Sunday, April 8, 2012

THIS n THAT...

Terhenti buat seketika coretan dek melayan Noorah yang 'pe-el' beberapa hari lalu.  Kalau 'pe-el' nya datang tu, waktu malam memang ummi tak boleh berenggang daripada dia, so nak menulis ni susahlah sikit.  
Alhamdulillah, tadi ummi tidurkan dia awal...sebenarnya nak cuba ubah tabiat tidur Noorah.  Dia sanggup berjaga daripada siang hari sehinggalah jam 12 atau 1 pagi setiap hari.  Hanya tidur dalam 4 - 5 jam sahaja selepas itu dan akan bangun semula jam 5 - 6 pagi waktu ummi sibuk nak urus abang kakak ke sekolah...aduhai.  Malam tadi, by 9.30 malam dia dah lelap ... ummi pun terus terlelap.  Tapi ummi terjaga semula jam 1 pagi sebab teringat tak buat lagi bancuhan 'pancake' untuk sarapan dan bekalan anak-anak pagi ni.  Bila dah terjaga, buat itu  ini...mata jadi segar bugar.  Alhamdulillah, Noorah masih tidur lagi tu.  Dapatlah ummi berkarya...cewahhh...

Apa aja yang dibuat minggu ini ya.  Kisah Riyadh habis sudah...hehehe.

Layan aje lah aktiviti anak-anak dan abah anak aje la ...

 Noorah...sebelum dan selepas dicukur rambutnya.  Sayang melihatkan rambut yang lebat tu..
 Noorah dan abang kakak.  Abang Luthfil memang tiada masalah diminta tolong jaga Noorah, ummi je yang risau selalu.  Alhamdulillah bolehlah nak tolong tengokkan sekejap-sekejap.
 Anak-anak memang seronok kalau dapat membonceng Harley abah.  Oleh kerana anak ramai...kenalah tunggu giliran untuk dibawa pusing-pusing Ferdous Sector ni.  Weekend baru ni, barulah Hadeed dapat merasa naik Harley...suka bukan main lagi....vroomm vroomm katanya.  Ummi seperti biasa, muka tak berapa seronok nak lepas Hadeed duduk dalam carrier di belakang abah tu.
I am all dressed up for a party....wahhh...kecit-kecit dah pandai nak gi party ye Noorah...

2 comments:

G-JaH said...

alolo comelnyee Noorah..bulat, geramm..cam muka abg luthfil lah..hehe..

nj said...

Ye ke muka abg Luthfil?? Kita tunggu dia besar kita compare. sukalah luthfil tu kata muka mcm dia..