatan Norma untuk menjalani ibadah haji kali ini.

Sebagai kenangan di tanah suci bersama mak...

 Sarapan pagi di tepi highway dari Quwaiwiyah ke Taif.  Sedap 'roti canai' Arab tu.
Bergambar bersama mak di Miqat Saif Al Kaber, Taif.
SubhanAllah!!  Panasnya ummiii....Hadeed dah merah padam dah ni...kikikkkikk
 Nenek, Haikal dan Hadeed di hadapan Masjidil Haram
Hadeed mengejar burung-burung merpati, suka sangat dia dapat lihat burung yang banyak tu...
Kami...
 Pengalaman pertama Hadeed di dalam Masjidil Haram, Alhamdulillah tak meragam bila kami solat jemaah...good boy Hadeed!
Di perkarangan Masjid...waktu panas terik...anak-anak happy jerr...
Luthfil berusaha sungguh mendukung Hadeed untuk ambil gambar berlatarbelakangkan Kaabah...merah padam muka masing-masing...
Kami menginap di Hotel Dar Al Ghufran di Safwa Towers, dalam 5 minit sahaja berjalan ke Masjid...sukalah mak tak penat berulang alik ke Masjidil Haram...
Hadeed dan burung-burung merpati lagi...geram agaknyaaaa...
On the way pulang ke Jubail, singgah makan malam di SEEFA SEAFOOD, Riyadh... sedap makanannya bila dimakan kami yang sedang lapar...Alhamdulillah.

Thursday, October 13, 2011

WHAT A PARTY!!!

Malam tadi kami sekeluarga menerima jemputan oleh Merlin dan Arvind...sekali lagi, selepas jamuan makan malam di rumah mereka beberapa bulan yang lalu, tetapi kali ini untuk meraikan ulangtahun pertama anak dara mereka, Brindha. 

Lokasinya di COOKXON Restaurant, terletak di tengah pusat bandar Jubail tu, belakang kedai KALDIWA to be exact.  Norma ingat lagi, restaurant tu pernah dicadangkan untuk membuat lokasi pertemuan Rakyat Malaysia Jubail bersama Tuan Guru Haji Hadi ketika lawatan rasmi beliau ke sini...tetapi mungkin disebabkan masalah teknikal dan logistik Tuan Guru, lokasi berubah tempat ke rumah Kak Bashiran dan Encik Rafik.

Cantik restaurant tu....ada kelassss...hehehe.  Dari luar nampak biasa aje, once entering the main door, wallah!!! MasyaAllah sungguh cantik, kemas, rapi dan bersih!

Party Brindha di adakan di Banquet Hall yang boleh memuatkan lebih kurang 100 orang, dihias ringkas namun menarik...sangat sesuai kalau Jumanisaa (kelab kaum ibu di Jubail) nak buat dinner party for ladies only!!!...  Makanan yang disediakan (mungkin yang mengikut selera host) ialah Indian food...Alhamdulillah sedap juga, menepati selera tekak orang Melayu Malaysia macam kami ni.

Ada salad n yogurt, Capati (sedapppp), nasi mixed veggies (ala nasi goreng cina...yummy!), tandoori chicken, sweet corn soup, dhal curry, chicken curry, veggies masala/saluna (serupa kari sayuran, sedap bangettt), papadom, veggies spring roll (popia sayur) dan beberapa indian desserts... (gambar makanan tak sempat nak snap sebab the buffet table is all the time occupied and tak berapa nak sopan pulak Norma nak menyelit snap food photos kannn...so nak hormat kepada tetamu lain dan tuan rumah...I only enjoyed eating the wonderful food...huahuahua...)

To cut short the party we attended, here are some photos we took...

The stage, cake cutting ceremony and one for the album...comel birthday girl, Brindha didukung daddy nya...

Nenek sedang berkenalan dengan rakan Luthfil from the school, Shezon.  Arvind is placing the mini-fireworks on the cake.  Luthfil with Shezon, his ex-classmate when they were in Grade 2...
Nenek nak buat kenangan bergambar di CookXon Restaurant.  Nadhrah waiting impatiently for the cake cutting ceremony...sila lihat background Banquet Hall tu...cantik kan...
We got back home so full and happy.  Alhamdulillah.  Thank you Merlin and Arvind. 

Tuesday, October 11, 2011

MAK DI SAUDI

Alhamdulillah, sudah genap sebulan mak ada di Saudi ni.  Norma bawa mak Norma ke Jubail semasa pulang dari beraya di Malaysia September yang lalu.  Tak tahu lah mak suka ke tidak duduk di sini ye...kalau ditanya, jawabnya..."bolehlah..." jawapan yang biasa keluar dari mulut mak...waemah ditanya apa soalan sekali pun...hehehe. 

InsyaAllah ada sebulan lagi tempoh mak berada di sini.  Minggu yang baru lalu kami bawa mak ke Mekah untuk menunaikan umrah...sungguh gembira beliau sebab dapat mengimbau kembali kenangan mak menunaikan haji pada tahun lalu.  Sibuk lah menunjukkan arah tempat tinggal beliau semasa tinggal di Mekah tu pada anak cucu...macam-macam cerita dan pengalaman beliau dikongsi...sahih...mak memang teruja dapat kembali semula ke Masjidil Haram...Alhamdulillah. 

Terima kasih dan syukur Norma pada suami tercinta sebab banyak berkorban untuk Norma, mak dan anak-anak...it was indeed a priceless experience.  Last year Haswadi sudah pun membawa Mie (mak mertua Norma) dan adik ipar ke Jubail...dan membawa mereka ke Mekah, Madinah dan Madain Saleh...Alhamdulillah.  Sedikit banyak, he has successfully fulfilled his hopes and dreams.  Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan Haswadi dan sebagai isteri, Norma  mendoakan agar segala usaha dan pengorbanannya itu dilimpahi berkat dan rahmat olehNYA.  Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik, panjang umur dan dilimpahi rezeki buat suami tercinta...serta mendoakan agar hubungan kami berkekalan bahagia sejahtera hingga ke Jannah...AMIN.


Gambar kami outing ke Pizza Company di Khobar, sukanyeeee Hadeed jenjalan ngan nenek.

 Nenek dan cucu-cucu di rumah di Jubail, sedang bersiap ke Majlis Hari Raya KRMJ 29 Sept. yang lalu.




Monday, October 10, 2011

JENGUK KEJAP...

Lama tak bersua...masih adakah yang sudi menjenguk???

Norma tetap di sini....terpanggil menulis kerana rindu...

Sebenarnya ... kamera kecit Norma yang banyak berjasa tu 'hilang' @ misplaced dalam rumah ni...rumit sedikit nak update aktiviti terkini kami...

Kejap nak pi cari lagi...tunggu....

Wednesday, September 21, 2011

SYAWAL PENUH KEINSAFAN

Oleh kerana sudah hampir sebulan blog ini 'bercuti'...entri kali ini adalah petikan tulisan Dr Asri-blog Minda Tajdid, yang sangat menarik perhatian Norma...penuh keinsafan di Syawal yang mulia ini.

Sudilah berkongsi hasil penulisan beliau ini: 

INSAF DALAM MENILAI SETIAP INSAN

Diri Sendiri

Jika setiap kita merenung kepada dirinya sendiri secara insaf, dia akan tahu dia juga banyak kesalahan dan dosa. Jika tidak dosa zahir, dosa batin; niat dan jiwa yang buruk seperti hasad, buruk sangka, takabur, riyak dan lain-lain. Jika tidak dosa pada perbuatan, dosa pada perkataan seperti mengumpat, memfitnah, menuduh, menjadi ‘batu-api’ dan pelbagai lagi.
Dosa-dosa batin dan perkataan ini kadang kala jauh lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa peribadi seperti minum arak dan zina. Namun kita sering memandang ringan sedang ia besar. Firman Allah (maksudnya):
“ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya”. (Surah an-Nur: 15).
Setiap kita juga ada rahsia keaiban yang tersendiri. Hanya kerana rahmat Allah masih tertutup keaiban itu. Kita berjalan dengan bangga di hadapan khalayak ramai serta merasakan diri suci. Sebenarnya, dalam banyak hal kita tidak suci, cumanya dosa kita tidak didedahkan kepada manusia. Kata al-Imam Ahmad dengan linangan airmata ketika dia dimuliakan: “Kami ini kesian. Jika tidak kerana tutupan Allah, nescaya akan terdedah aib kami”. Demikian tawaduknya imam yang agung itu.
Namun kita, lantaran merasakan diri suci, kita menghukum dan menilai dosa peribadi orang lain berlebihan sehingga seakan kita sunyi dari kesalahan. Dengan satu dosa sahaja, kita dedah dan hina seseorang dengan apa yang Allah sendiri tidak hina sedemikian rupa. Nabi s.a.w memberikan amaran:
“..jangan kamu mencari-cari keaiban orang muslim kerana sesiapa yang mencari keaiban orang muslim Allah akan mendapatkan keaibannya. Sesiapa yang Allah dapat keaibannya, maka didedahkan sekalipun dalam rumahnya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud/ disahihkan al-Albani)
Seimbang
Islam menyuruh kita adil dalam semua perkara termasuk dalam membuat penilaian terhadap seseorang. Adil terhadap setiap pihak walaupun pihak kita benci dan bermusuhan. Allah menyebut (maksudnya):
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”. (Surah al-Maidah: 8).
Al-Imam Muhibb al-Din al-Khatib menyebut:
“Kita kaum muslimin tidak beriktikad kemaksuman seseorang selepas Rasulullah s.a.w. Sesiapa sahaja yang mendakwa kemaksuman seseorang selepas Rasulullah s.a.w maka dia berdusta. Insan itu tetap insan. Terbit darinya apa yang terbit dari insan. Maka, ada padanya kebenaran dan kebaikan. Ada juga padanya kebatilan dan kejahatan. Boleh jadi kebenaran dan kebaikan pada insan tertentu dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebenaran dan kebaikan. Ini tidak menghalang untuk terjadi kepadanya beberapa kesilapan. Boleh jadi kebatilan dan kejahatan pada insan yang lain dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebatilan dan kejahatan. Ini tidak menghalang untuk tercetus dari beberapa cetusan kebaikan pada waktu-waktu tertentu.
Wajib kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebenaran dan kebaikan, jika dia tahu mereka ada beberapa kesilapan, janganlah dia rosakkan kebenaran dan kebaikan mereka yang banyak itu. Janganlah dipadamkan segala kebenaran dan kebaikan disebabkan kesalahan-kesalahan tersebut.
Wajib pula kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebatilan dan kejahatan, jika dia tahu ada beberapa cetusan kebaikan mereka, janganlah dia kelirukan orang ramai bahawa mereka itu dalam kalangan golongan yang soleh hanya kerana amalan kebaikan mereka yang jarang dan ganjil itu”. (Tahqiq al-‘Awasim min al-Qawasim, m/s 47. Beirut: Dar al-Jail).

Monday, August 22, 2011

Aspiring and inspired...

Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, MasyaAllah sangat sekejap rasanya.  Nak kata sempurna 100% ibadah yang dilaksanakan...Norma akui sangat jauh juga terkebelakang, namun sudah mencuba yang termampu buat Ramadhan kali ini, berbanding Ramadhan yang lalu...Alhamdulillah. 

Apa kena dengan tajuk di atas dengan entri Norma kali ini??  Tak ada lah apa sangatnya.  Cuma teruja dengan peristiwa yang berlaku sepanjang hampir 2 bulan pulang bercuti dan berpuasa di tanahair ini.  Anugerah di bulan Ramadhan nampaknya. 

Selain daripada bercuti dan beraya di Malaysia, misi Norma adalah untuk meneruskan pengajian Iqra' anak-anak Norma...Norma akui sedikit sukar untuk menitipkan disiplin mengaji anak-anak semasa mereka di Jubail, terutama apabila ummi sendiri yang mengajarnya...anak-anak takut...ummi garang mengalahkan 'ustazah' bila mengajar Iqra'.  Namun kami tetap bersyukur kerana anak-anak sempat juga belajar dengan 2 orang 'ustazah' di Jubail tu, Aunty Rosilah dan Aunty Ain.  Bila balik bercuti, ummi dah aturkan pengajian dengan Ustaz Syikri, seorang kenalan kami di Dungun ini.  Memang ummi tak nampak calon lain yang boleh sabar mengajar anak-anak ummi ni selain Ustaz Syikri.  Alhamdulillah, tawaran ummi diterima baik oleh Ustaz dan dapatlah anak-anak menyambung Iqra' sepanjang cuti  ini, maka terisilah aktiviti mereka dengan mengaji 4 kali seminggu, syukran ya Ustaz.

Sehingga ke minggu terakhir ini, Alhamdulillah Luthfil sudah pun 'naik' Al Quran...impian ummi dan abah sejak beberapa tahun yang lalu...walaupun agak terlewat buat Luthfil, tapi ummi kagum juga dengan kesungguhan Luthfil menghabiskan Iqra' seterusnya boleh membaca Al Quran... 

Rancangan di TV seperti Mari Bertarannum, Mengaji dan bacaan-bacaan Al Quran yang ditayangkan di TV9 juga banyak mempengaruhi Luthfil dan Nadhrah untuk mempertingkatkan bacaan mereka, Alhamdulillah.  Sesuatu yang sangat positif pada anak-anak di cuti kali ini.  Selain daripada itu, Luthfil selalu 'jealous' bila melihat ummi mengaji...tapi itu yang ummi mahu kan..."kepimpinan melalui tauladan."  Sebagai ibubapa, ummi selalu ingin mencuba melakukan yang terbaik untuk dicontohi oleh anak-anak...selain bab 'berleter' la...yang kadang-kadang 'baik' tetapi selalunya ianya menjadi contoh yang 'kurang' elok untuk anak-anak...alahaiiii.

Alhamdulillah, sekarang ini, masa terluang Luthfil akan digunakan oleh beliau membaca Al Quran terutama lepas solat...tapi ikut mood dia lah...tak kira waktu apa pun, selain waktu solat...dengan tertib Luthfil akan mengambil wudhu dan mula membaca...syukur Alhamdulillah...ummi sangat kagum walaupun hampir setiap hari ada saja leteran daripada ummi, sebab Luthfil menyakat dan buat perangai dengan adik-adik...sabar je la.

Tapi ummi perlu pantau juga sebab dah selalu ingatkan dia, jika kita tersalah baca berdosa dan jangan main-main apabila membaca kitab suci ALLAH itu.  Nampak kesungguhan dia sebab Luthfil kata "Luthfil  suka sangatlah dapat baca Quran ni ummi..."  Alhamdulillah.  Harapnya semangat itu berterusan, InsyaAllah.

Nadhrah pula akan 'naik' Al Quran sehari dua lagi, sempatlah sebelum Ustaz Syikri pulang ke kampung beraya nanti.  Kan bagus jika anak-anak dapat belajar berterusan dengan Ustaz...kalau dah balik Jubail, selain dengan ummi, nak kena juga mencari guru mengaji anak-anak ni...sebab banyak lagi hukum-hukum tajwid yang anak-anak perlu belajar, ummi dah lupa...ummi mampu tunjuk praktikal InsyaAllah, tentang teori nak kena rujuk yang ilmuwan. 

Inilah 'anugerah' Ramadhan yang tidak ternilai buat Norma tatkala ini...Ramadhan Kareem.