Thursday, March 29, 2012

RIYADH Part 2

Hari ke-2, kami ke National Museum.  Unfortunately the museum was closed during the day and only opens after 4 in the afternoon.  We had that in our mind already, but abah still insisted we gave it a try.  That morning we had a very quick sandwich breakfast in our car.  The shop we bought the sandwich from did not have the Family Section.  Siap dengan teh tarik sekali....Alhamdulillah...sedap juga makan dalam kereta reramai nih...duhhh

Setelah agak sesat juga beberapa kali walaupun dengan bantuan Encik GPS kami, tiba di Muzium.  Layan je apa yang ada di sekitar muzium tu...

 Kebetulan persekitaran National Museum Riyadh tu cantik.  Banyak pokok-pokok, ada 'sungai' buatan dan jambatan.  Dapatlah kami pusing-pusing di sekitar luarnya sahaja.  Ada 'jejaka' sedang melayan perasaan nampaknya...besar dah anak ummi ni :-)
 KAMI
 These are the antique cars, used by the King of AbdulAziz in the late 1950s.  Cadillac merah tu menarik sungguh.  Dapat lihat dari luar je.
 This is one of the nicest spots around the museum.  Unfortunately not attractive enough.  They can do a lot to this landmark actually.  Haikal was aiming to pass through the 'water fall' on his right till I yelled from the balcony, "you better stop it right there! If you get wet...you are not coming with us!"  'A mom gotta do what a  mom gotta do'

Wednesday, March 28, 2012

RIYADH Part 1

Pergi mana cik Norma??  

Ada...sibuk jenjalan. 

Wow! holiday ke?  

Lebih kurang juga lah...tak jauh pun...ke Riyadh tu je...hihihi.  

Kami anak beranak ke Riyadh selama 4 hari 3 malam.  Membuat passport Noorah di Kedutaan Malaysia.  Baru berkesempatan nak buat, kebetulan school holiday for Jubail International School for a week.  So, abah took a-three day off from work just to take us to Riyadh. 

Alhamdulillah dapat juga bawa anak-anak jenjalan cuti ni walaupun destinasi hanya 'sepelaung' aje dari Jubail ni.

Mari kita tengok apa kami buat di Riyadh okay...

  1. Dalam masa 2 tahun, ini kali ke-2 abah mengisi borang yang sama...borang permohonan pendaftaran anak baru dan borang membuat passport.  Tahun 2010 untuk Hadeed, tahun ini 2012 untuk Noorah pula.  Lepas ni tak ada lagi ye abah...hihihihi.
  2. Noorah yang rileks aja sepanjang di Kedutaan Malaysia tu...Alhamdulillah.
  3. Hadeed dan Haikal sibuk 'melayan' seekor kumbang di lantai tu...okaylah asalkan anda bahagia...hikkkss.
  1. Pintu hadapan kedutaan di Riyadh.
  2. Saudara Hafis, pegawai Attache untuk Dato' Duta...bekas pelajar Norma di Dungun tahun 2005.  Jumpa beliau di Jubail tahun 2010 dulu, Alhamdulillah sangat teruja dan bangga dengan pencapaian dan kemampuan seorang bekas pelajar Faculty of Office Management & Technology!!  Sudah 2 kali juga Hafis membantu kami menguruskan passport anak-anak di sini.  Trip kali ni, Hafis belanja kami sekeluarga makan malam di Thai Restaurant di Riyadh, Alhamdulillah...terima kasih ye Hafis.  Ni yang buat Puan Norma terpanggil untuk kembali mengajar ni...
  3. Norma dan Noorah...

  1. Kami menginap di Taleen Furnished Apartment, tak jauh dari Olaya Street (Olaya Street ini dipenuhi Malls and Hypermarkets sepanjang jalan di Riyadh ni).
  2. 2 + 1 bedrooms and 2 bathrooms, kitchen and a spacious hall.   Sangat selesa dan yang penting sangat bersih...means good maintenance..definitely would come back and stay here in the future, InsyaAllah.  Price per night is SAR500.  We stayed for 3 nights so, discounted at SAR450 per night. 
oppsss....ada lagi kisah-kisah di Riyadh...tungguuuuuu...


TANAM APA TU??

Tanam apa tu Cik Norma??

Alahai...tanam suka suki je tu...nak uji pH tanah kat Fanateer ni..

Pokok apa?

Ada lobak merah, lobak putih, daun bawang dan daun ketumbar je.  Pokok cili belum keluar tunas...benih dah tabur dah tu.

Wah!  tak yah le beli sayur kat PANDA ye Cik Norma...

Anggar-anggar macam gitu lerr...hikkss.  (dalam gambar bukan main lagi...kalau tengok secara 'live', kecil-kecil lagi pokok-pokok tu.  Tak mengapalah...semangat 'bumi-hijau' mesti ada. 

Monday, March 19, 2012

DESERT CAMP HAPPENINGS!!!

Seperti yang Norma dah janji, akan share photos taken at the desert camp.  The campers really had fun.  Walaupun masa yang singkat, tetapi perkhemahan itu membawa pengalaman manis  buat semua.  Ruginyaaaa Norma tak pergi...untung anak-anak dan abah dapat melalui pengalaman itu.  InsyaAllah next time, Norma pasti turut serta...

Inilah kisahnya...

 sesi BBQ pada malam hari...musim sejuk masih ada lagi, sedap duduk depan unggun tu ya..
 sesi paling sibuk... MAKAN!!  tu dia beratur anak-anak tunggu satay Aunty Nina...sabar yee
 ATV ride.  Tengoklah muka Luthfil Hasif tu...ni mesti tak beri Abg Ikram naik tu...aduiiii
 cantik Cik Camel ...
 Haikal on the horse ride...macam takut je Haikal...
 Norma suka gambar ni...'happy faces'
 Nadhrah and her bff...
 out and about...kids definitely having fun here...
 sesi "Renungan bersama Che Lah."  Haswadi kata, 'best'  alahai rugi Norma tak dapat gi.  "Nanti Che Lah buat lagi ya"
 Sukaneka juga untuk para bapa..."ramai main tipu," kata Haswadi.  Sememangnya begitu...sukaneka untuk suka-suka je. 
 Menang tak kumpulan ni?
 for the kids...ramai betul kanak-kanak Jubail ni...tu bukan semua lagi tu..
 "Tulang belakang" perkhemahan.  Alhamdulillah.  Muka puas hati kerana program berjaya.
Volleyball pun ada...best la IBN SINA Camp ni...

Monday, March 12, 2012

Cuba buat ulangkaji sikit...

Mari kita buat ulangkaji...kalau mana-mana pembaca tegar blog Norma ni boleh recall entri sibuk nak ke desert camp...tentu ingat pasal pesanan yang Norma beri pada abah anak-anak tu.  Ingat lagi??  Nah...mari kita lihat...adakah mereka patuh dengan pesanan ummi tersayang mereka ni::jom::

  • jangan pergi jauh daripada abah = jauh jugak abah kata sebab masing-masing sibuk tunggang kuda dan menaiki ATV (all terrain vehicle) kereta tayar besar khusus utk padang pasir tu di sekeliling kem...abah tak mampu nak monitor...hihihi.
  • solat bila tiba waktu = alhamdulillah...yang lelaki okay...Nadhrah mengaku terlupa beberapa waktu...asyik melinjang la tu rasanya. (melinjang membawa makna melompat sana-sini...aduhhhh)
  • makan on-time = terlebih makan semuanya...macam-macam ada, Alhamdulillah.
  • minum air banyak = "minum bila dahaga je,"  kata Haikal.
  • jangan tinggal apa-apa pakaian atau barang2...nanti cari tak jumpa pulak = Sahih!!  Luthfil tertinggal tuala mandinya...mujur ummi bekalkan tuala mandi IKEA yang berharga SAR11 tu je...tapi sayang juga..alahaiiii
  • baju kotor letak dalam plastik ummi dah bekalkan = Alhamdulillah, abah uruskan...semua sumbat dalam plastik tu...
  • nak makan basuh tangan BERSIH!! = tak sampai hati nak tanya feedback...kira halal aje lah anak-anak ku....abah kata air agak limited di tengah padang pasir tu...huhuhu
  • kalau jumpa apa-apa lubang kat tengah padang pasir tu jangan sentuh atau tengok...lari! = tak ada lubang ponnnnn...
Tapi abahnya bercerita jumpa 'tikus padang pasir"  comel dan jinak katanya....agak-agaknya, ginilah rupa tikus tu ye...comell

::desert rat::  
gambar ihsan google.com

Entri saya yang "2 dalam 1"

Apa khabar?  Semoga pembaca sekelian sihat sejahtera dan mampu lagi meneruskan perjuangan dan kehidupan.

Kali ni nak buat entri "2 dalam 1" ...  alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...  aduii  macam drama pulak statement tu.

Norma just nak kongsi lagi cerita aktiviti rakyat Malaysia di Jubail ni.  Apa dia??  Cerita Desert Camp tak sambung lagi??  ha ah kan...tangguh dulu penghabisan kisah orang pergi berkhemah tu.  Ni ada cerita lain pulak..

Nak uar-uar kan satu program kami yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, InsyaAllah.  Tak yah lah cerita panjang kan...layan iklan percuma tak yah bayar ni...okay..


JOM!!

Friday, March 9, 2012

FACEBOOK @ FESIBUK...

Norma rajin juga ber FB (facebook).  Menggunakan rangkaian FB tersebut untuk tujuan yang positif sahaja...InsyaAllah.  Bila berhubungan dan bertanya khabar rakan-rakan di dalam Facebook..ia seolah-olah 'hidup'...terasa diri berada di dalam 'masyarakat.'  Bukan 'berfesbuk' nak jadi tukang sibuk...nak mengeratkan sillaturrahim saja.

Pelbagai kisah dan cerita boleh diperolehi melalui Facebook ni.  Ada yang positif dan ada yang negatif, terpulang kat kita nak terima macamana.  Tak suka jangan baca atau kalau dah terbaca...biarkan aja...tak yahlah nak melenting tak tentu pasal kan.

Kalau yang baik dan positif tu...memang kita suka sangat nak baca dan tatap.  Tambahan, banyak juga ilmu diperolehi melalui Facebook ni.  Dasarnya terpulang pada penerimaan diri sendirilah.

Yang paling Norma suka layan ceramah USTAZ AZHAR IDRUS ...Ganu kite.  Tapi lebih cantik...kalau boleh UAI boleh kurangkan guna bahasa kasor atau jangan guna langsung bahasa kasor dalam berceramah.  Dok comey aah ustaz...  Hok nawok tu ambe suke sebab topik berat boleh jadi ringan diterima...dan mudoh nok ingak....ke guane Ustaz?

Dr Asri (Minda Tajdid), juga tidak kurang hebatnya.  Suka juga dengar ceramah dia through Youtube...suara lembut dan berhalus je.  Bila dengar tu....nyaman je rasa diri ni.  

Norma juga mendengar kisah Dr Haron Din menceritakan mimpi beliau bertemu Rasulullah SAW...  MasyaAllah..menitik juga airmata ni, terasa betapa kerdil dan jahilnya diri ini.  Mungkin itu kisah dah lama...tetapi Norma baru dengar...tu pun melalui Facebook...kalau tiada orang yang upload video tersebut, mesti Norma tak terdengar kisah itu.  Mujur juga ada Facebook ni kan?

Terkini Ustaz DON DANIYAL yang sangat unik pada pendapat Norma.  Ustaz muda dan masih bujang itu sangat berkeyakinan...ini yang kita cari dari kalangan warga atau generasi muda tatkala ini.  Payah nak jumpa ... 

Selain daripada tu, Norma suka je bila ada yang upload pelbagai motivational quotes baik yang Islamik mahupun yang sekular...yang sekular ni, jika ianya baik dan cantik dan tidak bercanggah dengan Al Quran dan Sunnah, boleh lagi nak diterima...InsyaAllah.  Tapi kalau yang mengarut-ngarut dan tak logik tu...biarkan aje..layaaannnn.

Bila sentuh pasal Facebook ni...Norma masih tak approve ramai lagi yang 'add friend' dalam tu...aduhai, bukan tak nak 'confirm' kan semuanya...yang ada dalam friend list tu pun tak terlayan...ada yang tak pernah pun Norma komen atau respons....kesian pula kan, bukan kita tak endah mereka yang add kita dulu, Norma tetap baca status atau wall...kalau tak sibuk la...tapi tak lah semuanya...yang aktif sahaja yang kerap Norma jenguk. 
Kalau tambah lagi friend list tu...rasa macam menganiaya orang pulak....tak terkejar akak dik nuuunnn.
 
Yang paling ramai sekali dalam friends list Norma tu bekas-bekas pelajar.  Ada yang masih aktif 'menegur' kita...tapi ramai juga yang dah 'tenggelam' dan sunyi sepi...hihihi.  Sibuk agaknya ye?

'KAMBING GILE' pun ada add akak tau...aduiii...takut nak confirm...bila dah tak gile nanti, akak confirm ye.

Thursday, March 8, 2012

ITU NAK CARI...INI PUN NAK CARI

Sebelum orang camping balik dari perkhemahan dan membawa berita-berita menarik nanti, biarlah Norma ceritakan antara aktiviti lain yang berjalan di Jubail ini khusus di kalangan warga Malaysia.

Rasanya dulu-dulu ada entri berkenaan Usrah Mingguan atau sekarang dikenali dengan Kelas Agama Mingguan di Jubail ini.  Sekarang ni masih giat berlangsung, cuma Norma dah lama juga tak hadir sejak bersalin ni.  

Apa yang Norma nak kongsi di sini bukan setakat aktiviti itu sahaja...it goes beyond than that.  Kalau di Malaysia, 'susah' juga Norma dan suami nak ikuti kuliah-kuliah agama seperti ini.  Susah tu bukan bermaksud tiada atau jauh sekali perlu mengeluarkan belanja wang ringgit untuk hadir mana-mana kuliah agama.  Tak susah mana pun.  Hendak atau tidak sahaja...atau terpaksa??

Di Dungun tu merata ceruk surau, madrasah dan masjid mengadakan kuliah dan ceramah acapkali dan ada yang terjadual.  Nak dengan tidak hendak saja.  Personally, sebab utama ialah Norma took all things for granted.  Oleh kerana dah berada di kampung sendiri dengan masyarakat dan persekitaran yang sama dan selesa itu menyebabkan Norma terlepas pandang atau mengambil mudah akan hal-hal sebegitu.  Ada tak ada...menghadiri kuliah-kuliah atau ceramah-ceramah agama yang dilangsungkan di dalam kampus UiTM Dungun bersama-sama dengan para pelajar.  Selain daripada itu apabila dapat bersahabat dengan para Ustaz dan Ustazah di kampus...secara langsung dapat juga menambah ilmu yang mana kurang...Alhamdulillah.

Di Jubail lain, ia sesuatu yang berbeza dan mengapa begitu?  Suasana dan permintaan untuk meneruskan kehidupan di perantauan ini sudah tidak lagi sama dan selesa...tidak seperti di 'kampung' sendiri.  Di sini kita akan tercari-cari apa yang kita perlu lakukan untuk merasa sama dan selesa itu.  Dan juga ianya seperti satu anugerah yang ALLAH berikan sekarang ini...iaitu anugerah 'masa' , 'waktu' dan 'ruang'.  Alhamdulillah.  

Bukanlah nak kata kalau hadir ceramah atau kelas agama sebegini akan membuatkan kita jadi ustaz atau ustazah jauh sekali ulama.  Namun, ianya satu suapan untuk diri sendiri.. untuk merasa puas kerana kita memperolehi sesuatu yang memanfaatkan.  Kenapa kita perlu menidakkan nikmat yang ALLAH beri itu? 

Seperti ungkapan peribahasa lama, "pucuk dicita ulam mendatang."  Dengan wujudnya platform usrah mingguan untuk warga KRMJ di Jubail ini, rasanya rugi jika tidak menghadirinya...  

Tidak semestinya yang alim dan ulamak saja yang boleh hadir.  

Tidak juga hanya untuk 'orang masjid' sahaja.  

Menuntut ilmu agama ni tak kira usia, pangkat, jawatan, status mahupun fahaman politik.  Ianya 'fahaman' ALLAH huRABBI semata-mata...kenapa kita perlu menidakkannya.  Mentelah...ianya percuma sepanjang hayat, InsyaAllah.

Kelas mingguan KRMJ sekarang 'berwajah baru'...kalau dahulu seringkali diadakan di kediaman Presiden KRMJ hampir setiap minggu sejak lebih kurang 3 tahun yang lalu, dan sesekali berubah tempat ke rumah sahabat yang lain.  Sekalung penghargaan buat mantan Presiden KRMJ sekeluarga dan yang terlibat itu...hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasabaik dan budi kalian.

Kuliah masih dikendalikan oleh Ustaz Zaki dan dijalankan pada setiap Rabu malam selepas Isyak di Daawah Center di Jubail Balad...berdekatan dengan International Market tu.  Ianya terbuka kepada semua warga KRMJ...suami dan isteri...anak-anak pun boleh hadir..tapi tak boleh buat bising ye..

Khusyuk...
 
 Sambil-sambil berbincang
 Ukkhuwah itu...
saling bergandingan...
'orang kuat' Kelas Agama KRMJ, AJK Pendidikan ... Haji Abdullah (Che Lah)


**gambar-gambar di atas adalah diambil dari laman FB KRMJ, terima kasih kepada yang upload, Norma copy paste je ye**

SIBUK NAK KE DESERT CAMP...

 
Hari ini 8 Mac...Khamis, weekend di sini.  Rumah bakal sepi dua hari ni...kenapa?  Abah dan anak-anak yg besar gi camping di padang pasir.  Huhuhu....ummi nak sangat join...apakan daya, masih dalam berpantang dan Noorah baru je 35 hari. 

Mereka ke Desert Camp lebih kurang 100km dari Jubail.  Program anjuran KRMJ, kelab kini dan selamanya rakyat Malaysia di sini.  Program tu 2 hari, esok Jumaat baru balik.  Kalau ikut pada agenda program, pelbagai aktiviti untuk semua ibu bapa dan anak-anak yang diaturkan.  Semoga berjalan lancar semuanya.

Kelmarin Norma dah siapkan bekalan yang perlu dibawa...lupa lak nak snap gambar...  Setiap keluarga perlu bawa ayam diperap untuk sesi BBQ malam ni.  Abah beli 2 ekor ayam dan 2kg sotong...so Norma perapkan lah kelmarin petang dan malam.  Pagi ni pula untuk 'pot luck' breakfast, ummi bekalkan Makaroni Bakar.  Walaupun ummi tak pergi perkhemahan, seronok nya sama je dengan orang nak pergi.  Risau pun ada sebab abah perlu jaga 3 orang anak-anak sendiri....tapi seperti biasalah...'jaga' cara abah.  Tu yang buat Norma risau...hihihi.  

Antara pesanan Norma pada anak-anak:
  • jangan pergi jauh daripada abah
  • solat bila tiba waktu
  • makan on-time
  • minum air banyak
  • jangan tinggal apa-apa pakaian atau barang2...nanti cari tak jumpa pulak
  • baju kotor letak dalam plastik ummi dah bekalkan
  • nak makan basuh tangan BERSIH!!
  • kalau jumpa apa-apa lubang kat tengah padang pasir tu jangan sentuh atau tengok...lari!
Dah nama pun ibu/emak kan....pesanan sepanjang hayat rasanya...aduhh...sometimes I feel that I am a 'freak' mom.  And I believe my kids would think of me that way too....euwww...how would you feel to have a  freaky mom?  kesian lak kat budak-budak tu.  

Naaahhh....no worry...a mom gotta to do what a mom gotta do!

Tapi malam tadi Nadhrah buat hal dengan ummi, naik darah juga lah ummi sekejap.  Kita dah sibuk packing baju, tuala dan kelengkapan untuk camping...dia pulak suka-suka hati pilih baju yang tak sesuai untuk duduk tengah padang pasir di musim sejuk-sejuk ni.  Di suruh bawa baju yang tebal dan labuh untuk tahan cuaca sejuk tu...tak mahu...merungut itu ini.  Ummi geram sangat kat Nadhrah...padahal ada 2 -3 helai baju baru tak dipakai lagi sebab beli untuk musim sejuk...dia yang pilih, tapi tak pernah pakai.  Asyik-asyik baju lama, t-shirt lengan pendek dan baju basahan di rumah yang nak dibawanya...sabar aje lah.
Tapi pagi ni Alhamdulillah, bila Norma kejutkan bangun, sekali panggil aje terus bangun...tak tahulah samada Nadhrah rasa bersalah atau panggilan manja ummi pagi tadi sebab kasihan kat dia lepas kena marah malam tadi.  

Sebelum pergi tadi Nadhrah salam dan cium tangan ummi dan terus nak lari...ummi tarik balik tangan dia dan peluk cium...hati ibu...marah sekali pun...tak sampai mana.  Doakan mereka semua selamat dan bergembira di Desert Camp tu.

Sunday, March 4, 2012

THIS AND THAT...

What has been going on since...

I found a few sticky gift wraps in a few stores around Jubail town.  The prints are cute and English-like.  Figured what to do with it...browsed and googled for stuffs, and I found these 'bunting' craft...  Took some dimensions, measured, cut...and
 
 Attach it at the ribbon...
 
 wallah....can also be hanged at the door or window, or wherever necessary...


 someone was having pancakes for breakie...


 
 what did I do with the other wraps I bought??  Decorating the dressers (photos above)...this one was before Noorah was born.  We bought two second-hand dressers at Kharaj (the 2-nd hand 'gallery') at Dammam for a very reasonable price!!  The photo below shows the dressers that we bought for SR180 only!!  Alhamdulillah.  We got it cleaned, wiped out dust and stains and fixed the inner drawers with some gift wraps.  Aren't they nice...and a little bit of the 'English' touch. 
 

What is with the bird-cage??  While I was searching for the dressers, I came across this rusty bird cage in one of the shops. The guy was asking for a SR50.  We finally got it for SR25 .. a well worth bargain right.  We sprayed and later painted it white...again a little bit of the English touch here...
 Look at that...looks brand new...



Thursday, March 1, 2012

A LIFE ABOUT US...

Two days ago Nadhrah, my 9-year old daughter gave me a poem she has written a few days back.  Only now that I have the time to share it in this blog.  Pardon her grammatical error as I did not even correct any of the mistake I found in her writing...I wanted it to be pure and genuine...here it goes:

A life about us
One day we could tell what we know about our life
Life could be easy or hard just do what you start.
You feel your life in the easy, but it could be hard.
You've become a twinkle shiny stars.
On the way it could change.
And do what it say.
You had a beautiful day.
                                                      And thats the end.

I do not know what she has had in her mind, and I never wanted to ask at this moment.  One day I'll share what she meant :-)