Monday, April 2, 2012

TIPAH hampir TERTIPU


Masih berkisar kisah di Riyadh... hai tak habis lagi cerita ke? 
Ada sikit lagi...ni nak kongsi kisah hampir TERTIPU dengan JUALAN atau SALE!!!!!!!!!!!!!!

Amboiiiii banyak nya  exclamation mark!

Mana taknya...Norma hampir tertipu apabila membeli-belah di Riyadh tempohari.  SubhanAllah...agaknya berapa kali dah Norma atau sesiapa saja yang biasa ditipu/tertipu dengan 'pujukan' SALE atau DISKAUN di kedai-kedai.

Pada hari terakhir nak kembali ke Jubail...Isnin pagi tu...Haswadi dengan murah hati MEMAKSA Norma SHOPPING...  MasyaAllah baiknya hati suami Norma...YA...Haswadi memang baik hati.  Sampai terpaksa MEMAKSA isteri tercintanya SHOPPING... :-D

Seriously, Norma dah bagi tahu dia, Norma tak ada apa nak dibeli.  Cuma nak beli beberapa tin MILO yang Norma lihat di DANUBE Hypermarket di dalam HAYAT MALL (sesiapa ke Riyadh...tolooooonglah singgah ke HAYAT MALL nih...happening tau...macam-macam ada, kalah Rashid Mall atau Dhahran Mall kat Khobar tu...).  So pagi Isnin setelah check out daripada Taleen Apartment kami ke HAYAT MALL.  

Setelah kami makan 'brunch' di situ Norma pun meneruskan misi SHOPPING...  Tapi seperti biasa yang nak dibeli kebiasaannya bukan barang sendiri.  Asyik-asyik beli barang anak-anak atau barang-barang rumah. 

So masuklah satu kedai pakaian kanak-kanak OKAIDI yang menjual pakaian jenama OBAIBI dari France.  Ada SALE 20%  up to 50%.  Asalnya nak cari head-band Noorah...  Belek-punya belek ...berkenan kat sehelai T-shirt Hadeed dan satu romper/jumpsuit Noorah.

T-Shirt Hadeed tu harganya SAR45 ada diskaun 20%  = SAR36
Romper Noorah tu SAR75 ada diskaun 30% = SAR52.50
Jumlah sepatutnya SAR88.50

To cut the story short, selepas membayar, total yang cashier bagi tahu, SAR111.00.  Aikkkk???  Lain macam je bunyi harga tu... kedua-dua barang bawah SAR100 dan ada diskaun lagi...apasal total lebih SAR100 nih???  Selepas membayar, Norma tunggu nak tengok resit.  Pada harga baju Noorah tu masih kekal SAR75.00!!!

"Sir, this baby romper has 30% discount on it, it was written on the orange tag attached to the romper, why is it still SAR75??"  Norma tanya terus pada cashier tu.  Dengan nada teragak-agak pemuda India dan pembantunya pemuda Filipina, mereka menjawab... "Sorry maam, there was a mistake...the dress is not on SALE."  Apakah???

Norma masih argue lagi dengan mereka, kenapa masih letak tag diskaun tu?  Kenapa tadi masa Norma tanya baju-baju di situ, kamu kata yang bertag oren tu semua ada sale???  Haru betul lah kedai ni!  Ni macam gaya nak menipu pelanggan.

Cuba bayangkan kalau pembeli yang dah happy sangat ambil barang yang ada diskaun dan kemudian tidak peka dengan apa yang dibayarnya...mesti senang kena tipu.  Mana taknya, selepas membayar selalunya kita berlalu pergi sebab happy dah dapat apa yang kita nak tu...Nak-nak kalau ramai pelanggan berpusu-pusu kononnya nak rebut peluang diskaun...mesti kita tak semak resit belian tu kan??

Since mereka masih tak memberi harga diskaun seperti tertera di baju tu, Norma pulangkan semula baju dan minta kembali wang... Norma bagi tahu kat mereka "I only buy if it is at the discount price tagged, so I want to have my money back, I am so sorry"  geram juga rasa hati...

Sebenarnya boleh aja nak beli romper tu, tapi kenangkan tertipu serupa itu, pendam je hasrat nak beli romper kaler light purple tu...comel sangat..tak apalah Noorah, nanti ummi cari yang lain ye...

0 comments: