Saturday, May 29, 2010

SAMBUNG BELAJAR ATAU KERJA???


Sekarang ini musim cuti semester bagi pelajar-pelajar di UiTM seluruh sistem. Bagi yang sudah tamat, Alhamdulillah...lega lah rasanya. Namun, akan mula risau dan sibuk untuk mencari peluang-peluang pekerjaan.

Bagi yang ada lagi 2 -3 semester...cuti ini umpama merehatkan minda seketika sebelum kembali 'beraksi' di kampus apabila semester baru bermula.
Apa yang amat merisaukan pelajar-pelajar ini secara khususnya setiap kali cuti semester ialah menantikan keputusan peperiksaan akhir yang telah diduduki. Menunggu hari dan masa dengan berdebar-debar tatkala sistem komputer UiTM mengumumkan keputusan peperiksaan akhir semester yang baru berlalu.

Bagi yang tamat...kiranya keputusan ini bakal penentu...samada akan terus mencari pekerjaan atau terpaksa pulang semula ke kampus mendaftar untuk menduduki semula kursus yang gagal. Ini fenomena biasa pelajar-pelajar di UiTM... apa pun, sebagai seorang pensyarah, saya sentiasa mendoakan kalian berjaya dengan cemerlang setiap kali peperiksaan...biarlah semuanya "smooth sailing"...and "no hiccups" throughout. InsyaAllah.


Saya terpanggil untuk mengalih pandangan terutama bagi para pelajar atau bekas pelajar UiTM khususnya yang sekarang ini dalam dilema untuk membuat keputusan...yang pasti saya bukan orang yang sesuai untuk membantu anda membuat keputusan untuk memilih pasangan hidup ya...tetapi dilema membuat keputusan samada "SAMBUNG BELAJAR atau BEKERJA"???


Kalau ditanya kepada saya....beberapa pendapat akan keluar dari mulut saya bergantung kepada situasi setiap individu itu. Saya tak boleh "pukul rata" bila menjawab pertanyaan sebegini...there are many factors to be considered when concluding the type of decisions you are making.
Bolehlah saya berikan sedikit garis panduan apabila memikirkan perancangan yang bakal dibuat. Saya akan fokus kepada "SAMBUNG BELAJAR" kerana inilah yang menjadi dilema kebanyakan pelajar-pelajar sekarang ini:

KENAPA SAMBUNG BELAJAR??:
  1. MEMENUHI MATLAMAT @ MEETING GOAL(S)--apakah matlamat kerjaya anda?? Ada pelbagai matlamat yang boleh anda fikirkan, tetapi yang nyatanya jika anda ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah kerana anda ingin menjadi seorang ahli akademik atau nama amnya...pensyarah!!! (khusus bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda yang ingin menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana atau Masters)
  2. MEMPERTINGKATKAN ILMU DI DALAM JURUSAN YANG DIIKUTI--salah satu faedah apabila anda sambung belajar adalah untuk melebarkan sayap pengetahuan anda ke arah jurusan yang anda ikuti ke peringkat yang lebih tinggi. Contohnya macam tengok sequel drama ADAMAYA atau HARRY PORTER la... kalau ada sambungan atau sequel seterusnya, cerita akan jadi lebih menarik, anda akan lebih memahami cerita keseluruhan dengan lebih baik, dan anda akan tahu segala-galanya. Sama juga jika dari peringkat ijazah sarjana muda ke peringkat sarjana di dalam jurusan yang sama, anda akan dapat lebih pengetahuan, pengalaman dan mengikuti kerja kursus yang mungkin lebih berat lagi???....
  3. MEMENUHI KEPUASAN HATI SENDIRI--ini saya boleh kaitkan dengan kepuasan diri anda sebenarnya. Tetapi anda perlu tanya diri anda, "Adakah ini yang saya mahu?", "Adakah ini yang akan melengkapkan hidup saya?"...jika ianya tidak menjawab soalan-soalan tersebut, so sorry la dear...may be there are other things that could satisfy you...so look out for other alternatives okay!....
  4. PEER PRESSURE--ini boleh jadi salah satu sebab juga. Bila ramai kawan-kawan pakat dapat peluang untuk belajar, anda pula rasa tertekan...nak ikut juga...usaha lah juga cari borang dan isi borang permohonan. JANGAN!!!...jangan jadikan peer pressure pressuring you!... Rakan-rakan yang lain mungkin mempunyai matlamat atau goals yang berbeza...tak sama dengan anda...mengapa perlu ikut mereka?? Adakah mengikut mereka mendatangkan kepuasan hati anda? Fikir-fikirkanlah ye...
  5. MAMPU BIAYA--ini maksudnya, anda ada rezeki lebih atau ibubapa anda sanggup untuk menaja anda setahun dua lagi untuk sambung belajar. Alhamdulillah jika wang bukan masalah utama anda dan anda boleh mengikuti mana-mana pengajian dengan dibiaya sepenuhnya oleh keluarga atau mungkin anda mempunyai simpanan duit sendiri dalam RM10,000 hingga RM20,000 untuk biaya yuran pengajian peringkat Masters (bergantung kepada universiti dan jurusan yang anda pilih).
  6. SELF-ESTEEM--ada juga kaitan dengan faktor untuk memuaskan hati tetapi self-esteem ini lebih kepada perasaan kepuasan yang membolehkan anda berasa yakin dengan kebolehan diri anda sendiri. Macam slogan MALAYSIA BOLEH! tu... Bila sambung belajar ni, anda seperti berada di tahap yang lebih tinggi sedikit berbanding mereka yang tidak mempunyai kelayakan seperti anda. TETAPI....ingat!!!! bukan bertujuan untuk memandang rendah atas kebolehan orang lain...tetapi untuk meningkatkan self-esteem anda sahaja. Anda dan orang lain sama sahaja okay...tidak lebih dan tidak kurang sebagai hamba ALLAH yang kerdil dan masih memerlukan petunjuk dari ALLAH SWT...
  7. GAJI LEBIH TINGGI--chop! chop! chop!....ini yang mudah disalahertikan... ada dua kemungkinan gaji lebih tinggi ni...bergantung. Pertama, ya! gaji anda akan lebih tinggi mengikut kelayakan anda hanya jika anda memohon jawatan yang memang mengiklankan kelayakan Masters atau PhD...contoh yang paling baik ialah di bidang akademik...sebagai pensyarah!!... Kelayakan minima di kebanyakan universiti di Malaysia adalah Masters @ Ijazah Sarjana. Tetapi sudah banyak juga universiti yang memerlukan PhD sebagai kelayakan sebagai pensyarah ... ini menunjukkan betapa pantasnya bidang akademik boleh berubah dari tahun ke tahun dan dari masa ke masa. Anda perlu peka tentang itu. Kedua, jika kelayakan yang diiklankan adalah Ijazah Sarjana Muda sahaja, sedangkan anda sudahpun memiliki Masters....oooh mana bisa terima gaji lebih sih!!! Situasi sebegini wujud rata-ratanya di pelbagai sektor korporat awam atau swasta yang ada di Malaysia...kecuali untuk kes-kes tertentu contohnya, syarikat koprorat memerlukan kelayakan Masters untuk penyelidikan, pembangunan, konsultan dan sebagainya. Setakat pegawai atau eksekutif muda....jangan haraplah nak dibayar mengikut gaji Masters...masa ni memanglah rasa kelayakan yang anda ada tu tak laku...bukan salah mereka, salah anda sendiri yang tak kaji betul-betul kelayakan yang ditawarkan.
Rumusan yang boleh saya buat dengan garis panduan di atas adalah keputusan sambung belajar ke peringkat Masters berdasarkan apa yang anda ingin capai sebenarnya... Yang pasti jika anda berminat menceburi bidang akademik...YA!! ianya keputusan yang paling tepat...tetapi jika anda tidak minat bidang akademik, adalah lebih baik jika anda terus mencari pekerjaan lain dan menimba pengalaman dengan lebih banyak lagi bersesuaian dengan jurusan dan bidang anda...InsyaAllah.

Nyatanya, rezeki ALLAH ada di mana-mana sahaja, jika anda pandai berusaha untuk mencapainya. Anda lah yang boleh merubah nasib anda...tiada orang lain...jadi keputusan di tangan anda sendiri. Yang penting, anda perlu yakin dengan kemampuan diri, jelas dengan matlamat yang mahu dicapai, mendapat sepenuh sokongan dari pelbagai pihak dan pelbagai segi samada kewangan dan sebagainya.
Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi, dan pengetahuan saya sebagai seorang pensyarah. Seringkali ditanya persoalan sebegini dan InsyaAllah ini yang mampu saya ulaskan. Jika ada pendapat berbeza daripada ini, saya sedia menerima pandangan lain dan komen agar kita sama-sama dapat mendapat faedahnya.

Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan bagi membantu meringankan dilema yang ada di kalangan pelajar-pelajar dan bekas pelajar-pelajar saya di luar sana. Semoga apa sahaja keputusan yang anda buat atau bakal lakukan, saya mendoakan yang terbaik untuk kalian. InsyaAllah.

Wednesday, May 26, 2010

AFTER 3 WEEKS...ALHAMDULILLAH...

Hadeed dan ummi

Esok Alhamdulillah genap sebulan usia Luthfil Hadeed...dan genap sebulan jugalah Norma dalam pantang ni. Ada banyak hari lagi nih....adoiiii....jenuh menunggu la pulak.

Hadeed seminggu dengan gaya kesukaannya...melenting je..

Setakat ni semuanya berjalan lancar tetapi biasalah menjaga bayi seusia Hadeed ni...kadang-kadang okay, kadang-kadang tidak. Terutama menjaga waktu tidur Hadeed yang tak tentu masa...yang parahnya ummi jugak...siang tidur, malam berjaga. Tetapi ummi bukan suka tidur siang...dan susah nak boleh tidur siang...jadi bayangkan keadaan ummi kalau siang dan malam berjaga...

Hadeed 2 minggu...dah pandai main ba..ba...cak...hahaha

Tapi tidaklah setiap hari, sekali sekala. Paling lama tidur malam 5 jam...tu kalau Hadeed betul tidur lena. Secara purata...waktu tidur Norma di malam hari selang 2-3 jam sahaja. Sabarje la...nak tunggu Hadeed besar sedikit...barulah boleh normal waktu tidur dan jaga nya.
Hadeed 3 minggu...dah rajin buka mata dan perhati sana sini...masa ni lah abang-abang dan kakak suka sangat...cium sana cium sini, tekan kepala...kalau abang haikal lagi la...dipicitnya mata Hadeed...sabar je la...

Saturday, May 8, 2010

LUTHFIL HADEED...semoga menjadi anak solehin...

Anak abah!... Luthfil Hadeed bin Haswadi.

Alhamdulillah...dapat Norma kembali menulis setelah break lebih seminggu nak masuk 2 minggu dah ni...hehehe...

Norma telahpun selamat melahirkan anak keempat Norma tanggal 27 April 2010 lalu...tu yang terhenti celoteh dalam blog ni.
Selepas majlis KRMJ tempohari...selang beberapa hari, Norma 'dipaksa' bersalin juga...Dr Bella kata, "can't wait anymore..." alahai....bayangkanlah...buat regular check-up hari Ahad 25 April, tup tup...Dr Bella suruh datang 27 April untuk di'induce'...sebabnya tekanan darah Norma naik tinggi masa tu....160/100!!! haa amik!.... ni kes berpenat lelah sangat gi sana sini dah hujung-hujung mengandung tempohari...

Ngantuk lagi ke??

Dulu-dulu 5 tahun lepas bolehlah...sekarang ni umur dah 36 tahun...tak sama kondisi dulu. So cepat aje la nak kena itu ini.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan lahirlah LUTHFIL HADEED BIN HASWADI, jam 11.23 malam 27 April lalu.

Baby kecil je 2.4kg....semoga Hadeed cepat membesar supaya senang sikit ummi nak pegang...bila kecil sangat...alahai....takut juga nak menguruskannya.

Sekarang ni dah berada di rumah dan menjalani tempoh berpantang....sendiri...dulu ketiga-tiga anak mak yang jaga makan minum dan urusan baby....sekarang Norma kena buat sendiri...mujur juga ada si Senah uruskan hal rumah, abahnya pula uruskan hal anak-anak yang besar dan keperluan rumah...Norma layan diri dan Hadeed la nampaknya....

"Abang nak cubit pipi Hadeed je...."

Saturday, April 24, 2010

MAJLIS RAMAH MESRA KRMJ APRIL 2010...happening!


Alhamdulillah...usai sudah Majlis Ramah Mesra KRMJ yang berlalu Khamis baru ini.

Kenangan paling manis rasanya pada Norma kerana sesuatu yang tidak disangka berlaku. Walaupun penat seharian suntuk berada di Ibn Zahr Camp yang sungguh selesa itu...tapi hati puas kerana dapat bertemu ramai warga Malaysia di Jubail ini.
Tuan Yang Terutama Dato' Prof Madya Syed OmarSyed Mohd Al Sagaf di apit oleh orang kuat KRMJ, Tn Hj Salahuddin (di sebelah kiri) dan
Bergambar bersama Y BBhg Datin, isteri TYT Dato' Duta (bertudung oren)
TYT Dato Prof Madya Syed Omar Syed Mohd Al Sagaf sedang berucap... Tn Haji Salahuddin, Presiden KRMJ khusyuk mendengar...

Yang lebih menarik, dapat bertemu dengan Duta Malaysia ke Arab Saudi, TYT Dato' Prof Madya Syed Omar Syed Mohd Al Sagaf serta isteri beliau. Rupanya Dato' adalah bekas Dekan Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam yang telah bersara pada tahun 1997. Bangga sekejap sebab ex-UiTM lecturer jadi Duta...hmmmm ... berangan la tu Norma!

Kehadiran Dato dan isteri diiringi bersama attache officer (PA) beliau...mulanya Norma tak berapa cam sangat siapalah gerangan pegawai yang mengiringi Dato' ke majlis kami itu. Setelah memandang dua tiga kali, barulah Norma perasan, "macam ku kenal aje orang ni"...hati memang dah terdetik...orang itu memang pernah dikenali...tetapi "di mana ya?"...
Dengan berani Norma approached pegawai Dato' dan terus bertanya siapakah gerangan beliau...bila terpandang nama dibaju yang dipakai "AL HAFIZ"...MasyaAllah memang ingat sangat nama tu...cuma mungkin rupa dan perawakan sedikit berubah.
"Puan...saya Hafiz...ex student puan!"...terpacul dari mulut beliau....

"Puan Norma .... saya batch dengan Saffiri dulu...." katanya lagi

"Ya...ya...saya ingat...saya ajar Organizing Skills dan anjur program di PERKAYA di Marang dahulu..."

Masa tu terkedu sekejap sebab tak sangka dapat berjumpa dengan bekas pelajar Norma ... pulak tu jadi personal assistant pada Duta Malaysia di Saudi ini.
Hafiz...macam buat Public Speaking je kamu ye....teringat zaman mengajar awak dulu, kena tanya soalan...kali ni pun Pn Norma awak tanya soalan gak kat awak...mujur boleh jawab ye...

Sungguh...rasa terharu dan bangga kerana salah seorang anak didik Norma sudah berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan. Hafiz memang seorang pelajar yang berdedikasi....seingat Norma dulu...dia memang rajin dan sangat peramah orangnya. Norma tak pasti berapa subjek yang Hafiz pernah ambil dengan Norma sepanjang pengajian beliau di UiTM Terengganu...apapun Norma pasti jika pensyarah-pensyarah lain tahu mengenai perkembangan Hafiz sekarang ini, tentunya mereka juga berasa bangga!!

Sentiasa menghormati pensyarah-pensyarah dan sentiasa usaha untuk memperbaiki prestasi diri beliau. Sesuai sungguh jawatan PA yang beliau pegang sekarang...bukan senang dan mudah untuk beliau untuk mencapai ke tahap ini. Norma rasakan beliau mesti bangga dan percaya pada diri beliau sendiri. Tahniah dan syabas saya ucapkan buat Hafiz...doa saya semoga Hafiz terus mencapai kejayaan dan penuhi matlamat di dalam kerjaya yang Hafiz ceburi sekarang ni. OMT memang WORLD CLASS lah!...

Seterusnya...layan lah beberapa gambar yang sempat diambil semasa Majlis Ramah Mesra KRMJ.. sungguh "happening!"... Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih tidak terhingga kepada semua AJK yang telah menjayakan program tersebut sehingga selesai. InsyaAllah kita ketemu lagi di program yang akan datang!...
AJK Pendaftaran yang sedang sibuk...Puan Aida, Puan Adda, Puan Fid, Puan Tina, Encik Roy dan Puan Gie....
Tuan Haji Mutalib membacakan doa sebelum program bermula
Penuh meja dengan jamuan pagi ala "Pot-Luck"....macam-macam adaaaa.....Alhamdulillah...
Selesa dan luas kem Ibn Zahr ni. Ramai betul warga Malaysia yang hadir...walaupun tidak serentak...namun kemeriahan berpanjangan dari pagi hingga selesai program pada malamnya...
Ni anak Cikgu jahan...tiup tepung ke makan tepung nih??
Aktiviti yang ditunggu oleh anak-anak...sukaneka...macam-macam hal...
Kali ni terpaksa buat 2 kategori...bawah 12 tahun dan 13 tahun ke atas....betapa ramainya lah warga Malaysia dan keluarga yang ada sekarang ini.
Pening kepala Puan Nina Wenk melayan dan mengendalikan sukaneka kali ni...Norma memang terpaksa menarik diri dari awal kerana tak larat. Syukur, ramai lagi kaum ibu yang membantu Puan Nina.
Cikgu Norjahan dah mula bersuara..."anak-anak...cepat masuk kumpulan!!! ni apa lagi dibuatnya ni?"
Luthfil dan Haikal ... acara bawa belon berair...
"apa yang penting?? kerjasama...wonder pets wonder pets...yeeeaaahhh!"
Walaupun jam masih sekitar 10 pagi...tetapi panas sungguh...kesian anak-anak yang dah berpeluh ni...menunggu acara seterusnya
Kaum bapa yang memberi sokongan pada anak-anak...
Si ibu juga sentiasa memberi sokongan...eh eh...kamu ada di situ ya Senah! enterframe kamu ya! (bertudung purple coreng di belakang adik En Shahril tu)...

Acara anak remaja pula...terpaksa dibuat di dalam khemah kerana waktu ini cuaca panas terik...
Acara kaum bapa...waktu petang lepas Asar...eh eh...En Rusman (baju putih, 3 dari kiri), bukan main bergaya lagi menangkap telur tu ye...mujur tak pecah...tapi selepas aje gambar ini dirakam...balingan telur dari Encik Kamaruddin ke En Rusman hancur berderai
Acara kaum ibu...cergas sungguh ibu kat Jubail nih...serentak dengan kaum bapa tetapi dijalankan di dalam khemah...

Tuesday, April 20, 2010

SENAH OH SENAH!!


Beberapa hari siaran tertunggak...maklumlah balik bercuti...sibuk dengan itu ini. Hujung minggu ni laaaaggggiiii sibuk...sibuk makan.... InsyaAllah Kelab Rakyat Malaysia Jubail di sini akan mengadakan Majlis Ramah Mesra KRMJ yang kedua kalinya tahun 2010...fuhhh aktif sungguh rakyat Malaysia ni!

Diadakan di Ibn Zahr Beach Camp, hari Khamis dari pagi hingga malam. Antara aktiviti yang bakal dilakukan:
  • pertemuan dengan Duta Malaysia di Arab Saudi atau Wakil dr Pihak Kedutaan
  • sukaneka semua golongan umur
  • BBQ dan makan-makan dan makan dan makan lagi....
  • aktiviti ramah mesra dengan ahli-ahli yang baru tibe di Saudi...dengarnya ramai
  • hadiah-hadiah menarik disediakan
..kut-kut mana tahu ada ahli yang terjenguk blog ini atau ada ahli keluarga KRMJ yang masih berada di Malaysia tu nak tahu perkembangan terkini suami-suami tercinta... InsyaAllah lepas majlis...Norma update gambarnya pula.

Norma pula sekarang ni di rumah, Alhamdulillah...dah ada "Senah"...berkat doa di Mekah untuk segera mendapat pembantu yang boleh menguruskan anak-anak dan rumah ketika Norma bersalin nanti...ALLAH makbulkan. Petang Sabtu lalu pergi mengambil "Senah"...Alhamdulillah, setakat beberapa hari ni Senah melakukan tugasan dengan penuh tanggungjawab.

Sedikit berkenaan Senah... nama penuhnya NurHasenah (ejaan tak pasti). 21 tahun dari Jakarta Timur. Pengalaman kerja selama 3 tahun di Saudi bersama keluarga Arab...ni pertama kali berkhidmat dengan orang Malaysia. Seronok sungguh dia sebab katanya "udah 3 tahun aku makan makanan Arab...kali ini baru bisa makan sama Indonesia (macam makanan Indonesia)."

Mula-mula jumpa Senah, hati berkata, "alahai mudanya Senah ni...mampukah dia membantu Norma di rumah nanti, uruskan anak-anak dan buat kerja rumah??"

Telahan awal Norma silap belaka....dia buat kerja lagi hebat dari Norma!!! haaa amik!
Alhamdulillah...setiap hari Senah memang ada rutinnya sendiri...tak perlu diberi jadual atau diberi arahan...dia sendiri mengaturkan apa yang mahu dibuat.

Sehinggakan Norma naik "rimas" dengan aktivitinya...asyik buat kerja tak berhenti....kesian Senah...disuruh duduk rehat..."nggak mahu sih!"..."aku dibayar gaji buat kerja...biar aku kerjain"

Senah biasa tidur lewat, jam 12 tengah malam hingga 1 pagi di rumah majikan lama.

"Tak apa, di rumah saya, Senah perlu tidur jam 9 malam...cukup rehat setelah penat buat kerja!"

"Aku nggak sih tidur awal..."

"Alahai...pejam je mata kamu tu..."

Apa-apa ajelah Senah oiii..."madam" (panggilan manja Senah pada Norma--sebab itulah panggilan beliau pada majikan Arab selama 3 tahun, tak boleh hilang...) tak kisah, asalkan Senah selesa dan gembira berkhidmat dengan "madam" ya.

"Di majikan lama aku makannya sehari aja sekali...di sini aku makannya 3 kali...nanti gemuk aku!"...kata Senah pagi tadi.

"Gemuk pun gemuk la Senah...dah rezeki Senah. Buat kerja perlu ada tenaga, nanti sakit sapa yang susah...saya jugak yang susah!"

Senah pun beredar ke bilik belakang untuk melipat plastik...haa plastik pun kamu nak lipat Senah?? apa-apa ajela Senah oiii....

Saturday, April 17, 2010

FARTHEST JOURNEY EVER....

Selesai cerita cuti...nak sambung pulak cerita ke Mekah. Sebenarnya...hajat nak tunaikan umrah sekali lagi ni dah dikhabarkan awal pada suami tercinta...sejak Januari baru ni lagi...sempena Tahun Baru dan sempena mengandung anak ke-empat...teringin nak ke Mekah dan menunaikan umrah sekali lagi sebelum bersalin.
Memandangkan Haswadi teramat sibuk dengan kerja sejak awal tahun 2010 sehinggalah beliau boleh bercuti bulan April ni....barulah hasrat tu tertunai. Nak minta pergi seorang diri dulu, Haswadi macam berat nak lepaskan...jadinya Norma kena lah bersabar sehingga waktu yang sesuai.

Tup-tup...semasa Haswadi merancang nak ke Qatar bawa anak-anak bercuti, dia selitkan juga agenda ke Mekah... apa lagi...seronok tak terkata lah Normanya...cuma memikirkan kandungan yang dah agak sarat ni....keseronokan dan hajat yang melambau tu dipendam sehingga betul-betul rasa yakin boleh tunaikan juga. Sebelum ke Qatar, dah beritahu awal-awal pada Haswadi, kalau saya tak larat nak ke Mekah kita pulang terus ke Jubail je la.

Haswadi seperti biasa, penyabar orangnya...apa aja yang Norma beritahu...di iakan aje...bersyukur dapat suami yang tak banyak cakap dan tak banyak soal ni. Semuanya okay belaka pada dia... Haswadi ikutkan aje Norma ni. Tetapi Norma beri syarat, kalau nak ke Mekah..."kita jangan rushing atau tergopoh gapah...lagipun kali ni kita travel sefamily aje...so boleh ikut timing sendiri. Bila-bila kita letih , kita berhenti dan rehat.
Bayangkanlah...journey from Qatar ke Mekah....dari bacaan GPS...lebih kurang 1480km jauhnya. Waduh!!!! jauh tu bang! Norma lebih kesiankan pada Haswadi sebab dia yang drive seorang diri. Setakat Norma cuma tak larat duduk dalam kereta lama-lama...kaki pun mudah sembab dan bengkak, dengan melayan 3 orang kanak-kanak ribena lagi. Kalau abah dah penat, ummi dah tak larat...kesian pulak mereka.
Since Haswadi dah janji...kita akan rehat secukupnya sepanjang perjalanan supaya matlamat menunaikan umrah kali kedua ni tercapai dan disempurnakan dengan selamatnya...Alhamdulillah.

So, pada hari ke-4 di Qatar, kami checked-out dari hotel jam 10 pagi. Sempat menyinggah ke satu dua tempat untuk belikan buah tangan buat kawan-kawan di Jubail ni. Tak dapatlah nak beli untuk semua orang, mana yang dapat aje la ye. Beli pun bukan apa sangat, Fridge-Magnet dan Sos Cili...jenama MAGGI...memang ada dijual di GIANT dan CARREFOUR di Doha ni. Selain dari tu, jumpa juga jenama KIMBALL dan LIFE...apasal le di Saudi ni tiada sos cili macam tu??

So lebih kurang jam 12 tengahari baru kami memulakan perjalanan Doha - Mekah....dengan perasaan puas hati dan berhati-hati....puas hati sebab, matlamat ke Qatar tercapai, Haswadi dapat bertemu 2 orang kawan semasa di PETRONAS dahulu dan kami dapat pusing-pusing bandar Doha dengan selamatnya. Berhati-hati pulak...sebab kami nak pastikan perjalanan ke Mekah berjalan dengan lancar dan selamat semuanya.

Dipendekkan cerita yang dah panjang ni, kami berhenti rehat dan tidur dengan selesanya di 2 tempat sebelum tiba ke destinasi Mekah. Mula-mula bermalam di Quwaiwiyah (tempat yang sama kami singgah semasa perjalanan Umrah pertama tahun lepas). Masa ni, Haswadi memang letih sungguh Norma lihat...tapi digagahkan juga untuk sampai ke Quwaiwiyah...lebih kurang jam 9 malam kami tiba di bandar ini. Kami masih menginap di hotel yang sama juga.

Keesokan pagi, setelah puas berehat dan tidur, kami meneruskan perjalanan ke Taif. Hajatnya kali ini nak menginap di Taif (bandar untuk Miqat Umrah dan Haji bagi jemaah yang datang dari bahagian Timur Arab Saudi). Jika jemaah dari Madinah dan Utara Mekah, Miqat Umrah dan Hajinya di tempat lain).

Seperti yang dirancang, kali ini kami hanya akan menunaikan Umrah sahaja di Mekah dan tiada ziarah...kerana terpaksa pulang ke Taif selepas itu. Sekali lagi kami berhenti rehat dan menginap di sebuah hotal Green Palace Plaza (Norma memang syorkan kepada sesiapa yang ingin menginap di Taif, untuk memilih hotel ini. Furnished apartment, ada yang 2 bilik hanya SR150 satu malam sahaja. Sangat selesa, luas dan bersih!) Bermalamlah kami 5 beranak pada hari Isnin dan bersedia untuk ke Mekah keesokan paginya.
sempat menonton kartun pagi sebelum ke Mekah tu. Ni bilik anak-anak di Green Palace Plaza yang kami sewa di Taif...luas...

Selepas Subuh, hari Selasa, kami bersiap dari hotel dalam berihram dan menuju ke tempat Miqat iaitu Miqat Wadi Mehrim yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Taif...lebih kurang 20 minit dari hotel. Sesampai di Miqat tersebut, kami sarapan pagi yang ringan sekadar roti dan air, berniat dan meneruskan perjalanan ke Mekah , lebih kurang 78km dari tempat tersebut.

Umrah kali ini, Haikal dikecualikan...kasihan melihatkan dia berihram kali pertama dulu...sampai tercicir dan tertanggal kain ihram...serabai aje ummi nengokkan...InsyaAllah Haikal dah besar sikit, tahun depan ke...ummi ihramkan Haikal ye...

Alhamdulillah tiba di pusat bandar Mekah lebih kurang jam 8 pagi. Agak lengang sedikit dan kebetulan Haswadi dapat mencari tempat letak kereta tak jauh dari Masjidil Haram...berjalanlah kami 5 beranak ke Masjidil Haram. Setelah mengangkat hadas kembali, menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid 2 rakaat di hadapan Kaabah, Alhamdulillah...kami memulakan ibadah umrah...lebih kurang jam 9 pagi.

Cuaca, sewaktu itu masih sejuk lagi walaupun matahari agak tinggi. Jemaah yang ada pun tidak sesak sangat. Dalam masa 25 minit, kami selesai tawaf dengan nikmat tidak terhingga kerana berpeluang bertawaf betul-betul di sisi Kaabah dan sempat menyentuh beberapa kali dinding Kaabah...sehinggakan Norma boleh memaut dinding Hijir Ismail setiap kali melalui kawasan tersebut.
Tak mahu berstokin pulak si cilik ni...

Selepas tawaf, terus ke Makam Ibrahim untuk solat sunat 2 rakaat. Norma dan Haswadi bergilir menjaga anak-anak di tangga Masjidil Haram kerana Norma berhajat nak solat di dalam Hijir Ismail, Alhamdulillah dapat tunaikan dengan tanpa apa-apa masalah langsung. Haswadi pula cuba mencium Hajarul Aswad, tetapi hanya mampu menyentuhnya sahaja.
'Peluh-jerut' masing-masing selepas tawaf...walaupun tak panas terik...

Tiba giliran Norma, mencuba juga tetapi dengan perut yang besar ini...dan disebabkan asakan sangat kuat di hadapan Hajarul Aswad tu....daripada membahayakan keadaan Norma, Norma mengalah. InsyaAllah di lain kali, Norma akan cuba lagi.

Selesai segalanya di dataran Kaabah, kami meneruskan Saie...Alhamdulillah kali ini anak-anak terkawal dan 'behave'...berkat doa kami berdua agar ibadah kali ini berjalan lancar. Lagipun kali ini kali kedua, masing-masing dah tahu apa yang akan dilakukan dan beberapa kali memesan kepada mereka agar berkelakuan baik sepanjang ibadah supaya ianya berjalan dengan mudah dan lancar. Alhamdulillah...berbanding yang pertama dahulu...kali ini ummi dan abah...tiada tekanan dan stress.

Di cebisan bukit Safa di dalam Masjidil Haram.
Masa ni memang kesian tengokkan anak-anak...dah penat tawaf dan saie...syukur alhamdulillah ketiga-tiganya tidak meragam atau merengek...baik sungguh...sehingga selesai, tapi air zam-zam penuh dah dalam perut tu, asyik singgah dan minum aje...kesian anak-anak ummi!

Kami selesai semuanya jam 11 pagi. Dihitung lebih kurang 2 jam sahaja berbanding Umrah pertama dahulu mengambil masa hampir 5 jam!!! Banyak penambahbaikan yang kami lakukan kali ini, InsyaAllah...ALLAH makbulkan. Cukup rehat, tidak tergesa-gesa, anak-anak pun dah semakin faham, masa atau waktu pagi yang sangat sesuai, kawasan masjid yang tidak sesak dengan jemaah dan sebagainya. Rezeki dan kurniaan ALLAH beri kali ini betul-betul berkesan di hati Norma... InsyaAllah jika berpeluang ke sana lagi, akan banyak lagi penambahbaikan yang akan Norma lakukan ... apapun perancangan dan pengalaman amat penting dalam apa jua perkara yang kita lakukan...InsyaAllah.

Sebelum meninggalkan Mekah, kami makan tengahari di D'Saji dan sempat berjumpa dengan blogger popular PDKM, Cik Li@Manzlie...sempat berborak sebentar, tetapi tak sempat bergambar dengan beliau.

Makanlah kami anak beranak sementara menunggu solat Zuhur. Selepas solat Zuhur di Masjidil Haram, kami terus pulang ke Taif dan berehat sebelum kembali pulang ke Jubail keesokan paginya.

Friday, April 16, 2010

DOHA lagi...

Tertangguh sekejap cerita cuti kami. The 3rd day punya cerita pun tak habis lagi ni. Destinasi kami hari ketiga ni masih berkisar di Souq Waqif ni. Gambar di atas adalah Malaysian Restaurant yang ada di sini. Deretan restoran di sini bukan calang-calang...kebanyakannya International Restaurant dari pelbagai negara. Dipenuhi dengan mat saleh dan pak arab-pak arab kaya!!

Kebanyakannya ada indoor dan open-air table di sediakan di sepanjang jalan restoran ini. Since teringin sangat nak ke restoran Malaysia...so kami tak menyinggah dah restoran yang lain-lain tu.
Sri Kebaya Restaurant ini dimiliki dan diuruskan oleh seorang rakyat Malaysia, Puan Sunyta Ali...dah berbelas tahun tinggal di Qatar. Haswadi yang sibuk interview dia...Norma dah tak larat nak naik ke tingkat atas pejabat restoran tu untuk ambil gambar beliau.

Suasana sangat menarik di dalam restoran, gambar pulak kurang cantik...pakai handphone je ni. Makanan...biasa-biasa aje...tapi banyaklah menu yang ada...roti canai, nasi lemak, rendang, mee jawa, mee rebus, kari ayam, daging mushroom, lontong, mee goreng, pendek kata semuanya ada dalam menu..dan banyak lagi....

Tengahari tu kami makan nasi, kari ayam (pedas ya amat!), daging mushroom (sedap), ayam goreng serai (okay je la), sup sayur campur (sedap...terutama ketika cuaca panas kat luar tu), dan chef's menu of the day-grilled chicken with mashed potato (ada jugak western food!).

Tapi tukang masaknya warga Indonesia...laaaa kenapalah tak betul-betul ambil tukang masak Melayu Malaysia??

Maafle...gambarnya tak ada sebab bila makanan sampai...everything looks so tempting with 5 hungry tummies...we straight away 'jumped' on the food...so tak sempat snap...ngappp terus!

Lepas makan...semasa berjalan keluar dari Souq...singgah di sebuah kedai yang menjual gambar-gambar the Rulers of Qatar...yang digelar Emir. Emir Qatar dipelopori dinasti Al Thani yang mula memerintah pada tahun 1868. Sehingga ke saat ini, dinasti Al Thani yang menjadi pemerintah di Qatar ini. Emir terkini adalah yang paling kiri sekali (poster merah), Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.
Ini pula Aspire Stadium, Doha. Stadium bola yang terkenal di Qatar ini....hebat!

Menjelang ke petang, sebelum ke rumah rakan Haswadi, kami ke VILLAGIO MALL....mall yang terkenal di Doha ini. Luas sungguh mall ni, kami tak sempat berjalan ke semua tempat.
Perhatikan senibina dan interior mall ini. Kalau perasan atas sekali tu berawan...tapi bukan outdoor ye...itu adalah lukisan siling sepanjang mall ini....maknanya jika anda berada di dalam mall waktu siang atau malam....tak dapat nak bezakan sebab 'cerah' langit sepanjang masa....bahaya ni kalau duduk lama-lama dalam ni....tak ingat nak balik sebab siang memanjang!
Haswadi dan Nadhrah...pose tepi 'sungai' dalam mall. Ada sampan disediakan untuk menikmati keindahan Villagio Mall ni...kami tak naik sebab dah naik bot di West Bay ... so kali ni abah kata "tak payah!"
Haikal nak juga bergaya di hadapan Mercedes E350 ni. Harganya jangan terkejut ye... QR260,000 sahaja....muraaaahhhhhsssss berbanding harga di Malaysia... padanle sepanjang atas jalanraya, kami hanya nampak kereta-kereta mewah sahaja. Setakat Cheyyenne, Mazda CX9, BMW, Porsche tu berlambak...tak cukup jari nak kira....