Friday, July 15, 2011

BERHUJAN BATU DI TEMPAT SENDIRI...

First thing I did when we reached our home last Friday night was to 'tour' outside of the house.  Memang selalu macam tu, kalau sampai aje di rumah...mesti tak masuk dulu...merayap, bukan ada benda sangat pun nak dilihat, adalah sepohon dua pokok kami tu...tapi dah memang tabiat, melilau di luar rumah dulu sebelum nak masuk dalam rumah. 

"Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri"...perumpamaan yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu di Malaysia...  Kita sentiasa merendah diri dan bersikap 'humble' to ourselves...sebab sanggup 'berhujan batu' di negara sendiri...tetapi, negara sendiri juga yang  lebih baik dari negara orang, biar pun tak secantik mana atau sehebat mana pun....Norma sangat akur dengan pernyataan ini!

Sila lihat bukti-buktinya di sini:

 Alhamdulillah, bunga kemboja Cina berbunga masa kami sampai...sejuk hati rasanya.  Bunga Jasmine Thai di atas tu, 'mabuk bunga'...bunga banyak lagi dari dedaun. Hadeed terjelepuk atas rumput tak bergerak...geli geleman dia pegang rumput tu..

 Pisang kipas semakin membesar, walaupun pelepah daunnya carik-carik...kuat sangat angin dari pantai kut.  Daun Kunyit punyalah lebar, cuma serai je baru 'sejemput'...
 Our front yard and back yard.  Front yard tu baru ditanam 7 pohon kelapa kuning, tapi masih anak pokok lagi, yang besar-besar tinggi tu bukan, tu kat tanah jiran sebelah, hehehe.  Terima kasih Encik Zul (tukang jaga pokok-pokok dan rumput kami).  Pokok lengkuas merimbun, batangnya besar-besar...kena guna cangkul nak gali lengkuas tu.  Pokok pisang lambat besar...apasal la agaknya??
Apa ke nama la pokok ni, tak ingat masa taip ni, dah 'besar panjang'...


Nampaknya, mata Norma makin segar dan sihat lah sepanjang cuti-cuti Malaysia, dapat lihat pepohon hijau sepanjang masa...InsyaAllah.  Alhamdulillah...syukur dengan nikmat ALLAH.


6 comments:

mama ainnurzariff said...

salam kak..wah seronok akak cuti2 mesia ye..cantiknye umah akak..rajin akak tanam mcm2 pokok ha...sejuk je mata memandang..jgn pasni malas balikjubail sudah la kak ye...heheh

G-JaH said...

Wah, lama x gi umah Angah di Dungun tu..best je nengok kehijauan keliling rumah tu..sejuk mata memandang..huhu

kami kat KL ni nengok kekaburan jerebu je la..huhu..

kirim salam pd mak n smua yer..

Ayunk Mama n Angost said...

besar lama umah..masa kak normah xda,sapa yg jaga tanaman smua kak?

nj said...

izan...
Ni dah mula rasa malas balik Jubail...hehehe. Terima kasih Izan, biasa-biasa aje...

Jah...
Marilah jenjalan Dungun, lama dah Jah tak jalan sini, masa angah ada ni bolehlah... :-D InsyaAllah, nanti angah sampaikan salam.

Nur..
Alhamdulillah, ada orang yang jagakan rumah dan kawasan sekangkang kera ni...Kesian kalau biarkan pokok-pokok tu tak berbela, tak banyak pun...sepokok dua je.. :-)

zarifnuhin said...

waaaa kak norma....nak balik mesi ajugak..nak tengok gak rumah2 yg ada tingkap dan bila buka tingkap tu dapat tengok rumput...huwaaaaaaaaaaaaaaa

nj said...

Iffa, kak norma ni rindu sangat kat tanahair dan rumah sendiri...sanggup 'berpisah' sementara dengan boss...hikksss... Memang nampak hijau je ni..