Sunday, April 8, 2012

A ROUTINE...

Gambar dipetik dari www.zazzle.com
Jam menunjukkan jam 10.15 pagi.  Baru je selesai menanak nasi dan lauk pauk.  Wah ... awalnya masak.  Selalu, di rumah ni lunch and everything will only be ready by 12 or 1 o'clock.  Norma suka masakan 'fresh' bila dihidangkan pada anak-anak bila balik sekolah jam 2 petang nanti.  So sementara tu, 'mengonyel' la apa yang patut ada kat dapur tu.

Hari ni masak awal sikit, abah kata nak balik tengahari ni...so I want him to have his lunch at home.  Abah jarang sekali balik for lunch walaupun tempat kerja tak jauh mana...dalam 15 minit je sampai.  Tapi hari ni abah perlu balik sekejap untuk belikan diapers Noorah yang tinggal 3 keping tu je...adoii, ni gara-gara terlupa nak beli kelmarin.  Ummi dah pesan jam 5 petang kelmarin...diapers Noorah tinggal sikit.  Abah kata okay, sebelum keluar meeting persatuan KRMJ nak beli dulu...tup-tup terlupa bagai.  Baru je 5 orang anak kita bang, cepat lupa dah ke??

Lauk simple je...makanan kegemaran abah...'singgang' ikan.  Goreng ikan tenggiri dan buat sayur campur...sambal tumis kelmarin ada lagi, so sedaplah tu nanti makan hari ni..hihihi.  'Speed' memasak sekarang ni perlu di kelajuan yang maksima...impak maksima gitu.  

Bila Noorah dapat lena waktu pagi selepas mandi dan susukan dia...ummi bergegas masuk 'ofis'...kerja perlu pantas...kalau Noorah dah terjaga, jadi lambat semua kerja.  Sekarang ni nak masak beria-ia sangat tak mampu lagi...tunggu Noorah dah cerdik sedikit dan tak menangis kalau dibiarkan sendiri.  Sekarang ni...kalau dia terjaga, nak melekap saja..payah jugalah ummi nak bergerak sana-sini.

Itu je ke cerita purpleheart kali ni?? hehehe.  Sebenarnya nak kongsi banyak lagi...sedang mencari mood lah ni. 

Kita minum dulu!!!

0 comments: