Friday, May 22, 2009

HOFUF TRIP....

Hujung minggu berlalu lagi. Kali ni keluarga purpleheart ni betul-betul habiskan sehari di hujung minggu jenjalan 'sepenuh hati'. Setelah beberapa minggu yang biasa-biasa aje, kali ini Haswadi ajak kami semua travel ke satu tempat yang tak jauh dari Jubail...lebih kurang 200km ke arah selatan Jubail. Nama tempat tu HOFUF...the biggest agricultural area in the Kingdom. Sedikit deskripsi pasal HOFUF ni...
Al-Hofuf also Hofuf or Al-Hufuf (Arabic: الهفوف‎) is the major urban center in the huge Al-Ahsa Oasis in the Eastern Province of Saudi Arabia. (source wikipedia) It is where the burial place of Laila and Majnoon, the pair of the most popular love story in the Arab and Muslim world.There are a few interesting places to visit such as the Tamar Farm and the Camel Farm. It is also make known that there are plenty of Peach fruit farms at Hofuf. The land looking from the Google Map is mostly covered with trees, lakes, rivers and of course housing and building areas.
Kalau tengok dalam saudi.net disenaraikan lebih kurang 7 tempat menarik sekitar HOFUF dan ABQAIQ. Antaranya Istana King Ibrahim (tempat sejarah ni), lombong garam terbesar kat Arab Saudi (Abqaiq) dan juga Gua Batu Kapur (Jabal Al Qara). Satu lagi tempat untuk para wanita pun ada juga, Souq Sweiq. Souq Sweiq ni adalah bazaar menjual pelbagai jenis barangan yang menjadi tarikan pengunjung wanita....ish...ish...ish...syoknya ni!
Walaubagaimanapun, kami sekeluarga tidak dapat berkunjung ke semua tempat disebabkan trip hanya sehari sahaja...di musim panas pulak tu...tahu tahu ajela nak jenjalan ni. Kami berjaya sampai ke Jabal Al Gara sahaja. Jabal Al Gara ni adalah bukit batu kapur yang terdapat gua di dalamnya yang menjadi satu tempat tarikan pengunjung. Difahamkan gua ni akan berasa sejuk di musim panas dan akan berasa panas di musim sejuk...so oleh kerana Haswadi teringin sangat nak rasa gua ketika ia sejuk, maka berangkatlah kami anak beranak melawatnya Khamis lalu. ...walaupun ketika itu cuaca kat HOFUF tu 44 darjah celsius!!
So layan la beberapa petikan lawatan kami tu...dengan cerita ceriti nya...
Kami bertolak dari Jubail jam 7.35 pagi Khamis. Haswadi cruise at 170km/hr....dia kata nak cuba sampai dlm masa 2 jam berbanding jangkaan 3 jam perjalanan kalau tengok dalam google map tu la...perghhhh....cerahla bijik mata si Norma ni sepanjang jalan...gerenti takkan tido punya...debor!!!

Papan tanda ke HOFUF...
Sepanjang jalan nampak gerombolan kambing biri-biri hitam...mesti liat daging dia kan??
Lepas tu nampak unta pulak...kali ni Haswadi terpaksa berhentikan kereta di tepi jalan nak tengok unta-unta tu...sebab anak-anak dah tak sabar nak lihat unta kat Arab ni...sejak datang sini merengek nak tengok unta hidup...tu belum lagi nak tengok kala jengking la, kuda pun nak tengok jugak. Orang Arab kata unta hitam ni murah sikit harga dari unta cerah. Daging keras tak pun liat gamaknya.
Ni pulak si pengembala unta tu. Terjelepok atas tanah aje tengah-tengah panas terik tu menjaga ternakannya. Tak toleh pun kat kami...malu kut gambar kena ambil...sori ye tokki...kami nak masuk dalam blog je..
Perjalanan menjadi bertambah menarik sebab pemandangan semakin 'real' dengan bukit pasir, padang pasir, batu pasir dan pasir lagi....rasa macam jalan kat Grand Canyon pun ada jugak...kagum dengan kejadian ALLAH ni...cantik dan menarik!
The only check point yang polisnya memang betul-betul check driving licence...tak macam check point kat Dammam tu ... asyik suruh jalan je. Tak jadi amik gambar polis tu sebab misai dia tebal dan menggerunkan.
Dah masuk bandar Al Abqaiq, kecil je bandar nya. Kami tiba dalam jam 9.45 pagi, so lebih kurang 2 jam lebih sikit la sampainya. Berhenti sekali nak google map. Al Abqaiq ni industrial town sebab sepanjang jalan nak masuk ke Abqaiq ni bermacam-macam industri, plants, factories yang kami jumpa...besar dan luas belaka.
Sebelum masuk tu Haswadi google map dulu nak lihat jalan yang betul ke Hofuf tu...masa ni baru terasa betapa susahnya nak travel sebab all signboards di bandar ni dalam Bahasa Arab. Haswadi kata kena cari GPS la macam ni...asyik-asyik stop tepi jalan nak tengok map. Kalau tak pandai baca peta atau tak ada peta memang tak sampai la ke gua tu.
Selepas Al Abqaiq kami masuk ke Al Hasaa, satu-satunya bandar yang besar sebelum nak ke Hofuf. Canggih bandar ni...macam-macam ada, dek sebab tergamam tengok bandarnya...tak dapat nak snap gambar...
Dah masuk area Hofuf...penuh dengan pohon tamar dan ladang-ladang tamar. Tapi sayang tamar belum masak lagi dan masih berbungkus. Tinggi pokok tamar macam pokok kelapa. Memang berbela sungguh pohon-pohon tu. So kami tak jadi singgah, kalau dekat-dekat puasa nanti baru masak ranum kut.Di sepanjang perjalanan menuju ke Jabal Al Gara ni akan ternampak macam aliran sungai, tapi sebenarnya terusan yang dibina untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan ladang ni. So jalanraya pun kebanyakan di sepanjang terusan ni. Bayangkan la menyusur tepi terusan tu....dengan jalan yang kurang cantik dan berdebu.
Sesampai ke kawasan berbukit bukau batu dan pasir tu barula lega hati si pemandu sebelah ni...Alhamdulillah sampai jugak. Panasnya ya Rabbi...'menggigit' dan 'mencakar' kulit pipi.
Ni la batu tergantung yang kami pernah lihat dalam salah satu gambar di GoogleEarth. Nampak semacam sebahagian bukit yang terhakis dek angin atau ribut. Lama kelamaan, struktur bukit terlerai dan tinggal bentuk sebegitu. Nak kata 'man-made' pun boleh jugak...wallahuallam, namun ianya amat menarik. Sampai jugak kami ke situ. Anak-anak, pantang berhenti kereta...meluru keluar and enjoying themselves...Haikal macam udang kena bakar...tapi tetap happy semacam...meluru semua masuk dalam gua.Ni baru gua kecil...belum sampai lagi ke gua yang besar tu. Tapi sejuk juga. Rasa macam taknak keluar...nak lepak je dalam tu...sejuk!Dalam 500 meter selepas batu tergantung nak menuju ke Jabal Al Gara tu, terjumpa satu deretan kedai menjual barangan tanah dari bukit Al Gara tu. First impression memang nampak sungguh klasik dan natural. Pandai mereka menghias kawasan tu. Antik gitu!Barangan yang dipamer untuk dijual. Teringat labu sayong kat Perak dan bahan tembikar yang banyak kat Ayer Hitam, Johor tu. Kat sini sikit je tak banyak tapi unik rekaan tu.Ni pemilik kedai dan juga pembuat barangan pottery tu. "Mafi English..." Tak apa la tokki, kita nak beli sikit je buat buah tangan. 1 riyal?? 2 riyal??

Dah sampai ke gua besar. Dalam saudi.net, Jabal Al Gara ini juga digelar 'Pottery Cave'. Kereta boleh diletak di kaki bukit atau boleh naik ke atas tapi tempat tak banyak. Kebetulan kami sampai waktu nak masuk Zohor, so banyak kereta dah turun, so Haswadi pun ke atas...kalau tak, jenuh gak nak naik tangga tinggi yang ada kat situ.
Deskripsi Jabal Al Gara yang digelar 'mountain'...tapi tak setinggi gunung pun.Berjalan masuk ke kawasan luar gua...MasyaAllah cantik sungguh...so pure. Tapi panas bukan main. Makin tinggi makin panas jadinya. Kena jalan dalam 200 meter sebelum tiba ke pintu gua.
Luthfil dah tak sabar, sibuk nak panjat bukit. Naik punya terror...turun takut. Pulakkk. Abah pun cuba panjat...tapi tak sampai atas pun...takut nak turun jugak macam Luthfil kut.Dah sampai...dan dah mula rasa sejukkk!!!! Sejuk betul siap dengan angin sekali dari dalam gua tu keluar. Tu yang sebelah kiri tu salah seorang pelawat gua juga...datang satu family...sikit punya ramai!Agak tinggi jarak antara bawah dan dinding gua paling atas.Di dalam gua tu turut disediakan kemudahan lampu elektrik hingga ke dalam. Rasanya dekat 500 meter jugala kami berjalan menyusur ke dalam gua tu. Di dalam pun ada banyak lorong...BAHAYA kalau sesat so pastikan yang bawa anak kecil, pegang kuat anak-anak tu...tak boleh main lari-lari...takut tersilap masuk lorong...salah jalan tak jumpa la mak dan ayah. Di dalam gua tiada apa yang menarik, cuma suasananya memang macam berada dalam movies yang biasa kita tengok...rasa macam dalam Indiana Jones gitu. Tercari-cari juga 'batman'...hampa tak de seekor pun...bukan tempatnya kut. Binatang lain seperti burung pun tak nampak atau kedengaran. Tapi makin ke dalam makin sejuk macam duduk dalam penghawa dingin kat bangunan Putrajaya yang power gilerrrr tu!

Difahamkan juga di kawasan bukit-bukau batu tu juga ada Gua Laila dan Majnun di mana terdapat makam mereka di situ. Asalnya nak cari jugak sebab konon nak tunjuk bukti lambang cinta Haswadi pada Normawati...hemmmm tak dapek den nak nolong....tak larat nak cari, jauh lagi tengok dalam google map tu, tak apalah lain kali ya, tapi cinta Haswadi tetap utuh macam Jabal Al Gara tu!
Selesai di bukit dan gua, hajat hati nak cari King Ibrahim Palace di bandar Hofuf....google lagi map. Alangkah sedihnya sebab hampir sejam pusing keliling Hofuf...pagar istana pun tak nampak. Nak cari King Ibrahim Mosque pun tak ada jugak. Diketahui ada Hofuf Museum....semuanya tak dapat nak cari, satu...sebab semua dah penat jelajah gua dan ronda kawasan bukit tengah panas mentari...tuan pemandu pun dah hampir tak larat nak google map...tak dapat nak tuju tempat yang betul sebab exact location of the palace tu tak tahu. Serius!...mesti ada GPS ni. Jam dah hampir pukul 2 petang. Makan time!...carila kami tempat untuk picnic bekalan yang dibawa dari rumah. Menu nasi lemak aje. Jumpa satu park di Hofuf, so terusla beristirehat sambil makan-makan. Sejam lebih jugala merehatkan diri di situ.

Nasi lemak purpleheart.
Selesai makan kami pun meninggalkan Hofuf dan menuju ke Al Hasaa semula.
Al Hasaa ni bandar besar dan terdapat beberapa Mall, children's park (Luna Park), ada juga Toy Town, tapi tutup masa kami lalu di situ. Akhirnya kami decide ke Al Othmani Mall....kebetulan Haikal nak 'poo-poo'...so the best place is dalam mall yang sejuk berhawa dingin. Sambil-sambil ummi nak cuci mata sikit. Nampak mall tu macam biasa je, bila masuk ke dalam...ala-ala Rasheed Mall kat Khobar tu, tapi tidak seluas Rasheed Mall. Ada designers' fashion outlets like MNG, XOXO, SFERA, GUESS, ESPRIT, ada juga PARIS GALLERY, dan jenama-jenama EUROPE yang purpleheart tak berapa mahir. Memang tak mahir pun bab-bab designers' fashion and style ni. Okay jugakla nak jenguk-jenguk daripada keluar dengan cuaca panas tu.

Last activity, apa lagi Playground SAFARIWORLD di tingkat 3 mall tu, apa lagi dekat 2 jam abah spent layan anak-anak. Haikal asyik cakap, "adik sukala duduk Arab ni!"...ya la kat Dungun tu ha, mana la ummi nak cari Indoor playground canggih macam tu ye dik. Asyik asyik gi tepi pantai...ke Kuantan Megamall pun sekali sebulan. Duduk kat sini kalau ke Khobar atau Dammam tu asyik-asyik games, asyik-asyik playground....syok sangat ye...
Akhir sekali setelah shopping sikit-sikit kat Al Othmani Mall (tapi terkilan tak dapat ke Souq Sweiq tu! next time InsyaAllah, shopping musim sejuk pulak, gerenti lagi best kan!), makan-makan dan sebagainya, jam dah 9.30 malam. Masa untuk pulang ke Jubail.
Alhamdulillah, walaupun tak banyak tempat yang kami lawati, still trip tu menarik sebab sampai juga ke gua yang sejuk tu. Kalau betul nak melawat semua tempat rasanya perlu menginap sehari dua di situ. Hotel-hotel juga banyak di situ, tiada masalah. Since kami tak rancang untuk menginap, kami perlu pulang juga malam tu. Tiba di Jubail lebih kurang jam 12 malam. Terima kasih banyak pada Haswadi sebab bawa kami jalan-jalan. InsyaAllah ada peluang kami nak pergi sekali lagi nak cari juga makam Laila dan Majnun tu!
Fuhh! penat tuan driver...kesian...zzzzzzzz!

5 comments:

Zahraa George said...

bestnyererrrrrrrr
nak pi gak la..hehe..

:: Leeza Joe :: said...

fuhhh..
berpeluh2 baca ni...
tu die...xpdc laila n majnun jubail... bagus r kak norma bg info tpt nih..
last winter ms km trip ke doha cuma lalu jer kat hofuf tu...mmg hijoo jer ngn ladang2...lps ni klu nak cr makam laila majnun tu jgn lupo pelawo kami berduo nih...suker tul acara adventure2 nihh...;)

MommYaLif said...

..alhamdulillah..sampai gak Hofuf nj&family ni.it's very nice place and best gak kalau tak sesatkan..last 2yr we all pergi Hofuf masa winter(asik sesat aje ): ..yea really2 nice place ,i mean inside the gua! wow its a bigger town now, aritu ada Jarir bookstore aje.. inside the town itself abit busy/chaotic right?

Neeza Shahril said...

wah wah!!! dah ke hofuf ya.. seronoknya.. bila lah kami dapat pergi agaknya. Dalam keadaan baby kecik ni, rasa macam kureng sesuai je nak travel tempat macam tu.. tunggu lah setahun lagi.. itu pun kalau kami masih disini ;)

nj said...

As...
Kena tunggu Zahraa boleh jalan la nampaknya...kalau tak jenuh nak kena dukung masuk gua tu...

Leeza...
Boleh...nanti kita pakat...sbb nak cari juga makam Laila Majnun tu dan Souq Sweiq, mesti happening!

Sis...
Kami nampak Jarir B/store tu...betul, traffic mcm Jubail City...Norma kena buat re-visit la
for the Laila Majnun and the palace yg tak dapat cari aritu..

Neeza...
Baru nak merasa keluar Jubail la Neeza. Kalau ada baby, jangan pergi, tak sesuai ke gua tu dan tak sesuai musim panas. Kami ni jalan-jalan cari 'pasal' betul aritu.