Thursday, March 8, 2012

SIBUK NAK KE DESERT CAMP...

 
Hari ini 8 Mac...Khamis, weekend di sini.  Rumah bakal sepi dua hari ni...kenapa?  Abah dan anak-anak yg besar gi camping di padang pasir.  Huhuhu....ummi nak sangat join...apakan daya, masih dalam berpantang dan Noorah baru je 35 hari. 

Mereka ke Desert Camp lebih kurang 100km dari Jubail.  Program anjuran KRMJ, kelab kini dan selamanya rakyat Malaysia di sini.  Program tu 2 hari, esok Jumaat baru balik.  Kalau ikut pada agenda program, pelbagai aktiviti untuk semua ibu bapa dan anak-anak yang diaturkan.  Semoga berjalan lancar semuanya.

Kelmarin Norma dah siapkan bekalan yang perlu dibawa...lupa lak nak snap gambar...  Setiap keluarga perlu bawa ayam diperap untuk sesi BBQ malam ni.  Abah beli 2 ekor ayam dan 2kg sotong...so Norma perapkan lah kelmarin petang dan malam.  Pagi ni pula untuk 'pot luck' breakfast, ummi bekalkan Makaroni Bakar.  Walaupun ummi tak pergi perkhemahan, seronok nya sama je dengan orang nak pergi.  Risau pun ada sebab abah perlu jaga 3 orang anak-anak sendiri....tapi seperti biasalah...'jaga' cara abah.  Tu yang buat Norma risau...hihihi.  

Antara pesanan Norma pada anak-anak:
  • jangan pergi jauh daripada abah
  • solat bila tiba waktu
  • makan on-time
  • minum air banyak
  • jangan tinggal apa-apa pakaian atau barang2...nanti cari tak jumpa pulak
  • baju kotor letak dalam plastik ummi dah bekalkan
  • nak makan basuh tangan BERSIH!!
  • kalau jumpa apa-apa lubang kat tengah padang pasir tu jangan sentuh atau tengok...lari!
Dah nama pun ibu/emak kan....pesanan sepanjang hayat rasanya...aduhh...sometimes I feel that I am a 'freak' mom.  And I believe my kids would think of me that way too....euwww...how would you feel to have a  freaky mom?  kesian lak kat budak-budak tu.  

Naaahhh....no worry...a mom gotta to do what a mom gotta do!

Tapi malam tadi Nadhrah buat hal dengan ummi, naik darah juga lah ummi sekejap.  Kita dah sibuk packing baju, tuala dan kelengkapan untuk camping...dia pulak suka-suka hati pilih baju yang tak sesuai untuk duduk tengah padang pasir di musim sejuk-sejuk ni.  Di suruh bawa baju yang tebal dan labuh untuk tahan cuaca sejuk tu...tak mahu...merungut itu ini.  Ummi geram sangat kat Nadhrah...padahal ada 2 -3 helai baju baru tak dipakai lagi sebab beli untuk musim sejuk...dia yang pilih, tapi tak pernah pakai.  Asyik-asyik baju lama, t-shirt lengan pendek dan baju basahan di rumah yang nak dibawanya...sabar aje lah.
Tapi pagi ni Alhamdulillah, bila Norma kejutkan bangun, sekali panggil aje terus bangun...tak tahulah samada Nadhrah rasa bersalah atau panggilan manja ummi pagi tadi sebab kasihan kat dia lepas kena marah malam tadi.  

Sebelum pergi tadi Nadhrah salam dan cium tangan ummi dan terus nak lari...ummi tarik balik tangan dia dan peluk cium...hati ibu...marah sekali pun...tak sampai mana.  Doakan mereka semua selamat dan bergembira di Desert Camp tu.

0 comments: