Saturday, April 28, 2012

ANOTHER BIRTHDAY...IT'S HADEED'S DAY!

Today (Friday, April 27) is Hadeed's 2nd birthday and yes we share the same birthday month...in fact just a few days apart.  Actually, we did not exactly have a plan for his birthday party ...still we had a 'party' :-) 

Remember I wrote in the earlier entry..we were supposed to be at a friend's house for a lunch on Friday afternoon.  Unfortunately, Nadiyah sent me a message yesterday saying that she had to cancel off the invitation because her daughter was ill and needed to visit the hospital a few times today (Friday) for her asthma treatment. 

We were left clueless as of what to do with Hadeed's birthday that falls today (Friday) ... we only planned to bring a cake over Nadiyah's house and celebrated it there...I felt that it would be nice to bring over a homemade cake for the lunch...since she has canceled off the lunch event, we had a change of plan.

This morning, buat jugalah chocolate cake purposely for Hadeed's unplanned party (and this morning still tak ada idea apa nak buat dengan cake tu...hihihi).

After the Jumaat prayer, I suggested to Haswadi that we have a picnic at the park and we'll bring the choc cake along.  Tapi tak syok la satu family kami je...so I asked Haswadi if I can call up a few friends yang nearby our house (sector) to join.  Haswadi said yes.  So the plan begins and by 2.30 p.m just now...we started calling a few friends already.  Tapi takkan cake sebijik je kan...so we bought one big barrel of KFC, McDonald's Happy Meal for the kids and some cheese burgers. 

All of a sudden a party was organised ..  call sana, call sini...Alhamdulillah, terima kasih ye pada teman-teman yang sudi hadir ala 'bidan terjun' ke majlis mini Hadeed tadi.  Sempat juga ada yang membawa pizza, drinks dan snacks for the kids...Alhamdulillah, terima kasih.  

Selamat harijadi Hadeed..ummi doakan agar Hadeed membesar menjadi anak yang soleh, yang sayang dan kasih kepada ibubapa, adik beradik dan semua. Comellah Hadeed nih :-D
 Hadeed and abang Haikal...walaupun Haikal suka menyakat Hadeed, tapi kalau nak bermain cari abang Haikal gak
 Ala kadar je sambutannya...semuanya main terjah...hihihi


 Hadeed and the girls...Nya, Nadhrah dan Aminah
 Ummi dan teman yang berjaya dijemput mengejut...hihih...jangan serik tau...
 Bapa-bapa yang memeriahkan mini party Hadeed...





Thursday, April 26, 2012

BIRTHDAY DINNER...

Haswadi took me out for a birthday dinner last Monday.  He bought the kids two large Domino's Pizza on the way back from work that afternoon...as an exchange for taking ummi out for dinner that night.  Kebetulan Monday is the 'Buy 1 Free 1' pizza at Domino's.  I accidentally ate one slice of the pizza and I was so much full already.  All I wanted was a good dessert I said to Haswadi.  

However, we ended up ordering these... I would say nice foods at the Red Dragon Restaurant.
 Hong Kong Seafood Noodles for Haswadi
 Mine was just a Shrimp Wanton Soup
 Mouth-watering Pineapple Toffee Caramel and Vanilla Ice Cream with Almond Nut...sedap, Alhamdulillah
Actually ada satu lagi dessert kami makan, Lychee with Ice Cream...MasyaAllah sedap, tak ada gambar sebab dah habis awal-awal lagi...hihihi.
Lutfiah Noorah the lucky one...Ummi pasti bawa Noorah ke mana-mana tauuuu

Campur sekali dengan Chinese Tea dan Saudi 'Champagne'. (actually a ginger ale served with slices of green apple and slices of lemon)..total makanan di atas  SAR160.00!!!  Apakah???  kikikikkkk

Tuesday, April 24, 2012

I AM 38 ...

Syukur Alhamdulillah, kelmarin 23 April 2012, genap usia Norma 38 tahun...  Tapi apasal tak rasa umur ni meningkat-ningkat ye...hihihi.  Sentiasa aje rasa masih 20-an...wakakaka...  Serius, sejak-sejak umur dah lewat 30-an ni, makin kuat pulak rasa muda remaja lagi, padahal anak dah 5 orang...bila nengokkan Haswadi...lagi rasa muda kembali..hihihi

Tapi tak apalah ... usia itu sekadar nombor sahaja.  Tua atau muda...itu ciptaan ALLAH yang Maha Pemurah.  Mati itu pasti...tak kira pada usia mana sekalipun.  Yang pasti Norma bersyukur kerana sentiasa mengingatkan diri ini terhadap janji ALLAH yang pasti tiba itu...

Tak mahu emosi sangatlah di hari jadi ni...nak yang happy-happy je.


"Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku, agar lebih lama dapat ku mentaati MU. Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiakau.  Jadikanlah cahaya MU yang bersinar menyinari jalanku.  Rehatku adalah rantaian zikir, rantai yang ku kalungkan pada leherku.  Sebagai tanda cintaku pada MU.
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku, mencari haruman Syurga ciptaanMU...tempat rehat dan nikmat abadi.
Ya ALLAH, jika tika ini Kau mengambil nyawaku, izinkan ku pergi dalam keimanan dan bertakwa kepadaMU
Amin, Ya Rabbalalamin.

Kelmarin giliran rumah Norma untuk lokasi kelas mengaji, Alhamdulillah...mengisi hari ulangtahun dengan amat bermakna tahun ini, semoga ALLAH memberkati amalan kami, amin.

Saturday, April 21, 2012

TAK ADA GAMBAR LA...CERITA AJE...

Hari ni nak menulis kisah apa la pulak kan?

Minggu ni Norma agak busy juga...ada pelbagai agenda dan tugasan persatuan.  Bila keadaan sibuk sikit dari biasa, Norma temui kekuatan...ya Norma pesen tak boleh duduk diam...jadi lemah longlai, bosan dan bosan...hehehe. 

So bila ada benda nak dibuat yang memerlukan bergerak aktif, suka aje...tapi kena mengikut keadaan juga...terutama jika boleh buat kerja itu ini tanpa mengabaikan Noorah, Hadeed dan yang lain-lain. 

Sekarang ni Jumanisaa (persatuan ibu2 di Jubail) sibuk dengan perancangan aktiviti HARI KRMJ yang bakal menjelang bulan Mei nanti.  Ianya event besar tahunan yang biasa diadakan. Kali ni pihak KRMJ akan menjemput pihak kedutaan sekali lagi...  Dato' Duta Syed Omar tu memang suka sangatlah datang menjenguk kami di Jubail ni.  Kami di sini pun suka je menjemput Dato' dan mengajak Dato' bersama-sama memeriahkan majlis kami. Mungkin kita akan minta Dato' Duta memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada warga Malaysia di Jubail yang baru bekerja di sini dan boleh bersoal jawab berkaitan 'surviving' di Saudi.

Agenda program perlu disesuaikan untuk semua golongan.  Aktiviti anak-anak biasanya menjadi tumpuan. Dan ada juga untuk warga KRMJ, ibu-ibu dan bapa-bapa.

Kita juga akan adakan Taklimat2 dari pihak Kedutaan, kali ni Haswadi kata nak memperkenalkan TALENTCORP...apa tu?  Google je ye...heheh.  Nak tahu lebih lanjut kena hadirlah Hari KRMJ nanti ya...

Kita juga bercadang  nak buat Forum di sesi malam, dengan menjemput seorang individu yang semakin popular di Saudi ni...tapi warga Malaysia kita...siapa?  InsyaAllah...tungguuuuu

Sukaneka untuk remaja dan ibu, remaja dan bapa juga ada dirancang...tu semua tanggungjawab Jumanisaa.  Sebagai Setiausaha persatuan....macam berat gak kerja makkk...nak pastikan semua terancang rapi...kikikikkk.  Alhamdulillah, Norma ramai sahabat-sahabat yang baik hati dan ringan tulang membantu...InsyaAllah.  Demi menghiburkan dan menceriakan hati warga Malaysia di Jubail ini, itu harapannya..amin.

Bila kita berpersatuan samada menjadi AJK atau ahli biasa, memberikan kita satu 'sense of belonging'...makanya kita akan rasa diri kita diperlukan dan memerlukan...unless 'katak bawah tempurung'. Namun begitu, bila kita berada di dalam satu kelompok yang bermasyarakat...aktiviti sosial sebegini memberikan satu kebahagiaan di hati dan pada yang berkeluarga dan ada isteri dan anak-anak di sini...kita dapat juga menceriakan mereka.  Bagi yang berstatus 'bujang' di Jubail ini, inilah masanya dapat berkumpul sesama warga Malaysia dan berkongsi-kongsi pengalaman dan maklumat berkaitan kerja dan sebagainya.
Tahu ajelah menetap di Saudi ini, banyak kekangan dan halangan...kita tidak bebas ke sana ke mari dan berjumpa teman-teman kerapkali. 

Semoga KRMJ dan Jumanisaa di Jubail bergerak maju ke hadapan dan dipermudahkan segala urusan, demi kebaikan bersama, amin.

Selain menguruskan hal persatuan, Norma pun akan mulakan kembali aktiviti mingguan Norma, kelas mengaji Al Quran...dah ditinggalkan sejak bersalin tempohari, Alhamdulillah.  Dah berani bawa Noorah naik teksi ke tempat mengaji...hihihi.  Mujur ada driver yang dikenali dan baik budi, Alhamdulillah.

Minggu ni juga ada 2 orang rakan India Norma, Salma dan Merlin...nak datang rumah katanya.  Nak jumpa Noorah.  Salma Raheem ni dulu menetap di Jubail, sekarang menetap di UK, tetapi datang melawat adiknya di Jubail...so nak jumpa sesangat ni.  Kalau pembaca tetap blog ni...mesti dah kenal Merlin...so tak yah cerita la...yang tak tahu...kena godek blog ni cari ye...hihihi.

Jumaat hujung minggu nanti, ada jemputan makan tengahari pula...rakan dari South Africa...haaa yang ni belum sempat diperkenalkan lagi dengan pembaca blog ni...nanti akak story okay...

Saturday, April 14, 2012

LITTLE THINGS TO PONDER...



Life is a journey...not a destination.  So keep moving..ALLAH is always there where ever you are.

Love what you are doing, treasure those you dislike...thankful to ALLAH for everything.

With ALLAH's blessing, a work is completed with courage and determination.

Ask ALLAH for forgiveness day and night for ALLAH listens to your prayer all the time.

-Anonymous- 

Thursday, April 12, 2012

SLEEPLESS NIGHT IN JUBAIL..

Tonight is just one of the sleepless nights that I undergo. It seems that something is bothering me for the past couple of days. 

So what did I do to kill the time I am sparing tonight...well...it is just an hour past midnight...and all I wanted to do is SCONES...

Yes the scone...the traditional British quick bread.  The scones call for a very simple recipe that have triggered me to try making it.  I guess I have had too much of Paula Deen and Martha Stewart...duhh..

I have tried it once a few months back...and now I am baking it again.  Just love the simplest method and with the littlest ingredients..

I started out at this hour

 Then grabbing all items from the fridge...the kitchen cabinets and drawers...incorporating all into this...
 Slowly and softly kneaded the dough...
 Pat..cut and sprinkle icing sugar on top of each scone...
 Putting it in the oven at this hour....
 Wallah...Alhamdulillah...done
 Look at how delicate and fluffy the scone is.  The way to enjoy it is while it is still warm...
 Cleared everything in the kitchen at this hour...and just how fast it was...bet Nigella Lawson could not have done that...hihihi
I am eating the warm and soft freshly baked scones while writing this down. 

Sunday, April 8, 2012

A ROUTINE...

Gambar dipetik dari www.zazzle.com
Jam menunjukkan jam 10.15 pagi.  Baru je selesai menanak nasi dan lauk pauk.  Wah ... awalnya masak.  Selalu, di rumah ni lunch and everything will only be ready by 12 or 1 o'clock.  Norma suka masakan 'fresh' bila dihidangkan pada anak-anak bila balik sekolah jam 2 petang nanti.  So sementara tu, 'mengonyel' la apa yang patut ada kat dapur tu.

Hari ni masak awal sikit, abah kata nak balik tengahari ni...so I want him to have his lunch at home.  Abah jarang sekali balik for lunch walaupun tempat kerja tak jauh mana...dalam 15 minit je sampai.  Tapi hari ni abah perlu balik sekejap untuk belikan diapers Noorah yang tinggal 3 keping tu je...adoii, ni gara-gara terlupa nak beli kelmarin.  Ummi dah pesan jam 5 petang kelmarin...diapers Noorah tinggal sikit.  Abah kata okay, sebelum keluar meeting persatuan KRMJ nak beli dulu...tup-tup terlupa bagai.  Baru je 5 orang anak kita bang, cepat lupa dah ke??

Lauk simple je...makanan kegemaran abah...'singgang' ikan.  Goreng ikan tenggiri dan buat sayur campur...sambal tumis kelmarin ada lagi, so sedaplah tu nanti makan hari ni..hihihi.  'Speed' memasak sekarang ni perlu di kelajuan yang maksima...impak maksima gitu.  

Bila Noorah dapat lena waktu pagi selepas mandi dan susukan dia...ummi bergegas masuk 'ofis'...kerja perlu pantas...kalau Noorah dah terjaga, jadi lambat semua kerja.  Sekarang ni nak masak beria-ia sangat tak mampu lagi...tunggu Noorah dah cerdik sedikit dan tak menangis kalau dibiarkan sendiri.  Sekarang ni...kalau dia terjaga, nak melekap saja..payah jugalah ummi nak bergerak sana-sini.

Itu je ke cerita purpleheart kali ni?? hehehe.  Sebenarnya nak kongsi banyak lagi...sedang mencari mood lah ni. 

Kita minum dulu!!!

THIS n THAT...

Terhenti buat seketika coretan dek melayan Noorah yang 'pe-el' beberapa hari lalu.  Kalau 'pe-el' nya datang tu, waktu malam memang ummi tak boleh berenggang daripada dia, so nak menulis ni susahlah sikit.  
Alhamdulillah, tadi ummi tidurkan dia awal...sebenarnya nak cuba ubah tabiat tidur Noorah.  Dia sanggup berjaga daripada siang hari sehinggalah jam 12 atau 1 pagi setiap hari.  Hanya tidur dalam 4 - 5 jam sahaja selepas itu dan akan bangun semula jam 5 - 6 pagi waktu ummi sibuk nak urus abang kakak ke sekolah...aduhai.  Malam tadi, by 9.30 malam dia dah lelap ... ummi pun terus terlelap.  Tapi ummi terjaga semula jam 1 pagi sebab teringat tak buat lagi bancuhan 'pancake' untuk sarapan dan bekalan anak-anak pagi ni.  Bila dah terjaga, buat itu  ini...mata jadi segar bugar.  Alhamdulillah, Noorah masih tidur lagi tu.  Dapatlah ummi berkarya...cewahhh...

Apa aja yang dibuat minggu ini ya.  Kisah Riyadh habis sudah...hehehe.

Layan aje lah aktiviti anak-anak dan abah anak aje la ...

 Noorah...sebelum dan selepas dicukur rambutnya.  Sayang melihatkan rambut yang lebat tu..
 Noorah dan abang kakak.  Abang Luthfil memang tiada masalah diminta tolong jaga Noorah, ummi je yang risau selalu.  Alhamdulillah bolehlah nak tolong tengokkan sekejap-sekejap.
 Anak-anak memang seronok kalau dapat membonceng Harley abah.  Oleh kerana anak ramai...kenalah tunggu giliran untuk dibawa pusing-pusing Ferdous Sector ni.  Weekend baru ni, barulah Hadeed dapat merasa naik Harley...suka bukan main lagi....vroomm vroomm katanya.  Ummi seperti biasa, muka tak berapa seronok nak lepas Hadeed duduk dalam carrier di belakang abah tu.
I am all dressed up for a party....wahhh...kecit-kecit dah pandai nak gi party ye Noorah...

Tuesday, April 3, 2012

KERANA TERPAKSA...aku...

Dalam kehidupan ni, jika kita melakukan sesuatu dengan redha dan ikhlas...InsyaAllah apa saja yang kita usahakan atau lakukan itu akan mendapat keberkatan dari ALLAH SWT..

Tetapi sesekali kita terfikir jika keadaan membuatkan kita TERPAKSA melakukan sesuatu itu...adakah ALLAH SWT akan menerima atau memberkati sesuatu yang kita usahakan di dalam keadaan terpaksa?? 

Sesuatu yang kita perlu renung-renung dan fikir-fikir atau mungkin kita boleh bertanya dengan yang arif...wallahuallam.

Tapi di bawah ini nak kongsi lah dengan pembaca blog 'hati ungu' ini sesuatu yang dilakukan oleh penulis blog ini dalam keadaan TERPAKSA...


Nahhhh...amikkk.  Haswadi suruh sesangat Norma membeli sesuatu untuk diri sendiri semasa ke Riyadh...apa lagi...barangan tertera di atas lah yang menarik perhatian di DANUBE, Hayat Mall.  Comel kan??  Ke tak? hihihi...kebetulan ada terjual di DANUBE tu...dah lah Norma memang berkenan gaya ala-ala English...aduiii...  Apa bendanya yang dibeli dalam PAKSAAN tu??

  1. meja sudut bulat JARDIN de Ville= SAR220
  2. pasu enamel 'rose-painted' = SAR65
  3. wooden flower container JARDIN de Ville = SAR45
  4. dulang JARDIN de Ville = SAR35
  5. enamel tin BISCUITS = SAR57.00 (asal)  diskaun dapat SAR27.50, so beli 2 biji tin tu.
Ada banyak lagi item JARDIN de Ville ala-ala English style tu, memang rambang mata melihatnya...tetapi sabar bebanyak...jangan membazir tak tentu hala...rumah  kecil je..nak letak mana barang-barang tu kalau beli bebanyak....sabar...sabar.

"Alhamdulillah, terima kasih abang, kerana belanja saya, saya TERPAKSA juga membeli, bukan apa ... untuk sedapkan hati abang.  Nanti kalau tak beli, abang merajuk...kata duit abang tak laku dengan saya..."

"Semoga ALLAH SWT merahmati suami tercintaku, memelihara kesihatan beliau dengan baik, lebih beriman kepadaMU Ya ALLAH, memudahkan urusan pekerjaan beliau, memurahkan rezeki dan menambahkan rasa cinta dan sayang kepada anak-anak dan saya, amin"

Tanya Nadhrah, "JARDIN tu apa Rah?" 
"JARDIN tu Garden...ummi, bahasa French..."  jawab Nadhrah.  Alhamdulillah...pandai anak ummi, bagus juga belajar French di sekolah ye...boleh bantu ummi translate bahasa... :-D

Monday, April 2, 2012

TIPAH hampir TERTIPU


Masih berkisar kisah di Riyadh... hai tak habis lagi cerita ke? 
Ada sikit lagi...ni nak kongsi kisah hampir TERTIPU dengan JUALAN atau SALE!!!!!!!!!!!!!!

Amboiiiii banyak nya  exclamation mark!

Mana taknya...Norma hampir tertipu apabila membeli-belah di Riyadh tempohari.  SubhanAllah...agaknya berapa kali dah Norma atau sesiapa saja yang biasa ditipu/tertipu dengan 'pujukan' SALE atau DISKAUN di kedai-kedai.

Pada hari terakhir nak kembali ke Jubail...Isnin pagi tu...Haswadi dengan murah hati MEMAKSA Norma SHOPPING...  MasyaAllah baiknya hati suami Norma...YA...Haswadi memang baik hati.  Sampai terpaksa MEMAKSA isteri tercintanya SHOPPING... :-D

Seriously, Norma dah bagi tahu dia, Norma tak ada apa nak dibeli.  Cuma nak beli beberapa tin MILO yang Norma lihat di DANUBE Hypermarket di dalam HAYAT MALL (sesiapa ke Riyadh...tolooooonglah singgah ke HAYAT MALL nih...happening tau...macam-macam ada, kalah Rashid Mall atau Dhahran Mall kat Khobar tu...).  So pagi Isnin setelah check out daripada Taleen Apartment kami ke HAYAT MALL.  

Setelah kami makan 'brunch' di situ Norma pun meneruskan misi SHOPPING...  Tapi seperti biasa yang nak dibeli kebiasaannya bukan barang sendiri.  Asyik-asyik beli barang anak-anak atau barang-barang rumah. 

So masuklah satu kedai pakaian kanak-kanak OKAIDI yang menjual pakaian jenama OBAIBI dari France.  Ada SALE 20%  up to 50%.  Asalnya nak cari head-band Noorah...  Belek-punya belek ...berkenan kat sehelai T-shirt Hadeed dan satu romper/jumpsuit Noorah.

T-Shirt Hadeed tu harganya SAR45 ada diskaun 20%  = SAR36
Romper Noorah tu SAR75 ada diskaun 30% = SAR52.50
Jumlah sepatutnya SAR88.50

To cut the story short, selepas membayar, total yang cashier bagi tahu, SAR111.00.  Aikkkk???  Lain macam je bunyi harga tu... kedua-dua barang bawah SAR100 dan ada diskaun lagi...apasal total lebih SAR100 nih???  Selepas membayar, Norma tunggu nak tengok resit.  Pada harga baju Noorah tu masih kekal SAR75.00!!!

"Sir, this baby romper has 30% discount on it, it was written on the orange tag attached to the romper, why is it still SAR75??"  Norma tanya terus pada cashier tu.  Dengan nada teragak-agak pemuda India dan pembantunya pemuda Filipina, mereka menjawab... "Sorry maam, there was a mistake...the dress is not on SALE."  Apakah???

Norma masih argue lagi dengan mereka, kenapa masih letak tag diskaun tu?  Kenapa tadi masa Norma tanya baju-baju di situ, kamu kata yang bertag oren tu semua ada sale???  Haru betul lah kedai ni!  Ni macam gaya nak menipu pelanggan.

Cuba bayangkan kalau pembeli yang dah happy sangat ambil barang yang ada diskaun dan kemudian tidak peka dengan apa yang dibayarnya...mesti senang kena tipu.  Mana taknya, selepas membayar selalunya kita berlalu pergi sebab happy dah dapat apa yang kita nak tu...Nak-nak kalau ramai pelanggan berpusu-pusu kononnya nak rebut peluang diskaun...mesti kita tak semak resit belian tu kan??

Since mereka masih tak memberi harga diskaun seperti tertera di baju tu, Norma pulangkan semula baju dan minta kembali wang... Norma bagi tahu kat mereka "I only buy if it is at the discount price tagged, so I want to have my money back, I am so sorry"  geram juga rasa hati...

Sebenarnya boleh aja nak beli romper tu, tapi kenangkan tertipu serupa itu, pendam je hasrat nak beli romper kaler light purple tu...comel sangat..tak apalah Noorah, nanti ummi cari yang lain ye...

Sunday, April 1, 2012

RIYADH Finale

The night before we all kembali ke Jubail, kami bercadang nak ke Theme park.  In Riyadh there are plenty outdoor and indoor theme parks for kids and adults too...  I did searched a few most visited and famous theme parks that I can recalled; Toolan Indoor Park, Star City, Village Games, Fantasy Land and a few more.  There are also indoor amusement park at most of the malls here in Riyadh.

Biasalah kan...nak buat apa lagi kalau di Saudi ni.  The politically incorrect unnecessary entertainment such as cinemas memang tak ada langsung, which we find it would be reasonably okay for our kids.  There are some good movies that children could watch yet we can't do it here in the holy land.  So these theme parks  are the major attraction. 

Go back to the parks search story... 
The last day we did get a dinner invitation by Hafis.  Since the Fantasy Land yang kami nak pergi tu juga buka selepas jam 4 petang, so we decided to go for dinner dulu.

Hafis wanted to take us to the MUTIARA Restaurant, a Malaysian Cuisine restaurant in Riyadh not far from the Olaya Street.  To our despair, the restaurant was closed due to maintenance works.  Alahai tak ada peluang nak rasa masakan Malaysia di Riyadh.  Malam tu juga hujan di Riyadh.  We switched location for the dinner and he took us to one Thai Restaurant quite far from the place we stayed.  and masa tu hujan pun turun ... Norma dah agak dah...the kids will get disappointed kalau hujan masih turun.  Chances nak bersuka ria di outdoor park tu sangat tipis malam tu.

We took 2 hours at the restaurant sebab ramai orang.  Hafis kata, antara restoran Thai yang sedap di Riyadh, kedai kecil je...tapi ramai pengunjung.  Alhamdulillah sedap macam makan di Malaysia juga.

Finally we decided to go to indoor parks aje....adoiii kecewa anak-anak dibuatnya..  Bukan apa, dah lah bawa Noorah yang 51 hari tu, dalam keadaan hujan dan outdoor park???  Bayangkanlah kesukaran yang akan timbul ...huhuhu

So kami ke Riyadh Gallery...layan...

suasana dan pemandangan biasa kat Theme Park.  Hadeed suka sangat sebab dah faham sikit untuk enjoy dirinya sendiri...go Hadeed!
abah pun naik sama, masa main bumper car tu enjoy sangat anak-anak sebab main 5 round tuuu..nak nak abah pun main sama.  Ummi???  ummi nengok aje seperti biasa.  Nanti bila anak-anak semua dah besar...ummi lak nak main..hehehe.
Ni pulak face painting.  Satu muka SAR15... 
 Luthfil Hasif je tak mau ...katanya "small kid's stuff!