Tak boleh lelama entri Kontroversi tu...bukan kaki kontroversi pun...tapi sebab Waheeda tu artis yang pernah 'hadir' dalam diari Norma, tu...yang nak tulis jugak tu....
Hari ini..sibuk sikit di dapur...belajar buat pulut kuning atau nasi kunyit...pertama kali seumur hidup buat sendiri...kukus sendiri, kalau dulu nak makan aje minta mak buatkan...atau lagi teruk beli aje kat kedai.
Di Terengganu, nasi kunyit ni antara menu wajib sarapan pagi...selain nasi dagang dan nasi minyak. Di sebelah pantai barat, macam KL tu, nak jumpa nasi kunyit selalu masa majlis khatam Al Quran, kenduri kahwin...yang letak kat pahar bunga telur tu, majlis harijadi...tak silap Dato Siti pernah celebrate birthday Datuk K dengan pulut kuning instead of birthday cake....kalau tak silaplah...eh...ke masa anniversari ayahanda dan bonda Dato Siti dulu....tapi pernah nampaklah pulut kuning 3 - 4 tingkat tu dalam majalah.
Nak buat nya sedikit renyah (@rumit) serta memerlukan perhatian dan sukatan yang betul. Kelmarin sibuk telefon kawan-kawan sana sini tanya pasal nak buat pulut kuning ni...maklumlah first time...takut tak jadi. Pengukus tu dah lama beli...beli kat Kedai Naseer di belakang restoran Pizza Hut...di bandar Jubail...kat kedai tu macam-macam ada....segala alat pinggan mangkuk periuk belanga dari saiz kecil sampai boleh masak seekor unta pun ada.
Sesiapa yang baru sampai di Jubail ni kalau nak membeli kelengkapan dapur, Norma syorkan lawat kedai Naseer ni dulu...survey mana yang patut...kalau ada yang berkenan boleh beli.
Ni dia beras pulut (8 cawan) yang direndam dengan air, serbuk kunyit (2 sudu teh) dan dua keping asam gelugor atau asam keping, dalam gambar ni tak nampak asam gelugor tu sebab dah tenggelam.....rendam semalaman...
Selepas sejam dikukus kosong, pulut separuh masak dikeluarkan dari pengukus dan digaul dengan santan (2 tin santan @ 800ml santan), garam dan gula...selitkan beberapa helai daun pandan...
Norma tutup dengan daun pisang supaya ada aroma tradisionalnya dan kukus semula pulut selama setengah jam atau hingga berkilat, kembang, dan masak...
Ni hasilnya pulut kuning yang baru lepas ditutup apinya...masih dalam loyang dan dalam pengukus...tak sempat nak hias, jadi kurang cantik dalam gambar ni. Tapi nak makan InsyaAllah memang boleh makan. Enak dimakan bersama rendang, kari atau pun sambal tumis....sedap!!!
Kalau mak Norma baca entri kali ini, mesti dia bangga sebab "dak adik dah pandai kukus pulut!" alahai mak....

10 comments:
selalunya org buat pulut kuning jika ada sesuatu niat atau nazar :)
sitedi...
oh ye ke? tapi kak norma buat ni sebab nak bawak ke kelas agama malam ni...niat nak jamu kawan-kawan je.
salam....
walaupon dira x ke kelas harinih...mmg pulut, rendang n kari ayam tuh bes!!!skrg nih kul 1.47 pagi...dira baru lepas makan rendang daging ngan nasi with my nd' bf Adam.....esok breakfast lebihan pulut kuning n kari ayam....thanx a lot!!!
salam norma....
selamat menyambut bulan ramadhan.... semoga puasa kali ni membawa lebih keberkatan.....
sedapnyer nampak pulut kunin tu.... saya lom pas lg wat pulut kukus.... huhuhu
Dira...
Kak norma tunggu awak datang, ingat yg petang tadi utk Jo n anak-anak...awak plak tak datang ... dah le bagi tak banyak mana...InsyaAllah lain kali kak norma wat lagi ye...
Amy...
Selamat Menyambut Ramadhan...kalau dekat dengan Amy...nak belajar lukis-lukis pulak...
Pulut kuning tu...memula cuak juga nak cuba, tapi dah jadi seronok pulak...
haha..pulut kuning...
nenek mmg bangga sbb dak adik dah terror kukus pulut kuning...
kt org balik jer citer ngan mak..angah dh pandai wat pulut kuning!!...mak mmg bangga!!!
''SALAM RAMADHAN DARI KAMI SEKELUARGA''
rena n jijah...
angah dulu selalu ckp ngan mak tak pandai kukus pulut...so mak aje yg buat..skrg ni tak leh dah nak suruh org buat atau beli...mesti buat sendiri...alhamdulillah menjadi juga akhirnya...
Post a Comment