Thursday, December 31, 2009

Laaa....apasal ni??

1 Muharram baru je berlalu, tiba pula 2010. Selamat menempuh hari-hari yang baru dengan azam baru, perspektif baru dan semangat baru.

Bagi Norma, tahun baru 2010 disambut dengan penuh mencabar....haa sebab apa ye? Minggu pertama 2010 ni sibuk dengan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan...mid-term. Anak-anak masih kecil dan berada di tahap Grade 1 dan Grade 2, tetapi tak boleh ambil mudah...kerana waktu sekarang ni la nak galakkan mereka untuk faham betapa pentingnya pelajaran, ulangkaji, peperiksaan dan sebagainya.

Maklumlah, bukan senang nak membimbing anak-anak untuk menghadapi peperiksaan, ...tambahan kerenah dan perangai anak-anak yang berbeza...tugas itu jadi lebih mencabar....

Hujung minggu depan pula, 7 Januari akan sibuk menyertai Hari Keluarga Kelab Rakyat Malaysia Jubail. Pelbagai acara disediakan, dan malam tadi Norma sibuk membeli hadiah-hadiah untuk sukaneka kanak-kanak...sibuk buat nombor cabutan bertuah dan lepas ni nak agihkan pada kaum-kaum ibu yang lain untuk membalut hadiah....ada 129 unit hadiah yang nak kena balut...banyak gak tu.

Hari ni hujung minggu...Khamis...nak 'panaskan enjin' untuk buat ulangkaji anak-anak ni. Mereka akan mula exam Selasa depan.

Dua hari ni tak masak lunch and dinner la jawabnya...beli je...khabsa atau nasi mandhi je la jawabnya.
Okaylah...cukup dulu entri kali ni yang mana blog Norma ni agak membeku...sebeku suhu kat Jubail ni yang mencecah 15 dan 16 darjah Celcius...belum sampai kemuncak lagi orang Jubail kata...kat sini kalau musim sejuk cecah 3 hingga 5 darjah Celcius...

InsyaAllah jumpa lagi...

Wednesday, November 18, 2009

TULIS JANGAN TAK TULIS....

Haikal di salah sebuah tangga di Kerak Castle, Jordan. Istana peninggalan tentera Byzantine zaman dulu, kemudian menjadi istana tentera Islam selepas orang Roman keluar meninggalkan Jordan... usia istana ni ada dalam 200 - 300 tahun ...

Apa lagi yang nak Norma ucapkan melainkan TERIMA KASIH tak terhingga buat rakan blogger Norma dan pembaca budiman sekelian yang masih SETIA dengan blog Norma ni yang bagai "hidup segan...mati tak mau".
Seorang kanak-kanak tempatan Jordan menjual buah Tin (surah At-Tinn) segar dari pokok. Harga sepinggan tu JD1 (RM5). Sedap buahnya...biasa makan yang kering, tapi yang segar ni lagi sedap. Cantik sungguh mata budak lelaki tu...yang baju kuning kecil tu budak Malaysia...hahaha...si haikal la tu!

MAAF banyak sebab dah lamaaaaaaaaaaaa tak update dan tak respons kat komen yang ditinggalkan. Norma Alhamdulillah, okay lagi. Tak tahu nak tulis alasan apa dah lama tak melayan blog ni. Sebabnya memang dah lama tak menyentuh laptop ni.

Nak kata penangan cerita Mak Arab sebelum ni tak juga. Dah le cerita sikit punya panjang...terus collapsed!!! hehehe...gurau je.
Semasa melawat Ajloun Castle, istana yang dibina oleh sepupu Saladdin (wira Islam zaman Roman dahulu)...kami terserempak dengan pasangan pengantin baru orang tempatan, 'honeymoon' kat castle lagi...jangan mara ha!!...siap dengan pakaian pengantin, Norma ajak ambil gambar sebab nak abadikan budaya rakyat Jordan ni yang sambut hari bahagia jenjalan kat tempat bersejarah....loving bukan main lagi...siap pakai kasut tumit tinggi halus panjat tangga castle tu....akak tak dapek la dik nuuun oiii...mau terkucil tergolek...

Apa pun, semoga semua di luar sana yang sudi singgah dan tinggalkan pesanan, terima kasih banyak...InsyaAllah Norma tulis lagi okay.

Wednesday, October 28, 2009

KENAPA CAKAP MACAM TU???

Minggu lepas ke IKEA Al, Khobar...saja jalan-jalan cuci mata dan 'ringankan' kepala walaupun beberapa kali dalam IKEA tu meloya ntah apa-apa....nasib baik orang tak pandang...malu betul! Tapi demi cuci mata...kugagahkan juga langkahku itu...beli tak seberapa sebab 'mood' shopping tak ada...bagus betul mengandung kali ni...tetiba tak suka perabih duit....bukan main berjimat cermat...tapi mohon janganlah 'baby' ni jadi kedekut pulak ye..."ummi tak kedekut tau...cuma tak ada mood je!"

Semasa menunggu Haswadi selesai membayar di kaunter, Norma duduk menunggu di bahagian Customer Service yang ada bangku panjang tu dengan anak-anak, ada lah seorang wanita Arab juga di situ bersama 2 orang anaknya.

Beliau mula menegur Norma dengan bertanya datang dari negara mana? Dengan bangganya Norma menjawab Malaysia!!! Norma teruja juga sebab jarang-jarang jumpa wanita Arab yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Wanita ini memang boleh berbahasa Inggeris walaupun dengan 'slang' Arab nya.
Ikuti perbualan seterusnya...

Lady: What are you doing here, in Saudi?

Norma: My husband works here, in Jubail.

Lady: So you also work here?

Norma: No, here in Saudi I don't. But in Malaysia, I work.

Lady: What is your work?

Norma: I teach. A lecturer.

Lady: Ohhh you are a teacher...what grade you teach?

Norma: No...I am a lecturer teaching university students...not small children (bila tang ni, norma baru sedar, orang Arab ni tak faham apa itu 'lecturer'...pada mereka semua yang mengajar tu 'teacher'...tak kisahla kan...tapi bila tanya ajar grade apa...kenalah explain detail ye tak?)

Lady: I went to Malaysia for honeymoon last time.

Norma: Wow! that's great...(bangga sebab org Saudi melabur duit kat Malaysia)...did you like it, I mean the country?

Lady: Yes, nice places...Kuala Lumpur and "Bbenang" (Penang...tapi sebutan org Arab jadi gitu!).

Norma: Yes, Kuala Lumpur the capital city and Penang is always busy right? (Dalam hati...asyik-asyik Kuala Lumpur dan Penang...cubalah pergi Terengganu ke Melaka ke...best hapa??). So are you working? (terlintas nak tanya sebab she speaks an acceptable English language!)

Lady: Yes, in a government office...use computers....(gamaknya kerja administration something like that sebab mungkin tak tahu nak menyebut position kerja dalam English...so Norma menganggukkan kepala tanda faham)

Norma: Good that you work...

Tetiba wanita Arab yang tak sempat Norma tanya namanya tu berubah ke topik lain pulak...topik yang nak hangin satu badan Norma yang memang tengah banyak angin pun hari tu... Topik yang pada Norma amat 'menjengkelkan'...so I got a little bit upset!!

Lady: Malaysia is rich or poor??

Norma: What??? (dalam hati Norma, "who are you asking such question to me about my country? You can speak English and I assumed you understand English...go ahead and read about Malaysia and find out)

"Poor and rich are in all countries all over the world," sambung Norma walaupun dalam hati nak juga kata kat Saudi ni pun ada gak orang miskin...tu yang minta sedekah kat Ladies Street dan depan PANDA HYPERMARKET kat Jubail tu siapa??)

Dengan nada yang agak tak puas hati gamaknya, dia tanya lagi;

Lady: Is Malaysia like Indonesia? Indonesia is poor...Malaysia is rich or poor?

Norma: We, Malaysia and Indonesia are Asian countries, just like neighbors but we are different, separate...not all the same. And in Indonesia they have very rich people as well, in fact richer than you and me!!! (kuang! kuang! kuang!...dlm kepala otak teringat kat keluarga Sukarno, Suharto yang sangat kaya raya tu...artis-artis Indonesia yang glam dan rich....ahli-ahli perniagaan wanita yang kaya raya...Citra Ayu, Citra Sari, Mustika Ratu dan pelbagai)

Masa ni agak tercabar juga pengetahuan ekonomi dan luar negara Norma...alamak...dah lama tak seriously ikuti perkembangan...tapi hati sedikit lega sebab Haswadi dah datang duduk sebelah Norma...tak tahu boleh tanya 'wakil' CNN, ABC, CBS, AlJAZEERA Norma tu...hobi beliau baca berita dunia, hampir-hampir nak jadi PRESIDEN DUNIA!, memang salute kat Haswadi, habis cerita hal dunia dia tahu...tapi kalau beras kat rumah dah habis...'Menteri Dalam Negeri' jugak yang kena bagi tahu kat dia...sebab dia tak tahu!!!hahahaha....jangan marah ha...)

Terus tanya Haswadi, "bang, population Indonesia berapa sekarang ni?" tanya sebab nak cari point untuk jawapan yang bakal Norma explain kat wanita Arab tu. "about 200 million," jawab Haswadi...mak aiii ramai betul...banding ngan Malaysia yang lebih kurang 25 - 26 juta tu....10 kali ganda...

Norma: You see, Indonesia is a very big country...it has about 200 million people which is 10 times more than Malaysia. So those who really have opportunities to get jobs or works...they can become rich. Those who are not because Indonesia is so large by size, and those who have no education, not enough facilities...they probably become farmers in villagers..., rich and poor people are everywhere..., sambil Norma menoleh ke Haswadi kut-kut Haswadi boleh terima alasan logik Norma tu...nasib baik Haswadi yang dari mula duduk pasang telinga dengar perbualan tu, mengangguk-anggukkan kepala.

Lady: In Malaysia when you go to work who takes care of your kids?

Norma: Last time, I used to have a helper at home. A housemaid.

Lady: Malaysia or Indonesia?

Norma: She was from Indonesia.

Lady: Is she rich or poor? (Masa ni, hati lagi tak puas hati...sebab apa tanya soalan 'jengkel' dan 'dengkel' ni? Mesti "ada udang sebalik padang pasir" ni..)

Norma: Mine was poor because she is a farmer. She plants vegetables and fruits back home in Indonesia, but she was good at her housework. In fact she cannot read and write. So we can help her. She stayed with us for two years.

Lady: Why didn't you teach her to read and write? (Nak kena minah Arab ni....nak ajar orang pulak...memang berlagak macam bagus....ahaa....Norma ni selalunya boleh teka-teka instinct orang ni and I have to be smarter with necessary answers...I can't be fooled and I do not want to sound foolish in front of her!!)

Norma: I taught her to know numbers, to operate electrical appliances in the house and whatever that is important for her to know. So, I don't have to teach her to read or write, those are not my job, she worked for me. (puas hati Norma dapat jawab macam tu walaupun cuba untuk tidak rude depan dia...but she was too much...too much for a decent Arab woman who could use a little bit of manner and ethics in conversations!)

Norma: Why are you asking about Indonesia and Malaysia?? (with a grinning face so as to be polite)

Lady: I am looking for lady to work in my house. You know Malaysian woman or your friends who can work in the house???

Dah jadi dah...I knew it that the conversation was coming to a typical ending like this. Last time ada juga terdengar rakan-rakan wanita/isteri yang datang ke sini ditanya sedemikian rupa oleh wanita-wanita Arab ni. "BOLEHKAH WANITA MALAYSIA DI JUBAIL NI BEKERJA SEBAGAI PEMBANTU RUMAH DI RUMAH ORANG ARAB ???"

Pada mereka Malaysia dan Indonesia ni sama, jika wanita Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah, wanita Malaysia juga boleh bekerja sebagai pembantu rumah. Minah ni tak tahu ke...Norma ni 'Permaisuri' dalam rumah lagi...nak suruh jadi pembantu rumah??...ada yang kena debik depan IKEA ni tak pasal-pasal.

Tapi kasihan juga kat wanita Arab yang agak kurang cetek pengetahuan dan seumpama "katak dalam tempurung" tu...masih berada di zaman 50-an dan 60-an lagi. Masih tak tahu dan tidak mengenal dunia luar. Apa yang mereka tahu hanya negara mereka sahaja, mereka sahaja yang bagus!, mereka aje yang kaya raya dalam dunia ni.

But, when it comes to women issues, I strongly believe we are much much more better than them....kan dah bunyi macam Shahrizat Jalil dah ni!

Sebagai pembaca setia majalah SAYIDATY (the only local-English-written women magazine in Jubail and AlKhobar market so far) Norma pernah terbaca berkenaan topik Well-educated Arab Women...most of them tinggal dan bermastautin di luar negara kerana kurangnya peluang untuk kaum wanita golongan elit ini untuk memajukan diri mereka secara profesional di dalam negara mereka sendiri. Di UK sendiri, populasi wanita Timur Tengah sedang menguasai jawatan-jawatan profesional di sana. Mereka juga hebat, sehebat wanita UK dan bangsa lain...tapi perlu pandai membawa diri dan mencari peluang sendiri di negara orang.


Women in Malaysia have rights, though not equally...we abide by that rule, of course the Islamic rule...but we do not let ourselves left behind. Negara kita memberi peluang yang sangat luas untuk kaum wanita memajukan diri, terutama dari aspek pelajaran yang memangnya sangat penting. Mungkin tidak 100% yang boleh atau mampu mencapainya, tetapi kita tidak terkebelakang dalam segala hal, maksud Norma kaum wanita di negara kita.

Yang datang ke Jubail ni sangat bertuah sebab dapat mengikut suami masing-masing, yang kerja terpaksa cuti atau berhenti...demi keluarga tercinta. Yang memang surirumahtangga, kira dapat bonus 'mega' sebab dapat timba pengalaman baru. Isu susah senang sangat subjektif, yang penting kita bahagia dengan apa yang kita lakukan.

Norma tak nak berbuyi riak dengan negara dan diri sendiri, tetapi mengenangkan diperlekeh sebegitu...it was an insult, irritating remark, and degrading to me and my fellow friends here...

Okay sambung perbualan yang dah nak ke penghujung dah ni...

Norma: NO! (nada suara dah tinggi sikit). We, the women who came here are with our husbands. Most of my women friends are professionals, we have doctors, teachers, lawyers, lecturers and businesswomen, our husbands here are professionals like engineers, specialists and planners. So we just stay at home taking care of our kids. I came here because I want to stay at home, holiday and vacation. Taking some rests from my work. No...I am so sorry, Malaysian women here do not work at people's house!!!

Yes!...I really answered well I guess. Threw it all out to her face....I was so sorry I had to tell you that...walaupun ada jawapan tadi tu exaggerate (terlebih sudah!) gitu.

She sounded really pathetic, but truly...I was so sorry for you.

Mendengar jawapan 'tegas' Norma tadi, beliau bingkas bangun, kebetulan suami beliau sudah datang memanggil beliau.
Sempat juga Norma mengucapkan "bye bye, see you later!"... in heaven I hope!

Tak pasti apa yang bermain dalam fikiran dia selepas itu. Sepanjang dalam kereta sambil bercerita semula pada Haswadi...seperti biasa...pok pek pok pek....dalam fikiran Norma masih ada satu persoalan yang memungkinkan Norma silap judgment pada dia. Mungkin niat dia baik sekadar bertanya sebab mungkin benar-benar dia tak tahu...atau memang dia tak tahu bercakap sambil menjaga hati orang atau memang dah pesen orang Arab macam tu,suka perlekeh orang atau berbagai-bagai kemungkinan....entahle...peninglah nak fikir.

Tapi hati Norma puas...at least one woman in Saudi ni dah tahu wanita Malaysia ni siapa??? Jangan perlekeh kami lagi!

PUAN NORMA NAK PESAN SIKIT...

Bertemu kembali. Tak sangka pejam celik...profile views Norma akhirnya cecah juga ke angka 1,000!!! Hari ni baru tertengok. Tapi apalah sangat 1,000 berbanding 15,000 profile views blog si Linda Onn tu kan...norma ni orang biasa-biasa aje....1,000 tu mmg bermakna sungguh! Alhamdulillah. Cuma menunggu visitor's count cecah 10,000 pulak... Berangan la kamu Norma oiii....blog pun sekarang ni mcm hidup segan mati tak mau...ada hati nak tunggu 10,000....hmmm...dream on...

Kali ni Norma teruja untuk menulis bersempena minggu peperiksaan akhir semester pelajar-pelajar norma di UiTM Dungun tu sudah bermula. Tak cukup jam lah masing-masing study...terutama yang suka last minute tu...dah pesan dah...jangan biasakan persediaan last minute ni....lepas tu complaint sana sini itu susah, ini susah.

Antara pelajar BiOSM...Danny, Ridhuan and the ladies...yang ni rasanya di semester 4 sekarang ni...gambar diambil sebulan sebelum Norma ke Saudi.

Baru ni terbaca discussion pelajar-pelajar ni dalam FaceBook...kisah tak puas hati dengan assignment yang terlampau banyak bila dah hujung dekat exam....ada juga Norma beri nasihat supaya jangan pertikai assignment yang banyak. Itu semua keperluan silibus dan skema kerja subjek yang diambil, takkan sesaja pensyarah nak dera pelajar...pensyarah pun kalau boleh nak minimize marking assignment yang bertimbun-timbun...cuma isunya samada assignment banyak sebab pelajar-pelajar suka tangguh ke penghujung semester baru nak finalize??...kalau satu subjek tak mengapa...dah masuk 5-6 subjek longgok di penghujung sem, tak ke haru namanya??

Yang ini pula dari kiri Istaufik, Lan, Zakimi, dan Razman (baju hijau), pelajar yang sekarang di semester ke-5...senior dah!... semasa kenduri 7 Mac 2009, 3 hari sebelum kami bertolak ke Saudi....sukarelawan menjadi 'penanggah'...terima kasih banyak sebab ikhlas tolong saya...

Nasihat Norma supaya jadualkan sebaik mungkin segala tugasan dan agihkan betul-betul sesama rakan kumpulan. Jangan tugasan yang diberi awal semester perap dalam drawer, sehingga dah masuk minggu ujian baru nak buka semula dan buat...banyaklah jadinya..bbolok orang Terengganu kata! Anyhow, walaubagaimana sekali situasi yang anda semua hadapi dan tempuhi...adalah sesuatu yang amat berharga...bakal menjadi pengalaman berguna di masa hadapan kelak. No pain no gain my dearests... Justeru, saya mengucapkan Semoga Berjaya buat semua anak didik saya, yang lama mahupun yang baru dan ada yang sedang sambung belajar merata-rata...do extraordinarily well in the exams.
Yang ini pula, Razmira, Fieza dan Haslinda....pelajar yang baru aje selesai konvokesyen 3 hari lepas....dah tamat dengan jayanya!!! I miss you all very much!

For the final year students, make sure this last chance is the biggest opportunity for you...do it excellently!!!

Sunday, October 25, 2009

KU KEMBALI...


I am stuck!!! Tragik sungguh alahan yang Norma alami sekarang ini. Tapi malam ni cuba juga nak menghidupkan kembali ruangan catatan hidup Norma...sebab macam banyak aje isu yang nak dilontarkan di sini sekadar berkongsi dengan rakan-rakan lain.

Kalau wanita mengandung biasanya alahan pada makanan, tapi Norma alahan dengan 'laptop' atau komputer...ntah apa pesen pun tak tahu. InsyaAllah nak kuatkan semangat meneruskan kembali aktiviti menulis ni.

Kali ni mood okay...lepas tu rindu pulak nak dengar lagu Jamal Abdillah...layan jugak sekejap kat musicbox... so lagu yang sedang diperdengarkan ini ialah lagu Jamal Abdillah zaman dulu-dulu...sedap pulak lagu yang agak-agak disko temponya ni...layan aje lah ye.

Saturday, October 10, 2009

MASIH BERNAFAS...ALHAMDULILLAH...

Tiang Kota Roman bekas peninggalan dari Zaman Byzantine di Citadel, Amman Jordan...lihat aje skala saiz manusia berbanding tiang Kota tersebut...besar mana la agaknya manusia zaman dulu ye...

Salam Semua... Dah agak bersawang blog Purpleheart ni. Nampak macam beraya sakan tuan punya blog hinggakan lupa nak 'kemas' dan 'bersihkan' rumah ni.

Alhamdulillah, Norma masih lagi ALLAH berikan peluang untuk 'bertemu' rakan blogger semua...cumanya sebaik lepas seminggu Syawal, Norma 'alah' sikit dengan laptop ni. Tak boleh hadap langsung...allergi pun ya...


Pagi ni, semacam ada 'tenaga' aka 'chi' yang melonjakkan hati dan daya Norma untuk mencoret sekaligus 'update' keadaan Purpleheart, bukan apa takut ada yang dah nak ucap 'Innalillah....' dalam chatbox tu nanti, haru pulak...


Norma masih lagi lawat dan jenguk rakan blogger yang lain, tupun melalui cellphone sambil baring je...nak buat camana itu yang mampu Norma buat....kalau baca melalui laptop ni gerenti pening ... Harapnya segera hilanglah 'alahan' yang ada ni.


InsyaAllah bila dah agak kurang sikit 'alahan' ni...Norma akan kembali menulis. Kisah travel ke Jordan pun tak sempat nak update...terlampau panjang pengembaraan itu, kalau tulis pun nanti...Norma akan update 'key-points' ajelah nampaknya. Tapi InsyaAllah dalam FaceBook akan diletakkan gambar-gambar menarik buat kenangan.


Lepas seminggu ke seminggu Syawal berlalu...di Jubail masih hangat dengan jamuan Raya rakyat Malaysia...setiap hujung minggu mesti ada jemputan...syukur dan terima kasih kepada semua yang sudi menjemput kami dan yang lain ke jamuan terbuka Raya tu. Semoga ALLAH murahkan rezeki dan limpahkan kesejahteraan buat kalian...

Wednesday, September 23, 2009

KEDUTAAN MALAYSIA AMMAN, JORDAN---1 SYAWAL

Alhamdulillah...Syawal sudahpun muncul dan hari ini sudahpun 4 Syawal di Jordan. Tahun ni pertama kami sekeluarga beraya di perantauan...dan yang paling istimewa sekali kali ini merayakan Aidilfitri di Amman, Jordan.

Syukur alhamdulillah pada 1 Syawal kami dapat meraikan Aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan...sebagaimana yang telah dirancang. Norma secara peribadi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia Amman, Jordan terutama Datuk Malek dan isteri serta Cik Fariyal, PA beliau yang telah menerima kedatangan kami dua keluarga dari Jubail, Arab Saudi.
Dari kiri; Norma, Gie, Puan Nik Suria, Datuk Abdul Malek (Duta Malaysia), Kolonel Adnan (Military Attache ke Jordan), Muslisham, anak lelaki Kolonel dan Haswadi.

Gambar kenangan bersama Duta Besar Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz bersama-sama rombongan kami dari Jubail...memang rasa bangga sungguh sebab Datuk Malek yang sangat baik melayan kami macam VVIP...itu lah istimewanya menjadi rakyat Malaysia di mana sahaja anda berada...
Khusyuk menikmati jamuan raya yang istimewa di Jordan...
Lemang...

Nasi himpit dan kuah lontong...
Datuk Abdul Malek yang sporting...ada 2-3 lagu raya yang beliau dendangkan untuk tetamu di Kedutaan tersebut...suara beliau pun sedap...ala ala Mat Jais tu...
Suasana rakyat Malaysia di Amman, Jordan beraya jauh dari keluarga tersayang dan tanahair tercinta...
Kolonel Adnan melayan keletah Haikal bercerita tentang Luthfil yang terseliuh kaki...
Meraikan ketibaan Duta Brunei ke Jordan, gambar Datuk Malek bersama Duta Brunei...
Isteri Kolonel Adnan, Puan Nik Suria yang tidak jemu-jemu melayan kehadiran kami...ramah dan sungguh mesra sekali...tidak henti-henti bercerita kisah kehidupan beliau buat pertama kali di Jordan...
Bersama-sama Cik Fariyal (kanan) dan Miss Chia (Ketua Canseleri di Kedutaan Malaysia, Amman)

The VVIP with the VIPs from Jubail, Saudi Arabia...kelassss lah u all!!!

Datuk Malek yang sangat sporting dan baik hati...lama sungguh bersembang mendengar kisah hidup Malaysian di Saudi...
Nadhrah dan Humairah...si dara cilik yang sibuk posing dekat pokok bunga...special for Raya celebration...

Thursday, September 17, 2009

KAD RAYA DITERIMA...SYUKRAN

Terima kasih kepada yang sudi memberikan kad raya cyber ni...

Terima kasih daun keladi,
tetiap tahun bagi lagi!!!

Dari Nureez...

Dari sitedi...Melaka

Tuesday, September 15, 2009

E-RAYA CARD ...

Kepada semua blogger yang singgah-singgah dan jenguk-jenguk blog PURPLEHEART ini, sudilah kiranya mengambil kad raya yang Norma sediakan ini "SALAM AIDILFITRI..." (maafle memang tak teringat nak pesan agar mengambil kad tersebut sebelum ni, bila Kak Ina KL menepekkkan kad Norma di blog beliau....suka sesangat ... bagus lah kak Ina ni...semangat Raya betul!)

Terimalah kad ini sebagai tanda ingatan dari Norma di Aidilfitri kali ini....

Di bawah ini Norma letak 2 kad raya yang Norma terima dari rakan blogger Norma...
Ni dari Kak Ina KL yang proaktif tu dan yang selalu bagi resipi best best kat blog beliau....
Dari Alimaz-Kembara Terasing...baru je kenal dengan beliau...

TERIMA KASIH YE...

Monday, September 14, 2009

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI


Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kaum keluarga di Kuala Lumpur dan Paka, Terengganu, Melaka, sahabat handai, rakan taulan, rakan-rakan blogger, pelajar-pelajar UiTM Terengganu dan semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada.

Kami memohon ampun dan maaf untuk segalanya. Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan dan kesejahteraan buat semua.

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN...

Sunday, September 13, 2009

KISAH BENAR...tak tipu punya...

Pejam Celik...dah penghujung Ramadhan. Rasa macam baru je buat entri pasal menyambut Ramadhan di Jubail...tup tup nak habis dah. Mungkin entri kali ini juga entri terakhir berkenaan juadah Ramadhan keluarga kami. Sekadar berkongsi minat dan kesukaan Norma dengan pembaca blog PURPLEHEART ni (macam ramai sangat.... ;-)...

Entri kali ni juga nak memenuhi permintaan seorang reader Norma yang nak tahu sangat makanan orang Arab atau makanan stail Arab kat Jubail ni...
Bab makanan di Arab Saudi Norma belum mahir lagi...tapi memang teringin nak 'study' asal usul dan apakah makanan tradisional mereka sebenarnya.

Jika diamati, di sini kebanyakan makanan yang ada dipengaruhi oleh makanan tradisional negara-negara Arab yang lain...yang betul-betul Saudi punya...Norma tak pasti selain buah tamar!!
Ni...nasi 'KHABSA' Chicken Beriyani...dari Restoran Al Manak...Beriyani favorite family kami di Jubail ni. Kedai belakang Pasaraya Sameway di bandar Jubail tu...ada Kambing Beriyani dan Fish Khabsa juga... Di makan bersama ulam bawang, cili hijau/cili api, hirisan limau/lemon... Tak ada kuah, tak ada lauk lain...hanya nasi dan ayam tu sahaja... Nampak macam tak lalu nak makan memula...tapi sekali rasa...tak boleh tidur malam teringat kan Beriyani ni...

Di sini mereka mengisikannya di dalam bekas alumunium tu sahaja untuk versi 'tapau'...kalau dine-in atau makan di kedai....dihidang atas 'saperah' plastik je...tak ada pinggan bagai...


Tapi...lauk kat bawah ni memang boleh kalahkan kehebatan Beriyani Khabsa tu...heheheee Singgang!!! lagi best!! Lauk favorite Haswadi ... as a true Terengganuer!!!...no doubt. Di bawah ni pula, Norma nak buat pengakuan...pertama kali dalam sejarah hidup...berjaya membuat kuih raya seorang diri!!! sampai 3 jenis sekaligus...haaa amik!! Masa kecik kecik dahulu biasa buat juga dengan mak dan kak long Norma...pernah sekali tu buat sarang semut sampai naik pitam kami dibuatnya...buat dah le banyak...lepas tu tak larat nak parut adunan sarang semut tu....dari pagi sampai ke petang 'mengerjakannya'...kelakor...lepas tu taubat tak mahu dah buat kuih raya lagi...

Sejak bekeluarga pula...kuih raya sokmo tempah dan tunjuk....selagi ada yang paling best tu memang tak pernah tinggal menempahnya...memang kuih raya antara barang wish-list raya Norma... Tapi....tahun ni macamana??? Mana nak order dan tunjuk kan...so kena buat sendiri le jawabnya...tak boleh dah nak 'wish' apa-apa...

Tapi ada trick juga...nak yang resipinya paaaaaaling senang nak buat dan tak renyah sangat...maklumlah beginner level bab-bab buat kuih raya ni...
Hari ni sepanjang hari diperuntukkan untuk sesi membuat kuih raya...tapi Cornflakes Madu tu macam tak berapa nak jadi...rasa okay...tapi rupa...hishhh tak tahu nak kata.

Kisahnya Norma menggunakan paper cup yang paling kecil...bukan kedekut....tapi itu aje yang Norma jumpa .. dek tak sabar nak buat jugak kuih...beli le juga....
Biskut no. 1: Cornflakes Madu (konon paling senang tapi tak puas hati nengokkan rupanya...) Alhamdulillah bolehlah makan.

Biskut no. 2: Biskut Dahlia (paling tragis sebab selepas menekan acuan bunga dahlia 6 keping....acuan tekan dah patah (beli kat Carrefour jenama GONDOL...memang dah gondol pun acuan tu!!! ....akhirnya kenalah gelek dan terap dengan acuan biasa...memang sahih orang tak pernah buat kuih raya...lesson learned...don't take life too easy lah dear!!)


Biskut no. 3: Biskut Arab (paling menjadi...ikut selera Norma lah...mentang-mentang duduk di Arab, nak buat biskut Arab...padahal orang Arab pun tak tahu wujudnya biskut ni dan Norma tak pernah lagi jumpa kat Saeddidin Pastry...kedai kek kat Jubail ni...) sampai buat 2 adunan...sebab separuh jalan...anak-anak siap bawak mangkuk ambil biskut tu...nasib baik biskut tu senangnyeee nak buat...siap kaler-kaler pink dan hijau lagi...


Setakat ni aje catatan terkini...ni ucapan Raya belum buat lagi...InsyaAllah very soon...

Wednesday, September 9, 2009

IKLAN PERCUMA....

**GAMBAR DI ATAS TIADA KENA MENGENA DENGAN ARTIKEL DI BAWAH...SAJE JE SUKA...

Ada seorang pembaca blog dan juga bekas pelajar Norma email kelmarin...blog puan ni cerita cuisine je ke?

"Abu (bukan nama sebenar)...saya buat entri cuisine special di Ramadhan sahaja. Lepas ni sibuk pulak cerita Raya dan hal lain pula. Nak tengok puas-puas makanan tu masa ni aje...lepas ni mungkin kuranglah cuisine tu."

Si Abu ni dulu sama kelas dengan si Awang (dalam cerita Tragedi Bulan Ramadhan tu)...dan kelas mereka ni biasa juga datang ke rumah berbuka puasa dan jamuan hari raya....kalau datang bukan seorang dua, satu kelas sekali....kenduri kendaralah si Puan Normawati mereka.

Masa Norma cedera patah kaki dulu...Haswadi belanja mereka ni KFC je....tak silap masa tu Raya tahun lepas...Puan Norma terpaksa 'gantung' periuk belanga time tu....dengan separuh bertongkat...mana nak boleh kenduri. Tapi students ni okay je...janji dapat datang rumah dan berjumpa dengan pensyarah 'kesayangan' mereka ni.

Satu perkara yang Norma amalkan kepada para pelajar dan 'subjek' ni memang tak masuk dalam silibus atau skema kerja peperiksaan ialah "hubungan baik sesama manusia" atau "the human factor". Pengalaman Norma mengajar yang tak seberapa tu, Norma biasa amalkan sentuhan kemanusiaan bila mendidik pelajar.

Bukan semata-mata mengajar yang di buku-buku sahaja tetapi membuka minda pelajar supaya menghargai orang sekeliling kita. Menghormati sesama insan, empathy, budi pekerti, berbuat baik sesama manusia, menjadi insan berguna kepada keluarga, bangsa dan agama.

Pelajar-pelajar harus juga tahu bahawa belajar dan menuntut ilmu sudah disediakan ganjaran pahala yang sangat besar kerana kelak diri anda mampu menggunakan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki untuk kebaikan diri, dan orang di sekeliling anda.

Jangan pula ilmu yang ada itu dipersiakan, sekadar menuntut ilmu tetapi tidak mampu menggunapakai di masa depan kelak. Apabila membuat sesuatu perlu ada komitmen tinggi, semangat juang yang tinggi dan sentiasa di fikiran "aku mampu melakukannya". Berfikiran positif juga mengelakkan kita berfikiran sempit dan sentiasa ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri.

Sebab tu saya selalu cakap dalam kuliah, memang kita ni belajar di universiti, bila keluar ada ijazah atau diploma....tetapi sejauh mana kualiti ijazah atau diploma yang kita miliki itu. Kalau sekadar mendapat CGPA kurang dari 2.0...jangan harap nak rasa duduk kerusi empuk di syarikat besar...cukup sekadar duduk di kerusi kayu tepi pintu atau paling teruk depan tangga!!...
Jangan pula ada yang salah faham maksud saya, kalau pelajar saya mereka memang 'mangli' dah dengan sindiran Puan Norma.

Maksudnya, bila belajar...kena buat sungguh-sungguh, maknanya jangan malas, usaha kena lebih. Susah payah ibubapa menghantar kita belajar, habis beribu-ribu ringgit, susah payah Kementerian memberi tempat dan peluang kepada anda, takkan nak belajar seperti "melepaskan 'batuk' di tangga" sahaja.

Pasti rugi kan??
Pasti menyesal tak sudah kan?

Jika anda sudah berjaya mendapat tempat untuk menuntut ilmu lebih tinggi di Universiti, pastinya anda orang yang cerdik pandai...kenapa mahu dipersiakan perjuangan itu??

Tuntut ilmu sebaik mungkin, yang susah disenangkan dan yang payah dimudahkan...kenapa perlu fikir atau buat sesuatu yang tiada kena mengena dengan menuntut ilmu seperti...berfoya-foya, berjalan sana-sini menghabiskan duit PTPTN, duduk melepak kat bilik karaoke, tak pergi kuliah, ke library jauh sekali, pensyarah pun tak pernah jumpa, malas!...makan aje kerjanya, ponteng kuliah, tidak berdisiplin dan menyusahkan orang di sekeliling!!!....sapa nak jawab???

Norma selalu pesan pada pelajar, "Jangan harap orang lain akan beritahu kita apa yang perlu dibuat, kita perlu tanya diri kita apa yang boleh kita lakukan atau sumbangkan".

Kebanyakan pelajar gentar dan keliru dengan kehidupan masa depan mereka...bila dah habis belajar...nak kerja yang bagus-bagus sahaja...mana mungkin begitu, ALLAH memang telah menjanjikan rezeki dan bahagian masing-masing tetapi selagi tangan kita tidak berusaha untuk mencapai sesuatu itu...pastinya rezeki dan imbuhan itu bukan milik kita....

Selalu dikhabarkan juga kepada pelajar-pelajar ini yang mana walau setinggi mana pendidikan yang kita miliki, ianya belum pasti menjamin kehidupan yang pasti....maksudnya bukan untuk kesenangan semata-mata, namun pendidikan tinggi itulah yang bakal kita jadikan sandaran untuk kehidupan yang lebih baik....faham maksud saya?

Tak faham?...telefon atau email saya ye!

Tuesday, September 8, 2009

KUIH LOPIS SEMPOI...

Oleh kerana permintaan beberapa orang rakan akan resipi KUIH LOPIS...di sini Norma ulang tayangle KUIH LOPIS tu...
Norma surf beberapa website yang memberikan resipi KUIH LOPIS ni...ada yang SEGERA dan ada yang TAK SEGERA...bila Norma 'study' resipi tu...Norma hasilkan version Norma sendiri...
Ni dia:

Kalau nengokkan bentuk yang Norma buat ni tak standard sebab lopis tu agak lembut...letak dalam peti ais sekejap sangat...bila potong lembut lagi...tapi dah boleh makan...

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut (direndam bersama pewarna atau air daun pandan selama 5-6 jam)
2 cawan santan (Norma guna santan dlm tin)
2 cawan air
1 sudu teh garam
Beberapa helai daun pandan untuk wangikan pulut
Kelapa parut yang digaul sedikit garam untuk salut lopis tu

Caranya:
  1. Beras pulut yang sudah direndam, dicuci bersih dan ditos sekejap.
  2. Masukkan beras pulut, santan, air, garam dan daun pandan ke dalam periuk, kalau boleh periuk yang non-stick sebab kita akan mengacau beras pulut tu apabila ianya mula mendidih sehingga masak...kalau tak melekat.
  3. Bila santan dah agak kering dalam periuk tu, kecilkan api...tutup tudung periuk dan biarkan dalam 8-10 minit supaya ianya masak sepenuhnya...boleh juga nak kacau sedikit supaya tak hangit...
  4. Bila dah masak, biarkan sejuk sebentar dan bolehlah kepal-kepal pulut tu (lebih baik sarung tangan dengan plastik, lebih mudah dan tak melekat) atau nak buat bentuk apa sekalipun. Kalau nak lebih keras letak dalam peti ais sehingga sejuk...ianya akan keras...tapi Norma suka yang lembut sedikit. Ada resipi yang suruh gulung dalam 'cling film' atau plastik makanan tu atau boleh juga tekan dalam tupperware macam buat nasi himpit tu...sejukkan.
  5. Sampai masa nak makan atau sehingga sejuk...potong-potong dan gaulkan dengan kelapa parut terus hidangkan bersama air gula Melaka/merah yang dibuat likat sedikit...
SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, September 7, 2009

ALHAMDULILLAH...REZEKI DARI ALLAH...

Salam Ramadhan buat semua. Kurang dari 2 minggu lagi tempoh Ramadhan yang tinggal buat kita.
Seperti biasa, menu berbuka kami sekeluarga hari ni yang simple-simple aje.
Salad sayuran
Telur Goreng Kicap
Daging Bakar Air Asam

Alhamdulillah percubaan pertama yang menjadi...maklumlah pertama kali buat...resipinya diolah sendiri dari pelbagai resipi yang ada di alam cyber nih...dan menggunakan kemahiran dan pengalaman yang ada.

Daging bakar ini dipotong besar-besar, basuh dan tos kering dan diperap dengan garam, jintan manis dan ketumbar, serbuk kunyit dan sedikit meat tenderizer (serbuk perasa untuk melembutkan daging) semalaman. Kemudian di grill atas kuali tanpa minyak...Bila dah masak, dihiris nipis-nipis sebelum dihidang.

Air asam tu pulak dapat resipi dari rakan di Jubail ni...memang sedap...sebab Norma belum pernah buat air asam sesedap macam ni. Makan dengan ikan bakar lagi terangkat:

Air Asam (Ayaq Asam..loghat Utara)
Belacan (ditumbuk)
Cili Api (ditumbuk)
Cili Merah (ditumbuk)
Cili Hijau (ditumbuk)
Bawang besar diracik halus
Tomato diracik halus
Kerisik (sesudu dua aje)
Air asam jawa (kena buat pekat...baru terasa masamnya)
Sedikit cream (Norma guna Bonny Cream...dalam sesudu dua aje)
Garam dan Gula sesedap rasa...
Kuih Lopis...percubaan pertama juga. Dari kecil lagi memang suka makan kuih ni. Mak selalu belikan dari si 'Ajai'...bukan pencipta lagu tu, tapi Ajai budak Sentul yang memang terkenal dengan jualan kuih muih ibunya Mak Cik Nora... entah mana lah agaknya mereka ni sekarang.

Ajai ni muda setahun dari Norma, satu kelas mengaji di Kampung Chubadak, Sentul dulu. Setiap kali beliau balik sekolah, dia akan menjual kuih muih ibunya yang terkenal sedapnya. Kalau si Ajai ni demam atau ada kelas tambahan kat sekolah...tak dapat lah kami membelinya...

Kalau tengok kuih muih yang Norma buat pun tu semua kuih muih ala ala Mak Cik Nora tu...keria, buah melaka, dan kuih lopis ni....bila buat kuih-kuih tu mesti teringat zaman kecik-kecik. Tapi tak boleh lawan kuih muih dialah. Ye lah...20 atau 25 tahun dulu mana pandai makan puding karamel, puff, puding koktel dan sebagainya. Kuih muih tradisional inilah yang menjadi juadah kami.

Ada satu lagi kuih yang ramai orang memang pandai dan mahir membuatnya...tetapi bukan Norma...kuih karipap...ehmmm entah bilalah nak belajar buat...bab nak melipat tu yang surrender awal tu...den tak pandai!!!

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MALAYSIAN KITCHEN

Khamis yang baru lalu, kumpulan pelajar Kelas Agama rakyat Malaysia daerah Mahdood di Jubail telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Malaysian Kitchen, Al Khobar. Walaupun tidak semua pelajar dapat menyertainya bersama keluarga masing-masing, seramai 8 buah keluarga berjaya memenuhi penyertaan.

Sesekali berubah selera berbuka selain yang disediakan sendiri di rumah. Juadah yang disediakan tak dapat diambil gambarnya kerana restoran MK tersebut dipenuhi dengan ramai sungguh pengunjung yang kebanyakannya rakyat Malaysia di Eastern Province of Saudi.

Pelbagai hidangan sprti sup tulang, ayam goreng, kari ayam, ikan masak lemak, mee goreng, kuey teow goreng, popia, kuih udang, roti jala dan beberapa jenis minuman dihidangkan kepada pelanggan.
Gambar terkini kami sekeluarga sebelum bertolak ke MK...semua dah dressed-up so ambillah gambar buat kenangan.
Aksi tersendiri, tak larat nak tegur...suka hati je la...
Suasana menanti kesemua tetamu majlis tiba...
Beriadah di luar sebentar...lagipun tempat sudah ditempah awal...
Kaum ibu dan sebahagian anak-anak yang memeriahkan suasana...
Masing-masing sibuk mengambil tempat...
Meja kanak-kanak lelaki...yang perempuan tak leh duduk sini...
Kaum bapa yang tak sudah-sudah makan dan sembang...
Kaum ibu yang semasa menanti waktu berbuka...
Makan dan sembang lagi...
All you can eat....so eat!!!
"Apa kita nak buat dengan budak-budak ni? Mak-mak dah serah kat kita suruh jaga lepas ni!"
"Kik..kik..kik...biar rasakan mereka!...kita jalan kali ni puas-puas, anak-anak biar bapak mereka yang jaga....asyik kita je dok heret ke hulu ke hilir kan!"
Sebelum berangkat untuk jalan-jalan cuci mata...ambil gambar dulu...