Thursday, January 8, 2009

SENGSARA MU...GUSAR KU JUA!!!

Pagi tadi sempat menonton Malaysia Hari Ini di TV3. Menarik pada satu slot di mana MHI menjemput Ustaz Mohd Zawawi yang biasa keluar di TV tu...untuk memberi perspektif Islam dalam menguar-uarkan kepada umat Islam bagaimana cara kita sebagai sesama umat boleh atau mampu membantu penduduk Islam Palestine yang bersabung nyawa untuk terus hidup di tanahair sendiri. Suasana di GAZA tidak ubah seperti bumi bermandi darah sejak 27 Disember 2008 yang lalu... Serangan yang hebat si Zionis sudah melumpuhkan hampir 700 warga Palestine...mahupun pejuang Hamas! Terkini kelmarin 7 Januari melihatkan hampir 50 orang kanak-kanak dan remaja terkorban sekaligus!!!
Fenda si pengacara MHI menyatakan bahawa kalangan warga Malaysia hanya mampu membaca di suratkhabar atau menonton di televisyen dan paling tidak mendoakan keamanan dan keselamatan secepat mungkin di Gaza...
Si Ustaz memberi komen antaranya:
  • tidak sejahtera seseorang umat Islam itu walaupun ke tanah Mekah mengerjakan haji mahupun umrah berkali-kali tetapi tidak mampu untuk mempertahankan kezaliman terhadap orang Islam
  • seramai mana pun pengikut Nabi Muhammad s.a.w yang berebut-rebut dan berbangga kerana dapat solat di Makam Raudhah di Mekah tetapi tidak mempedulikan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam yang dizalimi...
  • Walaupun hanya mampu berdoa dan menyumbang secara material yakni wang, derma atau sumbangan...adakah itu sahaja yang kita mampu??
  • Maksud beliau ialah...seafdhalnya adalah melihatkan kepada kekuatan dan kehebatan umat Islam di Malaysia yang mungkin membolehkan anggota tentera kita untuk turut sama berjuang dan mempertahankan bumi Palestine dan umat Islam di Palestine itu...
  • Ustaz Zawawi juga akur berkemungkinan besar protokol atau prosedur Kerajaan Malaysia (sebuah negara Islam!) untuk tidak menghantar bala tenteranya ke sana dan ianya bakal menghasilkan pelbagai tanggapan atau respons yang memustahilkan usaha tersebut dilaksanakan...Kenapa tidak begitu?...tegasnya.
Maklum mengetahui Malaysia senantiasa prihatin dengan kesengsaraan yang dialami oleh pelbagai negara yang hampir majoriti melibatkan aspek kemanusiaan seperti di Somalia, Darfur, Bosnia, to name a few. Kita seringkali menghantar bantuan fizikal dari aspek kesihatan, MERCY dan persatuan doktor Malaysia contohnya, dan terkini di suratkhabar hari ini, PBSMM (Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia) juga merancang ke Gaza bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Palestine (Utusan Malaysia, 8 Januari 2009)
Menurut Ustaz lagi...memang bantuan kesihatan ini amat murni dan juga dituntut di dalam Islam, yakni membantu yang termampu...tetapi abang-abang askar baju hijau kita juga tak kurang hebatnya....nak cuba hantar tak?? Pada saya secara peribadi...boleh aje...tu baru betul berjuang namanya!!!

2 comments:

.fatin nabila. said...

kesian kan tgk kat palestine..
if sy bebel kt blog, siyes, org pon xmo baca, pjg akn sy ckp..
sy cume pelik, ig dieorg tol2 nk palestine tu jd hak dieorang, amik leklok, xyh bom..
mcm la if bom, tanah tu bleh naik..
tanah afta kene bom take time tau nk jadi oke b4 ley gue..
dieorg xpk pjg..
hangin sy..
tp kn, sy nk tau, org yg mati kena bom tu, means org xbsalah, dieorg ni dikira syahid ke?

nj said...

fatin
bila saya dengar wawancara dg ustaz zawawi tu dan baca artikel dlm suratkhabar...salah satu cara kita ni org biasa nak bantu selain menderma ialah tunjukkan yg kita ni ambil tahu...dlm artikel tu ada sebut...jihad kita juga boleh melalui penulisan dalam blog, rencana, email dsbnya yg menunjukkan sokongan kita menentang yg zalim tu...wallahuallam...saya cakna tetapi ini aje yg mampu dilakukan...