Norma rajin juga ber FB (facebook). Menggunakan rangkaian FB tersebut untuk tujuan yang positif sahaja...InsyaAllah. Bila berhubungan dan bertanya khabar rakan-rakan di dalam Facebook..ia seolah-olah 'hidup'...terasa diri berada di dalam 'masyarakat.' Bukan 'berfesbuk' nak jadi tukang sibuk...nak mengeratkan sillaturrahim saja.
Pelbagai kisah dan cerita boleh diperolehi melalui Facebook ni. Ada yang positif dan ada yang negatif, terpulang kat kita nak terima macamana. Tak suka jangan baca atau kalau dah terbaca...biarkan aja...tak yahlah nak melenting tak tentu pasal kan.
Kalau yang baik dan positif tu...memang kita suka sangat nak baca dan tatap. Tambahan, banyak juga ilmu diperolehi melalui Facebook ni. Dasarnya terpulang pada penerimaan diri sendirilah.
Yang paling Norma suka layan ceramah USTAZ AZHAR IDRUS ...Ganu kite. Tapi lebih cantik...kalau boleh UAI boleh kurangkan guna bahasa kasor atau jangan guna langsung bahasa kasor dalam berceramah. Dok comey aah ustaz... Hok nawok tu ambe suke sebab topik berat boleh jadi ringan diterima...dan mudoh nok ingak....ke guane Ustaz?
Dr Asri (Minda Tajdid), juga tidak kurang hebatnya. Suka juga dengar ceramah dia through Youtube...suara lembut dan berhalus je. Bila dengar tu....nyaman je rasa diri ni.
Norma juga mendengar kisah Dr Haron Din menceritakan mimpi beliau bertemu Rasulullah SAW... MasyaAllah..menitik juga airmata ni, terasa betapa kerdil dan jahilnya diri ini. Mungkin itu kisah dah lama...tetapi Norma baru dengar...tu pun melalui Facebook...kalau tiada orang yang upload video tersebut, mesti Norma tak terdengar kisah itu. Mujur juga ada Facebook ni kan?
Terkini Ustaz DON DANIYAL yang sangat unik pada pendapat Norma. Ustaz muda dan masih bujang itu sangat berkeyakinan...ini yang kita cari dari kalangan warga atau generasi muda tatkala ini. Payah nak jumpa ...
Selain daripada tu, Norma suka je bila ada yang upload pelbagai motivational quotes baik yang Islamik mahupun yang sekular...yang sekular ni, jika ianya baik dan cantik dan tidak bercanggah dengan Al Quran dan Sunnah, boleh lagi nak diterima...InsyaAllah. Tapi kalau yang mengarut-ngarut dan tak logik tu...biarkan aje..layaaannnn.
Bila sentuh pasal Facebook ni...Norma masih tak approve ramai lagi yang 'add friend' dalam tu...aduhai, bukan tak nak 'confirm' kan semuanya...yang ada dalam friend list tu pun tak terlayan...ada yang tak pernah pun Norma komen atau respons....kesian pula kan, bukan kita tak endah mereka yang add kita dulu, Norma tetap baca status atau wall...kalau tak sibuk la...tapi tak lah semuanya...yang aktif sahaja yang kerap Norma jenguk.
Kalau tambah lagi friend list tu...rasa macam menganiaya orang pulak....tak terkejar akak dik nuuunnn.
Yang paling ramai sekali dalam friends list Norma tu bekas-bekas pelajar. Ada yang masih aktif 'menegur' kita...tapi ramai juga yang dah 'tenggelam' dan sunyi sepi...hihihi. Sibuk agaknya ye?
'KAMBING GILE' pun ada add akak tau...aduiii...takut nak confirm...bila dah tak gile nanti, akak confirm ye.
0 comments:
Post a Comment