Saturday, June 5, 2010

PERJUMPAAN JUMANISAA.....LAGI...

Kali ni nak menulis santai...stop dulu tulis artikel atau isu-isu pelajar ni... Nanti kalau ada idea baru, Norma tulis lagi.

Hari ni nak update cerita aktiviti di Jubail pula. Pagi tadi berlangsung sekali lagi perjumpaan JumaNisaa yang diadakan di kediaman Tuan Presiden KRMJ. Tapi tuan presiden tak ada lah...cuma isteri beliau yang menjadi 'host' perjumpaan kaum wanita Malaysia di Jubail.

Walaupun Norma masih dalam berpantang (39 hari)...tidak terkecuali menghadirinya kerana rasa diri dah sihat cuma risaukan Hadeed je sebab jalan sana sini, tapi Alhamdulillah Hadeed okay...tak meragam dan puas juga lah ummi bersosial bersama rakan-rakan di sini.

Kalau mak Norma tahu la belum cukup 40 hari dah ke sana ke mari...menjerit lah dia!... "Alhamdulillah mak, adik okay je kat sini..." hehehe

Cuma Norma berjaga-jaga dengan makanan yang diambil tadi, pastikan tak mengambil makanan yang 'berangin' dan yang pedas. Kesian nanti Hadeed tak selesa perut. Norma cuma menjamah serba sedikit walaupun selera bukan main lagi melihatkan makanan yang dibawa oleh rakan-rakan tadi...macam-macam ada...sabar je la.

Perjumpaan kali ni ada agenda penting, nak tubuhkan Ahlijawatankuasa JumaNisaa kerana ahli JumaNisaa sudah bertambah, molek sangatlah diwujudkan AJK sendiri yang akan mendokong dan menyokong KRMJ secara keseluruhan...InsyaAllah.

Norma dilantik juga...walaupun menolak pada awalnya...jadi Setiausaha JumaNisaa. Terima kasih kepada semua ahli di atas lantikan tersebut, InsyaAllah akan Norma jalani tanggungjawab iu sebaik mungkin...

Apa lagi nak tulis ye?? Cukup dulu la kali ni...layan ajelah snapshots yang dapat diambil semasa perjumpaan tadi....seronok dapat jumpa ramai-ramai. InsyaAllah bebila kita jumpa lagi ye...
Tak sah kalau tak letak gambar Hadeed. Ni diambil beberapa hari lalu...nampak besar dah anak ummi...walaupun saiz kecil lagi....hehehe
Norma sempat minta Shikin Nawawi snap kan gambar Norma dan Hadeed. Di hadapan, Kak Meshta (tudung Kuning) yang hendak memulakan tazkirah pagi tadi. Shikin Taufiq pula (tudung hijau disebelah Kak Meshta) membacakan surah Al-Humazah.

Bila semua pakat pakai pakaian ala ala Malaysia...tak terasa pulak tinggal di Saudi ni...nasib baik Kak Mala, tuan rumah dah pesan jangan pakai 'abaya'....kalau tak gelaaaappp je...
Masing-masing sedang tekun mendengarkan bacaan Quran dan tazkirah sebelum majlis bermula...
Sesi berkenalan...tersipu malu Nor-Salleh memperkenalkan diri...ni jaguh Badminton wanita KRMJ ni...
Antara yang baru di sini, Cha-Pak Malau
Ros-Rashidi juga baru di Jubail ini.
Kak Farhah kalau dapat mikrofon memang tak berhenti berucap la tu.

Syafinas...ahli baru JumaNisaa...selamat datang!!

Norma bergambar dengan Kak Ana-Malek (baju pink sdg pose manja gituuu), Kak Jah-Hj Saba (berbaju hijau) dan Kak Jahan (berbaju biru)....
Antara yang hadir...

Gambar beramai-ramai...tak dapat diambil semua kerana tak muat zoom kamera... gambar ni pun tak berapa elok...bergegar...adoiii Omar!!! apa yang kamu ambil niii??? ahakkkss..
Kak Shima-Wan Mustapha...comel jer kakak senior kita ni. Yang bert-shirt biru di belakang kak Mala itu lah Presiden/Pengerusi JumaNisaa sulung yang dilantik...memang best akak kita sorang ni Nina Wenk...tahniah ye..kita kasi gegarrrrrr JumaNisaa...

InsyaAllah sehingga ketemu lagi di lain entri ye....

5 comments:

sI tEDI said...

salam kak,
salam hadeed yg pipinya semakin tambun tu! He he he

Meriah sekali sekala berkumpul ek kak?

oh! Tadi masa surf2 dekat facebook, jumpa akaun kawan masa sekolah menengah dulu. bila buka akaun dia. nampak akaun akak. terus add.

kawan saya tu pun di Jubail juga. Tidak tahulah akak kenal ke tidak. Salsilawati Semail.

saya pun dah lama lost contact dgn dia sejak habis sekolah dulu. entah ingat ke tidak dia dekat sy. add kat facebook pun dia lom accept lgi. he he he he

tengok juga muka dia dalam gambar2 akak tu, tak nampak pulak. he he he he.

selamat beristirehat kak.

peluk cium untuk hadeed!

sweetsal said...

wow..seronok nye berhimpun ramai2 kan..ramai jugak orang malaysia kt sana, tak la sunyi sangat, mcm dok kt malaysia je kann...

nj said...

sitedi...

apa pulak tak kenal si wati tu...kawan awak ke?? Dia dulu duduk Dungun tak jauh dr rumah kak Norma tapi sampai sini baru kenal dia... Tadi dia ada kat Majlis tu...Wati mmg org Melaka.

Nanti kak norma message dia.

Tedi, kamu ada FB gak ke? Ingat kan 'anti-FB'...hahahah

kak norma nak add camana ye?

nj said...

Sweetsal...
Alhamdulillah...tu pun sekali sekala je boleh macam tu...

Terasa mcm kat kampung sendiri...

Terima kasih...

sI tEDI said...

kak,

kem salam kat watie tu kak.
ckp dgn dia,
kak zai masa Form 5 kat SIS kem salam.Satu kelas dengan dia. Tapi saya tua setahun dr dia. Al-Maklumlah, sekolah arab sekerat jalan. Form 4 pindah SIS tu.
Form 5 satu kelas dengan dia.

Kalau dia ingat i yang besau gedabak ni, syukurlah. Ekekekeke...

Baru berjinak2 kak. FB saya aktif cenggitu jek. DOk tepek link blog jek.

Saya dah add akak. Tunggu akak accept jek.

Terima kasih.