Ni la akibatnya promo COFFEE: You Can Sleep When You're Dead!! ... tak boleh tido malam ni...apa cerita???
Haswadi just drank a mug of the coffee this morning...and I was the one who drank all that left in the 800ml jug!!!! Padan ngan muka!!! Balik dari jamuan Leeza, ala ala mengantuk sebab kekenyangan...sedap betul nasi minyak "panas tak hujan hujan" dia tu! (sori ye leeza, bagi nama baru sbb kat Jubail ni mana la ada hujan!). Paru goreng tu pun sedap!
Bila dah golek-golek atas katil pun mata tak boleh nak pejam. Kalau anak-anak tak boleh lelap mata, ummi selalu ajar baca Al-Fatihah 3 kali...atau baca sehingga lelap...tapi bila ummi buat sekejap tadi...tak jadi. SAH!!! penangan COFFEE pagi tadi. Haswadi dah khalassss i.e tido!
Nampaknya usai Subuh nanti le jawabnya baru nak cuba tido...InsyaAllah.
Sambil-sambil sekejap tadi membaca akhbar online, as usual. Norma dah naik bosan membaca isu-isu politik yang semakin hangat di Malaysia. Tak faham sungguh dengan situasi sebenarnya, tapi jika di akhbar, bukan main sensasinya. Kisah pertahankan hak Raja-Raja dan Sultan, pada masa sama nak mempertahankan hak kesamarataan semua kaum.
Maaf, Norma BUKAN arif politik untuk membicarakan yang lebih tepat, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang sudah mencecah 35 tahun umur, Norma rasanya dah boleh agak apa yang terbaik untuk semua, demi Malaysia.
Pada hemat Norma, Malaysia adalah Malaysia...tidak lebih dan tidak kurang statusnya sejak dari awal penubuhannya pada tahun 1963. Tak usah persoal situasi sejak Merdeka-1957...ketika itu tahap perjuangan dan pertahankan tanah dan bumi Malaya tercinta...ketika itu belum masuk fasa isu pelbagai kaum dan isu ketaksamarataan (maaf pada ahli politikus yang membaca ini, Norma bukan arif, tetapi mengamati sahaja!)
Perjalanan kehidupan rakyat Malaysia ketika itu sedikit perit kerana baru merasai 'hak' kepada negara sendiri. Dulu 'hak' untuk semua, bukan ada pun aku, aku...dan kau, kau... Dulu hak satu negara! So tak ada gaduh-gaduh pun, sehinggalah tragedi 13 Mei 1969 yang sedikit menggugat itu. Mungkin rakyat baru nak 'bertatih' mencari 'hak' masing-masing tahun itu.
Namun, bila sesebuah negara secara rasminya diwujudkan atau ditubuhkan, adalah logik satu Perlembagaan atau Undang-undang dipatuhi bersama. Tiada siapa menidakkannya sebab semangat 'hak' satu negara masih dipertahankan.
Tetapi...mengapa kini dipersoalkan?? Memang betul...masa berubah, teknologi berubah, manusia berubah!!!
Tanahair?? Bumi yang dipijak??? Berubah ke?? Tidak!!! Anda masih memijak di atas bumi yang sama, tanah yang sama! Kalau ada hakisan pun, itu hukum alam, bila Tsunami dulu tu, nak buat macamana, itu kuasa ALLAH..nak lawan dan pertahankan juga ke cebisan tanah yang dah hanyut dan luput dari peta Malaysia tu??
Betul, kita perlu akur dengan cerdik pandai masa kini...yang intelektual nya semakin hebat dan 'suara-rasa' individu yang semakin 'bingit' didengari....nak tunjuk memasing pandai! nak tunjuk memasing hebat!!! Ketua-ketua 'pasukan' yang dari kalangan paling da bomb! Itu kita akur, tapi kita perlu lihat 'asal-usul' sejarah tanahair tercinta kita sendiri.
Siapa yang porak perandakan semua ini, sehinggakan kepala Raja pun mahu dipijiaknya???
Berbalik lah pada undang-undang dan Perlembagaan...kita tidak kejam sebab Perlembagaan kerap juga dipinda nak sesuaikan dengan situasi, masa dan siapa...untuk semua!!! Tak bolehkah kompromi semula kepada konsep satu 'hak' dulu tu??? Fikirlah rakyatku!!!
Kekuatan individu adalah kejayaan individu, jangan disamakan dengan kelumpuk atau yang ramai itu. Kita perlu tegas dengan pendirian!! Demi agama, bangsa dan negara!!
Apa yang nak di'gong'kan sangat?? Setiap kaum ada hak masing-masing...tak suka silalah dengan hormatnya 'keluar'...tak ada siapa halang pun...dah rasa diri over-pandai...tak sesuai 'terkurung' dengan kehidupan yang kononya 'ketidaksamarataan'...boleh je 'keluar'...no hal. Ada wang semua boleh jadi. Mentelah, memang jenis yang banyak wang kan?!!
Kalau nenek moyang kita sanggup bertahan dan mempertahankan, kenapa kita nak soal?? Tidak makankah kita? tidak kerjakah kita? tidak ada 'tanah' dan 'bumi' kah kita untuk kita pijak yang 'bingit' sangat nak suarakan tu?? selama ini. Cuma mungkin tidak boleh tido sekali sekala...macam penulis artikel ini...tapi tu salah sendiri...nak persoalkan lagi ke?? Tok sah buang masa la...
Mohon maaf sekali lagi, artikel ini tiada maksud apa-apa kecuali meluahkan apa yang telah 'meluatkan' aje...Norma tak sangguplah nengok Malaysia tak aman...tak sanggup nengok gaduh-gaduh tu. Janganlah berkira sangat...janganlah menghitung sangat. Malaysia adalah Malaysia !!! Bukan "1Malaysia"...tetapi "Malaysia Untuk Semua" khalasss...
Raja is Raja, Sultan is Sultan. Perdana Menteri buatlah kerja sebaik mungkin...nak ikut stail pemimpin terdahulu pun okay juga...ambil yang baik buat panduan, yang tak baik tolak tepi lah...itu pun nak dipersoalkan ke?
Kan ada 'keintelektualan' itu, gunakan sebaik mungkin, yang pasti agama jadikan landasan dan pegangan utama, yang lain mengikut sewaktu dengannya...sesuaikan...padankan...InsyaAllah.
8 comments:
yup! selalu zaman aku kecik2 dulu.. negara maju aman sejahtera..
sekarang dah macam tak aman pula!
harap semuany akan okey!
walau tidak sama haluan politik.. tapi keamanan akan tetap terpelihhara.. InsyaAllah..
muger2 negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera ghitewww.. aminnn
Takbiirrr!....ALLAHUAKBAR!!!.
What else can we say to all those so called "bijak pandai". Sometimes they're like "tong kosong". Excell in talking & creating the issues but when come to the solution/problem solving, "hampeh kunyit". I, myself agree with you my dear. It seems nowadays people never learn the history & constitiution or they're might learn but not to the extent of understanding its.
sitedi...
setuju...Malaysia Peace!!
en_me...
kekalkan keamanan itu!!!
Pak Man...
Demi Agama, Bangsa dan Tanahair!
Nina...
Orang semakin lupa dengan asal usul...lupa dengan yang dulu...apa pun semoga Malaysia aman untuk semua!
kalau kita ingat fitrah kita, pasti semua orang tak tersasar kan...
yang paling sedey..melayu ngn melayu bercakaran...bangsa lain gelak je tgk.....:(
neeza...
kita mampu berdoa yang tanahair kita aman dan damai...
dalia...
betul tu...sedih kan kalau jadi teruk lagi... :(
Post a Comment