Tuesday, February 28, 2012

PERKAHWINAN YUSRY & LISA. Kami?...12 tahun dahhhh



Yusry dan Lisa dah pun bernikah... Duk tolak dan tepis kiri dan kanan tak mengaku...akhirnya kahwin juga kamu berdua ya.  Selamat Pengantin Baru buat anda berdua...semoga perkahwinan ini diberkati dan bahagia hingga ke syurga, amin.

Minat jugalah kat Yusry dan Lisa ni...dua-dua comel orangnya...semoga perkahwinan dan kehidupan selepas ini juga COMEL okay!

"Encik Haswadi, bila kita nak  pose macam gambar Yusry dan Lisa di atas?  Nampak sangat romantis.." kikikikkkk
 
Kelmarin, tanggal 27 Februari...genap usia perkahwinan Norma dan Haswadi...12 tahun .. Alhamdulillah.  Masih terbayang-bayang saat pertemuan pertama kali kami dulu...rasanya dah pernah tulis dalam entri lama-lama tu...bukan romantik pun...kelakar lagi ada...  Boleh buat Norma senyum seorang diri kalau mengingatnya kembali.  Itulah kami...dulu, kini dan selamanya...sempoiii.  Yang penting pada kami kepercayaan dan keikhlasan, semuanya kerana ALLAH SWT. 

Semoga  ALLAH memberkati kehidupan kami, melimpahi rahmat kepada kami sekeluarga,  dan mampu membesarkan anak-anak kami menjadi soleh dan solehah, amin.   

2 comments:

G-JaH said...

Happy Anniversary..semoga kekal n bahagia hingga SYURGA..kejap je 12 thn kan..time tu jah tgkatan 2..hehe

nj said...

Jah...thanks a lot ya. 12 tahun tapi macam kelmarin je main-main kenyit mata dgn abh Haswadi..muahahhahhhaaaa.
Tahniah juga buat Jijah kerana bakal menjadi ibu nanti. Take care...