Thursday, April 23, 2009

POKOK DARI MALAYSIA

Salam...ni entri yg telah siap di draftkan sebelum diupload..maknanya bukan ‘straight from the oven’ la. Betul gak kata cik Peesha...type je dalam word dulu...ada peluang upload...copy paste je la...

This time around masih lagi nak berkongsi gambar-gambar yg melambak2 ni...bukan tak nak pakai slide show tunjuk perabih semua...tapi setiap gambar tu ada cerita...dan memang suka bercerita pun so...InsyaAllah dapat kongsi bersama pengalaman kami yang tak seberapa di bumi Arab ni.

Pokok-pokok dan Hasil kerja ‘keras-tangan’


Ni 4 jenis pokok masakan yang dibawa dari Malaysia.. dari kiri: daun sup, serai, pandan dan dalam cawan kecil tu daun kesum. Di rendam semua akarnya dalam air nak keluarkan akar baru sebelum transfer ke pasu...


Kedai bunga aka nursery pokok..kedai ‘kawan’ Egypt yang tak tahu cakap English...tapi kalau bercakap dengan normawati...bahasa apapun gerenti boleh kasi faham punya!


Seminggu pertama sampai baru dapat cari pasu dan tanah yg sesuai dari kedai ‘kawan’ baik saya...bunga2 tu bunga hiasan di Jubail ni...sepasu kecil tu SR1 sahaja...abah dan luthfil belikan untuk ummi...yang pasu besar 4 buah tu la pokok yang dibawa dr Malaysia. Dari kiri daun kesum...alhamdulillah dari tak ada daun dah berdaun...daunnya pulak lebar semacam..tapi masalahnya tak keluar anak pokok pun...risau gak takut tak membiak. Pasu kosong sebelah tu sebenarnya pokok pandan yang tidak menjadi...pelbagai cara dah diusahakan untuk selamatkan pokok tu...tapi tak tedaya...jadinya saya tanamkan ketul kunyit hidup dengan harapan akan bertunas. No. 3 dari kiri tu pokok serai...alhamdulillah daun dah keluar...memanjang je...tapi tak ‘gemuk’ pun tapi dah keluar beberapa tunas baru... dan yang paling hebat suburnya adalah pokok sup tu...daunnya lebar bukan main...masa tanam kat Dungun tu..daun halus je...sampai sini lebar...tu kira dah agak susut sikit sebab kerap diambil dah pohon tu untuk masakan dan juga diberikan pada jiran tingkat atas tu...agak2 dalam 20 tangkai dah dapat dipetik. InsyaAllah projek akan datang nak biakkan pokok sup tu sebab hidup subur kat Jubail ni walaupun letak kat luar rumah...bila dah banyak..mana-mana kawan di Jubail ni boleh hello je...datang ambik kat rumah ye...setakat nak buat sup ayam, bancuh dalam cucur udang atau bilis, hiasan lauk kurma, campur dalam shawarma (ala ala kebab) tu boleh lagi...

Satu lagi yang adalah rak atau meja letak pokok2 tu... Haswadi yang buat...hasil daripada kayu kayan dan papan plywood yang bersepah kat luar rumah tu... diambil ‘dengan izin’ dan direkabentuk menjadi sebuah rak pasu yang sangat klasik dan menarik...Haswadi kata tak perlu touch up kayu dan papan tu...nampak natural...ye ke bang?? Ke malas nak ketam dan bersihkan?? Kat IKEA, KIKA mahupun HOME CENTRE kat Khobar dan Dammam pun tak jual rak mcm tu. Hanya ada kat Dakhil Mahdood je. Anyway...thank you so much for your effort! Kiranya rak pasu tu hasil kerja ‘keras-tangan’ Haswadi yang pertama kat Jubail ni... alatan kelengkapan menukang dia pun ...boleh buat sebijik rumah tuuuu!!! Khabarnya banyak lagi ‘projek’ akan datang...tapi plants bedding saya kena siapkan dulu ye bang! So sesapa nak tempah rak pokok atau pasu bunga...boleh hello kat Haswadi, beritahu spec dan preferences...heheheeee...jgn marah ye bang.


6 comments:

lemongrass said...

alhamdulillah, hidup jugak pokok2 tu ye. Pokok kesum tu mmng mcm tu, yg I tanam pun, lama dah tanam baru keluar anak2nya. Kunyit pun I tanam mcm u, cucuk aje kunyit seketul masuk dlm pasu, alhamdulillah tumbuh jugak.Halia pun boleh buat mcm tu klu u nak.Hidup kat overseas ni, mmng kena pandai bercucuk tanam, hehehe...

nj said...

LG...alahai...'rindu' nak tulis kat u tau tak...tapi sebulan setengah internet on an off...alhamdulillah hari ni khalass!! (org arab kata 'selesai!!) sempat baca tapi tak sempat komen la you.. still thanks for sticking through dear...know what I read the yong tau foo sauce u wrote...siap save dah recipe yg u link tu...tapi poning kepalo den pikir nak makan dgn apa ye kat Jubail ni...fish ball...fish cake...tak nampak lagi kat sini.

Neeza Shahril said...

pandan mungkin susah sikit nak hidup sebab it needs lots of water.. serai tu senang.. kak CT yang dok fanateer tanam banyak serai.. sampai bagi2 orang lagi.. daun sup hidup kot sebab kat panda pun banyak kan..

lepas ni mesti norma rajin masak sebab daun2 all ever ready dah.. hehee..

eh! pandainya haswadi buat flower bed tu.. boleh lah buat pangkin untuk duduk2 sambil anyam ketupat.. hahah!!

MommYaLif said...

yes serai n coriander guarantee hidup.I tried to rendam kunyit/lengkuas/halia hidup to dlm air..tapi root dia tak pernah nak keluar. I hope yr kesum jadik, insyallah.

nj said...

neeza...
Ingatnya Jubail ni tak ada daun sup...tu yg bawak anak pokok...even benih daun sup pun bawa juga.. kalau neeza nak menanam bolehlah norma bagi benih tu...
Ha ah...bulan raya nanti boleh anyam ketupat...dengan kain reben...daun kelapa mana nak cari....ada kw kat sini??

sis khadijah...
Serai norma tu memang hidup tapi batang tak gemuk pun...naik atas je tinggi...kena banyak bersabar nak tengok serai tu 'mengembang'...
Walaupun sini banyak coriander tu...tapi norma tak reti nak guna dlm masakan la...tapi bila makan nasi mandhi tu sedap bukan main lagi!

Cik Peesha said...

atamanna laki ma fi mushkilah ba'da haza ... a'ala kul li hal ... ud'uu ila rabbi an yu'kti kum sa'adah wa rahmah kullu a'amin .. wa antum bikhair ...

Hahaha .. testing my rustic arabic!

Hijaukan padang pasir pasir .. biar tiada lagi ... tumpuk tumpuk taik unta ... wal fadang faasiru tak ada di fukuk kayu wiek! :p