Sunday, May 27, 2012

HARI KRMJ 2012 (laporan yang terlewat ... hikkks)

Alhamdulillah...HARI KRMJ 2012 sudahpun terlaksana.  Baru nak buat entri pasal tu.

Ramai sungguh yang hadir dan hari Jumaat itu penuh dengan aktiviti-aktiviti buat semua warga Malaysia di Jubail ini.  Tapi gambar Norma tak menarik sangat, maklumlah...akak orang paling sibuk dik nunnnn...alahai....bukan sibuk...menyibuk je kut....hihihi.

Sekalung penghargaan sebenarnya buat semua AJK terutama JUMANISAA yang pada Norma bersungguh-sungguh dan berhempas pulas menjayakan acara pada hari tersebut.

Bukan senang nak mengendalikan dan melaksanakan sesuatu majlis atau program yang melibatkan ramai tetamu.  Tapi ibu-ibu Jubail memang hebat.  Tabik springggg buat AJK Sukan Jumanisaa...paling mencabar semestinya tugasan Jumanisaa... mengendali sukaneka kanak-kanak dan ibu-ibu...memang hebatlah sahabat-sahabat yang terlibat tu.  Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan kami tempohari.

sebagai hadiah untuk diri sendiri, buat fruit tart ni....makan musim summer ni...MasyaAllah, nyaman
Kaunter pendaftaran, terima kasih kepada anak-anak remaja yang sudi membantu kami.  Macam kenal je tetamu beg merah tu...hikkss
Sibuknya Abang Abkhori kita ni membantu pendaftaran...baru aunty Norma perasan...siap bertali leher awak ye...
Para petugas...sedia menanti tetamu yang hadir...
Sila...sila, jemput masuk yeaa....
Kami sedia berkhidmat...senyum senyum...Tuan Presiden sedang memerhati tuuu...
Acara paling sibukkk....layannnn
suka suka...
alamak!!! apa yang dibungkus tu???  boleh bernafas tak budak tu aunty Ainah??
alahai...tak siap bungkus lagi ni...gasaklarrr....
Baby Contest...acara terbaru ... disebabkan dalam setahun lebih 5 orang baby baru dilahirkan di Jubail ni, berbaloi buat baby contest...kikikikkkk
Apa yang dipakaikan tu??  Fesyen musim panas agaknya...hihihi

WHAT I DID TODAY?

Alhamdulillah, bernafas lagi.
 
Happy hari ini (hari-hari pun happy jugak...) terlebih happy, Norma berpeluang membuat sesuatu yang sangat Norma 'rindukan'  ...  menghadiri kuliah.  Pagi tadi jam 8 pagi ke Daawah Center di Al Faiha Sector.  Ada ceramah agama berkisar perihal Tawheed (Tauhid).  Ianya disampaikan oleh Madam Sameena, salah seorang tenaga pengajar di situ.

Norma tidak pernah ke situ, ianya pengalaman pertama kali, and looking forward for more lectures by her, InsyaAllah.  She is a good speaker.  The topic was indeed an eye-opener...once in a while, you just feel you need something or someone to 'wake' you up.  It was worth attending, Alhamdulillah.  I wrote down notes almost everything she presented...maybe one day I'll share it with you out there.  

Noorah was with me during the whole 2-hour lecture and she was such a sweet baby, ummi got to hold you and at the same time listened to the lecture hardly with any problem.  We got home at around 11.  You good girl Noorah, Alhamdulillah. 

Monday, May 21, 2012

PERJALANAN ITU...

Masa semakin suntuk...setiap hari berlalu dengan begitu pantas...nak aja berhentikan jam dari berputar, tetapi mustahil.  Setiap detik itu sudah ditentukanNYA.

Mungkin ini qadar yang ALLAH sudah tetapkan...dan mungkin ini juga sebahagian doa yang ALLAH tunaikan sedikit demi sedikit.  Saya berserah...mungkin ini keputusan terbaik, InsyaAllah.

Pasti ada sinar menanti di hujung sana.  Berharap dan bersangka baik, setiap yang berlaku tentu mempunyai hikmahnya sendiri.  Tiada apa atau siapa yang dipersalahkan, ianya keputusan sendiri yang diakui.

Yang pasti perubahan itu ada, InsyaAllah.  Kehidupan yang dilalui dalam masa yang singkat ini sangat berharga.  Daku memohon agar ALLAH pelihara ketetapan iman, menyambung segala perjuangan walaupun rentaknya perlahan...ia tetap berganjak, Alhamdulillah.

Berdoa agar ianya tidak hilang sebaik ia berubah tempat...malah bermohon agar ALLAH panjangkan usia untuk lebih beriman kepadaMU Ya ALLAH...

Ilmu, Iman dan Ibadah...InsyaAllah, perlu istiqamah.

Saturday, May 19, 2012

MY NAME IS HADEED


My name is Hadeed.   
(Ummi named me after a company name in Jubail, Saudi Arabia.  In Arabic, Hadeed means "Steel" or "Iron"...and a strong person I want to be...)

Sunday, May 13, 2012

SHORT BREAK...

I wanted to write and share
but do not have the time to
there are just so much thing
I have to attend to

Life is just fine
yet I keep running all the while
Till peace and quiet that I longed for
I will come back for more...

My two little bees...that keep me busy at all times...ummi loves you soooo much.

Sunday, May 6, 2012

OUR LIFE...

Dalam dua minggu ni anak-anak sedang menduduki Assessment Test .. InsyaAllah by this Wednesday dah habis.  Cuma Nadhrah dan Haikal masih ada lagi surah reading after two weeks.  Haikal having to memorize two surahs; Al Kautsar and Al Quraisy, while Nadhrah only one surah Al Alaq.  Haikal still has the two last lines from Al Quraisy to be memorized.  Nadhrah has been doing everything on her own so ummi just have to check by end of this week.  You better do well Nadhrah...if not ummi rotan! hehehe

InsyaAllah dalam 2 minggu lagi juga rakyat Malaysia Jubail di bawah KRMJ akan mengadakan satu program Hari KRMJ 2012...yang mana setiap tahun diadakan...berkonsep kekeluargaan, cumanya kali ini ada a few pengisian yang lebih bermakna...bukan sekadar acara makan-makan sahaja, InsyaAllah.

setiap kali ada program sebegini, anak-anak adalah tumpuan utama kami ahli jawatankuasa...kerana sangat faham akan keperluan bersosial sesama rakan.  Apa lagi sukaneka dan permainan menjadi acara utama untuk mereka.

Di sini Alhamdulillah, walaupun berjauhan dari keluarga dan sahabat handai di tanahair, masyarakat KRMJ adalah masyarakat yang paling penyayang.  Kami saling bantu membantu dan mengambil berat akan hal sesama ahli, InsyaAllah...terutama ketika ditimpa kesusahan, atau kesulitan.

Yang paling kuat dan bersemangat di sini adalah persatuan ibu-ibu..JUMANISAA.  Oleh kerana keadaan kehidupan yang sangat terhad dari segi pergerakan dan pergaulan, kami gantikan dengan aktiviti sihat..memang SIHAT sungguh lah...hihihi.  
 Gambar semasa birthday Hadeed genap setahun, April tahun lalu.  Norma sambut di Beach Camp, kebetulan ada sesi kuliah agama, Norma tumpang buat majlis kecil-kecilan selepas kuliah...
 Salah satu aktiviti kami di sini, bersarapan 'together-gether', ni tahun lepas juga di rumah lama Norma di Jubail Balad.  Biasa kalau program sebegini kami buat pagi masa anak-anak besar ke sekolah...tenang sikit suasana...hihihi
 Ini gambar terkini, dua minggu lepas rasanya...stail baru ambil gambar...pejam mata, sabar je la...

Kerapkali JUMANISAA adalah platform utama untuk kami mengeratkan sillaturahim di kalangan warga Malaysia di sini, terutama para ibu. Tidak keterlaluan Norma katakan, dengan Jumanisaa inilah banyak melahirkan bakat-bakat terpendam; yang pandai memasak dah boleh buka bisness di sini, cakap aje nak makan apa semua ada di sini.  Antara menu laris yang ibu-ibu Jubail ini niagakan macam sate, nasi dagang, laksam, nasi minyak, rojak, kuih muih hinggakan sambal belacan pun kami ada tukang membuat yang handal...kikikikkk.  

Kita ada juga pusat dakwah untuk ibu-ibu di sini, Ladies Da'wah Center bertempat di Royal Commission area, Al Fayhar Sector...di mana subjek seperti Al Quran, Bahasa Arab, Sirah, Tajweed dan sebagainya ditawarkan.  Bagi yang ingin menimba ilmu, inilah peluang yang amat baik sekali.   Jika tidak mahu ke Da'wah Center, boleh sertai kelas agama yang diajar oleh seorang Ustazah dari Indonesia yang menetap di Jubail Balad, Ustazah Asma'.  Sungguh banyak dah ilmu yang Norma pelajari di sini melalui beliau, Alhamdulillah. Banyak sungguh jasa-jasa Ustazah Asma kepada kami di sini atau boleh juga menyertai kumpulan-kumpulan tadarus Al Quran sesama sahabat di sini. 
Yang pandai menjahit dah boleh buka tempahan jahitan di sini...dan banyak lagi peluang-peluang yang dapat diperolehi jika menyertai Jumanisaa ni, a very good networking we have here :-)  

Ada juga ibu-ibu yang berlatarbelakangkan guru yang mengambil cuti tanpa gaji mengikut suami, membuat tiusyen kecil-kecilan untuk mengajar anak-anak Malaysia di sini.  Ada juga yang pandai mengajar mengaji dan tajweed mengajar anak-anak kita di sini, Alhamdulillah.

InsyaAllah walaupun dengan pelbagai faktor kekangan yang ada di bumi Saudi ni, kami mampu lagi meneruskan kehidupan sebaik mungkin, Alhamdulillah.  Hendak seribu daya...tak nak seribu dalih..

Saturday, May 5, 2012

LIFE AT JUBAIL...part 4

Dalam pada memikirkan apa lagi yang nak dikongsi, Norma teringatkan entri-entri yang lepas pernah Norma catatkan di blog ini.  Terutama kisah kehidupan kami di sini.

Untuk memudahkan pembaca (mudahkan Norma sebenarnya...kikikikkk) Norma sertakan link kepada entri-entri yang berkaitan...baca jangan tak baca.  InsyaAllah mungkin perkongsian ini dapat memudahkan 'homework' pembaca-pembaca blog ini terutama yang merancang berhijrah ke sini.

Selepas membaca, boleh tanya soalan okay...wahh dah macam cikgu cikgu pulak bagi tugasan kepada anak murid.

Harap maaf jika pembaca telahpun membaca entri-entri di bawah ini dahulu...refresh je ni...hihihi






http://purpleheart-nj.blogspot.com/2011/02/jumanisaa-morning-coffee.html

Selamat membaca ya...bolehlah Norma rehat menulis untuk beberapa hari... :-D

 suka tengok gambar ni, taken about a year ago.  Melangut masing-masing termasuk yang tengah tu..
 BFF...(gambar lama juga)

Friday, May 4, 2012

LIFE AT JUBAIL...part 3

Alhamdulillah, Norma bersyukur dapat menjadikan ruangan ini satu peluang untuk berkongsi maklumat dan cerita.  Norma ucapkan terima kasih kepada yang sudi singgah dan jenguk-jenguk blog ini.  Sukacita diingatkan, ianya semata-mata pengalaman peribadi yang Norma hadapi di sini, apa yang tertulis tidak mewakili mana-mana individu lain selain diri Norma dan suami sendiri.  Yang baik itu semuanya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri Norma sendiri.

Berbalik cerita Jubail, Norma nak ulang kembali kisah dan perihal sekolah anak-anak.  Jubail ini dibahagi kepada 2 daerah penempatan yang luas...Jubail Balad dan Royal Commission (RC) selain Jubail Industrial Area...itu tempat di mana suami-suami kami ni bekerja.  Tapi lokasi tidak jauh mana antara satu dengan lain tu.  Dari Jubail ke RC hanya mengambil masa 20 - 30 minit sahaja.  Kebanyakan International School berada di kawasan bandar, manakala 2 buah lagi International School (JIS dan ISG) ini berada berhampiran RC area.  Antara sekolah-sekolah antarabangsa yang ada ialah:
  • ISG (American Based School) owned by the US Embassy, near RC area.
  • JIS (Jubail International School-British based curriculum) a.k.a AL-Hussan International School owned by a wealthy Saudi family of Al Hussan, near RC area
  • Mariya International School (owner unknown)  a British based school.  Located in Jubail Balad.
  • Moattsem International School (owner unknown) a British based school.  Located in Jubail Balad
  • Iqra International School (at the moment, no Malaysian sending children here, we used to have a few of us there a few years ago, unfortunately not at current)
Average school fees di sini puluhan ribu riban setahun.  ISG having the most expensive school fees per year.  It reaches 40K a year per child.  The fees are based on the students' grades...the higher the grade the more we have to pay.  JIS falls second in the list of highest fees..Grade 4 untuk anak Norma yang sulung tu..SAR28K  SAR21,500 setahun more or less.   And the list goes respectively.  Alhamdulillah, segala yuran persekolahan, medical dan kemudahan family kami di sini di tanggung oleh Saudi Kayan kerana kami di sini mendapat 'family package'. Namun begitu, bagi yang berstatus 'single' dalam employment contract, masih boleh membawa ahli keluarga ke sini, tiada masalah...tetapi perlu menanggung segala kos sendiri.

Semasa kami memula sampai sini, nak masukkan anak-anak ke JIS tetapi penuh ketika itu.  Kami masukkan ke Mariya International, okay juga sekolah tu.  The teachers are so hardworking...everyday without miss the kids will bring home their homeworks.  At KG2 (kindergarten 2) kids are taught numbers from 1 till 100...simple additions & simple subtractions.  Di Malaysia...mungkin Darjah 1 dan Darjah 2 baru belajar topik-topik tersebut (correct me if I'm wrong...)  Anak-anak sempat bersekolah di Mariya lebih kurang 3 bulan sahaja dan selepas itu kami bertukar ke sekolah JIS.

I was make known that the level of syllabus for every subject here in the international schools is slightly higher as compared in Malaysia.  True indeed, by now Luthfil who is in Grade 4 has started learning Science which topics and areas are taught at the secondary level in Malaysia.. 
Alhamdulillah, Norma suka sistem pembelajaran di JIS yang hampir sama yang di Malaysia dalam erti kata; menggunakan buku teks, memakai uniform sekolah, menjalankan ujian dan peperiksaan terjadual dan berkala, mempunyai subjek Islamic Education untuk pelajar Muslim, mewajibkan Bahasa Arab pada semua pelajarnya.  Tetapi ada juga yang dirasakan tidak menepati citarasa Norma sebagai parent, apapun kami bersyukur, Alhamdulillah.

Noorah dah terjaga...nak mandikan dia ya...  InsyaAllah bersambung.

Thursday, May 3, 2012

LIFE AT JUBAIL ... part 2

Alhamdulillah, dapat sambung bercerita...

Kalau mana-mana pembaca yang mengikuti blog Norma ni dengan teliti, memang pasti dah biasa membaca perihal kehidupan kami di Jubail ini.  Pelbagai kisah dan pengalaman yang pernah dikongsi di sini.  Dari hal barang dapur, hal sekolah anak-anak, budaya orang Arab di sini, catatan perjalanan dan percutian kami dan banyak lagi. 

Jadi kali ni Norma akan merumuskan kembali pengalaman-pengalaman tersebut setelah lebih 3 tahun di sini.  Apa yang dulunya sulit dan sukar...menjadi mudah, Alhamdulillah.  Tetapi ada juga yang dulunya mudah dan senang...dah jadi payah...cemana tu?

Jika ingin membuat keputusan ke sini, perlulah kita tahu...siapa kita ini?  Maksud Norma...lelaki? wanita?  single? dah bekeluarga? 

Di Saudi amnya, wanita tidak dibenarkan memandu kenderaan.  Tiada lesen untuk kaum wanita.  Jadinya yang mudah hidup di sini ialah kaum lelaki lah...boleh bergerak ke mana-mana dengan mudah.  Wanita kalau keluar rumah mesti ditemani mahram (suami, anak lelaki dsbnya).

Pada yang membawa isteri dan anak-anak ke sini perlulah mencari pelbagai alternatif untuk menghiburkan hati mereka.  Di sini, kaum wanita tidak boleh keluar sewenang-wenangnya...kecuali dalam kumpulan...memang ada bahayanya..  Anak-anak juga tidak bebas bermain di luar, kecuali jika kita tinggal di dalam compound iaitu kawasan tertutup khusus disediakan oleh pihak majikan/company.  Itupun bergantung kepada kesesuaian cuaca.  Macam hari ini...dah masuk musim Summer...haba di luar dah mulai panas...35 degree ke atas...panehhh. Kalau kena waktu 'sandstorm' atau ribut pasir...lagilah...siang jadi malam sebab berdebu dan suasana menjadi kelam...lagilah tidak sesuai untuk keluar. 'Bernafas dalam lumpur' la jadinya... :-)

Anak-anak Norma sudah biasa bermain aje di dalam rumah...sesekali abah pulang dari kerja di waktu petang, bawa kami keluar ke Corniche (jalan pantai) dan ke playground...tu dulu la...sekarang dah semakin membesar...sibuk main game dan menonton TV je..hihihi.. Sesekali kami di sini saling bertukar-tukar anak...hehehe...pulakk, maksudnya kita benarkan anak-anak kita bermain di rumah rakan-rakan dan sebaliknya.  Terhibur jua hati mereka.  Bayangkan kalau mereka tidak berjumpa kawan-kawan dalam tempoh yang lama, kesian tau. Sebab itu tatkala hujung minggu menjelma...pelbagai rancangan perlu difikirkan untuk anak-anak...dan ibu anak. 

Perlu diakui...di sini, aktiviti sosial anak-anak amatlah terhad.  Jika kita tinggal di kawasan yang berdekatan dengan rakan Malaysia...mungkin terhibur sedikit, dekat dengan jiran-jiran Malaysia.  Tetapi perlu diingatkan...perilaku dan tingkahlaku di sini menjadi bahan tontonan orang tempatan.  Jika ada yang menjengkelkan pada mata mereka, mereka tidak segan atau takut untuk menegur kita.  Akhirmya kita perlu akur...mentelah ini tempat mereka...masuk kandang unta..bunyi apa ye?

Di Jubail, susah juga mencari tempat untuk anak-anak mengaji Al Quran.  Nama aje Arab Saudi, pada Norma sistem pembelajaran di negara kita jauh lebih baik lagi dari di sini, wallhuallam.  Bayangkan di sini sukar mendapatkan guru agama yang boleh berbahasa Inggeris.  Jika ada madrasah atau masjid yang menjalankan kelas mengaji atau Iqra, kebanyakkannya guru yang hanya berbahasa Arab sahaja.  Oleh itu ada baiknya jika ada sesiapa yang ingin ke sini, sempurnakanlah pengajian Al Quran anak-anak di Malaysia...jika boleh. 

Okay...Noorah si kecit Norma tu dah bangun....tak dapat nak tulis lagi...InsyaAllah next entry okay..



Wednesday, May 2, 2012

LIFE AT JUBAIL part 1...

Inilah kediaman pertama kami di Dakheel Mahdood, Jubail Balad.  Besarrrrnyaaaa....hihihih, kami tinggal di unit bawah je ... yang mempunyai 5 unit kesemuanya.  Di sini dipanggil apartment.  Rindunya rumah ni...

Sudah lebih 3 tahun Norma menetap di Jubail ini. Pelbagai pengalaman yang terlalu istimewa Norma perolehi dan bersyukur kerana ALLAH memberi peluang sebegini buat kami sekeluarga.

Kalau nak diceritakan faktor penyebab utama kami ke sini, mengambil masa 1001 malam!!  Punyalah panjang....tetapi ianya merupakan satu keputusan yang sangat bermakna buat Haswadi dan Norma.  Alhamdulillah...itu sahaja ungkapan yang mampu merumuskan penghijrahan kami ke bumi Anbia ini.
Tidak dinafikan, ianya merupakan keputusan yang sedikit sukar dalam situasi ketika itu, mentelah Norma masih lagi bekerja dan anak-anak masih kecil...perasaan berbelah bagi, bercampur baur...samada ingin mengikut Haswadi ke sini atau tidak???

Alhamdulillah, tika dan saat ini...kami amat pasti yang kami tidak membuat keputusan yang silap.  Apabila telah pasti haswadi memperolehi pekerjaan di Saudi Kayan pada lewat tahun 2008 dahulu...kami berdua sudah mulai sibuk mencari maklumat itu ini berkenaan JUBAIL dan ARAB SAUDI....
Gambar yang sangat nostalgik...hari pertama mececahkan  menjejakkan kaki di Jubail, abah dah bawa kami jenjalan...Huwaylat Mall, dalam 20 minit dari rumah kami di Balad tu..dulu 3 orang anak kami...sekarang, Alhamdulillah dah tambah 2 orang di sini...

Sedikit kecewa ketika itu kerana tidak banyak maklumat yang diperolehi terutama berkenaan kehidupan di sini.  Godek punya godek sana sini, terjumpalah beberapa blog warga Malaysia yang sudahpun berada di Jubail ketika itu...jadi Norma sangatlah faham bagaimana rasanya jika anda di luar sana mengalami kepayahan untuk mendapatkan maklumat berkenaan kehidupan di sini... ;-)

Norma patut berterima kasih kepada a few blogger friends and eventually became good friends here in Jubail...dan a few bloggers dari Madinah, Yanbu dan Mekah...Alhamdulillah, sedikit banyak telah membantu Norma dan Haswadi memperolehi pelbagai maklumat.  Yang hebatnya...hampir kesemua blogger wanita dan ibu-ibu yang rajin menulis ini...cuma seorang blogger dari Mekah je penulis lelaki :-)

Ada pelbagai aspek yang perlu dilihat jika kita ingin bertanyakan "Bagaimana Kehidupan di Jubail?"  Ianya sangat subjektif...kerana kita perlu tahu
  • Siapa kita?
  • Kenapa kita ke sini?
  • Apa yang kita inginkan di sini??  
  • Siapa orang-orang yang akan terlibat secara langsung dengan keputusan yang kita buat untuk ke sini?
  • Perancangan jangka pendek dan jangka panjang?
  • Persedian urusan dokumentasi?
  • Persediaan mental dan fizikal?
  • Persediaan kewangan?
dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda kita.  Setelah ada sedikit pengalaman kehidupan di Jubail, barulah Norma berani untuk berkongsi pengalaman dan cerita.   Tetapi perlu diingatkan ini adalah pandangan dan pendapat peribadi Norma semata-mata...lain orang, lain citarasa dan lain pandangan.  "Tepuk dada tanya selera"

Untuk mengupas persoalan-persoalan di atas dari pengalaman dan pandangan Norma, InsyaAllah, tunggu entri Norma selepas ini ya...

(Alahai cik norma nihhh....intro punyalah berkobar-kobar...sambung pulak daaaaa....kikikikkkk...  dah lewat malam derrr...mata nak terkatup sudaaa)

Kali pertama abah bawa kami berjalan-jalan luar dari Jubail.. sudah meredah padang pasir dan pergi ke kedai 'second-hand' di Al Kharaj, Dammam.  Panjang ceritanya di sini...nanti Norma story okay...kenangan oh kenangan...sayu je rasa hati nengok gambar ini..