Hari ni nak menulis kisah apa la pulak kan?
Minggu ni Norma agak busy juga...ada pelbagai agenda dan tugasan persatuan. Bila keadaan sibuk sikit dari biasa, Norma temui kekuatan...ya Norma pesen tak boleh duduk diam...jadi lemah longlai, bosan dan bosan...hehehe.
So bila ada benda nak dibuat yang memerlukan bergerak aktif, suka aje...tapi kena mengikut keadaan juga...terutama jika boleh buat kerja itu ini tanpa mengabaikan Noorah, Hadeed dan yang lain-lain.
Sekarang ni Jumanisaa (persatuan ibu2 di Jubail) sibuk dengan perancangan aktiviti HARI KRMJ yang bakal menjelang bulan Mei nanti. Ianya event besar tahunan yang biasa diadakan. Kali ni pihak KRMJ akan menjemput pihak kedutaan sekali lagi... Dato' Duta Syed Omar tu memang suka sangatlah datang menjenguk kami di Jubail ni. Kami di sini pun suka je menjemput Dato' dan mengajak Dato' bersama-sama memeriahkan majlis kami. Mungkin kita akan minta Dato' Duta memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada warga Malaysia di Jubail yang baru bekerja di sini dan boleh bersoal jawab berkaitan 'surviving' di Saudi.

Agenda program perlu disesuaikan untuk semua golongan. Aktiviti anak-anak biasanya menjadi tumpuan. Dan ada juga untuk warga KRMJ, ibu-ibu dan bapa-bapa.
Kita juga akan adakan Taklimat2 dari pihak Kedutaan, kali ni Haswadi kata nak memperkenalkan TALENTCORP...apa tu? Google je ye...heheh. Nak tahu lebih lanjut kena hadirlah Hari KRMJ nanti ya...
Kita juga bercadang nak buat Forum di sesi malam, dengan menjemput seorang individu yang semakin popular di Saudi ni...tapi warga Malaysia kita...siapa? InsyaAllah...tungguuuuu
Sukaneka untuk remaja dan ibu, remaja dan bapa juga ada dirancang...tu semua tanggungjawab Jumanisaa. Sebagai Setiausaha persatuan....macam berat gak kerja makkk...nak pastikan semua terancang rapi...kikikikkk. Alhamdulillah, Norma ramai sahabat-sahabat yang baik hati dan ringan tulang membantu...InsyaAllah. Demi menghiburkan dan menceriakan hati warga Malaysia di Jubail ini, itu harapannya..amin.
Bila kita berpersatuan samada menjadi AJK atau ahli biasa, memberikan kita satu 'sense of belonging'...makanya kita akan rasa diri kita diperlukan dan memerlukan...unless 'katak bawah tempurung'. Namun begitu, bila kita berada di dalam satu kelompok yang bermasyarakat...aktiviti sosial sebegini memberikan satu kebahagiaan di hati dan pada yang berkeluarga dan ada isteri dan anak-anak di sini...kita dapat juga menceriakan mereka. Bagi yang berstatus 'bujang' di Jubail ini, inilah masanya dapat berkumpul sesama warga Malaysia dan berkongsi-kongsi pengalaman dan maklumat berkaitan kerja dan sebagainya.
Tahu ajelah menetap di Saudi ini, banyak kekangan dan halangan...kita tidak bebas ke sana ke mari dan berjumpa teman-teman kerapkali.
Semoga KRMJ dan Jumanisaa di Jubail bergerak maju ke hadapan dan dipermudahkan segala urusan, demi kebaikan bersama, amin.
Selain menguruskan hal persatuan, Norma pun akan mulakan kembali aktiviti mingguan Norma, kelas mengaji Al Quran...dah ditinggalkan sejak bersalin tempohari, Alhamdulillah. Dah berani bawa Noorah naik teksi ke tempat mengaji...hihihi. Mujur ada driver yang dikenali dan baik budi, Alhamdulillah.
Minggu ni juga ada 2 orang rakan India Norma, Salma dan Merlin...nak datang rumah katanya. Nak jumpa Noorah. Salma Raheem ni dulu menetap di Jubail, sekarang menetap di UK, tetapi datang melawat adiknya di Jubail...so nak jumpa sesangat ni. Kalau pembaca tetap blog ni...mesti dah kenal Merlin...so tak yah cerita la...yang tak tahu...kena godek blog ni cari ye...hihihi.
Jumaat hujung minggu nanti, ada jemputan makan tengahari pula...rakan dari South Africa...haaa yang ni belum sempat diperkenalkan lagi dengan pembaca blog ni...nanti akak story okay...
2 comments:
salam..boleh x nk tau serba skit life kt jubail?..sye ada dpt keje kt jubail dlm bidang oil n gas..tp as fresh grad..gaji xbesar..nk tanye taraf idup n lain2 info pasal kt jubail tu...maklumlah..xpenah dok sne..harap puan dpt respon pertanyaan sye nie
Afiq..
Tahniah kerana mendapat peluang ke bumi Anbia. InsyaAllah, nanti jenguk2 entri saya selepas2 ini ya. Terima kasih kerana sudi menyinggah :-)
Post a Comment