Sunday, May 10, 2009

WHEREABOUTS...

Hari ini dah genap 2 bulan saya dan anak-anak di Jubail ni. Nak kata travel..belum lagi ke mana-mana destinasi yang jauh atau luar dari Jubail, Dammam atau Khobar. Perancangan tu ada tapi Mr Planner takes his own sweet time planning and strategizing the plans!!! Nampak gayanya dalam masa terdekat ni tak ke mana-mana lagi kut.
Jumaat baru lalu, Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) telah menganjurkan 'gathering' di Safeef Beach Camp. Temanya 'SATAY PARTY'. Sedap sataynya. Alhamdulillah...dapat bertemu ramai rakyat Malaysia yang berada di sini. Ada yang baru sampai seminggu ...ada yang dah 10 tahun tinggal di sini...dan yang baru beberapa bulan kat sini pun ramai juga. Tapi menurut our 'first lady' kak Mala...ramai lagi tak hadir ni! Ada yang travel dan ada urusan lain. Mungkin juga sebab musim panas sangat...'bercinta' nak keluar rumah kut.
Hanya ini gambar yang diambil semasa gathering tu. Sebab apa gambar ni special dapat masuk entry?? Seorang rakan baru, Puan C'kin kata, "Purpleheart kena ambik gambar kat purple dinosour tu!" Nah! nak penuhi permintaan beliau ni le gambar si purpleheart dengan si purpleDino!
Sehari sebelum gathering, kami jalan-jalan cari makan ke Dammam...tapi destinasi totally berbeza...semata-mata nak gi makan lunch dan ke Tamimi Market Dammam...
Untuk makluman kengkawan kat Jubail ni...TAMIMI MARKET KHOBAR lagi best daripada TAMIMI DAMMAM ni. Tapi setakat makanan proses dan bahan-bahan membuat cake punyalah banyak kat sini. Ikan talapia hidup pun ada kat sini.
Menyinggah la pulak Haswadi kat tempat ni...actually dia mencari bangsal 'spare-parts' kereta....
"Abang! kereta pun tak beli lagi, dah cari spare-parts ke?"....
"Preparation...senang kekgi kalau dah ada kete...tahu mana nak cari."
So, we all ended up to this quite nice place. Pernah cakap kat Haswadi...teringin nak tengok the 'real' padang pasir dan pasir yang cantik. So kebetulan terjumpa tempat ni...nak bagi tahu nama tempat pun tak tahu sebab memang tak ada nama jalan atau kampung atau apa-apa kat area tu. Cuma banyak bangsal kereta je on the way nak masuk ke area kami singgah ni. This location was like 30km from Jubail City heading towards Dammam...melalui highway.
Luthfil sibuk nak cari unta...mana le ada unta kat sini. Si Nadhrah nak cari Scorpion...pun haru jugak...ni banyak sangat tengok Discovery Channel la ni. "Adik nak tengok kuda!"...si Haikal pulak menyampuk!!!...KUDA!!??...mana ada kuda kat sini dik!"
To all moms out there, terutama buat mak kat Sentul dan Mie di Paka, Happy Mothers' Day!!!

2 comments:

Neeza Shahril said...

Norma, kalau jalan atas lagi, banyak unta kat padang pasir.. Kat Riyadh ada ladang unta.. boleh singgah ambik gambor dengan unta hehee..

nj said...

neeza...
tu la...anak2 sibuk nak naik unta...umminya sibuk nak rasa susu unta....