Monday, June 29, 2009

BEST BLOG AWARD...terima kasih...

Sesekali dapat hadiah...siapa yang tak suka kan? Walaupun bukan di hari istimewa, setiap pemberian tu amat bermakna. Alhamdulillah...terima kasih...
Terima kasih pada cik mek EIYDA, kawan blogger baru Norma nuuun kat Dubai tu, kerana sudi menganugerahkan award comel kat bawah ni.
Di kesempatan ini norma pun nak jemput mana-mana pembaca di purpleheart ni untuk 'melawat' cik mek comel lote EIYDA kat Dubai tu...dia suka masak masak, jalan jalan dan cerita cerita...gi la melawat dia...gerenti dia suka....



Ada juga diberikan tugasan...senaraikan 15 penerima award yang baru...InsyaAllah...disenaraikan penerima award yg baru...(eiyda...kalau tak cukup 15 tak pe ke? jgn ambil balik award tu tau...heheheee)

Kawan-kawan sekelian...silalah copy image location and paste kat blog anda...sudi sudi la menerima 'hadiah' yang tak seberapa ini...sekali sekala kan....InsyaAllah...

Ni peraturan asal award ni, Norma menyampaikan aje...
Award ni peraturannyer senang jer..

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award. (Actually yang ni Norma tak paksalah...tak perlu buat pun tak pa, tapi kalau nak bagi kat kengkawan lain...mesti mereka suka tau!)

1. Luthfil anakanda patik...uwaaa...ummi kena buat kan jugak
2. Nadhrah anakanda patik sorang lagi....keje ummi lagi...
3. Neeza (yg ni sdg bercuti...balik nanti ambil tau)
4. Leeza 'COACH' Jo... ala ala J.LO gitu!
5. en_me yang giteww giteww tuuuuuu, nak ke dia amik??...gasaklahkannnnssss
6. As-Roy...tolong jangan cicir hadiah ini dalam troli PANDA ye!
7. Madina...kalau bungkus nasi kerabu Jubail tu, bungkus sekali hadiah ni...amik jgn tak amik...
8. sis khadijah...I know u r busy packing...pack this as well sis...
9. Fatin...ex student norma yg sdg bercuti sakannn tu...amik!
10. Ummidin, Fir...sila ambil ye...dah dapat hadiah...kebab kambing satu!
11. Taufiqwish aka TaufiqCamry...I know I know...mesti en Taufiq tak amik...tapi Cik Puan Shikin tolong ambilkan...boleh?
12. PEESHA...hang jangan buat dekkk je tau...taula sampai dah Kangaq tu...terimala akak ye...
13. LG...member 'serai wangi' di Australia tu. I know u r always busy in the kitchen preparing wonderful dinners...terima lah hadiah dari norma ni...
14. Pak ManLaksam...blogger baru kenal juga, Cikgu!..harap sudilah menerima tanda ingatan dari Norma ni...
15. Last but not least, Hjh Noor Aida Kamaruddin...kak Aida...Norma tahu kak Aida sibuk dengan keluarga...tapi silalah terima tanda ingatan dari Norma ni...untuk menghiasi 'rumah' kak aida tu...

Alhamdulillah...cukup juga kuota 15 penerima bertuah ini. Norma ucapkan semoga jalinan persahabatan maya ini berkekalan...walaupun ada yang mungkin mustahil untuk dapat berjumpa...InsyaAllah ada rezeki dan peluang ALLAH kurniakan...kita boleh bertemu...

Sunday, June 28, 2009

MICHAEL JACKSON A MUSLIM...

I would like to apologize in advance if this was not true. However...really hope he dies as a Muslim...Wallahuallam...

But enjoy the touchy song..

Michael Jackson converts to Islam...Now Mikaeel Jackson
Uploaded by frenigma. - See the latest featured music videos.

TAG dari KAK INA..(Tertunailahasratdihati)....

Terima kasih kak Ina beri 'tag' ini...lama dah tak jawab menjawab ni. Tapi macam tak lengkap sebab Norma tak ada letak nama 6 orang yang akan ditag selepas ini. Norma suka je jawab soalan tapi nak tanya orang tak sampai hati pulak. Aci ke?

1. Nama-nama timangan anda?

Kalau di Sentul tu masih memanggil gelaran "Adik" sebab Norma anak bongsu...anak-anak selalu gelakkan sebab ummi dipanggil "adik"..
2. Anda seorang yang??
Peramah, garang, tegas, InsyaAllah buat sesuatu perkara dengan ikhlas hati...

3. Insan yang teristimewa??
Mak dan arwah Abah, Suami dan anak-anak...tiada tolok bandingnya...

Describe apa yang membuatkan dia terlalu intimewa dimata anda?
Mak dan abah yang memberi peluang Norma melihat dunia dan menjadi Norma yang sekarang ini.
Suami...seorang insan yang menerima Norma seadanya dan hidup bersama susah senang...Alhamdulillah...
Anak-anak...bukti kasih sayang yang tiada sempadannya...

4. Lagu kesukaan anda??
Alamak...layan je semua jenis lagu...baru ni dengar R. Azmi dalam internet...sedapla pulak lagu dulu-dulu ni

5. Makanan kesukaan anda??
Asam tumis, sambal belacan, laksa, tom yum, dan Alhamdulillah apa sahaja yang halal dan boleh dimakan...tolak batu dengan kayu je ye...

6. Warna kesukaan anda??
Purple??? Bukan...tu nama blog aje...Norma suka BIRU

7. Sikap yg membuatkan anda Stress??
Pemalas

8. 3 benda yang mesti ade dalam Beg anda??
Dompet, telefon bimbit dan kunci rumah...

9. Kali terakhir anda menangis dan mengapa??
Minggu lepas rasanya...sebab anak ketiga tu demam...Norma akan menangis setiap kali anak tak sihat...tak tahu kenapa...mesti nangis punya...

10. TAG 6 Rakan anda...nak suruh cari ni yang payah...dah ramai dah buat tag ni.
Alamak...nak skip soalan ni boleh tak? Aci ke tak aci?

Friday, June 26, 2009

YOU WERE THERE...AND NOW YOU ARE GONE...


What a tragic to know that the legendary talented pop star ever in the world, Michael Jackson died at 50 last Thursday. Nobody can ever replace the person named Michael Jackson.

Just a few weeks ago I read an article on the Internet that he was going to make a comeback...his plan for a big concert after many years in 'disguise'. And I was looking forward to seeing him back on stage (even not in Live though!)...singing his hits he had never sang for many many years... What a loss? to the music of the world...to his fans all over the world...to me.

The wonders he brought to music, the talents he has got that changed the way people listened to songs and musics and the miracles he ever brought to many ears all over the world...now left as a legend, a history yet remain unmarked as they were in our hearts and our mind...

I remembered singing over his songs like Beat It, Thriller, They Don't Care About Us, We Are the World and my most favorite one, Billie Jean...

I remembered watching his videos, his clips and all about him very long time ago...when he was at his fame stage, all the tragedies that occurred throughout his life until the day he died...

No one exactly knows hows and whys he'd done things that he had or had not done...only him who had suffered all those miseries in his life could answer what truths are all about.

For certain, he had all the best things ever happened in his life and he has overwhelmingly impacted on other people's life as well...

So long MJ...

GOOD TIMES EVER SPENT...

Alhamdulillah, kami sekeluarga akhirnya berpeluang untuk berjalan-jalan hujung minggu setelah hampir 4 minggu tidak ke mana-mana sebab anak anak exam dan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Destinasinya hanyala ke KHOBAR tu. Walaupun sudah beberapa kali ke sana tapi seingat Norma tak ada lagi cerita detail pasal KHOBAR ni.
InsyaAllah entri kali ini nak cerita berkenaan tempat-tempat yang boleh dikunjungi di KHOBAR ni.
Cuaca kat luar 44 darjah Celsius...panas tu, tapi demi melepaskan 'geram'...kami keluar juga..

Ni di sepanjang main road kat Khobar...perasan tak papan tanda hijau KRISPY KREME doughnuts tu...kalau sesapa nak rasa the BEST doughnut ever on this earth...should go and try...kalah semua jenama termasuk Big Apple sekalipun...wonder if Malaysia has got one??
One of the bazaars along the main road...
Kami melalui sepanjang jalan ini di Corniche (persisiran pantai di Khobar)
..ada Burger King
Mc Donalds and Dagen..
Starbucks..Pizza HutBoha Bahama...tak pernah masuk kat sini...Kudu...another fast food hut..Wonder what is in this center?? Selalu lalu tak pernah singgah...tapi ada big Sport Store dalam ni...Yang istimewa sekali, bila Haswadi nak belanja makan di MALAYSIAN KITCHEN. Pada rakyat Malaysia di Jubail ni mungkin dah biasa dengar dan kunjungi restoran istimewa ini, tapi pada Norma yang dah lebih 4 bulan di sini, inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sini....terima kasih pada Haswadi sebab AKHIRNYA!!!! membawa kami sekeluarga ke sini.
Di pintu masuk MK
The ambiance of the restaurant
Teringat kat replika rumah Melaka yang Pok Teh kat Tangga Batu tu buat...masih ada kat depan rumah dia...Ni dia cover page Menu MK...Antara menu hidangan di MK...ada harga sekali kat situ.. Small/Medium/Large...
Alahai...menunggu hidangan ye...tapi sekejap je dah sampai...tak lama menunggu pun...
Dah sampai pun minuman...
Ni yang nak sangat waktu panas terik sekarang ni...the ABC...sabar gok Luthfil!
Kuey Teow Cantonese..for ummi...
Tom Yum Malaysian Style for the table...boleh tahan juga...
Nasi Goreng Ayam for Luthfil...tak pandang orang dah bila makan ye...

Haikal dengan nasi putih, ayam goreng dan sirap bandung...nyum nyum nyum!
Nadhrah is serving abah the Tom Yum...abah makan Nasi Pattaya dan Nadhrah Nasi Goreng Cina...sedap nasi goreng di MK ni...siapa tak pernah makan lagi kena cuba...
Luthfil dah tersandar kat tiang...tak leh jalan...kenyaaaang kata dia...Alhamdulillah
Alhamdulillah...ummi dan anak-anak selepas menjamu selera. Sempat juga terjumpa dengan 2 buah keluarga Malaysian dari Jubail...keluarga Encik Nik dan Encik Bob...geng di SipChem...ramah betul kedua-dua isteri mereka (maaf ye dik nun...kak norma kau ni dah kenyang makan dah tak ingat nama awak berdua...tapi InsyaAllah boleh ingat rupa kalian)...terima kasihlah sebab melayan blog Purpleheart ni...ala ala jumpa peminat pulak rasanya...tapi sayang tak sempat snap gambar sebab sibuk bersembang kita kan..lain kali kita ambil gambar bersama ye...jemputla datang ke rumah...kita boleh sembang lagi...Sebelum meninggalkan MK...ambil gambar kat luar...InsyaAllah nak datang lagi dan cuba menu yang lain pulak...sekali sekala kan abah...terima kasih abah!!!

Demikian lah jaluran cerita aktiviti kami sekeluarga hujung minggu lalu. Sebelum pulang ke Jubail sempat gak singgah di Jarir Bookstore dan grabbed 3 novels.

One by Khaleed Hosseni, one by Nafisa Haji and another by Hugh Miles...semuanya cerita berkisar life at Middle East, cultures and traditions, controversy and dignity...aduhh dahsyat bunyinya..can't wait to turn the pages...bersemangat nak baca during summer school break ni. Sebab masa untuk menggosok baju sekolah anak-anak sudah boleh diisi dengan membaca ... InsyaAllah.

Kalau dah layan buku...takut terabai pulak blog Purpleheart ni...InsyaAllah Norma cuba seimbangkan masa masa yang ada nanti...

Wednesday, June 24, 2009

MARI BERSENAM...ala PURPLEHEART

Dalam pada kedaaan batuk sikit...selsema dan pening pening kepala, Norma masih tak boleh duduk diam...

Sejak anak-anak exam 2 minggu lalu...Norma memang tak ke mana-mana sangat pun, kecuali ke kelas agama yang seminggu sekali tu. Minggu ni je Norma tak dapat pergi sebab keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan termasuk anak-anak kat rumah ni.


Tadi kepala masih berasa di awang awangan...entah apa pasal pun tak tahu...batuk tu ada la kurang. Tapi memang pesen tak reti duduk diam...nak buat exercise la...lagipun 2 minggu tak ke Huwaylat Sports Center sebab anak-anak balik sekolah awal dari biasa.


So tadi nekad nak buat jugak exercise kat rumah ni, kut kut boleh hilang sakit kepala. Tapi kali ni exercise lain sikit dari yang buat di Huwaylat tu...


Ada seorang rakan kat Jubail ni, baru beli alat kelengkapan bersenam di rumah...seronok tengok ada bola besar, dumbell, siap dengan 'aerobic mat' lagi...

Kat rumah ni tak ada alat-alat tu, belum nak beli lagi...tapi exercise kali ni guna alat yang sedia ada dan selalu guna pun...

Ni dia alat 'bersenam' Norma hari ni...tunjuk tangkai aje ye...mula-mula pegang macam ni...
Lepas dah pegang tangkai berus tu...apa lagi gosok dan sental bilik air le jawabnya...
Ya kawan-kawan sekelian aktiviti bersenam Norma hari ini ialah 'mengerjakan' dua buah bilik air dalam rumah ni.
Kena pulak air musim panas ni memang panas...berpeluh dan berasap la Norma jawabnya sebab air paip mak aiii panas sungguh ... macam duduk dalam sauna pun ada...
Kat rumah ni ada 3 buah tandas...yang satu lagi di dalam Master bedroom...tak boleh tunjuk...ianya kamar rahsia...dan tugas mencuci kamar tersebut dah ada yang ambil kontraknya...
Dalam seminggu ada la 2 hingga 3 kali la pegang berus tu menyental...tapi hari ni sesi bersenam sental bilik air ni jadi seronok sikit...tak tahu kenapa tapi "akak memang puas hati...HARPIC!"
Berkilat tak berkilat sinki tu...anda lihatlah sendiri...letih Norma dibuatnya...tapi hati puas...itu yang pasti!
Alamak!...yang pasti, si comel ni bukan Norma..walaupun gayanya macam orang lepas penat menyental 2 buah bilik air dengan passion and patience...letih tu Nadhrah. Ni gambar anak dara tu lepas balik sekolah dan lepas makan sepinggan nasi ayam umminya...
Umminya? tak adalah sampai tertidur gitu...mata tak boleh lelap jugak ni walaupun dah penat separuh hari...sebab tu sibuk ambil gambar tandas dan buat entri...untuk kenangan dah tua-tua nanti...kah kah..kah.
Seronok jugak dapat abadikan hasil kerja dan penat lelah macam ni, biarlah bab mencuci tandas sekali pun...


Alhamdulillah ALLAH masih beri tenaga lagi berkhidmat untuk keluarga tercinta walaupun dalam keadaan diri pun tak berapa nak sihat ni...alahai...

Tuesday, June 23, 2009

ADA APA DENGAN IDA NERINA DAN NORMAWATI??

Ada apa dengan Ida Nerina? Beliau adalah antara pelakon wanita yang memang handal dalam lakonan...setiap watak yang diberikan pada beliau baik watak baik, jahat atau kurang siuman sekalipun beliau tetap boleh jalankan 'tugas' tersebut dengan cemerlang sekali.

Terkejut apabila terbaca kisah kemalangan yang menimpa beliau semasa blog 'hopping' tadi. Yang paling menarik perhatian Norma ialah kemalangan patah tulang belakang akibat terjatuh di kondominium beliau kelmarin.


Nak cerita berkenaan hal patah ni...melalui pengalaman Norma sendiri yang pernah patah dua tulang pergelangan kaki kiri tanggal 1 Ogos 2008 yang lalu. Sebab yang Norma patah pun amat mudah sekali...hanya tergelincir kaki di lantai licin dan jatuh menyebabkan 2 tulang di pergelangan kaki patah. Akibat dari peristiwa itu Norma bertongkat penuh selama hampir 2 bulan dan separa bertongkat (sebelah) selama sebulan.


Kalau ceritakan pada yang ingin tahu mesti macam tak percaya yang sebab terjatuh sedikit tu boleh patah tulang!... Inilah hakikatnya, walaupun selepas kejadian patah tulang tu, ramai jugalah yang membuat 'diagnosis' mereka sendiri yang menyatakan berat badan adalah antara punca utama kenapa sampai patah tulang bila jatuh...maklumlah Norma ni bersaiz besar gedabak gitu...


Tapi bila baca kisah si Ida Nerina ni yang boleh dikategorikan kurus 'melengking' pun boleh patah tulang belakang tu...apa cerita??
Betul ke teori 'doktor-doktor' sekelian yang orang yang bertubuh besar akan mudah patah tulang bila jatuh???

Pada hemat Norma yang amat cetek ilmu sains dan biologi ni, yang ada hanya pengalaman patah tulang kaki aje!!!, 'teknik' jatuh kadang-kadang boleh menjadi punca patah tulang di mana sahaja bahagian anggota badan yang ada. Selain faktor utama iaitu tulang rapuh atau oestoporosis... Namun begitu kesan oestoporosis ni banyak berlaku apabila umur menginjak ke lewat usia, kesan boleh juga pada kalangan wanita yang kurang amalkan kalsium dalam diet mereka, warga tua dan Michelle Yeoh!! (lawak je...Michelle Yeoh siap terbelah dua lagi badan dia sebab tak ambil kalsium!...iklan...iklan ANLENE tu).


InsyaAllah kalau kita pastikan kita mengambil sejumlah kalsium dan protin yang mencukupi untuk badan kita, kita mungkin akan dapat mengurangkan risiko patah ini..

Kembali pada 'teknik' jatuh tadi, kemalangan patah tulang kaki yang Norma alami dahulu tu seingat Norma yang masih waras lagi ni...adalah disebabkan keadaan kaki kiri Norma ketika jatuh.

Semasa tergelincir pagi Ogos tu, Norma telah cuba menarik semula kedua-dua kaki yang melorot ke hadapan dan cuba untuk berdiri semula namun malang tidak berbau belum pun sempat kaki kiri Norma ditegakkan kembali, Norma dah terlepas cengkaman kaki kiri disebabkan lantai licin dek embun pagi (jam 7pg, Jumaat...nak ke belakang rumah siram pokok!) dan terusss BERDERRRRRAAAAPPPPPP!!!

MasyaAllah kuatnya bunyi tulang tu patah...dah la waktu pagi hujung minggu (di Terengganu, cuti Jumaat & Sabtu), suasana hening pagi yang damai tu seakan diterjah dengan bunyi tulang patah dan jeritan 'manja' si Normawati ini.

Masa tu ALLAH YANG MAHA BERKUASA sahaja yang tahu betapa terkejutnya dan tidak semena-mena Norma telah pasti...dan memang pasti...TULANGKU PATAH JUAAAA....sampai dua pulak tu....semuanya akibat 'teknik' jatuh yang kurang cantik...
Moral of the story, bila kita nak jatuh tu...lepaskan sahaja graviti yang ada...of course kalau jatuh kita akan jatuh ke bawah, dan bukan jatuh ke atas. Kalaulah pagi itu Norma biarkan aje graviti menjalankan 'tugas' hakikinya...InsyaAllah takkan ada sekeping besi dan 6 batang skrew dalam tubuh ku ini... Inilah qada' dan qadar ALLAH swt...yang telah 'merubah' hidup insan bernama Normawati.
Ini gambar semasa Raya 2008, selepas 2 bulan 'kemalangan', masih bertongkat satu.

Alhamdulillah sekarang dah kembali normal...dah boleh pun berlari dan bermain badminton. So...Norma boleh bayangkan bagaimana Ida Nerina boleh jatuh sampai patah tulang belakang tu...unless she has got her own health problem...or maybe the fall was terrible for her to handle, or maybe something hard and heavy fell on her back...or something else. Let the doctor diagnose her and find out what exactly has happened...or if we could ask Ida Nerina herself...I won't be surprised if she has got the same practical reason of her fall just like what I've pointed out... My empathy to her and really hope she'll recover soon...and how I wish I could share some of my experiences with her on the recovery... Wallhuallam... So bacalah keratan akhbar BERITA HARIAN ONLINE pasal Ida Nerina patah tulang belakang ni...

Ida Nerina patah tulang belakang jatuh di kediaman

Ida Nerina

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Ida Nerina terjatuh di kediamannya, sebuah kondominium di Persiaran Syed Putra di sini, kelmarin, mengakibatkan tulang belakangnya patah.

Difahamkan, kejadian yang turut mengakibatkan kedua-dua kakinya berkemungkinan lumpuh itu berlaku sejurus selepas pelakon yang juga tenaga pengajar program realiti Akademi Fantasia bagi musim ketujuh (AF7) itu pulang daripada menjalani lakonan teater di ibu kota.

Ida atau nama sebenarnya Ida Nerina Hussain kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) untuk rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Saturday, June 20, 2009

SWINE FLU IN JUBAIL??...

Baru je tulis pasal H1N1 di Malaysia, dapat pula berita terbaru...dari akhbar ArabNews 20 Jun 2009...

Seorang kawan di Jubail juga telah maklumkan melalui komen beliau tadi...buka email petang tadi dapat pula email pasal Swine Flu di Jubail ini...

New swine flu case reported
Mohammed Rasooldeen | Arab News

RIYADH: A 32-year-old Filipina nurse working in Jubail, Eastern Province, has become the 30th confirmed swine flu case in the Kingdom, the Ministry of Health announced yesterday.

Ministry of Health spokesman Dr. Khalid Al-Mirghalani told Arab News that the woman contracted the H1N1 virus within the past 24 hours and has been admitted to Saudi Aramco Hospital in Dhahran. The woman came from the Philippines seven days ago. The authorities did not provide flight information.

“Our network is very strong in the Kingdom and we have left no stones unturned to track those 30 infected patients,” said Al-Mirghalani. “But we also need the cooperation of the public to help us in our endeavors which would make our task easier in the interest of the public health.”

The Ministry of Health is maintaining its policy of advising anyone who has recently traveled from countries that have reported swine flu to contact the nearest health authorities if they contract flu-like symptoms, like runny nose, fever, coughing or sore throat. The Ministry of Health has established a toll-free line (800-249-4444) to respond to inquiries.


Risau la Norma dibuatnya...InsyaAllah yang di rumah ni tak ada apa-apa...sebab kelmarin, doktor dah periksa...demam dan selsema biasa aje...lagipun anak-anak dah lama tak ke mana-mana sejak dua tiga minggu musim peperiksaan ni...(ayat nak sedapkan hati). Nadhrah masih lagi demam tu. Siang tadi dah buat 'cold sponge' (balut badan dengan tuala basah) seperti yang doktor suruh kalau suhu badan naik mendadak...tambah pulak dia muntah 2 kali petang tadi.
Alhamdulillah masa makan malam tadi...dah ada selera nak makan...lepas makan ubat dah tidur tu..ummi doa semoga Nadhrah sembuh cepat dan ceria kembali seperti biasa....