Saturday, April 10, 2010

2nd Day, DOHA, QATAR

Pemandangan di West Bay dari Corniche...

Hari ke-2 di Doha...jalan-jalan Doha. Doha ni kecil je...jadinya...places of attraction pun tak banyak.

Jom!...kita makan dulu... Setakat ni Norma rasa, Holiday Villa di Doha ni paling best dari segi service berbanding hotel-hotel yang pernah kami menginap. Dimiliki oleh Malaysia, dan diurus oleh orang Malaysia serta pekerja-pekerja pun ada dari Malaysia. Walaupun berada di luar negara, pekerja Malaysianya tetap melayan orang Malaysia sendiri dengan baik...berbanding pengalaman Norma menginap di hotel di Malaysia sendiri...mereka mengutamakan tourist luar sahaja. Di sini memang terasa berada di tanahair sendiri.
Typical breakfast menu on the plate...the food is very good...even tak ada nasi lemak or roti canai ...still all very tasty and yummy! Alhamdulillah....

.West Bay...lokasi pembangunan pesat di Qatar. Qatar ni negara yang kaya-raya. Banyak sumber asli. 87% penduduk di Qatar adalah orang luar, hanya 10% sahaja rakyat Qatar dalam populasi penduduk...(sumber: Qatar Tourism)
Antara yang menarik di sini ialah Corniche Bay (persisiran pantai) Doha. Satu tempat tu di hujung kuala...dipanggil WEST BAY...di sini adalah tempat pembangunan Doha...banyak bangunan mencecah langit dibina dan menjadi tumpuan pembangunan Qatar di sini. Pemandangannya yang sangat menarik kerana terletak sepanjang pantai.

"seriau sungguh ummi anak-anak duduk macam ni...tapi memang suka duduk kat hujung bot ni, Alhamdulillah bot tak dibawa laju pun...suka dapat naik bot!"

Naik bot sepanjang Corniche untuk ke West Bay. Bayarannya, dewasa QR20 dan kanak-kanak QR10 sahaja...tak le mahal mana, so dapatlah merasa cruising dalam bot kat sini...
Maskot QATAR, the Oryx (kambing gurun)...

5 comments:

tunbegia said...

sungguh seronok,

salamm,

Pak Man laksam said...

Menarik nampak nya tempat tu......

Fetty said...

Jeles betul!

Ok, Enjoy betul2 and habis2an sebelum berehat panjang

nj said...

tun...
Alhamdulillah...jom Qatar!

Pak Man...
Bolehlah nak jalan-jalan tu nengok tempat orang...

Fetty...
alahai...janganle jeles..."jalan-jalan cari makan" nii...

Anonymous said...

wahh...tak sabar pulak nak tunggu hujung tahun ni..insyaallah kami akan berangkat ke Doha dan duduk disana 5 tahun. insyaallah..