Sunday, April 11, 2010

3rd Day, DOHA, QATAR

Kelmarin, aktiviti penuh .... satu hari berjalan-jalan....aktiviti main kolam pun STOP!!!...jenuh explain kat anak-anak "kenapa kita tak balik hotel petang untuk mandi kolam??" ehmmmm payah jugak nak layan anak-anak yang sedang membesar especially 9,7 dan 5 tahun ni...sebab kategori "tahu tapi tak faham!"....adoii...berdebat macam duduk dalam parlimen!....hahahaha...

"Hari ni ummi dan abah nak bawa tengok muzium Islam, nak pergi lihat apa ada dijual di kedai-kedai kraftangan dan budaya Qatar ni...nak melawat kawan abah yang tinggal di Doha ni, nak pusing-pusing bandar Doha yang comel ni....takkan asyik nak duduk dalam kolam je....rugilah kalau datang jauh macam ni duduk hotel memanjang...baik duduk dalam rumah je...." faham ke tidak??

Mari jelah layan apa yang kami buat pada hari ke-3 ni....
Breakfast plate ummi 3rd day at Holiday Villa ni...kenyang sampai petang!
Raut wajah selepas "taklimat pagi" berkenaan aktiviti hari ke-3...terus takdak selera makan....ummi dan abah je yang layaaannnnn

Yang ni sorang je....tak berapa nak tahu dan tak berapa nak faham dengan "taklimat pagi"....happy memanjang....
Bergambar kenangan dengan Restaurant Manager di Lagenda Restaurant, Encik Shannon, orang Melayu dan berasal dari Petaling Jaya. Dah setahun lebih posting ke Doha ni. Peramah sungguh dan banyak share info dengan kami pasal Life at Qatar ni...
Di hadapan entrance Holiday Villa.
Museum of the Islamic Art di Corniche ... dalam 15 minit je dari hotel. Struktur bangunan yang cantik dan eksklusif...berada di atas air pantai di Corniche ni. sekali pandang ala-ala Masjid Terapung, Kuala Ibai tu...

Cuaca agak panas 36 darjah celcius...tapi jenis panas kering... Di sini tiada bayaran masuk pun. FREE!...cuma ketika kami sampai tu diadakan pameran PEARL...mutiara dari seluruh dunia...so dewan pameran PEARL aje yang dikenakan yuran masuk...QR10 seorang sahaja...kanak-kanak percuma. Since tiada jualan mutiara di dalam pameran PEARL tu, Norma tak jadi masuk ... hehehe...kalau ada mutiara untuk dijual gamaknya kelmarin...harusss Norma titip dan tengok....

So, kami pun teruskan dengan melawat dewan pameran yang lain di dalam muzium ni. Ada 3 tingkat dan setiap tingkat ada dewan pameran, galeri dan auditorium. Kami tak lah pula ke semua dewan...besar sungguh tempat ni. Bawak pulak kanak-kanak riang ni...rupanya tak boleh buat bising, berlari-lari dan bersuka-suka di dalam galeri ni. Sentuh cermin pameran pun tak boleh...pengawal ada di setiap sudut....beberapa kali si Haikal kena tegur....haaa amik!!!

Cuma yang okay di sini...pelawat dibenarkan mengambil gambar...jarang jumpa muzium kat mana-mana yang benarkan mengambil gambar....

Antara tarikan di dalam pameran di Muzium. Kotak Pen zaman dulu....sikit punya besar dn panjang...ada dalam 35 - 40 cm panjang...heran gak...berapa besar pen zaman dulu dan berapa besar pulak saiz orang zaman dulu sebenarnya??

Quran tulisan tangan kaligrafi. Ditulis di Afrika menggunakan kulit lembu. Tulisan Arab zaman dahulu, tiada tanda huruf (macam titik di atas huruf 'fa' atau 'ba' atau 'jim') dan tiada berbaris (tanwin, tashdid, qasra atau dhammah).

So Luthfil pun tanya, "macamana orang dulu baca?"

... orang Arab ni...memang bahasa dan tulisan mereka...jadi setakat tulis huruf sahaja mereka tahu dah bacaannya.

Cuma... " yang bukan Arab mestilah perlu belajar tulisan dan bacaan dan faham erti...sebab tu wajib belajar Iqra...dan sebab tu Luthfil kena rajin mengaji dan cepat pandai Iqra...boleh kenal huruf dan baca Al Quran"...jawab si abah.

Sebuah kitab yang paling besar Norma jumpa....saiz dalam 3 kaki x 3 kaki....tebal....logik tak kata orang dulu-dulu bersaiz 'giant'??

Deretan dinar zaman dahulu di negara Arab....
Kalung dan buah rantai dibuat dari batu jade yang dipakai oleh Emperor Shah Jahan di India...yang buat Taj Mahal tuuu.... di buah rantai tu lakaran muka Shah Jahan...mak aiii hidung mancung dan dagu yang tajam sungguh...handsome dari Shah Rukh Khan...
Destinasi seterusnya, tak jauh dari muzium ialah SOUQ WAQIF...pasar terbesar di Doha ni. Semua barangan dari barang makanan hinggalah ke kraftangan, pakaian, International Restaurant dan hotel ada di sini.

Struktur bangunan pun menarik...masih mengekalkan ciri-ciri zaman Arab dahulu kala.
Lorong-lorong kedai yang stail lama lagi...macam juga yang kita boleh jumpa di Melaka dan Penang. Pintu kedai menggunakan kayu lama. Luthfil kata macam dalam filem zaman dulu-dulu "knight"... yang pakai pedang tu...

Menuju ke kawasan kedai menjadi tarikan....jual binatang peliharaan. Abah kata ... "okay...tak yah pergi zoo...kita tengok binatang kat sini je..." ada ke abah ni??
Haikal leka kat arnab niii...banyak betul dijual...bermacam-macam warna dan jenis. Yang oren ni memang menarik sebab lain dari yang lain...oren tu warna kegemaran Haikal...tu yang tak bergerak dari sangkar arnab tu.

"Adoiii!!" sampai bercalar lengan abah dek cengkaman kuat burung kakaktua ni. Berumur setahun setengah dan dijual dengan harga QR8500!!!...mahalnyeeee...harga satu beg tangan Louis Vuitton!!! Leka jugalah anak-anak ni dengan burung ni. Masa ni kakaktua ni tak mahu "bercakap"...penat kut layan pelawat....

InsyaAllah, nanti sambung lagi....dah lenguh menaip dan mengarang.....

7 comments:

panggil aku shEh said...

hahhaha luthfil tu byk ngomelnyer. hahaha cute!

Pak Man laksam said...

Mcam dalam filem Ali Baba.......

tunbegia said...

sungguh seronok jalan-jalannns,

salamm,

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam norma,

jalan2 yer...budak2 memang nak dok dlm kolam manjang...kita nak gi tgk2 tpt orang...

take care!

nj said...

sheh...
luthfil mmg banyak cakap dan banyak soalan...tak larat nak jawab...

Pak Man...
ha ah...masa scene Marjina ari Apek tukang jahit tu...

Tun...
Alhamdulillah sekali sekala je ni...

Cikgu Nab...
tu la...macam tak biasa jumpa air...kita sampai tak larat menunggu tepi kolam...

tunbegia said...

thanx singgah ke blog haku itu,

salamm,

nj said...

tun...
mesti singgah punya...lambat atau cepat yo... :)