Thursday, March 8, 2012

ITU NAK CARI...INI PUN NAK CARI

Sebelum orang camping balik dari perkhemahan dan membawa berita-berita menarik nanti, biarlah Norma ceritakan antara aktiviti lain yang berjalan di Jubail ini khusus di kalangan warga Malaysia.

Rasanya dulu-dulu ada entri berkenaan Usrah Mingguan atau sekarang dikenali dengan Kelas Agama Mingguan di Jubail ini.  Sekarang ni masih giat berlangsung, cuma Norma dah lama juga tak hadir sejak bersalin ni.  

Apa yang Norma nak kongsi di sini bukan setakat aktiviti itu sahaja...it goes beyond than that.  Kalau di Malaysia, 'susah' juga Norma dan suami nak ikuti kuliah-kuliah agama seperti ini.  Susah tu bukan bermaksud tiada atau jauh sekali perlu mengeluarkan belanja wang ringgit untuk hadir mana-mana kuliah agama.  Tak susah mana pun.  Hendak atau tidak sahaja...atau terpaksa??

Di Dungun tu merata ceruk surau, madrasah dan masjid mengadakan kuliah dan ceramah acapkali dan ada yang terjadual.  Nak dengan tidak hendak saja.  Personally, sebab utama ialah Norma took all things for granted.  Oleh kerana dah berada di kampung sendiri dengan masyarakat dan persekitaran yang sama dan selesa itu menyebabkan Norma terlepas pandang atau mengambil mudah akan hal-hal sebegitu.  Ada tak ada...menghadiri kuliah-kuliah atau ceramah-ceramah agama yang dilangsungkan di dalam kampus UiTM Dungun bersama-sama dengan para pelajar.  Selain daripada itu apabila dapat bersahabat dengan para Ustaz dan Ustazah di kampus...secara langsung dapat juga menambah ilmu yang mana kurang...Alhamdulillah.

Di Jubail lain, ia sesuatu yang berbeza dan mengapa begitu?  Suasana dan permintaan untuk meneruskan kehidupan di perantauan ini sudah tidak lagi sama dan selesa...tidak seperti di 'kampung' sendiri.  Di sini kita akan tercari-cari apa yang kita perlu lakukan untuk merasa sama dan selesa itu.  Dan juga ianya seperti satu anugerah yang ALLAH berikan sekarang ini...iaitu anugerah 'masa' , 'waktu' dan 'ruang'.  Alhamdulillah.  

Bukanlah nak kata kalau hadir ceramah atau kelas agama sebegini akan membuatkan kita jadi ustaz atau ustazah jauh sekali ulama.  Namun, ianya satu suapan untuk diri sendiri.. untuk merasa puas kerana kita memperolehi sesuatu yang memanfaatkan.  Kenapa kita perlu menidakkan nikmat yang ALLAH beri itu? 

Seperti ungkapan peribahasa lama, "pucuk dicita ulam mendatang."  Dengan wujudnya platform usrah mingguan untuk warga KRMJ di Jubail ini, rasanya rugi jika tidak menghadirinya...  

Tidak semestinya yang alim dan ulamak saja yang boleh hadir.  

Tidak juga hanya untuk 'orang masjid' sahaja.  

Menuntut ilmu agama ni tak kira usia, pangkat, jawatan, status mahupun fahaman politik.  Ianya 'fahaman' ALLAH huRABBI semata-mata...kenapa kita perlu menidakkannya.  Mentelah...ianya percuma sepanjang hayat, InsyaAllah.

Kelas mingguan KRMJ sekarang 'berwajah baru'...kalau dahulu seringkali diadakan di kediaman Presiden KRMJ hampir setiap minggu sejak lebih kurang 3 tahun yang lalu, dan sesekali berubah tempat ke rumah sahabat yang lain.  Sekalung penghargaan buat mantan Presiden KRMJ sekeluarga dan yang terlibat itu...hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasabaik dan budi kalian.

Kuliah masih dikendalikan oleh Ustaz Zaki dan dijalankan pada setiap Rabu malam selepas Isyak di Daawah Center di Jubail Balad...berdekatan dengan International Market tu.  Ianya terbuka kepada semua warga KRMJ...suami dan isteri...anak-anak pun boleh hadir..tapi tak boleh buat bising ye..

Khusyuk...
 
 Sambil-sambil berbincang
 Ukkhuwah itu...
saling bergandingan...
'orang kuat' Kelas Agama KRMJ, AJK Pendidikan ... Haji Abdullah (Che Lah)


**gambar-gambar di atas adalah diambil dari laman FB KRMJ, terima kasih kepada yang upload, Norma copy paste je ye**

0 comments: